Friday, June 13, 2014

The 12th Years Wedding Anniversary

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa' yang tak putus-putus, maka selamatlah untuk tahun yang ke 12. Bohong kalau katanya tiada onak duri yang susah-susah, tak ada dugaan pahit-getir sepanjang melangkah dari hari pertama, hinggalah ke hari ini.

Cuma sebagai perempuan yang dikatakan degil sejak hari pertama sang suami mengenali saya, saya rasa kedegilan itulah senjata saya untuk menangkis semua halangan. Bukan senang, bukan mudah. Bukan tiada air mata yang tumpah, bukan tiada hati yang terguris. Bahkan, bukan tak pernah bermasam muka, bergaduh, bertengkar, berdebat. Tapi itu namanya asam garam kehidupan. Selagi ada rasa percaya, selagi itu kami masih di sini.

Bermula dari kami bukan siapa-siapa, hinggalah ada apa-apa, yang tak pun banyak mana... Saya sangat bersyukur kerana Dia menganugerahkan saya semangat yang kuat, yang sentiasa ada di sisi sebuah kedegilan. Bermula dari aku-kamu, hinggalah boleh menerima kita-kami, berkongsi bukan setakat suka duka,tapi semangat dan impian yang sama. 

Ya, saya sentiasa ada di sisi dia dalam apa juga saatnya, baik waktu susah getir hatta di saat sama-sama berikat perut waktu ditimpa kesempitan. Jadi, janganlah dipertikaikan kehadiran saya sewaktu senangnya dia, janganlah dikata-kata sibuknya saya sewaktu dia menerima segala macam tambahan nama di hadapan namanya, kerana saya juga bekerja keras untuk dia ada di tempatnya seperti hari ini. 2 1/2 tahun menyiapkan research & thesis, perempuan inilah yang berjuang habis-habisan bekerja membanting tulang. Dari KL, Nilai, Seremban, Penang, Kuantan, Kedah, Sabah, Sarawak malah segala pelusuk. Setiap minggu berulang-alik Nilai - JB - Butterworth seperti roh dan jasad seakan terpisah. Siapa yang melihat saya waktu itu, pasti akan bertanya, mengapa perlu bekerja sekuat ini?

Jujurnya tidak perlu. Tapi saya ada impian sendiri. Jika itu ditakdirkan career terakhir, biarlah ia nampak berbaloi. Biarlah ia nampak cantik dan orang-orang sekeliling saya akan sentiasa mengenang dan menghargai saya. Alhamdulillah, ia berjaya. Bila saya berundur, ada yang takut saya jadi tukang habiskan duit suami. Tak kisahlah kalau betul pun saya menghabiskan duit dia, dia suami saya.Daripada dia menghabiskan pada entah siapa-siapa, ya tak? Saya tak nampak mana silapnya kalau saya menjadi tukang perabih duit dia? Tapi bolehlah juga tanya dia, mana saya dapat duit setiap bulan untuk bayar duit kereta, personal loan, 3 credit cards, 3 insurans (my kids and me)? Sepuluh sen pun saya tak pernah mintak dari suami. Apa yang dia bagi setiap bulan, saya tak pernah minta lebih. Banyak dia bagi, Alhamdulillah. Kalau sikit yang dapat, itu rezeki saya. Dan selepas bertahun-tahun, kami belum pernah lagi kebulur tak ada makanan. Rezeki yang Allah kurniakan sentiasa melimpah, syukur.

Pasang surut hati saya dan dia pasti ada selama 12 tahun perjalanan ini. Saya akui, tahun ke 11 adalah dugaan yang amat besar buat kami tapi perancangan Yang Maha Esa begitu teratur. Syukur alhamdulillah, ianya bertambah kuat dan dekat. Kata Azimin, "bila kita terlalu senang, kita jadi renggang." Ya, mungkin betul. Jadi biarlah semuanya SEDERHANA.




No comments: