Wednesday, August 24, 2011

SALAM RAMADHAN & SELAMAT HARI RAYA

Memang dah amat lewat, ya, lagi 4-5 hari saja lagi Aidilfitri bakal menjelma, tapi baru hari ini saya berkesempatan untuk mengucapkannya di sini..

Amat sibuk (alasan biasa!!!), walau apa pun kata anda, ianya adalah sessuatu yang AMAT BENAR, tiada yang tidak benar melainkan yang benar belaka.

Siapa kata bekerja dari rumah AMAT MUDAH? Siapa kata bekerja sendiri SENANG? Hanya insan-insan yang melayari perniagaan sendiri sahaja (walaupun menjual nasi lemak) tahu bagaimana sukarnya untuk mencari rezeki. Kekuatan MENTAL amat perlu, kederat fizikal perlu KENTAL.

Sempena Aidilfitri kali ini, 3 kali Kiranna Shop memasukkan stok baru... Amat penat!!! 1x sebelum puasa, di waktu sedang sibuk mengerjakan ADA JALAN, 1x sewaktu awal puasa & 1x lagi pertengahan puasa. Saya sampai tak terkejar saya, manakan nak berbuka, nak bersahur, etc. Masak?? Saya hanya sempat masak SEKALI sahaja, itupun saya gagahkan juga dek kerana sudah berjanji dengan Anggun & Alam. Oleh kerana tak dapat menunaikan banyak perkara, di tambah pula dengan masa yang AMAT limited, lalu saya menghostkan satu majlis buka puasa, tentunya bukan di rumah sebab saya AMAT tak suka basuh pinggan banyak-banyak.

Saya jemput Azimin, Anggun & Alam serta Ayah, Mama & adik-beradik saya (Weeza, Izuan & Meir) untuk berbuka puasa di Nilai Springs Hotel & Resort. Atas bantuan Susie, dia berikan saya sebuah private room yang boleh memuatkan kami semua. Total $$$ yang perlu saya bayar? Itu takkan dapat menandingi kegembiraan malam itu. Am (Weeza's husband) were not with us, he is in Kuwait. Satu lagi family buka puasa gathering will be held on Friday, 26th August, once Am come back from Kuwait for his Raya holidays...

Gambar akan saya upload kemudian ya...

Buat semua,

Selamat Berpuasa (menghabiskan beberapa hari lagi ini) & Salam Lebaran...

Insyaallah, Kiranna Shop dah tutup sempena cuti raya, jadi saya ada masa untuk menulis lagi...