Monday, September 7, 2009

SOMETHING TO SHARE ABOUT "KARYA"





Sesuatu yang amat menarik telah 'menangkap' perhatian saya sewaktu membelek suratkhabar KOSMO hari ini. Tajuknya LIKU GETIR SI PENYAIR, dari mukasurat 22, seksyen KOSMO2 (Buku). Rencana ini mengisahkan tentang kompilasi karya-karya insan yang bernama Chairil Anwar, yang berkarya dari tahun 1942 hingga ke 1949.

Saya belum pernah mengulit karya2 beliau tetapi selepas membaca rencana di Kosmo hari ini, saya terpanggil untuk mencari koleksi ini. Ianya diterbitkan di Jakarta kalau tidak salah pengkiraan saya. Jadi, pada sesiapa yang mempunyai koleksi ini, sila hubungi saya, ok?

Saya suka membaca tulisan Saudara Hafiz Hamzah mengenai rencana ini. Ada patah yang menyebut:

"Pengalaman, pandangan, tulisan, hidup dan penyakitnya... itu personal. Dengan itu, sajak-sajaknya juga sangat personal. Baca berulang-ulang dan tentunya belum dapat menangkap. Baca lagi. Hanyut lagi. Ragu lagi. Sampai faham."

Tandanya, pembacaan sesuatu karya bukan mudah untuk difahami oleh semua orang secara mata kasar. Kerana selalunya sesuatu hasil karya mempunyai maksud tersendiri yang kadang-kala tiada siapa yang bisa memahaminya dengan sekali pembacaan.

renungkan...

sila klik SINI

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm


Liku getir si penyair

Oleh HAFIZ HAMZAH

Sajak Aku yang ditulis oleh Chairil Anwar ditujukan kepada bapanya yang memujuk beliau untuk kembali ke Medan, namun ia disalahertikan sebagai sajak pembakar semangat pemberontak.


SAJAK-SAJAK yang ditulis oleh Chairil Anwar sangat peribadi.

--------------------------------------------------------------------------------

Aku Ini Binatang Jalang

Penulis: Chairil Anwar

Penerbit: PT Gramedia Pustaka Utama 2007
"BUKAN kematian benar menusuk kalbu, keridlaanmu menerima segala tiba, tak ku tahu setinggi atas debu dan duka maha tuan bertakhta."

Chairil Anwar meninggalkan sajak-sajak yang sangat dalam dan lirih. Bait itu ditulis untuk nendanya yang pergi terus-pada peringkat awal beliau menulis sajak. Ia turut menjadi pembuka di dalam judul ini.

Pada usia 20 tahun, Chairil dengan rasuk melaungkan 'aku mahu hidup seribu tahun lagi', seperti yang dikenang hari ini daripada sajaknya Aku (yang turut menjadi judul sebuah lagi sajak lain beliau).

Ketika kita ditinggalkan oleh Chairil yang pada waktu itu mati dalam kepedihan dunia - enam tahun selepas melahirkan Aku - kata-kata yang sama kembali mengingatkan manusia lain kepada sang penyair besar ini.

Salah faham

Ada perkara menarik yang selalu disalah anggap oleh ramai orang tentang sajaknya yang satu itu. Aku selalu diangkat sebagai sebuah sajak yang resistan, yang dibaca sebagai pembakar semangat memberontak. Sebenarnya ia bukanlah sebuah sajak yang lahir daripada semangat politik yang sama.

Seperti yang diingati oleh seorang teman rapatnya, Asrul Sani, Aku ialah sebuah sajak yang sentimental dan getir yang ditulis oleh Chairil kepada ayahnya yang waktu itu memujuk Chairil kembali ke Medan dan hidup bersama keluarga. Namun, Chairil menolak untuk hidup senang.

"Chairil tidak puitis," kata sesetengah orang. Perlu apa puitis sekadar untuk mengungkap rasa pedih, suka duka dan jijik yang langsung tidak mahu dipandang orang?

Apa yang menjadikannya lain adalah keterasingan. Chairil terasing daripada kebiasaan. Bergelumang dengan kemelaratan, tubuh yang dihinggap penyakit dan keghairahan seksualiti yang tidak disorok-sorok menjadikannya seorang Chairil Anwar.

Semua itu tergambar di dalam sajak-sajaknya, tercermin oleh tingkah lakunya-bohemia yang mengheretnya mati pada usia muda.

Dia ialah susuk manusia yang sangat bersifat peribadi dan tidak boleh dikongsi-kongsi. Pengalaman, pandangan, tulisan, hidup dan penyakitnya... itu personal. Dengan itu, sajak-sajaknya juga sangat personal. Baca berulang-ulang dan tentunya masih belum dapat menangkap. Baca lagi. Hanyut lagi. Ragu lagi. Sampai faham.

Sebagai mengenang dan menandakan keberadaan Chairil serta sajaknya, di sebuah kota di Belanda, Leiden, sajak Aku diperingati dengan dicatat pada dinding dengan besar untuk program Poems on the Wall. Sajak yang sama juga diserap dalam filem Ada Apa Dengan Cinta. Sekali gus menjadikan filem berkenaan bangkit dengan semangat yang menyayat.

Sengsara

Aku Ini Bintang Jalang ialah sebuah koleksi lengkap (mungkin) sajak-sajak yang pernah Chairil tulis sepanjang tempoh aktif beliau berkarya iaitu dari tahun-tahun 1942 hingga 1949.

Sepanjang tujuh tahun beliau menulis dan melalui hidup sukar, sajak-sajaknya membalas kesengsaraan itu dengan kekuatan yang akan terus mengingatkan dunia kepada sosok bernama Chairil Anwar. Ada juga di antara sajak-sajak itu datangnya daripada pelbagai versi lain.

Sewaktu menghampiri penghujung hayatnya, Chairil seperti dalam sedar mencoretkan kata-kata itu dalam salah satu sajak terakhir yang sempat ditulis, Derai-derai Cemara.

"Hidup hanya menunda kekalahan tambah terasing daripada cinta sekolah rendah dan tahu, ada yang tetap tidak diucapkan sebelum pada akhirnya kita menyerah."

Kalimat itu adalah kontradiksi kepada pengucapannya pada awal usia 20-an yang mahu hidup seribu tahun. Mungkin, pada waktu itu Chairil sudah melihat dan memahami semua yang diperlukannya dengan cukup kesedaran untuk kembali ke tempat sepatutnya.

Semua kata-kata itu akan terus melayang dan memburu. Tak hilang... kerana kuat. Chairil pergi pada usia 27 tahun.

Saturday, September 5, 2009

EKSPRESI...

Banyak komen2 yang saya terima, ada yang suka, ada yang tidak... itu perkara biasa dan saya tidak kisah. bila kita menghasilkan sesuatu yang berupa 'KARYA', insan-insan seperti saya mengharapkan komen dan kritikan daripada orang lain. Saya bukan pereka, bukan pencerita... kerana itulah apa yang saya karyakan adalah satu karya, bukan rekaan.

Pengkarya dan pereka mahupun pencerita adalah insan yang berbeza. Mereka yang sealiran dengan saya pastinya setuju dengan statement saya. Karya adalah satu hasil yang datangnya luhur dari hati, sesuatu yang tulus dan halus, yang datangnya tanpa perlu dipaksa...

Berbeza dengan ciptaan dan rekaan, cerita yang ianya dihasilkan dari idea2 segenap fikiran, ditokok ditambah supaya ianya nampak menarik untuk tujuan komersial.

Posting saya di sini semuanya hasil karya, bukan rekaan mahupun ciptaan... kerana saya tidak pernah bersengkang mata sehingga subuh untuk menghasilkan posting di sini. Selalunya, saya mulai dengan ENTAH APA-APA and ianya menghasilkan SESUATU.

Kita dapat melihat kasil KARYA dan REKAAN dalam filem. Jika anda seorang yang ALERT dengan keadaan sekeliling, pasti anda dapat menangkap filem mana yang dihasilkan dengan tujuan2 tertentu dan filem mana yang jalan ceritanya begitu jujur.

Saya menyenangi kiras-kisah kehidupan yang dipaparkan Allahyarham Yasmin Ahmad, U-Wei dan Mamat Khalid. Filem Gubra dan Talentime sangat berkesan di hati saya, dengan jalan cerita yang bersahaja, menyentuh setiap aspek kehidupan seharian tanpa satupun nampak PLASTIK di mata saya. Saudara U-Wei sering memaparkan aspek berat untuk difikirkan, dan ianya sering membuatkan kita berfikir. Saudara Mamat Khalid juga begitu bersahaja dalam hasil karyanya, memaparkan kehidupan masyarakat yang bukan korporat kerana bukan semua manusia di muka bumi ini terkejar2 mahu menonton filem korporat.

Audi Mok & Faizal Tahir juga saya anggat sebagai pengkarya. Kerana apa? Kerana hasil mereka selalunya di luar jangkaan, bukan "sterotype" dan tiada satu pun muzik yang dihasilkan boleh di DUPLICATE oleh orang lain. Anda harus cuba mendengar Aku.Muzik.Kamu, anda akan rasakan.

Itu mukadimah saya. Panjang bukan? Ada beberapa komen yang marahkan saya kerana menulis tentang sesuatu yang tidak molek berkenaan sebuah organisasi. Ada yang mengatakan pada saya, tidak elok begitu kerana ianya tidak sepatutnya dihebahkan... Saya hanya tersenyum. Terima kasih atas komen anda-anda sekalian tetapi, rasanya sedari awal sejak saya memulakan blog ini, saya tidak pernah sekalipun menyuarakan tempat-tempat dimana saya bekerja. Tidak sekali-kali kerana itu bukan cara saya.

Saya mula menceburi arena penulisan sejak saya berusia 7 tahun. Anda mungkin ketawa, mengatakan yang saya bohong. Terserah. Siapa yang bersama saya sejak zaman sekolah pasti tidak lupa yang saya adalah:
1. penulis esei yang mewakili sekolah hingga ke peringkat negeri
2. penulis teks untuk pasukan bahas sekolah2 saya
3. penulis skrip untuk banyak acara, terutamanya skrip emcee, etc...

Lalu saya juga berjinak-jinak dengan penulisan cerpen sejak zaman sekolah. Saya punyai koleksi cerpen-cerpen yang dipaparkan di majalah-majalah dan saya dibayar untuk itu.

Selepas percaya pada kebolehan saya di situ, saya mencuba nasib menulis article untuk beberapa majalah dan sehingga ke hari ini, itulah saya. Saya lebih senang dengan lifestyle article saya dan senang sebagai kolumnis & kolumnis jemputan. Dan masyarakat tidak pernah mempersoalkan siapa saya di sebalik nama yang saya gunakan. Alhamdulillah, setakat hari ini, komen-komen yang saya terima 95% daripadanya positif.

Saya ubah sedikit laluan saya, saya cuba pula menggubah lagu, menghasilkan lirik2 yang orang tidak akan percaya itu saya... Saya ambil inisiatif sendiri, saya beli drum elektronik yang harganya lebih seribu. Saya mahu lirik-lirik saya datangnya dari hati, bukan setakat rangkap-rangkap kosong.

Kini, saya bercengkang mata, bersusah-payah untuk menghasilkan novel sulung saya. Novel ini adalah usaha saya sejak bertahun-tahun yang lepas dan ianya sudah banyak kali tertangguh dek kerana kesibukan yang di luar jangkaan. Saya berdikit-dikit menghasilkannya kerana saya mahu ianya dari HASIL saya sendiri. Padahal, saya boleh mengupah mana-mana ghost writter untuk itu... Kerana saya juga pernah menjadi ghost writter, menjadi proofreader, dan apa-apa saya yang berkaitan dengan bidang ini

Saya amat berhati-hati dengan hasil penulisan saya di setiap karya saya. Novel saya tidak boleh kelihatan sama denagn article saya. Gaya cerpen saya tidak boleh ada iras-iras muzik saya.

I am born to be a writter. Saya tidak mempunyai kelulusan akademik sebagai seorang penulis tetapi saya BELAJAR tentang cara-cara seorang penulis. Saya belajat ETIKA penulisan, dan saya tidak pernah sekali-kali melanggari ETIKA itu. Kerana saya percaya, saya perlu menjaga hati banyak pihak kerana hingga kini saya masih freelance writter. Saya tidak pernah menjadikan status saya sebagai freelance writter sebagai tiket untuk saya menghentam orang secara terang-terangan.

Saya adalah penulis yang berfikir. Nama blog saya pun Eleen's Inspiration, jadi apa yang saya tulis perlulah ada unsur-unsur inspirasi, berfikir, etc. Ini bukan blog keluarga yang memaparkan gambar2 semata-mata. Saya mahupun Azimin adalah insan AKADEMIK dan kami di arena ini sudah lama, dan saya sendiri menghampiri usia 10 tahun december ini. Ramai orang yang mempunyai blog sendiri, tapi hasilnya, sejauh mana ianya mendidik, menyedarkan orang lain tentang kehidupan? Apa sumbangannya kepada komuniti?

Ada blog yang dihasilkan penuh dengan rencara yang di CUT & PASTE dari web-web yang sedia ada tanpa di quote. Itu salah, sekiranya di institusi, ia dipanggil plagiat.

Kesimpulannya, saya ingin menyatakan apa yang saya tulis dalam posting terdahulu tidak salah. Tiada siapa yang boleh menyaman saya kerana itu. Kalau anda tidak suka, itu hak anda. Sekiranya kita ambil surat khabar pun, pastinya ada berita yang kita tidak suka. Betulkan? Jadi saya tidak memaksa, membacanya tidak memerlukan anda membayar walau sesen pun. Ya, tiada yang salah kerana saya tidak melanggar walau SATU PUN ETIKA PENULISAN. Saya telah bergelumang dalam arena ini bukan setahun, bukan setakat 2 tahun. Saya tahu sempadan saya... Dan blog ini bukan 100% blog untuk gambar2 saya & keluarga. Ini adalah blog saya, laluan saya untuk berkomunikasi dengan insan2 yang mengikuti karya-karya saya.

Teman-teman yang memberi komen terutamanya melalui email dan sms (kerana itu medium komen saya yang utama - kerana mereka-mereka ini adalah insan2 regular, dan yang terbaru melalui facebook), terima kasih. Kepada yang menyelitkan komen di posting, juga terima kasih...

Thursday, September 3, 2009

NO TITTLE... OH HERE YOU ARE...

Sungguh, saya AMAT kekeringan idea waktu ini. Ada keinginan untuk menulis tetapi puas dikerah2 minda, sampai berpinar-pinar otak saya, tiada idea untuk berkongsi di sini... yang ada sekarang hanyalah perasaan simpati yang tak terhingga kepada teman-teman yang pernah berjuang di layar yang sama suatu ketika dahulu. Ya, baru idea saya menjengah!!!

Satu berita yang mengejutkan tetapi sudah DIJANGKA sedari awal. Cuma, caranya sahaja yang agak menjengkelkan. Amat menjengkelkan. Seolah-olah tiada rasa perikemanusiaan... Sebenarnya, saya menjangkakan sekurang-kurangnya teman-teman saya ini diber 1 bulan notice, bukan dengan NADA serta-merta...

Akhirnya, kapal yang disangka MEWAH karam jua... Salah siapa? Saya tetap menyalahkan NAKHODAnya, kerana kapal itu dilayarkan tanpa nakhoda yang cukup pengalaman, tanpa nakhoda yang besar jiwanya, tanpa nakhoda yang 'BERJIWA RAKYAT'. Bukanlah maksud berjiwa rakyat itu sampai perlu menabur wang bak sang politikus yang mahu bertanding untuk kerusi parlimen. Saya yakin anda faham maksud saya.

Melayarkan sampan sekalipun memerlukan pendayung yang bersedia mental & fizikal, jiwa & raga, apakan lagi tatkala melayarkan kapal yang DISANGKA mewah... Katalah apa sekalipun, saya tetap meletakkan kesalahan 85.9% di bahu NAKHODAnya.

Bayangkan, kapal itu dilayarkan sewaktu lantainya belum cukup kukuh pakunya. Dan anak-anak kapal pula kebanyakkan masih belum habis membaca KITAB pelayaran dan para MENTERI juga masih belum memberikan 'GREEN LIGHT' untuk berlayar. Kedegilan sang NAKHODA dan empunya kapal mencipta satu demi satu punca...

Itu cerita lama. Namun, bila satu demi satu punca dikesan dek MEMANDA MENTERI, pastinya SULTAN mula MURKA. Lalu, setiap punca disiasat, lalu hukuman dijatuhkan. Yang menjadi mangsa, adalah ANAK-ANAK KAPAL yang tidak bersalah. HUKUMAN terus diputuskan pada yang lain sedangkan di masa yang sama, sang nakhoda & empunya kapal masih boleh megah berdiri di TITANIC jelmaan mereka.

NAKHODA tetap bersalah. Kerana pada saya, menjadi sang nakhoda bukan setakat perlu bersedia mental & fizikal tetapi perlu ada pengalan yang kuat yang menjadi TULANG BELAKANG untuk dibuat rujukan. Tapi nakhoda yang ada ini hanya sekadar melepas batuk ditangga... yang hanya menjaya KEPERTINGAN PERIBADI sang empunya kapal sehingga sanggup mengenepikan HAK-HAK ASAS anggota di bawahnya.

NAKHODA ini hanya mahu menjaga periuk nasi sendiri, sehingga sanggup merendahkan MARUAHnya, sehingga sanggup DIHINA DICERCA oleh sang empunya kapal di hadapan semua rakyat jelata. Namun, dia masih di situ... Mungkin dia punya agendanya tersendiri... Salah melabuh SAUH, lalu ditukar laluannya ke arah lain dan kemudian sauh dilabuhkan sekali lagi. Jika salah lagi, tukar arah lagi... Tidak sukar bukan? Memang tidak sukar malah ianya adat SAUDAGAR. Tetapi padabila ada insan-insan yang terluka mengenangkan AGENDA peribadi yang AMAT MENJENGKELKAN, banyak doa'-doa' yang telah termakbul, satu per satu...

Saya boleh mendabik dada, kerana saya antara insan yang menyedari PERMAINAN KOTOR yang BERTOPENGKAN insan mulia di hadapan AGENDA-AGENDA ini. Syukur, pintu rezeki saya di buka luas. Tapi rasa simpati saya memang tak bertepi kepada teman-teman yang dikhianati ini... Kata orang, bulan Ramadhan ini, semua SETAN-SETAN diikat, tetapi siapakah manusia yang bertopengkan SETAN ini? Siapa yang memahami, ANDA ada jawapannya...

Monday, August 31, 2009

Important Guidance For US

A short course in Human Relations:

The six most important words: "I admit I made a mistake."
The five most important words: "You did a good job."
The four most important words: "What is your opinion."
The three most important words: "If you please."
The two most important words: "Thank you."
The one most important word: "WE"
The least important word: "I"

My Sketches - by Azimin

Friday, August 28, 2009

RASA BONGKAK JANGAN SEKALI

Bukan niat membuka aib sesiapa tetapi apa yang bakal saya coretkan di sini adalah satu kisah pengajaran yang baru sahaja saya lihat, berlaku sememangnya di hadapan mata saya. Sungguh, pepatah zaman moden ada menyatakan, “TUHAN bayar CASH”, dan hakikatnya, saya akui ianya amat benar!!!

Ramai yang sedia maklum yang saya telah bertukar kerja. Ya, ianya satu tempoh yang amat singkat!!! Dalam tempoh waktu yang AMAT SINGKAT, kepercayaan & keyakinan saya terhadap satu organisasi runtuh sama sekali. Kerana apa? Kerana rasa keyakinan saya dan juga kepercayaan saya terhadap KETUA dan juga KETUA BESAR saya musnah dek terlalu banyak perkara yang tak sepatutnya terjadi telah berlaku di hadapan mata.

Ramai yang tahu sebab terbesar mengapa saya masih berada di arena pendidikan walaupun selepas 10 tahun. Bukan sedikit rintangan yang telah dan terpaksa saya lalui tetapi dugaan kali ini AMAT mencabar dek kerana ianya datang dari KETUA dan KETUA BESAR yang berbangsa MELAYU, beragama ISLAM. Rasa bongkak dan terlalu membangga diri yang dimiliki membuatkan saya merasa terlalu menyampah, amat meluat dah jiwa saya amat tidak tenteram mengerjakan tanggungjawab yang terpikul di bahu.

Saya adalah manusia yang amat transparent (maaf, saya tak dapat men’translate’nya). Saya amat tidak gemar bilamana saya harus berselindung, berpura-pura mengatakan yang SAYA SUKA tetapi pada hakikatnya SAYA AMAT TIDAK SUKA. Salah satu tanggungjawab yang pernah saya pikul adalah ‘POLICY MAKER’ dan kerana itu, saya adalah insan yang ‘going by the book’. And I was very uncomfortable when they asked the policy maker to break the rules. Dan kerana itu, saya bukan sekadar mendapat sumpah-seranah, malah maki hamun yang terselit lebih dari 10 kata2 kesat dan lucah juga dijeritkan kepada saya. Berapa banyak buku dan fail yang terbaling pada saya, tak terkira rasanya.

Sejak itu hatri saya tawar. Saya tidak betah bekerja bila disumpah-seranah. Dalam diam-diam, ramai yang bersetuju dengan tindakan saya. Saya OUTSPOKEN, tapi bertempat. Kerana itu saya tahu dimana dan bila sepatutnya saya bersuara. Dan terima kasih kerana ada pihak-pihak yang sedia menyediakan RUANG untuk saya berbicara.

Saya pernah dijerit, menyuruh saya menjadi “JAHAT” dan “TIDAK DISUKAI ORANG”... Subhanallah, mengapalah ada manusia yang bersikap begini. Mujur saya dikurniakanNya kekuatan untuk menjawab dengan tenang:

ORANG ITU: Kau kena jadi garang, jahat dengan staff. Biar diaorang semua tak suka kau. Bila diaorang tak suka, diaorang takut, baru kau boleh ARAH diaorang sesuka hati. Masa tu, kalau kau suruh diaorang basuh toilet pun diaorang buat!!

SAYA: Saya bukan jenis macam tu. Kalau orang semua tak suka saya, masa saya meninggal nanti, tak ada siapa nak datang masa kebumikan saya.

Mendengar jawapan saya, orang itu terus tersenyap dan menjeling. Tetapi jawapannya amat menunjukkan kebodohannya sendiri:

ORANG ITU: Alah, aku ada pangkat Dato’. Mestilah orang datang masa aku meninggal…

Banyak sebenarnya yang terjadi. Syukur alhamdulillah, rezeki saya dating lagi. Tawaran ke tempat yang lebih baik dan lebih menjanjikan kecerahan masa depan saya terima dengan rasa syukur.

Di waktu hari-hari terakhir saya di tempat kerja lama... Sesuatu yang amat mengejutkan umpama tsunami telah berlaku. ‘Penyumbang kewangan’ dari hari pertama idea penubuhan organisasi itu telah menyarakan rasa AMAT TIDAK PUAS HATI dengan cara pengurusan terutamanya bila melihat banyak RM dibelanjakan tanpa perancangan dan persetujuan, malah ada banyak yang melencong dari tujuan asal. Justeru itu, ‘penyumbang kewangan’ tersebut telah menarik diri serta-merta.

Terperanjat besar sang KETUA dan KETUA BESAR, terduduk mereka dengan keputusan mengejut itu. Tetapi apa yang membuat saya berasa amat kesal, tiada satu pun antara mereka berani berdepan dengan para pekerja untuk membuat penjelasan, jauh sekali mengaku kesilapan yang telah mereka corengkan. Mereka bertindak untuk menghilangkan diri buat seketika dan kepulangan mereka bersama idea-idea yang AMAT BODOH!!!

Men’downgrade’kan status daripada ‘kolej’ kepada ‘pusat tuisyen’ adalah satu keputusan yang begitu..... Saya tidak sangka hingga ke tahap itu. Tambah menyedihkan apabila jabatan saya dirombak serta-merta setelah ketiadaan saya. Itu yang membuatkan saya sedikit emosi tapi apalah daya saya. Banyak jabatan yang dirombak dan menjadikan semuanya staff berada di bawah SATU jabatan... Selain ebberapa staff diberhentikan serta-merta.

Secara peribadi, saya amat tersinggung dengan perbuatan KETUA dan KETUA BESAR itu. Tapi, Tuhan Maha Kuasa, sekelip mata semuanya berubah. Dari kaya-raya (walaupun tergolong dalam golongan orang-orang yang MUFLIS) sehingga terpaksa menayang muka ke hulu ke hilir semata-mata untuk mendapatkan projek, walaupun bayarannya RM 100 cuma. Dan, semua itu berlaku di hadapan saya, pada hari-hari terakhir saya di sana. Dan waktu itu, hanya insan-insan terpilih sahaja yang mengetahui maksud senyuman saya pada sang KETUA dan KETUA BESAR... Ya, Tuhan itu Maha Adil...

Saturday, August 22, 2009

KENANGAN BERPUASA DI MOZAC

Hati saya amat tersentuh tatkala bulan puasa tiba. 5 tahun saya di atas bukit Muzaffar nyata terlalu banyak kenangan yang bersemadi dalam memori saya. Fuh!!! Kenangan ketika berpuasa di MOZAC adalah satu kenangan yang saban tahun tak pernah terlepas dari bermain di ingatan saya.

5 tahun di MOZAC, walaupun jadualnya sama setiap hari, namun ia membawa maksud yang tersendiri. Sungguh, kawan2 seperkolahan pastinya akan setuju dengan saya. seawal 4 pagi kami akan mendengar bunyi bising di dewan makan, bunyi periuk kawah diangkat , bunyi senduk2 yang berlaga... dan yang paling penting, bunyi jeritan suara 'makcik MONA' (makcik dewan makan) yang akan terjerit2 mengejutkankan kami dari tidur.

lepas makan sahur, ada yang menyambung tidur, ada yang terus berjaga hingga ke subuh, lalu terus ke prep pagi. Sambung terus masuk kelas selepas perhimpunan. Selepas prep petang, kami beramai-ramai bertadarus sebelum berbuka puasa di dewan makan. dan malamnya, sembahyang tarawikh di dewan besar.

apa yang saya rindukan bila tiba ramadhan? setiap kali ramadhan tiba, saya pastinya mencari kastard jagung... saban tahun saya mencari, tetapi semuanya tak sama seperti yang saya makan buatan KAK BEDAH, isteri Ustaz Adnan sewaktu di MOZAC dulu. Setiap hari selepas habis waktu tadarus, Kak Bedah akan datang ke asrama puteri membawa kuih-muih jualannya. Berebut-rebut kami pergi membeli. Selalunya, 'port' Kak Bedah di depan Dorm A atau Dorm B...

Waktu sembahyang tarawikh... Cikgu Jaafar!!!! Semua orang takut dengan Cikgu Jaafar. Dengan sekali jerit, asrama terus kosong. Berbondong-bondong kami berkejaran ke dewan besar...

hari ini, kenangan itu datang lagi. dan esok, saya akan mencari kastard jagung lagi sehingga berjumpa dengan rasa yang seenak buatan Kak Bedah!!!