Friday, November 23, 2007

The Idol - Dr। Sheikh Muszaphar - cont'


The Idol - Dr। Sheikh Muszaphar Shukor - cont'





The Idol - Dr. Sheikh Muszaphar Shukor






Azimin was invited to the dinner - Malam Mesra UKM & Media. Its a private dinner for the selected people with amaze contributions to UKM with the media. I have no chance to go since he only received 1 invitation.

Date: 23rd Nov 2007, friday
Time: 8.00pm
Venue: Nikko Hotel, KL

Dari mula lagi, I got a feeling yang Dr Sheikh Muzzaphar will come over to the dinner. So, aku siap pesan dekan Azimin to take photo of him masa dinner nanti. And really, he came. Even I was not in the dinner, tapi still rasa happy sebab confirm bila Azimin balik rumah nanti, I will get Dr. Sheikh's photos.

Dr. Sheikh was allocated to a private room and he only came out to the hall once the VC (Dato' Sharifah) completed her speech. And as expected, semua press berebut nak interview dia. He gave a speech before the press conference. And, guess what? He made an official announcement and officially introduced his fiance^ to public.

Azimin passed to me Dr. Sheikh autograph (its actually a book with his signature - he wrote my name there!!!) and another page he signed for Anggun & Alam as well... I have no time to scan the autograph but for this moment, enjoy the photos of Malam Mesra UKM & Media, ok? I also attached the photo of the lucky lady (Dr. Sheikh's fiance^). both of them wearing the green baju kurung & batik...

WHAT DO WE EAT? cont'...



WHAT DO WE EAT? cont'...




WHAT DO WE EAT?






I received an email from a friend with the pictures of lovely + deliciuos food that we see & eat everyday. It also mentioned about how much the calories, carbs, protien & fat of that yummy foods... Its scary... And after the email has been forwarded to the mates, suddenly we become so sensitive about our lunch and 'munchy-munchy' time (our tea time - around 3.00-3.30pm). Jadi macam time puasa pulak..

You guys have a look, ok?

Monday, November 19, 2007

EH! Nov 2007 - Kata Wanita

The original title of the article was Cantik, Anggun, Gaya & Hutang? After some editing process, the title now is Gaya & Hutang? You guys can view it (hardcopy) in Eh! magazine, Nov 2007 issue. Cover dia ada gambar - Dynaz (susuk), Suki (OIAM), Yanie (Mentor), Hana Elite, Linda (AF2) Misya Omar (I like her!!!), Nora Danish (Puteri), Emilda Rosmila (Manjalara) & Siti Elizad.


* * * * * * * *

Friends,

My latest article... I believe in "Be Yourself". I dont mind eating maggi mee bila terdesak, bawak bekal roti gardenia bila pokai. I dont see why should I be shamed on it because that is the reality of life. Kita belajar dari pengalaman, kan? And, i believe, kalau kita dah rasa how tough is the LIFE, one day, bila kita jatuh, kita akan cepat bangun and takkan sampai terduduk. So friends, take it as a guidance...


Cantik, anggun, bergaya… Siapa yang tidak mahu diri disaluti pakaian jenama mewah, menyandang tas tangan jenama antarabangsa dan menyarung sepatu buatan Dato’ Jimmy Choo. Kiranya emas permata terpamer di leher dan lengan, itu dikira satu bonus.

Semua itu tidak datang bergolek, apatah lagi percuma. Usaha paling penting. Apa usahanya dan bagaimana bentuknya, itu terserah.

Sewaktu membaca Eh! keluaran lalu tentang ragam manusia yang sanggup berhabisan ribuan RM demi gaya, saya tersenyum sendiri. Bila ada yang sanggup membuat personal loan semata-mata untuk nampak mewah, itu benar-benar melampau.

Teman sepejabat saya ini bukanlah dari golongan senang. Lebih tepat lagi, dia pekerja bawahan saya yang pendapatan bulanannya tidak sampai ¼ dari gaji bulanan saya. Suaminya juga biasa-biasa sahaja. Dengan tiga anak, saya akui bukan mudah untuk survive hidup di bandar.

Melihat isi rumah sewanya, saya bersyukur dengan kurniaan Ilahi pada saya. Dengan usianya yang lima tahun lebih dari saya dan ditambah dengan usia perkahwinannya yang sudah melebihi 10 tahun, pada saya, pada ketika ini mereka sepatutnya hidup stabil.

Hampir menitis air mata saya dan teman-teman lain bila dia membelikan baju raya untuk anak-anak di pasar malam. Kasihankan anak-anaknya, saya dan teman-teman lain tidak kisah dan tidak berkira untuk memberi duit raya lebih pada mereka.

Namun siapalah yang mengetahui isi hatinya. Perempuan, naluri untuk bergaya tetap ada. Kami di pejabat mula perasan yang handphonenya berganti setiap bulan. Harganya bukan murah, semuanya siap berkamera dan lebih seribu ringgit Malaysia. Alasannya, dia teringin mencuba handphone terbaru dan hobi suaminya juga serupa. Justeru itu, saban bulan kami tidak perlu menonton iklan untuk mengetahui handphone terbaru di pasaran.

Tiba-tiba saya melihat dia bertukar gaya. Tiba-tiba berdiet sakan tapi wajahnya nampak lebih cerah. Pada saya, dia memberitahu yang doktor menasihatkannya supaya berdiet. Kolestrol tinggi, banyak toksin dalam badan.

Satu pejabat kasihan padanya. Sedih mendengar kisah perempuan yang kurang kemampuan punya pelbagai penyakit dalam usia yang masih muda. Kerana itu, kami kurangkan aktiviti makan-makan di pejabat. Sambutan harijadi juga dibuat dengan menu yang tidak melampau. Fast food? Lupakan. Semuanya kerana menghormati seorang sahabat.

Al-kisah rahsianya terbongkar. Rupanya dia bukan sakit. Si polan ini sedang menjalani treatment di slimming centre dan kerana itulah dia berdiet sakan. Kosnya pula bukan pakej yang paling murah. “I punya pakej yang lima ribu lebih,” bak katanya tatkala ada yang mendesak. Tercengang kami. “Untuk facial treatment, I dapat free sebab I beli produk facial yang seribu lebih.” Mak datuk!!!

Kami memang marah dan rasa tertipu. Jealous?! Sikit pun tidak. Bayangkan, saya sehingga mengurangkan beban kerjanya kerana tidak mahu dia yang sedang sakit itu bertambah tertekan. Alih-alih, dia buat treatment dekat slimming centre. Sakitnya hati!!!

Kad kredit menjadi pembuka cerita. Sewaktu promosi sebuah bank, dia terpilih untuk mendapat credit card bersama credit limit RM 6000. Padahal, seorang lagi rakannya direject permohonannya. Dalam masa yang sama, suaminya baru mendapat tiga credit card yang tiap satu bernilai RM 3000. Dan dia menghabiskan RM 6000 dalam masa satu hari?

Tidak mahu kalah, dia mula merisik-risik tentang handbag dan kasut saya. untuk melihat sejauh mana langkahnya, kami sepejabat memasang umpan.

Hari Sabtu lepas waktu kerja, kami singgah ke KLCC. Agenda seterusnya, shopping. Dari Isetan ke Parkson, singgah di Ferragamo, lalu di Coach, masuk Renoma. Kami ketawa dalam hati melihat betapa excitednya dia. Deretan kedai Dato’ Farah Khan menjadi tujuan utama saya. Aseana, Milo dan akhirnya saya membeli blouse di Aseana. Tidak mahu kalah, dia masuk sekali lagi ke Milo lalu menyambar sepasang blouse dan terus ke kaunter bayaran.

Mungkin dia lupa periksa harganya. Credit card dihururkan dan zap… zap… “Maaf puan, ada kad kredit lain?” Soal gadis manis di kaunter. Si polan ini menghulurkan sekeping lagi. “Puan, tak approve. Mungkin dah lebih limit.” Wajahnya berubah. “Takkanlah, yang ini enam ribu, yang ini tiga ribu.”

KAmi meninggalkan Milo tanpa belian. Dia masih mencongak-congak kad kreditnya sepanjang jalan.

Sebulan berlalu, dia dating berjumpa saya memberitahu masalah kewangannya. Saya sembur dia cukup-cukup. Belanja tak ingat dunia. Bayangkan, tidak sampai sebulan, jumpah perbelanjaan dia dan suaminya bersama kad-kad kredit mereka mencapai RM15,000.00. Hutang pula tu! Dan gaji mereka suami isteri tak sampai pun RM 3000 sebulan.

Kisah dia tidak habis di situ. Selang dua bulan, kecoh satu pejabat bila keretanya pecah cermin depannya akibat balingan batu yang cukup besar. Di kiri dan kanan pintu penuh dengan calaran. Dia hanya berdiam diri tatkala kami sepejabat mencadangkan agar dia membuat laporan polis.

Selang seminggu, beberapa orang lelaki datang ke pejabat mencari si polan ini. Mereka marah-marah, memekik, menjerit malah mengugut dan dari situ kami tahu, itu adalah orang-orang dari syarikat ‘along’.

Astaga! Pejabat kami habis tunggang-langgang. Pelbagai barangan dicampak mereka kearah si polan ini. Bahagian Human Resources tidak menunggu lama untuk memanggil saya. Kata putus telah dibuat. Si polan ini dinasihatkan agar meletakkan jawatannya dalam masa 24 jam. Tambah pula, kontraknya tinggal dua bulan dan saya sememangnya dari awal lagi tidak mahu menyambungnya.

Menangis tersedu-sedu dia tatkala diberitahu keputusan pihak pentadbir. Melepaskan dia adalah demi keselamatan dan kepentingan syarikat. Saya sendiri tidak sanggup menerima kehadiran ‘along-along’ saban hari. Mahu sakit jiwa dibuatnya.

Dia mengaku terpesona melihat gaya saya. tiap hari, tas tangan dan kasut saya pasti mengikut warna baju. Pakaian saya, jam tangan saya, kasut saya… Terima kasih kerana mengagumi saya, terima kasih kerana menjadikan saya ‘ikon’ dan terima kasih kerana terpesona dengan gaya-gaya saya.

Tapi saya tidak berhutang! Saya membelinya bila duit yang saya kumpul sudah cukup, selepas melangsaikan komitmen-komitmen saya – bil-bil saya saban bulan. Tidak cukup kerja di pejabat, saya berniaga sendiri. Saya punya pelanggan untuk butik andaman pengantin saya sehingga ke bulan April tahun depan. Saya buat itu, saya buat ini untuk memastikan anak-anak saya mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat sebagai anak-anak.

Saya memulakan kerjaya saya seawal usia 20 tahun, sehari selepas saya tiba di tanahair. Saya tidak sempat menunggu graduation ceremony di Kota London. Rezeki saya, saya tidak perlu menganggur lama.

Saya bermula dengan jeans yang entah apa jenamanya. Berdikit-dikit sehingga merasa Levi’s, MNG dan kemudiannya Guess?. Dari membeli handbag di dalam tong sewaktu jualan murah hinggalah saya dapat menjinjing Coach dan CD. Saya perlu bekerja kuat untuk LV.

Saya high maintenance? Teman suami saya pernah menyuarakan rasa gusarnya melihat saya yang ke gym tiga kali seminggu dan ke spa saban bulan. Ibu mertua saya awal-awal dulu juga risau bukan main melihat menantunya ini. Tahu jawapan suami saya? “Aku tak kisah. Satu sen pun dia tak pernah minta duit aku. Kalau aku hulur, dia ambil. Minta, sekali pun tak pernah.”

Mungkin kerana itu, ibu mertua saya boleh tersenyum kembali malah kadang-kala mencadangkan apa yang cantik untuk dibeli. Saya mahu bebas hutang. Saya bekerja keras untuk menutup akaun dua kad kredit saya. Yang tinggal kini, manalah tahu kalau emergency…

Wednesday, November 14, 2007

Our Family 2




Our Family 1





Our Family...





With ASTRO AWANI Team - 6th Nov 2007


We were at ASTRO AWANI Office at the Bursa Malaysia Building, KL on 6th Nov 2007. The programme live at 9.30pm - 10.00pm, SUDUT PANDANG host by Kamarul Bahrin and Nadzri Kahar as the producer.

The photo was taken after the life show.

From left, Kamarul Bahrim (host), Nadzri Kahar (producer), Suhaimi Sulaiman, Azimin, Herleena & Azian (Guest Officer).

AZIMIN'S MASTERPIECE Enter The Art Market

Guess what? Last Sunday Azimin & me went to meet an owner of an art gallery. This is one of the projects under Azimin's Masterpiece. Actually, we just sent another 3 artworks to Pelita Hati Galeri @ Bangsar somewhere last week (may be almost 2 weeks). Then, the recent gallery that agreed to display Azimin's artwork is Artseni Gallery @ Starhill. Its located at the Muse Floor. Actually, we had a few discussion thru email & phone about this matter and we only got a chance to meet last Sunday.

That guy, Phillip Wong an artist & an owner for the Artseni Gallery, a co-founder of artbenvo Gallery and also a curator of Jiiva Fine Art Gallery. Thanks God! He like Azimin work very much. He said its look exectly like in the blog. We are wondering why and then rupanya dia kata some people normally they did a touch-up (photoshop, etc.) for the web purpose.

We got a good deal. He offered Azimin to do his solo exhibition @ their new banglow gallery @ Jalan Semarak, KL. The new gallery will be under Artboven as well. After some discussions, Azimin & me agree to set the exhibition somewhere in August 2008. We purposely choose in August so that Azimin has time to prepare and produce the artworks. Even it only will happen on August, I have to start working on the logistic matters earlier. May be in March.

A few things need to be arranged with the gallery; book publication, medias publicity, launching matters, brouchure, price agreement, setting arrangement, etc... The earlier gallery in Bangsar so far only mentioned to us that the solo exhibition will be after June since the gallery is full untul June.

Phillip would like to display a few artworks (we brought 4 samples) to create awareness of the public on his artworks. We received a good response on the spot... Masa tengah2 discuss tu ada a few people came in and asked the price for one of the artworks.... Even the commision quite high compared to the gallery in Bangsar, we understood since the location, the clients, etc. And the selling price also higher...

Oklah tu... nanti kita cerita lagi yer...

Friday, November 9, 2007

My New Job!!!

My new job!!! Hahaha... So far belum ada gaji lagi. Since Azimin came back from London & sejak berita dia masuk surat khabar bertalu-talu, I have been his Personal Assistant cum Manager cum Maid to him... Why?

Azimin's schedules are so tight!!! Direct, tak de rest. Nak cari free time nak ajak pergi kedai beli sabun basuh pun tak de. Sudahnya, I have to go by my own.

For example, on Monday, 5th Nov 2007 - I was on MC since sakit gigi + penat. But, Azimin has to attend some conference in Marriot Putrajaya. So, early in the morning, I sent him to Marriot Putrajaya, then, i went to merehatkan diri at Serenity Spa Bangi. After 2.5 hours, masa tengah siap-siap lepas habis sessi merehatkan diri... I checked my hp and ada a few missed calls + sms. Azimin... Guess what? Dia cakap may be dia kena gie Langkawi on Wednesday sebab nak cari suppliers for his Toilet project. Pukul 1.30pm nak kena ambik Azimin kat Marriot sebab dia ada hal lain tengaharinya. Sebab habis kat spa pun dah lambat sebab sibuk dok bergossip dengan staff kat sana, so, I just sempat singgah Petronas jer and bought sanwiches + air tin (oppps!!! I'm still on diet from taking any rice!!!). Azimin sedap-sedap lunch kat Marriot, aku just makan sanwiches jer... hahaha... Then, we went to Putrajaya MOF to settle a few applications for Archiforce Invent. Lepas tu, he sent me to dentist kat Bangi. Dia tinggalkan jer aku kat situ coz he need to take a few things @ UKM. After all those kecoh-kecoh things, we went back home and dia kena siapkan the animation for the Breathing DORR + Estract Toilet for Astro Awani. Nasib baik his interview for Astro Awani dah postpone to Tuesday. Kalau tak, lepas tu kena berkejar ke Astro Awani pulak... That night, we all duduk rumah. Makan apa yang ada... lepas tu tido...

Azimin was interviewed by Astro Awani on Tuesday, 6th Nov 2007 for Sudut Pandang program by Kamarul Bahrin. At first, we tought Astro Awani nie kat Bukit Jalil, rupa-rupanya kat KL, dekat Bursa Malaysia's Building. Sudah!!! So, Azimin picked me up right after office and we straight away to UKM. The driver from Astro Awani supposed to ambik both of us at UKM Mosque. Tunggu punya tunggu, tak nampak batang hidung pun. Rupanya, the driver pergi tunggu kat UPM Mosque. We asked him to wait there since the traffic to Bangi was not so good.

Sampai Astro Awani, the producer - Nadzri Kahar sambut we all. Dia bawak we all lepak-lepak kat office tu sambil minum-minum. Since I was not feeling well, so aku hanya minum air mineral jer la... We did borak-borak about banyak benda. I was so impressed dengan the office design & interior. modern looks...

Kamarul Bahrin came over and join us after dia siap touch-up. We were introduced to Azian (the Guest Officer). Very nice lady and dia lah yang layan aku through out the night while waiting for Azimin. Masa dengan Azimin rasa macam kuli pun ada... Kena angkat barang, kena simpankan kunci kereta, kena jawab hp dia, etc... But then, Astro staff bagi layanan first class... Siap bawakkan our bag & barang2 and even my handbag...

We also met Suhaimi Sulaiman... The famous host. Actually, teringin jugak nak jumpa Dang Suria & Raja Endon Mastura tapi bukan rezeki agaknya... But then, Nadzri (the producer) kata, they might need us to come for another slot sebab tak cukup masa... Seronoknya!!!

Itulah kehidupan aku since Azimin balik dari London. Sometimes, nak rehat pun tak de masa... Kena kerja (Azimin punya matters) masa weekend jugak... Apa nak buat, sekarang nie masa for us kerja kuat for the kids. lucky now dah ada maid... Kalau tak, kesian the kids...

Inilah namanya rezeki... And we believe, rezeki takkan datang bergolek. Even kita tahu rezeki di tangan Tuhan. Tapi, kita tetap kena usaha untuk berjaya, kan?

RAYA OPEN HOUSE 2007, 4th Nov 2007

As planned, our MAKAN-MAKAN session for Raya 2007 was held on 4th Nov 2007. It was started at 12pm and the last guests left our house around 10.00pm. We did aksed 3 of UKm Architecture students to help for the event. Mana larat oiii...

MENU

# Main Food - Nasi Lemak
- Sambal Tumis Ikan Bilis
- Sambal Udang
- Ayam Goreng Kicap
- Telur Rebus + Timun
- Pappodom

# 2nd Main Food - Bihun Soto
- Nasi Himpit
- Kuah Kacang
- Rendang
- Lemang

# Side Food - Bihun Goreng
- Karipap
- Roti Jala

# Dessert - Friuts

# Drinks - Sirap Limau
- Sarsi
- Oren Sunkist (last minutes bila semua air dah habis)

Quite a number of our relatives yang datang, from both of our sides. My relatives from ayah's side datang around pukul 1.30pm sampai 3.00pm. Lepas tu, Azimin's relatives pulak... Most of them came over since my parents in-law were around. My relatives from mama's side datang lambat sikit, before maghrib and diaorang lepak sini sampai la malam... Riuh umah aku...

Neighbours, friends, business friends, semua datang as planned. Thanks God. UKM students datang around 4pm... As usual, bila diaorang nak balik tu, we all bungkuskan la makanan for them to bawak balik... Student kan...

Macam tu lah every time open house kitaorang every year. Biasalah, hari-hari lain, we all tak ada rumah. That is the only time for us to ajak orang datang rumah and served special foods for them... All the foods was prepared by my parents. I did helped... tolong kopek + potong bawang (very tough job), potong serai, etc.

Before I forget, my sis & bro pun jemput their friends datang sekali since my parents tak buat open house this year. They planned to buat kenduri tahlil somewhere in Dec 2007 nanti. So, reserve la...

For those who spent their time to share the joy with us on that day, thanks a lot... Jumpa lagi tahun depan...