Thursday, May 30, 2013

Bebaskan Jiwa II



Terguris
Terluka
Tercarik
Berdarah

Rasa-rasa yang amat menyeksa
Amat terseksa
Membuat jiwa raga meronta
Mencari arah mana perlu dihala

Wahai daratan
Gagahkan lara jiwaku
Tutupi darah seksa nestapa
Agar langkah atur tersusun
Biarkan luka ini kering sendiri

Duhai lautan
Hanyutkan hati yang tercarik calar
Kindungkan gurisan air mata
Biarkan ia renang ke tengah
Biarkan ia lemas diasak nafas

Marilah awan nan biru
Panggilkan helang bawa ku terbang
Bawa jiwa yang hatinya diguris dicincang
Terbangkanlah ia
Biar hati ini rasa bebasnya
Biar jiwa ini terbuang deritanya

Hati & jiwa
Lama sudah cariknya
Lama sudah sakitnya
Lama sudah seksanya

Larikan aku
Hanyutkan aku
Terbangkan aku
Dari segala seksa derita kamu

NHJ
27th May 2013

BEBASKAN JIWA


Beautiful Quotes

I am a queen of quotes.
Suka sangat share all the beautiful quotes kat FB.
Paling best rasa bila quotes yang kita share tu orang like.
And orang share kan jugak.
Its an inspiration.
Its a spirit.





Thursday, May 9, 2013

Hati Kita Punya Rasa


Those who close with me mesti tahu yang aku adalah manusia yang akan cuba untuk tidak menyakitkan hati orang lain, especially someone who called friend, best friend, best friend forever, or what so ever… Sama ada korang ‘closed’ or ‘too closed’ or may be ‘not so closed’ to me, aku tetap cuba tak menyakitkan hati korang, percayalah. I am a person yang amat mahukan kedamaian & kegembiraan untuk diri aku & untuk orang-orang disekeliling aku.

Aku ingat dulu, ada seorang insan yang baik dgn aku dari sekolah sampai hari ni, pernah cakap dengan aku:
“Boleh tak kalau kau tak jadi terlalu baik sangat? Kau selalu jaga hati orang tapi orang tu tak pernah heran pun untuk sakitkan hati kau.”

Ya, dia menujukan kata itu pada seseorang. Kata dia, orang itu tak layak di’baik’kan sebegitu rupa, patut humban saja dalam longkang. Titik.

Aku pernah berdepan dilema, bila ‘sahabat’ baik yang selalu temankan aku ke hulu ke hilir, sampaikan temankan aku ‘date’ dengan boy-friend, sebenarnya ada hati pada cinta hati aku ketika itu. Tahu apa aku rasa bilamana orang yang aku panggil best-friend tiba-tiba datang menyergah, yang nawaitu dia baik dengan aku adalah untuk selalu jumpa cinta hati aku? Boleh bayangkan apa perasaan aku? And aku sungguh tak tahu, dari mana datangnya kuasa untuk aku jadi insan yang cukup tenang waktu tu. Orang-orang di sekeliling aku waktu itu dah pandang-pandang, ada yang jangkakan tangan aku akan naik ke muka dia.

Tapi semua yang melihat wayang itu tergamam. Aku senyum. Cukup ikhlas. Tapi sakit. Hati aku robek sangat, tercarik-carik rasanya.

Aku boleh jadi marah bila orang alihkan buku-buku aku tanpa kebenaran aku.
Aku cukup geram bila orang pinjam liquid paper aku tapi tak pulangkan.
Aku akan menjerit bila orang makan lepas tu tak basuh pinggan.

Tapi kenapa kali ini aku senyum?
Aku tak marah? Tak sakit hati? Tak geram?

Aku diperhati, puluhan orang di depan aku. Mereka menunggu apa reaksi aku. Aku senyum lagi, kali ini air mata bergenang. Aku jawab perlahan:

“Kalau kau mahu dia, ambillah. Aku tak suka bergaduh sebab lelaki. Pergilah beritahu dia, kalau dia mahu kau, aku redha.”

Air mata aku deras. Kawan-kawan lain yang menyaksikan ada yang tumpah air matanya, ada yang menyumpah seranah. Tak pasti menyeranah aku atau dia. Aku bangun, tinggalkan semua.

Lelaki cinta hati aku datang bertemu, bertanya apa kejadian gila yang berlaku.

“Awak fikir saya ini apa? Suka-suka hati mahu beri saya pada orang lain?”

Aku tunduk. Aku tahu aku yang salah. Tapi aku tak suka bertekak kerana lelaki. Itu bukan aku.

“Bila orang yang saya percaya, yang saya akui sahabat, datang pada saya dan kata, dia baik dengan saya sebab awak. Dia lakukan semua bersama saya sebab awak. Dan dia menyergah saya di depan ramai orang. Awak mahu saya cakap apa ya? Awak mahu saya bertekak, berebut dengan dia?”

“Kita bukan budak-budak. Awak lelaki. Awak boleh buat pilihan. Kalau awak masih mahukan saya, saya masih milik awak. Kalau awak rasa awak mahu ikut dia, apa yang boleh saya buat?”

Dia pilih aku. Aku hanya mampu senyum. Mungkin waktu itu aku rasa aku menang.

Tapi tak lama. Yang tersingkir, yang kalah tak akan duduk diam. Banyak onar yang dia lakukan. Akhirnya, cinta hati aku menjadi bekas. Yang kalah jadi menang. Aku? Aku tetap kena teruskan hidup. Tak apalah, Dia dah tentukan begitu nasib aku.

Itu sebahagian kecil yang aku boleh kongsikan. Of course la, sebab yang tu dah jadi sejarah. Sejarah-sejarah pun, itu pengajaran paling berharga.

Aku pun manusia, ada hati, ada perasaan. Lama-lama aku belajar, nak jaga hati orang sentiasa pun jenuh jugak kan. Macam la aku ni taka da kerja lain. Tapi dah lumrah kot, aku cepat kesian, cepat simpati, cepat je jadi kawan. And bila dah jadi kawan, aku nak kawan-kawan aku semua ‘happy’.

Aku macam taka da mood nak sambung… Entahlah. Hati aku berkecamuk sekarang ni. Aku tak pasti apa yang aku dah buat ni betul ke tidak. Susah!!!

Bila mengenalkan A & B, niat aku memang baik, ikhlas. Biar berkawan, biar tak sunyi, and semua orang happy. Tapi bila kemudiannya, ada perasaan ‘lain’ datang dalam hati. I know my part, aku tahu my limit. Tapi tak sedap la bila buat aku rasa macam konon aku nak ‘potong line’ dia. Tak sedap kan? Kalau aku yang nak, baik aku sapu seorang-seorg dulu, tak payah la aku yang kenalkan.

Apa yang heran sangat Eleen kau kena macam tu? Kau pun dah ada laki, dah beranak 2 kali dah. Ya, aku tahu, aku ni bini orang, 2 anak dah. Aku pun tak heran benda-benda macam ni. Tapi A tu kawan, B pun kawan. Bila A + B, and A rasa aku ni macam rapat sangat dgn B, and hint-hint aku to avoid B… Please la.. Kau dengan B pun aku yang kenalkan. Aku yang bagi phone number pun. Paling tidak, terima kasih la sikit. Kalau aku nak B tu, aku tak kenalkan pun kat kau…

Yes, aku bengang. Ini bukan 1st time orang kata aku try nak ‘potong line’ diaorang. Apa yang orang takutkan dengan aku pun aku tak tahu. Just be yourself. Sebab aku percaya, kalau kita ikhlas, Tuhan akan permudahkan semuanya. Tak payah kau nak plan-plan bagai!!!

Seriousakubengang…

Monday, May 6, 2013

Rest In Peace - Jeyanthi

Sedang dalam kesibukan semua rakyat Malaysia meng'update' status masing-masing berhal-ehwalkan tentang politik, saya terbaca satu status dari sahabat saya. Hanya dengan satu nama dan diakhiri dengan ayat REST IN PEACE, hati saya berdegup sangat kuat. Lebih kuat dari menantikan keputusan pilihanraya malam tadi.

Ya, saya bulatkan hati, memandu sendiri ke destinasi yang saya sendiri tak pasti di mana. Saya akan cari, kalau sesat, tanyalah orang nanti. Saya yakin, jika nawaitu saya ikhlas dan diizinkan-Nya, saya pasti jumpa tempatnya. Ya, saya sesat. Saya berhenti 2 kali di 2 stesyen petrol untuk bertanyakan dimana jalan yang harus saya tujui,dan akhirnya Dia memudahkan setiap urusan saya.

Saya sampai. Air mata saya jatuh berlinangan. Sebak. Sedih. Insaf. Setiap satu rasa itu meresap dalam diri saya. Sungguh besarnya nikmatMu Ya Allah, memberikan aku peluang untuk merasai apa yang aku rasa di saat itu.

Tanpa sedikitpun pandangan sinis, tanpa sedikitpun rasa kekok, saya dijemput masuk dan saya membantu mana yang patut. Ya, saya satu-satunya yang bertudung & berjubah disitu. Ada juga beberapa teman-teman berbangsa Cina bersama, Sikh dan yang lain-lainnya dari keturunan India. Kami bersalaman, berpelukan, bertanya khabar. Masing-masing mula menahan rasa sebak, air mata kami mengalir tanpa segan.

Jeyanthi Arumugam- she was a strong women, vocal. Dia selalu datang duduk di hadapan meja saya, kadang-kala meminta saya untuk tukar jadual waktunya, mengadu bila ada student yang degil, dan selalu juga bercerita cerita yang akhirnya membuat saya ketawa. She was a law lecturer, then heading a law school. Perempuan itu tidak kekok berbicara apa bahasa sekalipun. Saya juga ambil semangatnya, dia tegas & selalu berkeyakinan. Saya banyak belajar tentang 'the logic of law' dari dia,s eterusnya, macam mana mahu menjawab bila 'diserang'.

Dia antara insan di dalam 'friendlist' saya di FB, yang amat jarang-jarang saya 'bertegur' & 'berkomen'. Lama dia menyepi, saya tahu dia tidak sihat, tapi saya tidak tahu dia begitu menderita. Pagi ini, saya terduduk bila berita iotu disampaikan... Saya tak terkata. Lalu tanpa berfikir panjang, saya nekad memberi penghormatan terakhir saya pada dia.

Sahabat-sahabat lama saya masing-masing mengumpul kekuatan sesama sendiri. Kami tidak endah siapa menang pilihanraya malam tadi, kami tidak kisah orang itu sokong parti apa, orang ini sokong siapa. Tidak, bukan kali ini. Kami semua berkumpul di rumah si mati hanya dengan satu tujuan, kami adalah insan yang BERPERIKEMANUSIAAN. Dia sahabat, dah sejujurnya, jika ditakdirkan sayalah yang berada ditempatnya, terkujur kaku, saya juga mengharapkan keluarga & sahabat saya berada di sisi saya, mendoa'kan saya, tak kira siapa pun mereka, apa pun agama & pegangan mereka. Itulah yang berlaku tadi...

Selesai acara keagamaan itu, teman-teman saya itu berkata, "we never expect to see you in this condition. we always wish to see you in a happy occasion, so that we can have a long talk." I do have the same wish, friends... In Shaa Allah, will try my best to allocate my time to catch up with you guys....

Saya pelajari sesuatu yang amat berharga hari ini. Walau setinggi mana pun pangkat & kelayakan kita, walau sehebat manapun kita sibuk dengan hal-hal duniawi, walau sesibuk manapun kita dengan urusan kerja, kiranya kita dijengah dengan berita kematian, tinggalkanlah semua urusan yang sedang dilakukan... Walau siapapun yang kita ziarah, walaupun si mati tidaklah serapat mana dengan kita, Dia tetap menghargai usaha & masa yang kita peruntukkan untuk tujuan itu. Ia juga memberi keinsafan pada kita... Kerana hanya Dia yang tahu, bila masanya kita akan dijemput ke sana...

My friend, may you rest in peace...