Wednesday, December 12, 2012

Me & Warung Seni @ Galvanize Lab Melaka

I was wondering when was my last moment laying on the sofa while watching my fav movie!!! Seriously, I cant remember!!! And I do missed the relaxing moment. Yes, once I made a decision to be in the current position, working with my own keringat, definitely semua tu jauh tak tergapai...

Running my own El.Kiranna's Passion for CAKE IN A JAR, CUPCAKES, PUSH UP CAKES, etc + Warung Seni @ Galvanize Lab really make me berkejar-kejar berlari macam tak cukup tanah. It was much more busy, much more berkoyan-koyan kerja dari duduk mengadap MQA, students, registration, and all those Registrar work!!! Tapi aku puas!!!

Handling most of the operation in Warung Seni @ Galvanize Lab; HR, Admin, PR, Business Development, Marketing + segala jenis benda yang kena dibuat memang buat aku tak cukup rehat. Currently, quite a number of events is on the list, numbers of collaborations, etc yang kena di hadap. Ya, event is under Azimin's portfolio. Tapi dia selalu pass it to me!!!

Thanks God Warung Seni ada staff yang amat berdedikasi, yang amat setia & tak kisah berkorban. Yes, this is not the 1st batch of staff. Yang 1st batch semua dah selamat MIA (missing in action) but alhamdulillah... Baguslah diaorg berdua MIA sebab kalau tak, aku akan pening kepala memikirkan macam mana nak berhentikan diaorg, jenuh memikirkan yang aku memang takkan confirmkan diaorg. Kalau datang kerja dok asyik control ayu, konon berangan macam diva, tak boleh kena panas, tak boleh duduk kat kitchen, tak boleh itu, tak boleh ini, tak payah nak susah-susah tunjuk muka depan aku. Hey, my first job pun tak de la segrand mana but I made it!! So, aku percaya, kalau konon ada degree in Tourism Management tapi attitude tak boleh 'IN' dengan tourism, hentikan. Cuba bayangkan, bila ditanya masa study dulu, apa yg belajar kat universiti, jawapannya "online booking"... Mak aii, nasib baik masa interview dia tak jawab macam tu!!! Kalau takat 'online booking' tu, x yah ambik degree dik oii, mat bangla pun boleh buat!!!

Enough about the MIA staff. Kalau dah start memang susah nak stop pasal diaorg. But, amat bagus diaorg MIA sebab ianya amat menyenangkan hati aku & my partner. Percayalah, x de sedikitpun rasa terguris, rasa sakit hati, etc. Rasa LEGA lagi ada..

The 2nd batch of the replacements are damn good!!! And pengajaran kali ni, I have reshuffle the positions, tak ambik yang jobless lagi. I ambik my new staff semua yang SEDANG BEKERJA, kena bagi notice sebulan pun aku sanggup tunggu. Coz to me, this type of people adalah insan-insan yang berpengalaman & tahu menghargai peluang yang diberikan.
















Friday, October 26, 2012

MY CAKE IN A JAR by el.kiranna's Passions

Kita tumpang iklan kejap kat sini ya. 

Introducing one of el.kiranna's Passions products; CAKE IN A JAR
This is one of our killers products beside PUSH UP CAKE & CUPPIES.


For more info; let be HERE







Our Baby Is Finally Here!!!

Salam Aidiladha buat semua


Maaf kerana lama sungguh saya tidak ke sini. Bukan tidak menjengok langsung, cuma setakat jengok dan kemudian pergi. Kesempatan yang ada amat sedikit, masa kekang jua tidak banyak, malah boleh dikata tiada langsung.

Di kesempatan ini, saya ingin memperkenalkan kepada semua our latest 'baby'. This is the main reason mengapa masa saya amat terhad. Every planning, products, preparations need to be monitor & handle properly. Bukan senang tapi setakat ini, alhamdulillah, dengan izin-Nya, saya masih mampu melaluinya.

Setiap pengetahuan, pelajaran & pengalaman saya terima & kutip dari setiap lapisan insan, setiap zarah kejadian menjadikan saya amat tabah untuk mengharunginya. Ya, ianya tidaklah segah mana bak kata sesetangah orang, tapi sekurang-kurangnya, saya telah berjaya menjadikan impian ini satu realiti. Ianya satu 'RASA' yang sukar digambarkan. Dan jutaan terima kasih saya pada insan-insan yang tak putus-putus menyokong dan memberi semangat untuk terus berjuang. Alhamdulillah, saya masih mampu berjuang.

Pada yang berkesempatan, sila-silalah menjengah ya...

Galvanize Lab's Logo


Galvanize Lab

We are now open!!!

The earlier view

Our Surau entrance

To the 1st floor

Friday, August 3, 2012

Scary Moments @ Our Country

A few scary moments happened to people that I know, around me. Yes, its happened in our country, Malaysia. May be this is the right time, untuk kita renung-renungkan kenapa benda2 mcm nie boleh jadi..

1. Our friends; Clovis & Joey, the owner of Unique Penang Gallery kena ROMPAK. The sad things: Masa perompak tu masuk gallery tu, its just Joey alone. As a women, Joey terus bagi handbag & semua yg dia ada bila dah kena acu pisau etc. But then, perompak tu kata "TAK CUKUP". They wanted more!!! Tapi, gallery mana ada simpan duit cash kan? Bila tak dapat cash, korang tahu apa yang diaorang buat kat Joey? Diaorg kelar2 leher Joey. 

She almost dying. Suffering giller babi kat hospital. Clovis was so sad but I belief he is a strong man. Kesian sangat, and all the pics yang Clovis post kat FB, mmg all the friends satu dunia comments. 
Joey is a good fighter, and she made it. But lepas keluar hospital, a few days after that, she's having a breathing difficulties. Masuk balik hospital.. Kesian sangat..

Alhamdulillah, now Joey is back!! You go girl!!!


 
Joey & Clovis @ Front page of Chinese Newspaper


 Joey - suffering@ hospital



 Clovis & Joey - after discharged
 
2. A friend of mine, kawan masa sekolah rendah (SKK) & pernah sekelas dgn wifenya sekejap, now both Azlan & Rita is my neighbour, deret  belakang rumah aku. Once baca status FB Rita, she mentioned that rumah dia kena masuk pencuri. Just imagine, rumah dia deret belakang rumah aku? Lucky sangat sebab ms tu Rita & kids tak de kat rumah. Azlan was away in Manila for 3 weeks, so Rita stayed rumah parents dia. Just weekend dia datang ambik barang2 n kemas rumah. Sampai rumah, habis!! Segala barang semua hilang, rumah berselerak. Barang kemas, barang kemas hantaran kawen, 2 laptops, motor, and byk lagi hilang. 

According to neighbor dekat2 dgn rumah, diaorg kata hari Jumaat ( Rita sedar rumah dia kena masuk pencuri hari Sabtu), neighbor adaperasan yang ada orang dalam rumah. Siap bukak tingkap semua. Ingatkan husband Rita balik dah. Tu yang diaorg buat biasa je. And yg paling best, masa tu time sembahyang jumaat!!!






Macam-macam yang jadi hari nie...


Monday, June 25, 2012

DATANGLAH MARAH, SEMOGA REDA DENDAMMU


Datanglah marah, semoga dendammu reda

Bila kamu datang
Aku buka pintu tanpa ragu rasa
Bila kamu lapar
Aku hidang kudap tanpa harap ihsan
Bila kamu susah
Aku hulur tolong tanpa minta balas
Dan bila kamu mohon untuk lelap
Aku lenakan tanpa sedikit gundah pun

Kamu minta, aku beri
Kamu harap, aku beri
Sedikitpun aku tak minta kamu balas

Aku cuma mahu kamu hormat
Aku cuma harap kamu faham
Aku cuma pinta kamu mengerti
Tapi aku silap
Kamu hilangkan rasa hormat
Kamu sedikitpun tidak mahu faham
Kamu jauh sekali mahu mengerti
Kerana kamu belum rasai
Bagaimana sakitnya hati bila terobek
Amat sakit bila terhiris, berdarah dan luka berparut

Kamu marah bila dia tidak hirau
Kamu cemuh bila dia tidak endah
Kamu marah lagi bila dia tidak perasan dan tiada perasaan
Dan bila marah memuncak
Bila marah bertambah marah
Dendam kamu mula membuak

Datanglah marah, moga dendammu reda
Datanglah marah, moga pengertian itu kembali
Kerana dikala kamu bermain dengan rasa marah
Biarkan aku menari bahagia
Percaya hukum karma: Bumi itu bulat

Eleen Jamaluddin
Bdr Enstek

2.44am

Thursday, June 21, 2012

USAH GANGGU!!!

Aku tak mahu banyak cerita
Hati aku memang panas pada mulanya
Tapi bila fikir-fikir balik, tak payah dilayankan 
Memanglah ada rasa sakit
Tambah menyakitkan bila orang tu kita kenal
Kita baik dengan dia
Kita banyak tolong dia
Dari makan, minum, tidur
Semua pernah ditolong

Pesan aku:
Jaga laki sendiri
Tak payah nak sibuk-sibuk berfeeling-feeling
Berbunga bertaman kat status nak refer-refer kat laki orang
And the worst part, you not even trying to DENY it
And lepas tu kau boleh tanya aku SENTAP ke?
Apa jenis manusia kau nie

And please stay away from my family!!!

Friday, June 15, 2012

Wanita Selaut Rasa


 

Dia pernah bertanya
Kenapa perempuan penuh misteri
Bila suka, bila duka, bila marah dan bila kecewanya
Sukar ditafsir dengan satu pandangan
 Padahal ramai lelaki
Jatuh cinta dengan pandangan pertama

Waktu bayinya dia menangis kala lapar
Menangis kala sakit
Menangis kala marah
Dan hanya ketawa kala suka

Waktu gadisnya tambah gundah
Menangis tika sakit
Menangis tika marah
Menangis tika rajuk
Menangis tika duka
Menangis tika rindu
Menangis tika cinta
Dan tidak lagi ketawa tika suka

Menginjak usia menjadi dewasa
Tambah berulit cara bila berbicara
Raut wajah sukar ditafsir
Jadikan dia tambah resah

Wanita menangis bila kecewa
Wanita menangis bila derita
Wanita menangis bila lara jiwanya

Wanita menangis bila bara menyala
Wanita menagis bila ditinggal
Wanita menangis bila dicerca
Wanita menangis bila dihina
Wanita menangis saat jatuh terduduk

Wanita juga tak mampu menahan tangis waktu dipujuk
Wanita tidak malu mengalirkan air mata kala terharu rasa
Wanita masih menangis tika semangat bergelora
Wanita  juga menangis saat berjuang mempertahankan jiwanya
Dan wanita juga menangis bila masa dia berjaya
Menangis juga saat dia bahagia

Jawab aku pada dia
“Wahai sang lelaki, fahamilah kamu

Jiwa seorang wanita amat halus
Dengan hanya satu perkataan
Jutaan rasa tergambar di lautan expressi” 

Herleena Jamaluddin
Jonker Street, Melaka
150612

A Littile Update

Lama tak membebel kat sini kan? Amat busy sangat sebenarnya. Memang la tak de siapa yang nak percaya aku busy. Paling koman, mesti ada yang kata, "ala, bukannya kerja pun, entah apa yang dibusykan."

But kalau siapa yang kenal aku, they will understand yang aku memang tak pernah nak release apa yang aku tengah buat, project apa yang tengah dikerjakan sampailah benda tu betul-betul menjadi. Kan??? Jadi apa yang aku tengah dok sibuk-sibukkan nie, Insyaallah nanti akan aku war-war kan bila sampai masanya ya...

By the way, just nak inform, aku & adik aku akan bukak kiosk kat Jabatan Akauntan Negara, Precint 2 Putrajaya on 27th June nie. Cookies raya dah start jual dah but in a small pack la. And cake in a jar pun ada nanti tau!!!

Gambar ihsan Mr Google

Sunday, March 25, 2012

Kerana Aku Ini Manusia


Lama pena tidak menari
Lama jiwa tidak membelai
Lama rasa tidak didatangi
Aku masih di sini
Masih di tempat yang sama
Masih pada hati & jiwa yang sama

Mungkin kesempatan itu amat terhad
Terlalu terhad
Nama pun aku manusia
Yang serba kekurangan
Yang serba keterbatasan
Lalu kerana itulah aku selalu kurang kesempatan

Aku manusia
Pernah kecewa pernah terluka
Pernah terjatuh juga tersungkur
Pernah hitam pernah berceloreng
Namun hidup ini satu anugerah
Hidup ini satu percubaan
Hidup ini satu perjudian
Lalu kerana itu
Hidup mesti diteruskan

Kerana aku ini manusia
Aku rawat dari kecewa dari luka
Aku bangun dari jatuh dari luka
Aku sisip hitam juga celoreng

Kerana aku ini manusia
Aku hargai setiap anugerah
Aku gagahi setiap percubaan
Aku menangi setiap perjudian
Kerana hidup mesti diteruskan

Kerana aku ini manusia
Aku lari mengejar bintang
Aku bangkit dari sungkuran
Aku warnai kembali kanvas kehidupan
Kerana aku ini manusia
Tidak mahu dikata kalah
Kerana aku ini manusia
Lalu aku pantang menyerah

eleen
bdr enstek
march 2012

Saturday, January 7, 2012

Untuk Renungan Kita...

Sekadar buat renungan kita bersama... baik lelaki mahupun perempuan, kita punya tanggungjawab & amanah yang diamanahkan dari Allah