Tuesday, August 18, 2015

Jam Jasad: Sebuah Fitrah Manusia

Kalaulah Mesin Cahaya Masa naskah dari Wani Ardy ini datang pada aku dua tahun dahulu, mungkin aku akan cuba faham, atau paling tidakpun akan aku beringat-ingat supaya tidak melanggar ‘Jam Jasad’ yang Allah fitrahkan buat kita.

Tapi sudah ketentuan Yang Maha Esa menetapkan aku dikurniakan rasa dan tenaga kerja dan rajin, lalu aku menerjah dan menggunakan semua itu sekuat mungkin. Hingga melawan jam jasad yang Allah kuncikan pada tubuh kita. Kerana aku lupa, tubuh manusia bukan hanya milik jiwa dan rasa ingin kaya dan berjaya. Tubuh kita berkongsi hidupnya dengan elemen-elemen lain; nafas, saraf, darah, oksigen dan sebagainya.

Walau tenaga masih boleh dikerah, walau penat masih boleh untuk kita tidak endah, tapi hakikatnya saraf, nafas, darah mahupun oksigen sudah lelah. Mereka perlu masa untuk berehat.

Wani, tersentak sungguh malah tersentap bila bait-bait dibaca. Rasa macam tertampar pipi sendiri. Sebarkanlah, jangan kita sesekali melanggar hukum alam yang satu ini. Kerana rasa 'binasanya' terlalu pedih


Aku sudah merasainya.