Saturday, September 18, 2010

MALAYSIA HARI INI

Malaysia hari ini makin menakutkan.
Saya tak pasti mengapa tapi sudah sampai masanya para pemimpin negara duduk sama di meja bulat mencapai kata sepakat, mencari punca dan penyelesaiannya.
Kalau dulu, pencuri masuk rumah pun dah dikira menakutkan, tapi hari ini, bunuh-membunuh seolah macam main teng-teng. Siapa kalah kena bunuh!!!

Kisah buang bayi & janin juga semakin menjadi-jadi. Seolah bagai nyawa tiada harganya. Lepas berseronok, alamak! terlekat pulak! Macam mana nak buat nie? Yang berduit, bolehlah pergi klinik yang berani bersubahat menggugurkannya. Yang kurang berduit & tak berduit langsung pula, makanlah buah nanas banyak-banyak. Kalau tak pun, lepas bersalin dalam bilik air, letakkan saja di surau (kononnya moga dijumpai orang alim ulama). Tak pun, letak depan rumah orang atau di perhentian bas. Tapi ada juga yang tak ada perasaan, buang dalam tong sampah. Senangnya mereka mem'produced' manusia.

Sungguh menakutkan kerana kalau suatu ketika dahulu, yang berani melakukan perkara2 sebegini umurnya pun lepasan sekolah menengah. Tapi hari ini, budak2 yang masih pakai uniform sekolah pun sudah berani. Berani berseronok di luar batasan, berani mabuk, malah berani buang bayi.

Mengapa masyarakat kini memandang harga sebuah nyawa terlalu murah? Saya pernah menyaksikan depan mata kepala sendiri, sekumpulan 'budak-budak' yang terdiri daripada 5-6 orang budak lelaki & 1 orang perempuan. Yang perempuannya nampak macam masih bersekolah rendah, darjah 6 mungkin. Saya & kawan2 melalui tangga shopping complex untuk ke tempat letak kereta, menyaksikan yang sang perempuan sedang terlentok-lentok di dalam pelukan 2 lelaki. Di tangan masing-masing dengan bangga ada Dunhill & setin Tiger Beer. Bila terlihatkan kami yang merenung tajam, tanpa segan silu beraksi 'macam bagus'.. Kedengaran suara2 para lelakinya ketawa kuat sambil berkata, "lepas nie jadi lauk la minah ni. kenyang kita beb.."

Gerun saya memikirkannnya. Yang perempuan tanpa segan silu, yang lelaki pantang ada peluang. Tanpa segan silu, tepi tangga pun jadi.

Berapa ramai pasangan yang sudah sah berkahwin & bernikah punya kesukaran mendapatkan cahaya mata. Ramai yang masih tiada rezeki selepas bertahun-tahun, mungkin sepuluh tahun, lima belas tahun... Tapi 'mereka-mereka' ini, hanya suka-suka terus 'berisi'.

Pakcik & makcik saya berhabis hingga ratusan ribu ringgit semata-mata untuk mempunyai zuriat sendiri. lepas satu doktor, ke satu pakar. dari dalam negara hingga ke luar negara namun masih tiada rezeki. Mungkin itu takdir Ilahi. Akhirnya, mereka ambil anak angkat.

Sebelum puasa sibuk dengan kes buang bayi, sebelum raya hingga hari ini, sibuk pula dengan kes berbunuh-bunuhan. Paling menyayat hati, kes Ustazah & anaknya yang dibunuh juran yang mahu menyamun di Port Dickson & kes kehilangan Dato' Sosilawati bersama 3 rakannya yang kemudiannya dimuktamadkan sebagai kes pembunuhan.

Tergamak sungguh manusia ini membunuh, mengambil nyawa insan lain & beraksi bagai malaikat maut. Gila!!! Hilang pertimbangan sungguh. Mungkin juga benar, manusia hari ini makin ramai yang sakit mental.

Sama-samalah kita doa'kan agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Moga, pembunuh yang bertanggungjawab ke atas kematian mereka mendapat pembalasan yang setimpal.

Amin...

RAYA, RAYA, RAYA...

Raya, raya, raya & raya...
semua tentang raya
jangan tanya saya mana gambar saya sekeluarga masa raya
saya sendiri sedang menunggu bilakah adik ipar kesayangan saya, Izham Saringat mahu uploadkan gambar2 raya...
sebab dia punya kamera besar & mahal
siap dgn lenser
orang kata SLR

Raya kali ini saya ambil sedikit inisiatif
mungkin kerana bonda tersayang tidak begitu sempurna kesihatannya
tempahan jahitan boleh tahan banyaknya
dan seperti biasa, baju raya kami semua memang tak akan siap
jadi tak perlu pening2 kepala
kalau malas mahu meredah sesak kuala lumpur
pakai saja apa yang ada
saya sekeluarga gagahkan diri membeli dek kerana theme color yang di set kan oleh designer kami setiap tahun
mama, ayah & adik2 pakai saja baju yang dibuat khusus untuk majlis perkahwinan adik perempuan saya
adik perempuan saya & suaminya lagi senang, pakai saja baju masa kahwin

Tempahan biskut raya juga boleh tahan
nasib baik adik lelaki saya ringan tangan
dialah yang jadi tokey biskut raya kali ini
semua order perlu melalui dia

Saya juga cuba2 buat biskut raya sendiri selain menolong adik lelaki saya
sempatlah buat biskut sarang semut
masa raya sempat buat chocolate moist cake
esok mahu buat lontong & sambal tumis udang

Tahun ini rasa malas sedikit nak pergi beraya
tuntutan kerja memaksa saya berkompromi dengan masa
bukan mudah bekerja sendiri
mengah juga terkejar ke sana ke mari

Open house seperti biasa
perkara wajib setiap tahun
tinggak tahun ini sedikit lebih
berserta kenduri doa selamat & kesyukuran
meraikan tuan doktor yang selamat ber phd
serta impian yang terbengkalai yang sudah terrealisasi
alhamdulillah, moga semuanya berjalan lancar
pada anda semua, jemputan akan menyusul insyaallah
sudi-sudikan diri menjengok teratak kami...

Thursday, September 2, 2010

SUNGAI LUI - AIZAT

Saya amat suka dengan melodi & lirik lagu hasil buah tangan terbaru Aizat. Muziknya sangat SOFT, membuatkan saya rasa terbuai-buai... Dan saya tertanya-tanya, mengapa tajuknya SUNGAI LUI? Tiada sepatah pun perkataan SUNGAI LUI di situ... Mungkin pertemuan terjalin di SUNGAI LUI, mungkin juga maksud tersirat itu, lagu tersebut mengenai SUNGAI LUI sendiri. Saya belum sempat menelaah, jadi, mari lakukannya bersama...

Sungai Lui – Aizat

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini