Friday, December 31, 2010

WELCOME 2011


HAPPY NEW YEAR...

I am welcoming 2011 with a big DREAM.
Wishing all the best to all you,
Happy family
Happy life
Happy working
Happy friends
Happy surrounding
Happy year

With His blessing...

Regards,

Herleena Jamaluddin

Wednesday, December 15, 2010

AKU & KEHIDUPAN







'Kisah dalam entry kali ini sebenarnya telah saya penakan terlebih dahulu di lembaran kertas dalam perjalanan pulang selepas ianya terjadi. Lama sungguh saya biarkan ia sebelum memasukkannya dalam entry kali ini... Dan, saya tidak langsung menukarkan 'language'nya kerana pada saya, ianya datang terus-menerus dari hati... Renung2kan lah..'



On the way from KL Sentral to Salak Tinggi ERL station. Saya baru pulang dari menemui teman lama yang telah lama terputus hubungan. Bila tiba-tiba sahaja dihubungi, menyatakan hasrat mahu bertemu, hati saya jadi tertanya-tanya apakah tujuan disebaliknya... Manalah tahu, kalau-kalau ianya hanya kerana 'direct selling', jenuh saya dibebel Azimin nanti...

Nak menyenangkan kerja, kami bertemu di KL Sentral/ Then, I sms her to meet me @ Mc D. Senang nak cari, nanti kalau meet up di tempat yang pelik-pelik, jenuh pula nak cari nanti since she was from out-station and dropped by KL for some meetings...

Lepas berborak dalam sejam lebih, she asked me why I choose to met her @ Mc D. What type of question was that? My answer, "Senang, tak payah nak pening-pening kepala. Semua orang tahu nak cari Mc D kat mana."

Saya bertanya mengapa diajukan soalan begitu pada saya. And guess what her answer???

"Tak ada lah, orang macam kau takkan still makan kat fast food. Paling koman pun, coffee house"

Mak oiii!!! Saya hanya tersenyum sambil dalam hati berkata sendiri, 'teruk sangat ke makan kat Mc D nie?'

Saya : Kenapa cakap macam tu?

Dia : Sebab kau dah tergolong dalam 'orang-orang elit'. Selalunya, orang-orang macam kau dah tak pandang kedai-kedai macam nie...

Saya hanya memandang dia, dalam masa yang sama cuba mentafsirkan apa yang cuba disampaikannya.

Saya : Do you know that I still pergi makan kat warung mamak tepi jalan?

She was so shocked!!!

Dia: Biar betul??

Saya sendiri tidak pasti apa yang mahu disampaikan. Pada saya, I just dont want to make myself so difficult. Sini tak boleh pergi, sana tak sesuai, tak boleh makan kedai itu... I just want a SIMPLE life!!!

Saya : Kau ingat tak masa sekolah dulu (dan kini anda tahu yang insan itu adalah rakan sekolah saya suatu ketika dulu!!!), kawan-kawan kita ramai yang mewah-mewah... dan semua tu buat aku rasa macam... aku tak layak to stand with you guys... Tapi aku ada semangat, ada keinginan and I work for it!!

Dia : Macam mana kau boleh jauh berubah?

Itu adalah soalan KERAMAT

Mungkin dek kerana terasa yang saya tidaklah sepandai mana waktu zaman sekolah dulu buat saya tak putus-putus berusaha untuk bangun dari kejatuhan silam. Saya perlu berhati-hati agar tidak terjatuh lagi.

Buat D, aku masih seperti dulu. Hati aku, jiwa aku, masih sama seperti dulu. Aku masih makan Mc D, aku masih makan maggi walaupun aku boleh menukarnya. Tiada apa yang berubah...

Aku tak pernah sekalipun dilimpahkan dengan kemewahan seperti kalian. aku berusaha keras untuk mendapat kemewahan dan kerana itu, aku perlu melalui kepayahan hidup.

Aku tidak berkahwin dengan orang yang kaya-raya, malah jauh sekali anak orang ternama. Azimin biasa-biasa sahaja waktu kami diijab kabulkan, tapi semangat yang ada pada dia sungguh luar biasa. Itu yang menjadikan biasa tu kepada yang lebih dari biasa. Itu jugalah yang membakar jiwa aku...

Hidup memerlukan perubahan. Tak semestinya bila kita sudah pandai bermain golf, kita mula lupa bagaimana mahu bermain teng-teng. Aku masih mengajar Anggun & Alam cara-cara bermain teng-teng & batu seremban. Itu warisan zaman dan mereka perlu tahu bagaimana susahnya aku & Azimin mengumpul segalanya untuk mereka...