Monday, June 30, 2014

Kehilangan Syafiq Salehudin Dari 6 June 2014

Dugaan Ramadhan bukan mudah, dan dugaan yang hebat-hebat hanya diturunkan-Nya pada insan-insan yang kuat, yang percaya akan ada hikmah di sebalik setiap kejadian.

Syafiq Salehudin adalah salah seorang ex-students Azimin. Saya mengenalinya dari dia mula-mula di Tahun 1, di UKM. Architecture students tidaklah sebanyak mana, masih boleh dikira dengan jari tangan & jari kaki jadi mengenali tiap seorang dari mereka bukanlah perkara sukar bagi saya yang sudah biasa dengan puluhan students dalam satu kelas, ribuan yang menyapa saban hari.

Syafiq dulunya agak berisi dari gambar di bawah. Tamat di UKM, dia masih sambung belajar di bawah program young lecturer UiTM tak silap saya (saya ingat yang dia pernah beritahu saya sewaktu bertembung dengan saya & Azimin di Bukit Jalil - AJL tahun bila tak ingat saya..)

Dua minggu lepas, Azimin ada beritahu saya yang Syafiq hilang, tak dapat dikesan. Bercerita lebih kurang, saya sangkakan dia sudah ditemui. Semalam, saya mendapat berita, dia masih kekal hilang. No clue at all!!!

Jadi di sini, saya mohon jasa baik anda-anda sekalian, kiranya mengenali, mengetahui atau pernah melihat Syafiq di mana-mana dalam tempoh kehilangannya, tolonglah hubungi nombor yang tersenarai ya. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana hati dan perasaan seorang isteri bila suaminya hilang tidak dapat dikesan. 
Dan, saya mohon kita semua mendoa'kan Syafiq ditemui dengan selamat.

Salam Ramadhan.


Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua.

Lama tak updates walaupun taklah sesibuk mana. Tinggal, keadaan yang tak mengizinkan. Keadaan tangan sebenarnya dan sekaligus menjadikan mood nak mengupdate & membebel kat sini tu hilang. Ada dapat text dari beberapa orang bertanyakan bila nak update blog. Ada rupanya orang yang baca ya? Hehehehe..

Ramadhan kali ini bagi aku amat berbeza dengan yang dulu-dulu. Kenapa? Kalau time bulan puasa sebelum-sebelum nie, sebelum puasa lagi dah start busynya dengan hamper, cakes & cookies, tapi tahun nie, adalah tahun rehat, walaupun tak sepenuhnya. Kalau ikutkan hati, mahu jugak bersibuk-sibuk dengan kawan-kawan lain macam biasa. Tapi, biarlah ada kesedaran diri kata orang... 

Last week physio session, my therapist dah siap-siap pesan.. "Kak, jangan lasak-lasak bulan puasa nie." The physio sessions showed an improvement in the CTS but, the De' Quervain still in a very bad condition. Bila buat ultrasound asyik merah je kalernya...

My hands condition still dalam keadaan yang agak teruk. Sebabnya, bila both hands yang effect, harapan untuk angkat gelas sendiri pun perlu dilakukan dengan sekuat hati. Kalau ada yang perasan, aku dah jarang makan guna sudu garfu, kalau keadaan tak memaksa. And semalam, lepas angkat buku Open Show 2014 by Balai Seni Visual Negara yang tebal & kertasnya yang mahal tu masa dalam kereta... terus tersentap tangan kanan, sakit sampai tak boleh bergerak. Meraung-raung sampai berjurai-jurai air mata. Sampaikan Alam ikut sama menangis sebab dia kata, dia rasa bersalah sebab aku angkatkan buku tu untuk dia. Terus hilang rasa konon-kononnya confident dah boleh start buat kerja itu ini. Terus kena 'delete' segala harapan yang tinggi menggunung, terus tutup rapat-rapat angan-angan yang konon nak bake Red Velvet hujung minggu nie...

Everything happened for a reason. Aku tak menolak dugaan ini sebab aku percaya, kerana inilah yang buatkan aku berfikir lebih rasional. Beberapa tahun kebelakangan ini (adalah dalam 5-6 tahun) jadual Ramadhan aku terlalu padat. Waktu tidur aku hanya mula selepas subuh, lepas my kids pergi sekolah (except for last year, itupun sebab I was attached with a college for a few months, dan terkena pulak time bulan puasa). So, rasanya untuk tahun ini, Dia memberi ruang untuk aku berehat dan menikmati tidur dengan sempurna, bersiap untuk sahur, subuh, berurusan di siang hari, dan bersedia untuk berbuka. Macam orang-orang lain. Mungkin tahun nie tak dapat duit raya beriya-iya tapi rezeki tetap tak lokek untuk datang menjengah.

Untuk semua, Salam Ramadhan. Moga kita tetap berusaha menjadi insan yang lebih baik dari semalam.




Friday, June 13, 2014

The 12th Years Wedding Anniversary

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa' yang tak putus-putus, maka selamatlah untuk tahun yang ke 12. Bohong kalau katanya tiada onak duri yang susah-susah, tak ada dugaan pahit-getir sepanjang melangkah dari hari pertama, hinggalah ke hari ini.

Cuma sebagai perempuan yang dikatakan degil sejak hari pertama sang suami mengenali saya, saya rasa kedegilan itulah senjata saya untuk menangkis semua halangan. Bukan senang, bukan mudah. Bukan tiada air mata yang tumpah, bukan tiada hati yang terguris. Bahkan, bukan tak pernah bermasam muka, bergaduh, bertengkar, berdebat. Tapi itu namanya asam garam kehidupan. Selagi ada rasa percaya, selagi itu kami masih di sini.

Bermula dari kami bukan siapa-siapa, hinggalah ada apa-apa, yang tak pun banyak mana... Saya sangat bersyukur kerana Dia menganugerahkan saya semangat yang kuat, yang sentiasa ada di sisi sebuah kedegilan. Bermula dari aku-kamu, hinggalah boleh menerima kita-kami, berkongsi bukan setakat suka duka,tapi semangat dan impian yang sama. 

Ya, saya sentiasa ada di sisi dia dalam apa juga saatnya, baik waktu susah getir hatta di saat sama-sama berikat perut waktu ditimpa kesempitan. Jadi, janganlah dipertikaikan kehadiran saya sewaktu senangnya dia, janganlah dikata-kata sibuknya saya sewaktu dia menerima segala macam tambahan nama di hadapan namanya, kerana saya juga bekerja keras untuk dia ada di tempatnya seperti hari ini. 2 1/2 tahun menyiapkan research & thesis, perempuan inilah yang berjuang habis-habisan bekerja membanting tulang. Dari KL, Nilai, Seremban, Penang, Kuantan, Kedah, Sabah, Sarawak malah segala pelusuk. Setiap minggu berulang-alik Nilai - JB - Butterworth seperti roh dan jasad seakan terpisah. Siapa yang melihat saya waktu itu, pasti akan bertanya, mengapa perlu bekerja sekuat ini?

Jujurnya tidak perlu. Tapi saya ada impian sendiri. Jika itu ditakdirkan career terakhir, biarlah ia nampak berbaloi. Biarlah ia nampak cantik dan orang-orang sekeliling saya akan sentiasa mengenang dan menghargai saya. Alhamdulillah, ia berjaya. Bila saya berundur, ada yang takut saya jadi tukang habiskan duit suami. Tak kisahlah kalau betul pun saya menghabiskan duit dia, dia suami saya.Daripada dia menghabiskan pada entah siapa-siapa, ya tak? Saya tak nampak mana silapnya kalau saya menjadi tukang perabih duit dia? Tapi bolehlah juga tanya dia, mana saya dapat duit setiap bulan untuk bayar duit kereta, personal loan, 3 credit cards, 3 insurans (my kids and me)? Sepuluh sen pun saya tak pernah mintak dari suami. Apa yang dia bagi setiap bulan, saya tak pernah minta lebih. Banyak dia bagi, Alhamdulillah. Kalau sikit yang dapat, itu rezeki saya. Dan selepas bertahun-tahun, kami belum pernah lagi kebulur tak ada makanan. Rezeki yang Allah kurniakan sentiasa melimpah, syukur.

Pasang surut hati saya dan dia pasti ada selama 12 tahun perjalanan ini. Saya akui, tahun ke 11 adalah dugaan yang amat besar buat kami tapi perancangan Yang Maha Esa begitu teratur. Syukur alhamdulillah, ianya bertambah kuat dan dekat. Kata Azimin, "bila kita terlalu senang, kita jadi renggang." Ya, mungkin betul. Jadi biarlah semuanya SEDERHANA.




Bumi Allah Itu Luas...

Rasanya ramai yang dah tahu kot yang aku memang dah kurangkan daily activities aku almost 50%. Banyak benda yang aku paused kan buat sementara waktu nie. So buat masa ini, kalau ada permintaan yang aku rasa aku tak dapat terima, janganlah kecil hati. Janganlah perli-perli dekat status FB ya. Kalau aku mampu, aku tak tolak. Paling koman pun, aku akan carikkan replacement yang sesuai dengan programnya.

Pernah dengar De' Quervain? Aku baru tahu kewujudan perkataan tu dalam dua minggu lepas rasanya. Tu pun sebab sendiri dah terkena, kalau tak, memang la tak tahu. Nama-nama sains nie, memang tak boleh lekat dalam kepala otak aku. Patutlah 5 tahun sekolah sains, hari nie kalau ditanya aku nama-nama saintifik apa pun, janganlah menaruh harapan untuk aku jawab. 

De' Quervain is a condition where inflammation of sheaths around tendons in hand muscle that extend the thumb at the wrist. Tak payah peningkan kepala, pi la google kalau tak paham aku maknanya. Tapi itulah dia.. lepas CTS, De' Quervain pulak. Nasib baiklah hati aku nie dah stable, dah redha.. Cakaplah apa pun, aku ya kan je la. 

Tapi aku still cuba untuk buat perkara-perkara yang aku suka, yang aku tahu aku masih boleh handle, or buat-buat boleh handle. Pelan-pelanlah... Ramai yang kata aku degil tapi hakikatnya, boleh ke korang duduk jadi topekong siam kat rumah sepanjang hari? Sehari dua mungkin la... Sebulan? Sanggup??? Jadi lesimpulannya, aku akan buat apa yang aku rasa aku larat nak buat. Cita-cita nak beria-ia gigih join bazaar sana sini sempena raya kali nie, kita kena tanam dalam-dalam. Kot ada rezeki, tahun depan. Raya pakailah apa yang ada. Kot-kot laki baik hati bagi bonus lebih, merasalah lebih... hehehhe

Elkiranna berehat buat sementara waktu, bagi aku masa susun semua aturan strategi baru. Bila Dia tarik satu laluan rezeki kita, itu bukan penghujungnya. Orang ramai kata, Dia nak bagi aku rehat cukup-cukup sebab dah bertahun-tahun aku pulun kerja mengalahkan balaci. Nak buat macam mana, dah kerja sendiri. Bersyukurlah yang mana pergi kerja masuk pukul 9 pagi, balik 5 petang, time kerja pun still boleh godek-godek Facebook, baca gossip artis, berwhatsapp-whatsapp borak itu ini. Cuba kau kerja dengan aku, Dr Azimin sendiri kena questioned berfacebook time kat office. Betullah, Elkirana direhatkan tapi DNA tiba-tiba laju sungguh jalannya... Alhamdulillah. Ada sahabat pernah kata pada aku, "Bumi Allah itu luas."

Ada yang tanya-tanya, apa yang teruk sangat CTS and De' Quervain tu sampai aku tak boleh buat kerja langsung? Sampai kalau event apa-apa, orang bagi mic pun tak mahu ambik, ngada-ngada mintak mic stand? Hakikatnya, kalau pegang sudu nak makan pun aku gagahkan sekuat hati, tu pun kadang-kadang tak larat and terlepas, jadi paham sendirilah ya... After months, ini rasanya kali pertama aku exposekan apa yang jadi... Aku malas nak tulis caption banyak-banyak, tapi aku tahu, kita rakyat Malaysia rajin berfikir.. Antara betul atau tak aje..

*Maaflah bahasa hari nie agak bengong.. Aku masih dalam 'brain damages'... Damage sungguh rupanya











Physio - Wax Session






Thursday, June 12, 2014

Aku Selalu Ingin Jadi Baik

Kadang-kadang, kita cuba untuk jadi kawan yang baik pada kawan kita. Kita sentiasa mahu orang lain rasa selesa bila dengan kita. Jujurnya, memegang title 'sahabat' lebih sukar dari 'kekasih'. Kekasih, kalau rasa memang dari jenis yang menyusahkan dan tak reti diuntung, kita tinggalkan saja. Tapi bila sahabat, kawan yang baik dengan kita yang dah lama.. Yang martabatnya kita angkat dari kawan biasa, naik sikit ke kawan baik, kemudian tempat berkongsi cerita suka duka, dari hari ini makan apa hinggalah insan mana yang buat hatinya terpaut menyimpan rasa.. Dan kemudiannya naik taraf menjadi sahabat...

Sebab itu, bila sesuatu terjadi pada sahabat kita, kita akan rasa terkesan. Tak banyak, sikit pasti ada. Melainkanlah kita ini manusia yang hatinya kering sekecut cili kering, keras bak konkrit. Jadilah apa sekalipun, asalkan bukan terkena batang hidung sendiri, kesah apa aku!!! 

Aku ini sensitif jiwanya. Nampak saja luaran kuat segala, jiwa besi bagai mampu meredah apa pun tapi hakikatnya, naluri mudah tersentuh bila melibatkan insan-insan yang dekat dengan aku. Kerana bila orang-orang ini sudah berjaya mendapat tempat di hati aku, ya, kamu semua akan aku layan sebaik mungkin.

Bukan sekali dua orang cakap pada aku, 'Berhentilah menjadi terlalu baik. Nanti orang ambil kesempatan.' Ya, aku ingat. Tapi pada aku, menjadi baik bukan satu kesalahan. Bila kita memilih kawan, kita pilih kawan yang baik pada pandangan mata kasar seorang manusia. Bila kita memilih kekasih, kita memilih yang terbaik dari banyak-banyak manusia yang mengaku dirinya baik, yang kita perhalusi akal dan budinya dek tak mahu tersilap memberi hati. Dan bila kita memilih untuk menaiktarafkan seorang kawan kepada pangkat sahabat, bermakna dia sudah berjaya dalam banyak ujian yang kita tetapkan tanpa sengaja.

Itu aku. Aku tak pasti macam mana cara pemilihan orang lain. Aku bila namanya pilih sahabat, aku tak kisah bagaimana rupanya. Janji kau ikhlas berkawan dengan aku. Sebab aku tak perlukan Miss Universe & Mr Metrosexual untuk menjadi sahabat aku. Aku hanya perlukan orang yang boleh jaga diri, jaga hati dan jaga peribadi. Tak perlu menjadi Imam Muda atau Ustazah Pilihan tapi kalau ada yang boleh tegur-tegur aku yang kurang alimnya ini, Alhamdulillah.

Walaupun aku bukan yang dari kategori ustazah tapi bukanlah maknanya aku jahil semua. Cuma kadang-kala alpa terlepas pandang. Jadi, bila ada teman-teman rapat yang dari golongan ini, bagus juga. Nama pun manusia, tak banyak, sikit pasti ada tergelincir.

Bila orang dalam kesusahan dan perlukan pertolongan, aku memang takkan menolak untuk tolong. Apatah lagi bila kawan-kawan yang rapat ditimpa masalah, ditimpa aib. Mungkin pertolongan aku bukanlah sebesar mana. Takat mendengar luahan perasaan, memberi kata sepatah dua.. atau kadang-kadang lebih dari itu. Ada kalanya, mungkin tiada yang sedar aku menghulur bantu. Tak apa, tak payah tahu pun tak apa. 

Aku manusia yang punya khilaf sendiri. Tidaklah sebaik mana, tidak juga sesempurna kau-kau semua. Tapi itu tak bermakna aku jahil ya amat. Aku percaya, bila kita buat baik dengan orang, sooner or later, orang akan buat baik pada kita. Kalau kita berusaha untuk tutup aib orang, aib kita juga akan ditutup orang. Aku tak kisah siapa pun kau..

Dunia, aku masih mahu menjadi yang baik-baik. Aku masih ingat bagaimana berbunga bangganya hati aku bila ada insan istimewa yang di saat akhir hayatnya berkata pada aku, 'Untungnya kau ada ayah seperti dia. Dia adalah sebaik-baik manusia yang aku kenal, yang tak pernah lelah menghulur bantu tanpa aku perlu merayu.'

Dan aku juga mahu waris-warisku merasa seperti mana aku rasa jika ada orang yang berbisik sebegitu mengenai aku.. Oh, tingginya harapan aku...





Monday, June 2, 2014

Pelacur Kelas Pertama by Melati Rahim

Saya masih teringat ‘playback’ yang dimainkan sewaktu pelancaran buku Pelacur Kelas Pertama karya Melati Rahim. Playback kisah benar mengenai kisah isteri-isteri yang didera & dizalimi suami sendiri, yang sepatutnya menjaga dan menyayangi mereka. 3 kisah penderaan fizikal & mental, yang amat kejam tapi 2 yang membuatkan ramai yang mengalirkan air mata.
1. Wanita yang didera oleh suami sepanjang hayatnya, disepak terajang, keganasan seks, dipukul bagai tiada harga diri sehingga menyebabkan kecederaan parah di kepala & otak. 23 laporan polis dibuat tetapi masih gagal mendapat IPO dan akhirnya, wanita itu mati ditangan suami sendiri. Sewaktu post-moterm dibuat, pihak hospital mengatakan, itulah kali pertama mereka melihat tubuh wanita yang teruk, yang organ dalamannya hancur lunyai.
2. Wanita yang dikahwini atas dasar mahu menutup malu setelah dirogol, terus-terusan diseksa jiwa raganya. Diperkosa suami sendiri di hadapan khalayak & ahli keluarga bila tidak mahu mendengar kata, semata-mata kerana dia mahu menyelamatkan nyawa anak-anak. Dia dilambung dicampak oleh ahli keluarga suami, dipijak bagaikan sampah. Diekori gangster yang diupah suami, ditakutkan, diugut dan akhirnya, dia dicederakan dengan cara kejam hingga hilang jarinya. Banyak laporan polis dibuat tapi masih gagal mendapatkan IPO.

Sejujurnya Pelacur Kelas Pertama adalah kisah benar yang ditulis oleh seorang gadis berpurdah, yang berkongsi pengalamannya sewaktu bekerja dengan badan NGO yang memperjuangkan hak wanita. Dari sini, banyak isu-isu Domestic Violence Acts yang dikupas especially dari segi perlaksanaannya.

Why should I write this? Semalam, apabila pihak kami beberapa kali mengeluarkan tajuk ‘Pelacur Kelas Pertama’ sempena pelancarannya di WS, banyak negative feedbacks yang mengecam buku ini yang kami terima mengenai tajuk buku & illustrasi muka depannya, rata-ratanya dari orang yang belumpun membacanya. Kita insan yang terdidik dengan cara terbuka, bersama pepatah ‘Never Judge The Book By Its Cover.’ Banyak isu yang boleh kita ambil iktibar sebenarnya kerana apa yang dipaparkan Melati, bukan hanya omongan kosong. Ia adalah dari pengalaman beliau sendiri di NGO, dan research.

Kiranya anda merasakan ianya (keganasan seks dan rumahtangga) tidak pernah terjadi dan tidak akan terjadi pada anda, beruntunglah anda. Tapi masih ada insan-insan yang tidak seberuntung anda.


** Untuk pembelian online: sila Whatsapp ke 012-2290944





A Note From Me

Banyak benda yang jadi lately. Banyak jugak benda yang aku nak update, tak terupdate. Kekadang, just main post-post kat Instagram, then terus share to FB & Twitter. Twitter tu pun aku jarang-jarang update tweets nya.. Kot-kot orang mentioned, baru la aku dok sibuk-sibukkan diri reply.

So, sesiapa yang rasa-rasa nak ber'communicate' dengan aku thru Twitter (cewah, cakap macam banyak benau followersnya..), silalah mention aku. I am actively be @ Facebook & Instagram. Tapi aku tahu, Twitter aku masih berfungsi untuk insan-insan yang tak ada and tak active FB & IG.

Bagi aku a few days untuk rileks ya..few events in May and awal2 June pun dah penat semacam. Nantilah buat throwback gambar2, itukan alasan biasa bila malas menulis. Hehehehe...

Rindu Yang Tertangguh (Satu Menuju Dua) dah selamat terlaksana.. 110% by me. 2% je usaha cina printing. Setiap isinya belum pernah pun aku exposekan di mana-mana. Itu pun modal yang bagus jugak untuk aku postkan je kat sini.. 

Terima kasih....