Saturday, December 5, 2009

OPPPPSSSSS!!!!!

Ops!!! I did it again!!! What? Why?...

Sekali lagi kesibukan yang amat sangat menjadikan rutin seharian saya tidak menentu. Amat tidak menentu sehinggakan saya terpaksa mencuri masa sendiri untuk tidur.. Oh, terukkan saya?

Lalu saya terfikir, bagaimanakah tanggapan keluarga saya, terutama suami & anak2 saya? My beloved daughter mentioned this to me somewhere last week; "bukan dulu mummy dah janji yang mummy tak nak kerja sampai malam2 ke?" Aduh, terkedu saya dibuatnya.

Sekali lagi niat saya untuk menyambung belajar tergendala. saya sendiri kurang yakin yang saya mampu untuk membahagikan masa saya sebaiknya sekiranya saya kembali ke kampus, ditambah pula dengan tugas seharian yang amat memenatkan... Macam mana nak buat nie?

Hari ini, sewaktu saya membelek akhbar Metro Ahad, saya terpandang article tentang my ex-boss sewaktu saya di KLMU. Dato' Idrus Mohd Satha, the president of KLMU. Sebagai insan yang pernah berada di bawah bimbingan beliau, saya amat bangga dengan pencapaiannya, apatah lagi dia antarabumiputera yang berjaya.

Jika bercakap tentang BOSS, mungkin ramai yang mengklasifikasikan BOSS ini sebagai:
# garang
# sombong
# berlagak
# suka mengarah dengan nada yang sinis
# dan bermacam-macam lagi yang tidak bagus untuk di dengar

Tapi secara jujur, sepanjang saya berada di bawah 'pemerintahan' Dato' Idrus Mohd Satha, saya tidak pernah sekalipun diherdik & ditengking. Saya percaya ramai insan yang pernah bernaung di bawah pimpinan beliau mempunyai pendapat yang sama. Tutur bicaranya amat teratur, amat lembut sehinggakan saya bertungkus-lumus menyiapkan tugasan untuknya. Tidak pernah sekalipun terdetik di hati untuk saya berasa sakit hati dengan tingkah laku beliau.

Saya tidak pernah lupa, setiap kali selepas hari pendaftaran pelajar baru, beliau akan menjenguk bilik saya setiap hari (dahulu saya punya pejabat sendiri, lengkap dengan safe box!!). Dan beliau tidak putus-putus memberi semangat untuk saya menyelesaikan pendaftaran pelajar baru & lama, bersabar dengan kerenah manusia, etc.

Kerana itu jugalah saya dan staf2 saya tekun bekerja & memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Tidak ada satu harkat pun nada tinggi suaranya terhadap saya dan yang lain2. Dan saya yakin, amat yakin sekali yang saya telah memberikan perkhidmatan yang terbaik yang termampu oleh saya sepanjang perkhidmatan saya di KLMU.

Saya pernah bekerja dengan pelbagai jenis manusia, pelbagai jenis kerenah. Mengenali Dato' Idrus ini telah mengubah tanggapan saya terhadap insan yang berkedudukan tinggi & berpangkat dato', tan sri, etc...

Bila saya membandingkan beliau dengan seorang lagi insan yang berpangkat sepertinya, ianya bagai langit & bumi. Dato' Idrus yang saya kenali tidak pernah meninggi diri, jauh sekali merendah-rendahkan pekerjanya. Beliau tidah meninggi suara, apatah lagi memaki & mencarut kepada pekerjanya... Itulah peribadi beliau yang membuatkan saya berasa amat kagum...

Mungkin mereka yang di luar sana patut mengambil contoh peribadi seperti ini dalam mengharungi kehidupan seharian. ketepikan rasa ego & bongkak kerana hidup di bumi ini, tak ubah seperti roda yang berpusing...

Monday, September 7, 2009

SOMETHING TO SHARE ABOUT "KARYA"





Sesuatu yang amat menarik telah 'menangkap' perhatian saya sewaktu membelek suratkhabar KOSMO hari ini. Tajuknya LIKU GETIR SI PENYAIR, dari mukasurat 22, seksyen KOSMO2 (Buku). Rencana ini mengisahkan tentang kompilasi karya-karya insan yang bernama Chairil Anwar, yang berkarya dari tahun 1942 hingga ke 1949.

Saya belum pernah mengulit karya2 beliau tetapi selepas membaca rencana di Kosmo hari ini, saya terpanggil untuk mencari koleksi ini. Ianya diterbitkan di Jakarta kalau tidak salah pengkiraan saya. Jadi, pada sesiapa yang mempunyai koleksi ini, sila hubungi saya, ok?

Saya suka membaca tulisan Saudara Hafiz Hamzah mengenai rencana ini. Ada patah yang menyebut:

"Pengalaman, pandangan, tulisan, hidup dan penyakitnya... itu personal. Dengan itu, sajak-sajaknya juga sangat personal. Baca berulang-ulang dan tentunya belum dapat menangkap. Baca lagi. Hanyut lagi. Ragu lagi. Sampai faham."

Tandanya, pembacaan sesuatu karya bukan mudah untuk difahami oleh semua orang secara mata kasar. Kerana selalunya sesuatu hasil karya mempunyai maksud tersendiri yang kadang-kala tiada siapa yang bisa memahaminya dengan sekali pembacaan.

renungkan...

sila klik SINI

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm


Liku getir si penyair

Oleh HAFIZ HAMZAH

Sajak Aku yang ditulis oleh Chairil Anwar ditujukan kepada bapanya yang memujuk beliau untuk kembali ke Medan, namun ia disalahertikan sebagai sajak pembakar semangat pemberontak.


SAJAK-SAJAK yang ditulis oleh Chairil Anwar sangat peribadi.

--------------------------------------------------------------------------------

Aku Ini Binatang Jalang

Penulis: Chairil Anwar

Penerbit: PT Gramedia Pustaka Utama 2007
"BUKAN kematian benar menusuk kalbu, keridlaanmu menerima segala tiba, tak ku tahu setinggi atas debu dan duka maha tuan bertakhta."

Chairil Anwar meninggalkan sajak-sajak yang sangat dalam dan lirih. Bait itu ditulis untuk nendanya yang pergi terus-pada peringkat awal beliau menulis sajak. Ia turut menjadi pembuka di dalam judul ini.

Pada usia 20 tahun, Chairil dengan rasuk melaungkan 'aku mahu hidup seribu tahun lagi', seperti yang dikenang hari ini daripada sajaknya Aku (yang turut menjadi judul sebuah lagi sajak lain beliau).

Ketika kita ditinggalkan oleh Chairil yang pada waktu itu mati dalam kepedihan dunia - enam tahun selepas melahirkan Aku - kata-kata yang sama kembali mengingatkan manusia lain kepada sang penyair besar ini.

Salah faham

Ada perkara menarik yang selalu disalah anggap oleh ramai orang tentang sajaknya yang satu itu. Aku selalu diangkat sebagai sebuah sajak yang resistan, yang dibaca sebagai pembakar semangat memberontak. Sebenarnya ia bukanlah sebuah sajak yang lahir daripada semangat politik yang sama.

Seperti yang diingati oleh seorang teman rapatnya, Asrul Sani, Aku ialah sebuah sajak yang sentimental dan getir yang ditulis oleh Chairil kepada ayahnya yang waktu itu memujuk Chairil kembali ke Medan dan hidup bersama keluarga. Namun, Chairil menolak untuk hidup senang.

"Chairil tidak puitis," kata sesetengah orang. Perlu apa puitis sekadar untuk mengungkap rasa pedih, suka duka dan jijik yang langsung tidak mahu dipandang orang?

Apa yang menjadikannya lain adalah keterasingan. Chairil terasing daripada kebiasaan. Bergelumang dengan kemelaratan, tubuh yang dihinggap penyakit dan keghairahan seksualiti yang tidak disorok-sorok menjadikannya seorang Chairil Anwar.

Semua itu tergambar di dalam sajak-sajaknya, tercermin oleh tingkah lakunya-bohemia yang mengheretnya mati pada usia muda.

Dia ialah susuk manusia yang sangat bersifat peribadi dan tidak boleh dikongsi-kongsi. Pengalaman, pandangan, tulisan, hidup dan penyakitnya... itu personal. Dengan itu, sajak-sajaknya juga sangat personal. Baca berulang-ulang dan tentunya masih belum dapat menangkap. Baca lagi. Hanyut lagi. Ragu lagi. Sampai faham.

Sebagai mengenang dan menandakan keberadaan Chairil serta sajaknya, di sebuah kota di Belanda, Leiden, sajak Aku diperingati dengan dicatat pada dinding dengan besar untuk program Poems on the Wall. Sajak yang sama juga diserap dalam filem Ada Apa Dengan Cinta. Sekali gus menjadikan filem berkenaan bangkit dengan semangat yang menyayat.

Sengsara

Aku Ini Bintang Jalang ialah sebuah koleksi lengkap (mungkin) sajak-sajak yang pernah Chairil tulis sepanjang tempoh aktif beliau berkarya iaitu dari tahun-tahun 1942 hingga 1949.

Sepanjang tujuh tahun beliau menulis dan melalui hidup sukar, sajak-sajaknya membalas kesengsaraan itu dengan kekuatan yang akan terus mengingatkan dunia kepada sosok bernama Chairil Anwar. Ada juga di antara sajak-sajak itu datangnya daripada pelbagai versi lain.

Sewaktu menghampiri penghujung hayatnya, Chairil seperti dalam sedar mencoretkan kata-kata itu dalam salah satu sajak terakhir yang sempat ditulis, Derai-derai Cemara.

"Hidup hanya menunda kekalahan tambah terasing daripada cinta sekolah rendah dan tahu, ada yang tetap tidak diucapkan sebelum pada akhirnya kita menyerah."

Kalimat itu adalah kontradiksi kepada pengucapannya pada awal usia 20-an yang mahu hidup seribu tahun. Mungkin, pada waktu itu Chairil sudah melihat dan memahami semua yang diperlukannya dengan cukup kesedaran untuk kembali ke tempat sepatutnya.

Semua kata-kata itu akan terus melayang dan memburu. Tak hilang... kerana kuat. Chairil pergi pada usia 27 tahun.

Saturday, September 5, 2009

EKSPRESI...

Banyak komen2 yang saya terima, ada yang suka, ada yang tidak... itu perkara biasa dan saya tidak kisah. bila kita menghasilkan sesuatu yang berupa 'KARYA', insan-insan seperti saya mengharapkan komen dan kritikan daripada orang lain. Saya bukan pereka, bukan pencerita... kerana itulah apa yang saya karyakan adalah satu karya, bukan rekaan.

Pengkarya dan pereka mahupun pencerita adalah insan yang berbeza. Mereka yang sealiran dengan saya pastinya setuju dengan statement saya. Karya adalah satu hasil yang datangnya luhur dari hati, sesuatu yang tulus dan halus, yang datangnya tanpa perlu dipaksa...

Berbeza dengan ciptaan dan rekaan, cerita yang ianya dihasilkan dari idea2 segenap fikiran, ditokok ditambah supaya ianya nampak menarik untuk tujuan komersial.

Posting saya di sini semuanya hasil karya, bukan rekaan mahupun ciptaan... kerana saya tidak pernah bersengkang mata sehingga subuh untuk menghasilkan posting di sini. Selalunya, saya mulai dengan ENTAH APA-APA and ianya menghasilkan SESUATU.

Kita dapat melihat kasil KARYA dan REKAAN dalam filem. Jika anda seorang yang ALERT dengan keadaan sekeliling, pasti anda dapat menangkap filem mana yang dihasilkan dengan tujuan2 tertentu dan filem mana yang jalan ceritanya begitu jujur.

Saya menyenangi kiras-kisah kehidupan yang dipaparkan Allahyarham Yasmin Ahmad, U-Wei dan Mamat Khalid. Filem Gubra dan Talentime sangat berkesan di hati saya, dengan jalan cerita yang bersahaja, menyentuh setiap aspek kehidupan seharian tanpa satupun nampak PLASTIK di mata saya. Saudara U-Wei sering memaparkan aspek berat untuk difikirkan, dan ianya sering membuatkan kita berfikir. Saudara Mamat Khalid juga begitu bersahaja dalam hasil karyanya, memaparkan kehidupan masyarakat yang bukan korporat kerana bukan semua manusia di muka bumi ini terkejar2 mahu menonton filem korporat.

Audi Mok & Faizal Tahir juga saya anggat sebagai pengkarya. Kerana apa? Kerana hasil mereka selalunya di luar jangkaan, bukan "sterotype" dan tiada satu pun muzik yang dihasilkan boleh di DUPLICATE oleh orang lain. Anda harus cuba mendengar Aku.Muzik.Kamu, anda akan rasakan.

Itu mukadimah saya. Panjang bukan? Ada beberapa komen yang marahkan saya kerana menulis tentang sesuatu yang tidak molek berkenaan sebuah organisasi. Ada yang mengatakan pada saya, tidak elok begitu kerana ianya tidak sepatutnya dihebahkan... Saya hanya tersenyum. Terima kasih atas komen anda-anda sekalian tetapi, rasanya sedari awal sejak saya memulakan blog ini, saya tidak pernah sekalipun menyuarakan tempat-tempat dimana saya bekerja. Tidak sekali-kali kerana itu bukan cara saya.

Saya mula menceburi arena penulisan sejak saya berusia 7 tahun. Anda mungkin ketawa, mengatakan yang saya bohong. Terserah. Siapa yang bersama saya sejak zaman sekolah pasti tidak lupa yang saya adalah:
1. penulis esei yang mewakili sekolah hingga ke peringkat negeri
2. penulis teks untuk pasukan bahas sekolah2 saya
3. penulis skrip untuk banyak acara, terutamanya skrip emcee, etc...

Lalu saya juga berjinak-jinak dengan penulisan cerpen sejak zaman sekolah. Saya punyai koleksi cerpen-cerpen yang dipaparkan di majalah-majalah dan saya dibayar untuk itu.

Selepas percaya pada kebolehan saya di situ, saya mencuba nasib menulis article untuk beberapa majalah dan sehingga ke hari ini, itulah saya. Saya lebih senang dengan lifestyle article saya dan senang sebagai kolumnis & kolumnis jemputan. Dan masyarakat tidak pernah mempersoalkan siapa saya di sebalik nama yang saya gunakan. Alhamdulillah, setakat hari ini, komen-komen yang saya terima 95% daripadanya positif.

Saya ubah sedikit laluan saya, saya cuba pula menggubah lagu, menghasilkan lirik2 yang orang tidak akan percaya itu saya... Saya ambil inisiatif sendiri, saya beli drum elektronik yang harganya lebih seribu. Saya mahu lirik-lirik saya datangnya dari hati, bukan setakat rangkap-rangkap kosong.

Kini, saya bercengkang mata, bersusah-payah untuk menghasilkan novel sulung saya. Novel ini adalah usaha saya sejak bertahun-tahun yang lepas dan ianya sudah banyak kali tertangguh dek kerana kesibukan yang di luar jangkaan. Saya berdikit-dikit menghasilkannya kerana saya mahu ianya dari HASIL saya sendiri. Padahal, saya boleh mengupah mana-mana ghost writter untuk itu... Kerana saya juga pernah menjadi ghost writter, menjadi proofreader, dan apa-apa saya yang berkaitan dengan bidang ini

Saya amat berhati-hati dengan hasil penulisan saya di setiap karya saya. Novel saya tidak boleh kelihatan sama denagn article saya. Gaya cerpen saya tidak boleh ada iras-iras muzik saya.

I am born to be a writter. Saya tidak mempunyai kelulusan akademik sebagai seorang penulis tetapi saya BELAJAR tentang cara-cara seorang penulis. Saya belajat ETIKA penulisan, dan saya tidak pernah sekali-kali melanggari ETIKA itu. Kerana saya percaya, saya perlu menjaga hati banyak pihak kerana hingga kini saya masih freelance writter. Saya tidak pernah menjadikan status saya sebagai freelance writter sebagai tiket untuk saya menghentam orang secara terang-terangan.

Saya adalah penulis yang berfikir. Nama blog saya pun Eleen's Inspiration, jadi apa yang saya tulis perlulah ada unsur-unsur inspirasi, berfikir, etc. Ini bukan blog keluarga yang memaparkan gambar2 semata-mata. Saya mahupun Azimin adalah insan AKADEMIK dan kami di arena ini sudah lama, dan saya sendiri menghampiri usia 10 tahun december ini. Ramai orang yang mempunyai blog sendiri, tapi hasilnya, sejauh mana ianya mendidik, menyedarkan orang lain tentang kehidupan? Apa sumbangannya kepada komuniti?

Ada blog yang dihasilkan penuh dengan rencara yang di CUT & PASTE dari web-web yang sedia ada tanpa di quote. Itu salah, sekiranya di institusi, ia dipanggil plagiat.

Kesimpulannya, saya ingin menyatakan apa yang saya tulis dalam posting terdahulu tidak salah. Tiada siapa yang boleh menyaman saya kerana itu. Kalau anda tidak suka, itu hak anda. Sekiranya kita ambil surat khabar pun, pastinya ada berita yang kita tidak suka. Betulkan? Jadi saya tidak memaksa, membacanya tidak memerlukan anda membayar walau sesen pun. Ya, tiada yang salah kerana saya tidak melanggar walau SATU PUN ETIKA PENULISAN. Saya telah bergelumang dalam arena ini bukan setahun, bukan setakat 2 tahun. Saya tahu sempadan saya... Dan blog ini bukan 100% blog untuk gambar2 saya & keluarga. Ini adalah blog saya, laluan saya untuk berkomunikasi dengan insan2 yang mengikuti karya-karya saya.

Teman-teman yang memberi komen terutamanya melalui email dan sms (kerana itu medium komen saya yang utama - kerana mereka-mereka ini adalah insan2 regular, dan yang terbaru melalui facebook), terima kasih. Kepada yang menyelitkan komen di posting, juga terima kasih...

Thursday, September 3, 2009

NO TITTLE... OH HERE YOU ARE...

Sungguh, saya AMAT kekeringan idea waktu ini. Ada keinginan untuk menulis tetapi puas dikerah2 minda, sampai berpinar-pinar otak saya, tiada idea untuk berkongsi di sini... yang ada sekarang hanyalah perasaan simpati yang tak terhingga kepada teman-teman yang pernah berjuang di layar yang sama suatu ketika dahulu. Ya, baru idea saya menjengah!!!

Satu berita yang mengejutkan tetapi sudah DIJANGKA sedari awal. Cuma, caranya sahaja yang agak menjengkelkan. Amat menjengkelkan. Seolah-olah tiada rasa perikemanusiaan... Sebenarnya, saya menjangkakan sekurang-kurangnya teman-teman saya ini diber 1 bulan notice, bukan dengan NADA serta-merta...

Akhirnya, kapal yang disangka MEWAH karam jua... Salah siapa? Saya tetap menyalahkan NAKHODAnya, kerana kapal itu dilayarkan tanpa nakhoda yang cukup pengalaman, tanpa nakhoda yang besar jiwanya, tanpa nakhoda yang 'BERJIWA RAKYAT'. Bukanlah maksud berjiwa rakyat itu sampai perlu menabur wang bak sang politikus yang mahu bertanding untuk kerusi parlimen. Saya yakin anda faham maksud saya.

Melayarkan sampan sekalipun memerlukan pendayung yang bersedia mental & fizikal, jiwa & raga, apakan lagi tatkala melayarkan kapal yang DISANGKA mewah... Katalah apa sekalipun, saya tetap meletakkan kesalahan 85.9% di bahu NAKHODAnya.

Bayangkan, kapal itu dilayarkan sewaktu lantainya belum cukup kukuh pakunya. Dan anak-anak kapal pula kebanyakkan masih belum habis membaca KITAB pelayaran dan para MENTERI juga masih belum memberikan 'GREEN LIGHT' untuk berlayar. Kedegilan sang NAKHODA dan empunya kapal mencipta satu demi satu punca...

Itu cerita lama. Namun, bila satu demi satu punca dikesan dek MEMANDA MENTERI, pastinya SULTAN mula MURKA. Lalu, setiap punca disiasat, lalu hukuman dijatuhkan. Yang menjadi mangsa, adalah ANAK-ANAK KAPAL yang tidak bersalah. HUKUMAN terus diputuskan pada yang lain sedangkan di masa yang sama, sang nakhoda & empunya kapal masih boleh megah berdiri di TITANIC jelmaan mereka.

NAKHODA tetap bersalah. Kerana pada saya, menjadi sang nakhoda bukan setakat perlu bersedia mental & fizikal tetapi perlu ada pengalan yang kuat yang menjadi TULANG BELAKANG untuk dibuat rujukan. Tapi nakhoda yang ada ini hanya sekadar melepas batuk ditangga... yang hanya menjaya KEPERTINGAN PERIBADI sang empunya kapal sehingga sanggup mengenepikan HAK-HAK ASAS anggota di bawahnya.

NAKHODA ini hanya mahu menjaga periuk nasi sendiri, sehingga sanggup merendahkan MARUAHnya, sehingga sanggup DIHINA DICERCA oleh sang empunya kapal di hadapan semua rakyat jelata. Namun, dia masih di situ... Mungkin dia punya agendanya tersendiri... Salah melabuh SAUH, lalu ditukar laluannya ke arah lain dan kemudian sauh dilabuhkan sekali lagi. Jika salah lagi, tukar arah lagi... Tidak sukar bukan? Memang tidak sukar malah ianya adat SAUDAGAR. Tetapi padabila ada insan-insan yang terluka mengenangkan AGENDA peribadi yang AMAT MENJENGKELKAN, banyak doa'-doa' yang telah termakbul, satu per satu...

Saya boleh mendabik dada, kerana saya antara insan yang menyedari PERMAINAN KOTOR yang BERTOPENGKAN insan mulia di hadapan AGENDA-AGENDA ini. Syukur, pintu rezeki saya di buka luas. Tapi rasa simpati saya memang tak bertepi kepada teman-teman yang dikhianati ini... Kata orang, bulan Ramadhan ini, semua SETAN-SETAN diikat, tetapi siapakah manusia yang bertopengkan SETAN ini? Siapa yang memahami, ANDA ada jawapannya...

Monday, August 31, 2009

Important Guidance For US

A short course in Human Relations:

The six most important words: "I admit I made a mistake."
The five most important words: "You did a good job."
The four most important words: "What is your opinion."
The three most important words: "If you please."
The two most important words: "Thank you."
The one most important word: "WE"
The least important word: "I"

My Sketches - by Azimin

Friday, August 28, 2009

RASA BONGKAK JANGAN SEKALI

Bukan niat membuka aib sesiapa tetapi apa yang bakal saya coretkan di sini adalah satu kisah pengajaran yang baru sahaja saya lihat, berlaku sememangnya di hadapan mata saya. Sungguh, pepatah zaman moden ada menyatakan, “TUHAN bayar CASH”, dan hakikatnya, saya akui ianya amat benar!!!

Ramai yang sedia maklum yang saya telah bertukar kerja. Ya, ianya satu tempoh yang amat singkat!!! Dalam tempoh waktu yang AMAT SINGKAT, kepercayaan & keyakinan saya terhadap satu organisasi runtuh sama sekali. Kerana apa? Kerana rasa keyakinan saya dan juga kepercayaan saya terhadap KETUA dan juga KETUA BESAR saya musnah dek terlalu banyak perkara yang tak sepatutnya terjadi telah berlaku di hadapan mata.

Ramai yang tahu sebab terbesar mengapa saya masih berada di arena pendidikan walaupun selepas 10 tahun. Bukan sedikit rintangan yang telah dan terpaksa saya lalui tetapi dugaan kali ini AMAT mencabar dek kerana ianya datang dari KETUA dan KETUA BESAR yang berbangsa MELAYU, beragama ISLAM. Rasa bongkak dan terlalu membangga diri yang dimiliki membuatkan saya merasa terlalu menyampah, amat meluat dah jiwa saya amat tidak tenteram mengerjakan tanggungjawab yang terpikul di bahu.

Saya adalah manusia yang amat transparent (maaf, saya tak dapat men’translate’nya). Saya amat tidak gemar bilamana saya harus berselindung, berpura-pura mengatakan yang SAYA SUKA tetapi pada hakikatnya SAYA AMAT TIDAK SUKA. Salah satu tanggungjawab yang pernah saya pikul adalah ‘POLICY MAKER’ dan kerana itu, saya adalah insan yang ‘going by the book’. And I was very uncomfortable when they asked the policy maker to break the rules. Dan kerana itu, saya bukan sekadar mendapat sumpah-seranah, malah maki hamun yang terselit lebih dari 10 kata2 kesat dan lucah juga dijeritkan kepada saya. Berapa banyak buku dan fail yang terbaling pada saya, tak terkira rasanya.

Sejak itu hatri saya tawar. Saya tidak betah bekerja bila disumpah-seranah. Dalam diam-diam, ramai yang bersetuju dengan tindakan saya. Saya OUTSPOKEN, tapi bertempat. Kerana itu saya tahu dimana dan bila sepatutnya saya bersuara. Dan terima kasih kerana ada pihak-pihak yang sedia menyediakan RUANG untuk saya berbicara.

Saya pernah dijerit, menyuruh saya menjadi “JAHAT” dan “TIDAK DISUKAI ORANG”... Subhanallah, mengapalah ada manusia yang bersikap begini. Mujur saya dikurniakanNya kekuatan untuk menjawab dengan tenang:

ORANG ITU: Kau kena jadi garang, jahat dengan staff. Biar diaorang semua tak suka kau. Bila diaorang tak suka, diaorang takut, baru kau boleh ARAH diaorang sesuka hati. Masa tu, kalau kau suruh diaorang basuh toilet pun diaorang buat!!

SAYA: Saya bukan jenis macam tu. Kalau orang semua tak suka saya, masa saya meninggal nanti, tak ada siapa nak datang masa kebumikan saya.

Mendengar jawapan saya, orang itu terus tersenyap dan menjeling. Tetapi jawapannya amat menunjukkan kebodohannya sendiri:

ORANG ITU: Alah, aku ada pangkat Dato’. Mestilah orang datang masa aku meninggal…

Banyak sebenarnya yang terjadi. Syukur alhamdulillah, rezeki saya dating lagi. Tawaran ke tempat yang lebih baik dan lebih menjanjikan kecerahan masa depan saya terima dengan rasa syukur.

Di waktu hari-hari terakhir saya di tempat kerja lama... Sesuatu yang amat mengejutkan umpama tsunami telah berlaku. ‘Penyumbang kewangan’ dari hari pertama idea penubuhan organisasi itu telah menyarakan rasa AMAT TIDAK PUAS HATI dengan cara pengurusan terutamanya bila melihat banyak RM dibelanjakan tanpa perancangan dan persetujuan, malah ada banyak yang melencong dari tujuan asal. Justeru itu, ‘penyumbang kewangan’ tersebut telah menarik diri serta-merta.

Terperanjat besar sang KETUA dan KETUA BESAR, terduduk mereka dengan keputusan mengejut itu. Tetapi apa yang membuat saya berasa amat kesal, tiada satu pun antara mereka berani berdepan dengan para pekerja untuk membuat penjelasan, jauh sekali mengaku kesilapan yang telah mereka corengkan. Mereka bertindak untuk menghilangkan diri buat seketika dan kepulangan mereka bersama idea-idea yang AMAT BODOH!!!

Men’downgrade’kan status daripada ‘kolej’ kepada ‘pusat tuisyen’ adalah satu keputusan yang begitu..... Saya tidak sangka hingga ke tahap itu. Tambah menyedihkan apabila jabatan saya dirombak serta-merta setelah ketiadaan saya. Itu yang membuatkan saya sedikit emosi tapi apalah daya saya. Banyak jabatan yang dirombak dan menjadikan semuanya staff berada di bawah SATU jabatan... Selain ebberapa staff diberhentikan serta-merta.

Secara peribadi, saya amat tersinggung dengan perbuatan KETUA dan KETUA BESAR itu. Tapi, Tuhan Maha Kuasa, sekelip mata semuanya berubah. Dari kaya-raya (walaupun tergolong dalam golongan orang-orang yang MUFLIS) sehingga terpaksa menayang muka ke hulu ke hilir semata-mata untuk mendapatkan projek, walaupun bayarannya RM 100 cuma. Dan, semua itu berlaku di hadapan saya, pada hari-hari terakhir saya di sana. Dan waktu itu, hanya insan-insan terpilih sahaja yang mengetahui maksud senyuman saya pada sang KETUA dan KETUA BESAR... Ya, Tuhan itu Maha Adil...

Saturday, August 22, 2009

KENANGAN BERPUASA DI MOZAC

Hati saya amat tersentuh tatkala bulan puasa tiba. 5 tahun saya di atas bukit Muzaffar nyata terlalu banyak kenangan yang bersemadi dalam memori saya. Fuh!!! Kenangan ketika berpuasa di MOZAC adalah satu kenangan yang saban tahun tak pernah terlepas dari bermain di ingatan saya.

5 tahun di MOZAC, walaupun jadualnya sama setiap hari, namun ia membawa maksud yang tersendiri. Sungguh, kawan2 seperkolahan pastinya akan setuju dengan saya. seawal 4 pagi kami akan mendengar bunyi bising di dewan makan, bunyi periuk kawah diangkat , bunyi senduk2 yang berlaga... dan yang paling penting, bunyi jeritan suara 'makcik MONA' (makcik dewan makan) yang akan terjerit2 mengejutkankan kami dari tidur.

lepas makan sahur, ada yang menyambung tidur, ada yang terus berjaga hingga ke subuh, lalu terus ke prep pagi. Sambung terus masuk kelas selepas perhimpunan. Selepas prep petang, kami beramai-ramai bertadarus sebelum berbuka puasa di dewan makan. dan malamnya, sembahyang tarawikh di dewan besar.

apa yang saya rindukan bila tiba ramadhan? setiap kali ramadhan tiba, saya pastinya mencari kastard jagung... saban tahun saya mencari, tetapi semuanya tak sama seperti yang saya makan buatan KAK BEDAH, isteri Ustaz Adnan sewaktu di MOZAC dulu. Setiap hari selepas habis waktu tadarus, Kak Bedah akan datang ke asrama puteri membawa kuih-muih jualannya. Berebut-rebut kami pergi membeli. Selalunya, 'port' Kak Bedah di depan Dorm A atau Dorm B...

Waktu sembahyang tarawikh... Cikgu Jaafar!!!! Semua orang takut dengan Cikgu Jaafar. Dengan sekali jerit, asrama terus kosong. Berbondong-bondong kami berkejaran ke dewan besar...

hari ini, kenangan itu datang lagi. dan esok, saya akan mencari kastard jagung lagi sehingga berjumpa dengan rasa yang seenak buatan Kak Bedah!!!

RAMADHAN DATANG LAGI

Ramadhan datang lagi... Ya, kali ini saya lebih sensitif, tak tahu kenapa tapi rasa2nya, kerana saya rasa lebih disayangi. Peluang yang ada untuk memperbetulkan apa yang saya terlepas pandang pada tahun2 sebelum ini tak akan saya sia2kan.

Mungkin kerana saya mendapat pekerjaan baru sekali lagi. Inilah namanya pengorbanan. Pengorbanan yang amat besar buat saya bilamana saya akur untuk mengorbankan jumlah RM yang saya perolehi untuk lebih perhatian buat keluarga. Kata Azimin, rezeki ada di mana2,... Bumi Allah itu luas...

Tahun ini, tiada perancangan 'shopping besar-besaran'. Saya tidak mahu terlalu ghairah, dan Azimin sendiri juga setuju, sekadar ala kadar untuk anak-anak. Adik perempuan saya bakal bertunang seminggu selepas raya, justeru itu, perancangan dan perlaksanaannya pasti rumit. Ditambah lagi, hari raya kedua, adik ipar saya juga akan bertunang.

Ramadhan kali ini lebih teratur, saya lebih bersedia. Saya berharap tiada lagi nafsu-nafsu besar bila melihat makanan yang dijual di bazar Ramadhan. Saya sedang cuba mengawalnya. Untuk hari pertama, alhamdulillah, saya berjaya. saya bercita-cita untuk mengurangkan berat badan, harap2nya berjaya...

tahun lalu, Ramadhan saya sambut dengan keghairahan. mana tidaknya, waktu itu saya bekerja di KL. Jalan TAR, Sogo, Maju Junction, Masjid India, Chow Kit adalah laluan seharian. Rajin sedikit, ambil teksi ke Mid Valley. Fuh... jangan cerita berapa banyak saya berhabis... mungkin kerana itu agaknya, walaupun bulan Ramadhan, tiada langsung rasa penat walaupun pada tika itu, saya berulang dari ENSTEK ke Jalan Raja Laut itu..

teringat ketika persiapan raya tahun 2007. saya diberi peluang untuk ke London sewaktu 'SUMMER SALE' dan di situlah tempat saya bershopping habis-habisan. belanja besar-besaran? tidak!!! memang jika diikutkan nilai currency exchange ketika itu amat tinggi, GBP 1 = RM 7.10. tapi saya rasa berbaloi lebih-lebih lagi bila dapat membeli beberapa pasang baju di Marks & Spencer untuk Alam. Harga di M&S KLCC menunjukkan RM 279 sepasang (t-shirt + jeans) sedangkan saya memilikinya hanya dengan harga GBP 7.

Banyak sungguh kenangan yang datang bertamu... Saya rindu dan pastinya saya harus bekerja lebih keras untuk itu...

Tuesday, August 4, 2009

Siapa WANI ARDY Yang Ku Kenal?

Siapa WANI ARY? Mungkin ada yang tertanya2 siapa dia Wani Ardy. Saya tak pernah menyangka Wani Ardy yang agak lama saya ikuti muzik, lagu & puisi inspirasinya adalah insan yang saya kenali sebagai Nurshazwani...

Shazwani yang saya kenal suatu ketika dahulu adalah seorang pensyarah communication & english yang ternyata amat berbeza sekali AYAT-AYAT CINTA beliau di kampus berbanding dengan KATA-KATA KASIH nya di dalam lirik & puisi...

Sungguh! Saya amat bangga bila mengetahui Wani Ardy adalah Shazwani, insan yang dahulunya setiap hari melalui bilik pejabat saya untuk pergi 'thumb print' 2 kali sehari. Dialah insan yang saya gemar meletakkan namanya untuk menjadi PENJAGA PEPERIKSAAN terutamanya pada hari AHAD dek kerana dia jam kontaknya rendah... huhuhuhu... Ampun!!!

Saya terperanjat besar bila mengetahui empunya lirik2 & bait2 indah yang menjadi inspirasi saya adalah insan yang dulunya saya ketemu setiap hari.

Pelikkan? Itu kuasa Yang Maha Esa. itulah ajaibnya BAHASA, itulah magisnya AYAT-AYAT INDAH puisi & lagu. itulah namanya perjuangan di arena ini. TULISAN & MELODI menjadi senjata utama, tanpa nama, tanpa wajah...

Friends, lets have a look at WANI ARDY blog, http://waniardy.com
Percaya pada saya, YOU WILL LOVE IT!!!!



Wani, best of luck!!!!

Sunday, August 2, 2009

AKHIRNYA DOA TERMAKBUL

Ada komen2 yg diemail kepada saya mengatakan mereka amat gembira melihat perubahan bahasa saya. Kerana pada mereka, itulah Eleen yang mereka kenali sedari berpuluh tahun dulu kala... Adakah saya terasa tua? hah, apa peduli...

Posting yang lepas saya telah meluahkan rintihan hati yang meruntun, yang tak mampu saya selindung lagi. Bertemu sahabat lama beberapa minggu lepas membuatkan hati saya terasa amat pilu. Saya sedaya-upaya cuba sembunyikan kepiluan itu kerana tidak mahu menagih simpatinya. perbincangan kami tiada langsung menyentuh soal kerja namun tiba2 dia bersuara:

D : U are not happy here, isnt?
Saya: Do i look that way?
D : Knowing you for so many years, I can see that thru yr eyes. U need my help tak? i can talk to HR, come back with us...

Bukan cara saya, datang semula selepas meninggalkan walaupun cara saya meninggalkan itu adalah dgn cara yang amat terhormat. Saya tidak memberikan sebarang jawapan, cuma tersenyum.

Benar, saya amat tersiksa jiwa dan raga. Amat merintih hati saya melalui perjalanan yang sebahaya ini, yang tak pernah terlintas dek minda saya. Namun apalah daya saya, siapalah saya untuk menentukannya. saya akur suratan Ilahi dan tidak sekali-kali mempersoalkannya. saya yakin, ada hikmah yang tersembunyi disebalik penderitaan saya.

selang sehari, saya terima panggilan telefon yang saya tunggu lebih 3 minggu lamanya. tawaran yang diberikan bayarannya kurang sedikit dari yang saya dapat tapi memikirkan bebanannya tidaklah sehebat yang sekarang ini, tapi benefitnya banyak, amat saya puas hati. dan jauhnya dari rumah saya dalam 10km (mungkin kurang) dan dari rumah mama saya tak sampaipun 5 km.

saya terus kata setuju walaupun ianya memerlukan saya mengeluarkan duit untuk membayar kepada syarikat yang sekarang ini dek kerana 'short notice'. saya tak kisah asalkan saya dapat menyempurnakan tanggungjawab saya yang sudah agak lama tergendala.

sewaktu memberitahu suami tercinta berita gembira ini, dia sungguh sebak. saya jadi gugup. teman2 saya di pejabat kegembiraan & kesedihan. ayat2 yang tak mungkin saya lupa:

"I AM VERY HAPPY FOR YOU BUT I AM VERY UNHAPPY FOR MYSELF"
"MACAM MANA LA WE ALL BILA AKAK TAK ADA. MESTI ADA ORANG YANG AMBIL KESEMPATAN"

ayah saya menadah kesyukuran yang amat sangat, tidak berkira soal RM yang berbeza, yang penting bahagia. ya, saya setuju kerana saya sudah berpeluang merasa RM yang amat sempurna tetapi hati saya sentiasa kacau. jiwa saya tak pernah tenang kerana memikirkan banyak perkara hatta sewaktu lena. lebih 6 bulan, saya tidur saya amat terganggu dek perkara-perkara yang tak sepatutnya, takat didih kemarahan saya meningkat sungguh, dan kadang-kala, saya emosi sendiri.

perbincangan panjang lebar dgn suami dan keluarga beberapa ketika dahulu menyedarkan saya yang RM dan pangkat bukanlah segala-galanya. Ya, saya tahu, saya rasakannya. Bila jiwa saya kacau, hati saya tidak tenang, satu titik idea pun tidak datang menjengah saya. puas dicuba, puas dipaksa, tetap buntu. kerja2 sendiri di x-site invent, archiFORCE invent & Gaia Arts & Gifts juga memang tergendala lebih setengah tahun. Ini adalah 'wake-up call' untuk saya, memberitahu saya sudah sampai masanya pembentukan & pembangunan minda anak2 dan keluarga harus saya utamakan lebih dulu. saya bekerja siang malam untuk membentuk insan2 sedangkan 2 cinta hati saya & Azimin seakan lara.

inilah masanya saya membentuk kembali keyakinan diri, menguatkan semangat dan percaya, pilihan kali ini lebih 'free & easy'. saya mahu mendekatkan diri saya dengan insan2 kesayangan saya, sama mahu melupakan agenda2 yang tidak berkaitan selepas waktu pejabat, kerana saya tidak mahu pisang berbuah lebih dari sekali. sedang pula, Azimin hampir mahu menyelesaikan thesisnya, yang bermaksud, dia akan mula masuk pejabat tidak lama lagi... Detik hati saya begitu kuat mengatakan, setinggi mana pun jawatan pada 'business acrd' saya, siapalah saya tanpa Azimin, Anggun & Alam, dan juga keluarga saya...

Ya Tuhan, terima kasih kerana memakbulkannya, Terima kasih atas peluang ini.
Buat Azimin - thank you for your understanding
Anggun & Alam - thank you so much my dear
Ayah & Mama - jasa kalian tak mungkin terbalas

Sunday, July 19, 2009

Antara Hati, Jiwa & Rasa

Tajuknya agak pelik, memang pelik pada yang baru mengenali saya. Sepanjang posting saya di Eleen's Inspiration ini, jarang-jarang saya menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu yang sejak dulu lagi menjadi kebanggaan saya. Entah kenapa, kali ini saya lebih senang berbahasa begini. Tidak perlu merasa janggal kerana saya telah bermain bahasa sedari awal zaman sekolah. Saya antara jaguh penulisan tatkala di zaman persekolahan. Dewasa ini juga, saya sedang memerah otak untuk menjadikan novel saya satu realiti. Tapi kadang-kala terganggu jua dek kesibukan yang melampau.

Saya insan biasa, punya hati, punya jiwa dan juga rasa yang tersendiri. Dan adalah mustahil untuk saya memuaskan semua kehendak-kehendak tersebut (hati saya, jiwa saya dan juga rasa saya) sepenuhnya. Mengapa saya kata begitu?

Ramai yang tahu apa karier saya, tapi tak ramai yang tahu apa yang bergelodak di jiwa saya & apa perasaan saya ketika ini. Anda ingin tahu?

Secara dasarnya, saya kelihatan begitu korporat, masuk pejabat jam 9 pagi (walau kadang-kala terpaksa masuk awal) dan sampai ke rumah lewat petang. Tugasan saya seharian banyak menjerumus kepada pembentukan modal insan, dari segi sahsiah dan juga perkembangan minda akademik. Setiap hari saya merangka dasar & cara terbaik agar generasi muda kini tidak ketinggalan dari sudut pelajaran. Selain hari-hari saya penuh dengan perbincangan, mesyuarat di sana-sini, memenuhi aturcara makan tengahari, minum petang sambil berbincang dengan orang-orang yang berkepentingan.

Itu kata hati saya. Itu yang orang lihat siapa saya. Itu yang saya usahakan sepanjang 10 tahun ini, sedari awal saya menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Saya berusaha keras untuk itu seperti yang diakui oleh suami kesayangan saya. Saya memulakan langkah hanya dari jawatan Eksekutif hinggalah ke kuasa Registrar. Dari gaji permulaan saya RM 2000 sehinggalah sekarang ini, jumlah itu adalah simpanan saya setiap bulan. Hati saya puas!!! Puas dapat membangunkan anak bangsa, puas dapat berkongsi kejayaan ini bersama keluarga tercinta, puas dapat berbakti demi negara, malah, puas dapat memenuhi kehendak naluri sang perempuan yang gemar berbelanja (tapi saya tetap menyimpan).

Jiwa saya amat halus, jiwa orang seni. Saya amat sensitif, sekali orang melirik pandang, saya dapat rasakan ketidaksenangan orang terhadap saya. Jadi kerana itu saya amat berhati-hati dalam setiap langkah dan patah.

Saya sangat cintakan bait-bait indah bahasa. Tak kiralah bahasa ibunda mahupun bahasa penjajah, asalkan namanya bahasa, yang ianya dapat mengekpressikan apa yang terkumpul di jiwa. Saya mula menulis ketika umur saya baru menjejak 7 tahun. Waktu kali pertama coretan saya tersiar di majalah kesukaan mama, saya gembira yang amat sangat. Walaupun hadianya tak seberapa, tapi ia tetap membuat semangat saya untuk menulis terus melonjak. Waktu di sekolah menengah, hasil tulisan saya sering terpapar di bukan setakat di majalah tapi dipertandingkan.

Hingga kini saya masih berkarya, menulis rencana kehidupan, mensyair puisi, mencipta bait-bait lirik, segalanya tentang bahasa. Bila hati saya kusut dek kerja-kerja yang bertimbun di pejabat, saya cari pensel dan kertas. Mengapa pensel, kenapa tidak pen? Kerana pensel itu begitu unik di mata saya. Kerana pensel mampu mencorakkan gelombang perasaan saya yang kadang-kala berombak kasar, yang disaluti nada-nada lembut, bersulam rasa kecewa...

Apa yang membuat saya berasa kecewa? Akan saya ceritakan nanti...

Apa yang saya rasa kini? Apa agaknya perasaan saya kini? Saya mempunyai cita-cita... ah! ia bukan sekadar cita-cita, malah ia adalah impian yang telah lama saya idamkan. Saya mahukan sebuah keluarga yang tenang, aman dan sederhana. Walaupun kami (azimin & saya) terus-terusan mengejar cita-cita sendiri, kami berdua tetap pastikan kedua-dua cinta hati kami tidak sekali-kali terabai. kami seboleh-bolehnya akan pastikan yang kami tidak terbuai dek keghairahan mengejar cita-cita sehingga terpaksa melihat impian kami terkubur.

Kalau ditanya apakah yang bergelodak di dalam perasaan saya tika ini, saya mahukan kehidupan saya. Kehidupan saya yang telah diragut oleh sebuah HATI yang bercita-cita besar. Saya akui itu silap saya, saya begitu inginkan supaya saya dipandang tinggi oleh masyarakat. Maksud saya... saya tidak mahu dipandang rendah oleh orang sekeliling.

Ada saudara-mara yang hingga kini tidak tahu apa kerja saya. Ada yang menganggap saya hanya kerani cabuk biasa yang gajinya tak seberapa. Saya tidak pernah kisah semua itu tapi bila saban tahun sewaktu raya, insan-insan ini selalu mengulang kata dengan nada yang sama, saya harus bangun bersuara. Tapi saya tidak suka berkasar kerana mereka saudara. lalu cara yang paling mudah, saya pastikan setiap tahun sewaktu raya atau kenduri-kendara, saya akan edarkan 'business card' saya. Biar kertas itu yang berkata-kata.

Saya akui saya agak tamak dalam mencorak masa depan. Kerana saya pernah kecewa. Saya telah dikecewakan kerana saya tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang cemerlang, gemilang & terbilang. Saya dicampak bak sampah, seolah-olah saya tak mampu bangun mengubah keadaan. Saya mengambil masa yang bukan sekejap untuk meyakinkan orang sekeliling yang saya bukan seperti dahulu lagi. Saya kini telah menjadi orang, malah lebih hebat dari yang menghina dahulu.

Kini saya miliki sebuah HATI yang besar, yang mampu tersenyum bila orang bertanya siapa saya, apa kerja saya. Tapi JIWA saya tidak merasa puas. Ada sesuatu yang mahu saya ekpresikan yang tidak kesampaian. Kerana itu, saya terus menulis. Ya, menulis adalah JIWA saya, tulisan-tulisan saya adalah nyawa saya dan alunan-alunan pensel adalah hembusan nafas saya. Mengapa saya tidak terus bernafas denagn JIWA saya? peRASAan saya tetap utuh pada wajah-wajah kesayangan saya. Saya mahu mereka tahu yang saya hanya mahu berada di arena ini seadanya, tidak terlalu tinggi sehingga saya terpaksa kehilangan JIWA yang amat saya sayangi. JIWA itulah yang telah membentuk saya, menjadikan saya insan yang amat tabah mengharungi kehidupan walau saya pernah jatuh terduduk.

Saya akan teruskan apa yang tergambar dalam JIWA saya. Tulisan, bait-bait bahasa, alunan merdu irama adalah JIWA saya. Saya kunjungi sebuah kedai buku, mencari-cari wadah yang berkenan di HATI. Sedang sibuk-sibuk membelek, saya tercapai sebuah buku yang agak lama bidangnya saya tinggalkan. Saya membelek sehelai demi sehelai, dan tanpa saya sedari, air mata jatuh menitis. PeRASAan saya berdebar-debar, berkocak kuat dan air mata saya makin laju. Saya sedar suami kesayangan saya terpandangkan saya, tapi dia membiarkan saya berpeRASAan sendiri kerana setelah 9 tahun mengenali saya, dia tahu bila masanya dia patut masuk, bila waktunya dia harus tunggu di situ. Hampir settengah jam, akhirnya saya nekad. Buku itu terus saya capai dan bawanya ke kaunter pembayaran, kerana wangnya tidak cukup, terus kad kredit saya hulurkan. Harganya agak tinggi, RM 250 untuk sebuah buku tapi saya yakin, JIWA saya sudah lama mendambakan untuk diisi dengan pengisian begitu.

Pertanyaan dulu muncul sekali lagi... Apa yang membuat saya berasa kecewa?

Saya kecewa kerana waktu yg berkualiti untuk diri saya & keluarga saya sudah terasa kekurangannya. Amat sukar untuk dicari, tidak mungkin dapat diganti. Itu komen suami saya. Kerana itu dia tak sudah-sudah menyarankan saya untuk beralih arah, menurunkan sedikit pangkat yang sedia ada demi keluarga. Jangan salah faham, saya bukan kecewa dengan permintaan suami tercinta. Saya hanya kecewa dengan diri saya kerana dalam keghairahan mengejar cita-cita, dek terlalu mengikutkan kata HATI, masa saya dengan keluarga terutamanya anak-anak yang sedang membesar terlalu kurang. Syukur saya tersedar awal. Sungguh, tak dapat saya bayangkan sekiranya saya alpa dan terus-terusan mendaki cita.

Lalu dengan rasa rendah diri, saya perlahankan larian, cuba berjalan seiring dengan keadaan. Saya cuba kenangkan kembali siapa saya 5 tahun yang lepas. Saya seorang isteri & ibu yang serdahana, seadanya, tidak terlalu demanding, menyarung apa sahaja persalinan yang ada di dalam almari. Saya hanya pekerja biasa, yang tidak perlu pusing-pusing memikirkan masalah besar di pejabat. Saya tidak perlu meluangkan masa yang terlalu lama di pejabat, selepas habis waktu kerja, saya boleh pulang tanpa membawa balik masalah yang merunsingkan.

Perlahan-lahan, saya belajar mencari penyelesaian kepada permasalahan ini, zaman gawat begini, tak tergamak melepaskan emas dalam genggaman. Bak kata Azimin, perlahan-lahan, jangan terlalu mendadak. Lalu saya kini merangka jalan. Doa'kan saya temui jalan yang sepatutnya, dan moga Dia permudahkan segala urusan saya.

Teman-teman, doa'kanlah kesejahteraan kami.

Friday, June 19, 2009

Sudut Pandang Slots



Sudut Pandang Slots somewhere in early 2008, after Azimin won a gold medal and double award @ British Invention Show. And Astro Awani was the first tv station to approach Azimin for that purpose during that time...

U-Wartawan Interview Session With Astro Awani on 17th June 2009






Azimin was on-air for U-Wartawan slot on 17th June 2009, hosted by Nazri Kahar.Topic: Budaya Invovasi Orang Muda.

We reached UKM @ 8.30pm, fetched by Astro Awani driver. Arraived at Bangunan Bursa KL, Astro Awani Office around 9.15pm. We had a short 'talk' with Nazri & Suhaimi Sulaiman before Nazri left us for his U-Wartawan preparation.

Kamarul Baharin came to U-Wartawan studio during the slot and he had a talk with me while waiting for Azimin done with his talk. Tak sangka he still remember me!!!! After Azimin & Nazri done with their slots, we had a long discussion on a few matters & proposals. Pukul 11.45 baru we left Astro Awani office.

Kamarul Baharin requested a date for him to have an hour slot with Azimin, Prof Tajudddin and some other people for some topics before puasa. But, i am more interested on his proposal for 'malaysian ikea'.

U-Wartawan Interview Session With Astro Awani on 17th June 2009





U-Wartawan Interview Session With Astro Awani on 17th June 2009





U-Wartawan Interview Session With Astro Awani on 17th June 2009





RTM Interview for Personality Program





RTM came over to our house for an interview session for Personality Program. Of course to interview Azimin's achievements. The programs was on air sempena topik Hari Intelek Malaysia 2009 (if I'm not mistaken)...

Thursday, June 18, 2009