Friday, August 28, 2009

RASA BONGKAK JANGAN SEKALI

Bukan niat membuka aib sesiapa tetapi apa yang bakal saya coretkan di sini adalah satu kisah pengajaran yang baru sahaja saya lihat, berlaku sememangnya di hadapan mata saya. Sungguh, pepatah zaman moden ada menyatakan, “TUHAN bayar CASH”, dan hakikatnya, saya akui ianya amat benar!!!

Ramai yang sedia maklum yang saya telah bertukar kerja. Ya, ianya satu tempoh yang amat singkat!!! Dalam tempoh waktu yang AMAT SINGKAT, kepercayaan & keyakinan saya terhadap satu organisasi runtuh sama sekali. Kerana apa? Kerana rasa keyakinan saya dan juga kepercayaan saya terhadap KETUA dan juga KETUA BESAR saya musnah dek terlalu banyak perkara yang tak sepatutnya terjadi telah berlaku di hadapan mata.

Ramai yang tahu sebab terbesar mengapa saya masih berada di arena pendidikan walaupun selepas 10 tahun. Bukan sedikit rintangan yang telah dan terpaksa saya lalui tetapi dugaan kali ini AMAT mencabar dek kerana ianya datang dari KETUA dan KETUA BESAR yang berbangsa MELAYU, beragama ISLAM. Rasa bongkak dan terlalu membangga diri yang dimiliki membuatkan saya merasa terlalu menyampah, amat meluat dah jiwa saya amat tidak tenteram mengerjakan tanggungjawab yang terpikul di bahu.

Saya adalah manusia yang amat transparent (maaf, saya tak dapat men’translate’nya). Saya amat tidak gemar bilamana saya harus berselindung, berpura-pura mengatakan yang SAYA SUKA tetapi pada hakikatnya SAYA AMAT TIDAK SUKA. Salah satu tanggungjawab yang pernah saya pikul adalah ‘POLICY MAKER’ dan kerana itu, saya adalah insan yang ‘going by the book’. And I was very uncomfortable when they asked the policy maker to break the rules. Dan kerana itu, saya bukan sekadar mendapat sumpah-seranah, malah maki hamun yang terselit lebih dari 10 kata2 kesat dan lucah juga dijeritkan kepada saya. Berapa banyak buku dan fail yang terbaling pada saya, tak terkira rasanya.

Sejak itu hatri saya tawar. Saya tidak betah bekerja bila disumpah-seranah. Dalam diam-diam, ramai yang bersetuju dengan tindakan saya. Saya OUTSPOKEN, tapi bertempat. Kerana itu saya tahu dimana dan bila sepatutnya saya bersuara. Dan terima kasih kerana ada pihak-pihak yang sedia menyediakan RUANG untuk saya berbicara.

Saya pernah dijerit, menyuruh saya menjadi “JAHAT” dan “TIDAK DISUKAI ORANG”... Subhanallah, mengapalah ada manusia yang bersikap begini. Mujur saya dikurniakanNya kekuatan untuk menjawab dengan tenang:

ORANG ITU: Kau kena jadi garang, jahat dengan staff. Biar diaorang semua tak suka kau. Bila diaorang tak suka, diaorang takut, baru kau boleh ARAH diaorang sesuka hati. Masa tu, kalau kau suruh diaorang basuh toilet pun diaorang buat!!

SAYA: Saya bukan jenis macam tu. Kalau orang semua tak suka saya, masa saya meninggal nanti, tak ada siapa nak datang masa kebumikan saya.

Mendengar jawapan saya, orang itu terus tersenyap dan menjeling. Tetapi jawapannya amat menunjukkan kebodohannya sendiri:

ORANG ITU: Alah, aku ada pangkat Dato’. Mestilah orang datang masa aku meninggal…

Banyak sebenarnya yang terjadi. Syukur alhamdulillah, rezeki saya dating lagi. Tawaran ke tempat yang lebih baik dan lebih menjanjikan kecerahan masa depan saya terima dengan rasa syukur.

Di waktu hari-hari terakhir saya di tempat kerja lama... Sesuatu yang amat mengejutkan umpama tsunami telah berlaku. ‘Penyumbang kewangan’ dari hari pertama idea penubuhan organisasi itu telah menyarakan rasa AMAT TIDAK PUAS HATI dengan cara pengurusan terutamanya bila melihat banyak RM dibelanjakan tanpa perancangan dan persetujuan, malah ada banyak yang melencong dari tujuan asal. Justeru itu, ‘penyumbang kewangan’ tersebut telah menarik diri serta-merta.

Terperanjat besar sang KETUA dan KETUA BESAR, terduduk mereka dengan keputusan mengejut itu. Tetapi apa yang membuat saya berasa amat kesal, tiada satu pun antara mereka berani berdepan dengan para pekerja untuk membuat penjelasan, jauh sekali mengaku kesilapan yang telah mereka corengkan. Mereka bertindak untuk menghilangkan diri buat seketika dan kepulangan mereka bersama idea-idea yang AMAT BODOH!!!

Men’downgrade’kan status daripada ‘kolej’ kepada ‘pusat tuisyen’ adalah satu keputusan yang begitu..... Saya tidak sangka hingga ke tahap itu. Tambah menyedihkan apabila jabatan saya dirombak serta-merta setelah ketiadaan saya. Itu yang membuatkan saya sedikit emosi tapi apalah daya saya. Banyak jabatan yang dirombak dan menjadikan semuanya staff berada di bawah SATU jabatan... Selain ebberapa staff diberhentikan serta-merta.

Secara peribadi, saya amat tersinggung dengan perbuatan KETUA dan KETUA BESAR itu. Tapi, Tuhan Maha Kuasa, sekelip mata semuanya berubah. Dari kaya-raya (walaupun tergolong dalam golongan orang-orang yang MUFLIS) sehingga terpaksa menayang muka ke hulu ke hilir semata-mata untuk mendapatkan projek, walaupun bayarannya RM 100 cuma. Dan, semua itu berlaku di hadapan saya, pada hari-hari terakhir saya di sana. Dan waktu itu, hanya insan-insan terpilih sahaja yang mengetahui maksud senyuman saya pada sang KETUA dan KETUA BESAR... Ya, Tuhan itu Maha Adil...

2 comments:

Anonymous said...

ish,kolej mana la ni...boleh kasi hint sikit? lokasi ke...

Herleen said...

biarlah rahsia... siapa yang tahu tu, tahulah...