Monday, May 5, 2014

Redha Itu Pasrah. Tapi Aku Tetap Berjuang



Rasanya, dah lebih 2 bulan aku dapat tahu tentang Carpal Tunnel Syndrome yang ada melekat pada aku. Kata Orthopedics, it has been longer than that, long enough untuk sampai ke pergelangan tangan, mengena kedua-dua belah. My movement memang dah limited. Tapi mungkin sebab aku nie degil, I used to act like nothing happened.



Aku tak boleh ingat, bila masanya jari-jari aku mula kebas. Serious, tak ingat. Tapi aku tahu, jari-jari kiri & kanan selalu rasa kebas-kebas. Paling obvious, masa driving sebab masa tu yang paling aku takut sekali. Tapi ye lah kan, I always take it so easy. Lepas dah ok, aku lupa. May be kejadian tu dah mula bertahun-tahun lepas tapi aku buat tak endah.



Last few months, aku perasan 3 jari kanan aku sakit-sakit. Kadang-kadang berdenyut, bila angkat barang, hatta sudu sekalipun, rasa sakit menyucuk-nyucuk. Bila driving, yes, it so painful. Finally, aku gagahkan diri pergi klinik. Doc bagi ubat, katanya ‘muscle stress’, dia suruh rehat banyak-banyak. Aku yang memang jahil dengan medical terms nie, asalkan nama stress, just rehat ikut suka aku. Esoknya, as usual, aku tetap buat my routine work macam biasa. Lepas 3-4 hari, aku rasa makin sakit. Then aku pergi jumpa doc lagi, kali nie doc lain pulak. Bila aku beritahu apa yang aku rasa, apa yang jadi, doc terus ambik kertas. Dia cakap pada Azimin, ‘I’m referring your wife to the Ortho specialist, doc. I think, it’s a serious case.’



Aku keluar klinik dengan bebelan panjang. To me, why not dia cakap apa yang dia tahu. Share with me, at least aku boleh prepare. Tapi itu perasaan aku malam tu aje. Esoknya, my routine goes as usual. Siap boleh drive pergi Melaka.



After a week, aku rasa something wrong. 2 of my fingers (right) bukan setakat sakit, tapi tak boleh gerak pun. Menjerit jugaklah aku panggil Azimin. Aku nampak muka dia tergamam. Actually aku tak pernah tanya apa yang dia rasa masa tu. Tapi aku adalah perempuan yang tak suka mengalah. Aku tak mahu dia rasa, bila aku sakit tangan, aku hanya carik excuses untuk ‘take a break’.



We went to HUKM the next morning. Without an appointment, datang, masuk, terus sergah je. Calling 2 of the profs, another 2 specialist and 1 medical officer, duduk ramai-ramai dalam bilik tu. That’s might be 1 of the advantages bila ke HUKM. Tak payah jenuh tunggu dari pagi sampai ke petang untuk aku. The Ortho did a few tests dengan aku.



Part when they were trying to convey me the message tu yang sayu. Yang aku rasa amat down. Yang buat aku pejam mata, tahan air mata dari jatuh. Masa tu aku sedar, Azimin pegang tangan aku, cuba pujuk untuk aku kuat. Tapi hakikatnya, aku tak sedar and tak dengar dah apa yang all the people cuba sampaikan pada aku. Yang aku ingat, the lady prof cakap pada aku, ‘You pushed yourself too much. May be ini masaaya untuk you slow down, take a break.’



I left the room dengan empty mind. Kosong. Tak boleh fikir apa. Azimin yang uruskan semua lepas tu. Setting an appointment for the physio session, nerve study, and pergi buat benda yang pakai kat tangan untuk support tangan aku.



Lepas tu, seminggu aku tak keluar rumah. Just bed rest. Food was served to me, no more driving, just do katas katil sambil tengok tv, doing some reading, buat writing sikit-sikit. The kids, by day time, my parents yang take charge. Samada nak percaya atau tidak, nak makan angkat sudu pun, I need help for that.



After 2nd week, Azimin start ajak aku keluar. Having dinner outside, pergi beli barang, tengok movie, etc. It was quite tough but aku kena belajar adapt dengan my current condition. Aku start meeting & setting an appointment for work purpose as early as the 3rd week. 3 appointments in a day. The 1st one was ok. The 2nd one, aku suruh Azimin handle sebab aku rasa too tired. Aku just stay in a car. The 3rd one, aku try go on tapi, aku dapat rasa, it wasn’t me.



Week 4 – Azimin ajak aku balik kampung sebab ada kenduri at my in-laws house. Aku tanya Azimin, how I suppose to face the public? Azimin kata aku boleh buat. Sebab aku akan selalu ada dia.



Almost 2 months, aku hanya berani jumpa orang yang aku jarang-jarang jumpa. Orang yang tak pernah tengok keadaan aku sebelum aku kena CTS. Aku sedaya cuba mengelak untuk jumpa people that I closed to. Ada jugak a few friends yang datang visit me at home. Yang tu aku memang tak boleh mengelak.



Last Friday, for the first time aku meeting my friends, my ex-schoolmates after CTS. Tak ramai yang tahu about my CTS. Tapi benda yang paling susah, bila aku kena act like semuanya ok-ok saja. Semuanya under control. Padahal, nak pegang garfu tekan cheese case, angkat coffee nak minum, nak tulis… sakitnya Tuhan saja yang tahu. Tapi sebab itu aku, aku selalu tak mahu orang kata aku tak boleh buat. Aku selalu harus tunjuk yang aku boleh buat apa saja.



And hari nie, after 2 months, bergantung pada ubat & physio, aku rasa tangan aku makin sakit. Ibu jari kanan aku dah mula rasa sakit. That’s mean, sekarang dah 4 jari, kan?



Jangan tanya apa yang aku rasa saat ini. Tangan ini adalah punca rezeki aku. Aku menulis, aku mengajar, aku membaca, masak, driving, and most of my tasks are depending on its. Aku bukan jenis perempuan yang duduk rumah setakat duduk berehat. Itu bukan aku.



Bukan seorang dua yang tanya aku, bagaimana penerimaan suami aku. Apa yang boleh aku cakap, setakat ini dia adalah insan yang sangat membantu, yang sama-sama berada di sebelah aku, menemani aku mengharungi semua ini. Biarpun ada mulut-mulut longkang yang sibuk bertanya, kenapa dia harus sidai baju, kenapa dia harus buat itu ini. Kenapa dengan aku. Tapi lelaki ini masih di situ, di sebelah aku.



Bohonglah aku kalau aku katakan pada dunia, aku tidak ada sedikitpun rasa tersinggung bila kredibiliti aku dipersoalkan. Bohonglah aku kalau aku mengaku, aku tak pernah terfikir lelaki yang 13 tahun memimpin aku akan berpaling arah. Bohonglah aku kalau aku laungkan, aku tidak mengharap dia menghargai pengorbanan aku meninggalkan nama besar & career aku semata-mata mahu menjaga dan memelihara perkongsian kami. Bukan aku mengharapkan balasan, cuma aku mahu ada sedikit pengertian. Aku juga manusia. Selagi aku masih bernyawa, aku akan terus berjuang.



eleen.jamaluddin

5 Mei 2014


No comments: