Wednesday, May 28, 2014

Masa Silam & Hari Depan

Yesterday was a checked-up & physio day. Penat. 2 in 1 and menjadikan aku bertapa kat hospital dari pagi sampai petang. It was a nervous moment; meeting the profs, ortho specialist and my physiotherapist. Sitting in a group with people and discussing about your illness will never make you feel good… Listening to the nerve conducting study pun buat menambahkan lagi rasa down.

Another options that suggested were injection and surgery. My physiotherapist punya advise, daripada injection, baik surgery terus. Tak payah suffer banyak kali. Semuanya still jumble-up in my mind and bayak benda nak kena fikir. Surgery will caused both hands yang kena direhatkan agak lama. 1 hand after another. Satu persatu. Gila nak operate both hands in the same time. After the CTS surgery, then baru boleh fikir pasal de’ quervain, since my tendons dah nampak bengkaknya.

Macam-macam. Tapi I have to take it positively. It’s my portion. Takkanlah nak yang happy-happy, yang sedap-sedap je. Macam-macam yang boleh caused to what happened to me sekarang. My bad, my previous mistakes, my work life yang macam semua orang cakap.. teruk sangat sampai menyusahkan diri sendiri.

Let’s me put it this way. Namanya pun kerja sendiri. Hanya orang-orang yang ada di tempat aku sahaja yang boleh faham apa maksudnya self-employed. Bukan semua orang, esp orang-orang yang selalu pergi kerja pagi, balik petang, hujung bulan dapat gaji. No.. if you are in my shoes, you have to think more than that. You have to admit, ada masanya business naik mencanak & waktu itulah kita kena kejar apa yang ada depan mata tanpa meninggalkan perkara-perkara wajib yang menjadi tanggungjawab kita. Ada masanya, business kau jatuh menjunam, sampai kau kena fikir, mana nak cekau duit nak buat belanja anak pergi sekolah esok. In the other side, kena fikir gaji staff, anak bini & family diaorang pun nak makan jugak, nak pergi sekolah jugak, nak beli ubat jugak.. itu tak termasuk building rental, monthly fixed expenses, loan itu, loan ini.

I am standing with my own, wearing my own shoes & clothes, holding my own handbag. So, I belief I am the only one who understand and think as I am. Aku tak pernah mintak orang lain faham apa yang berserabut dalam kepala otak aku. And tak perlulah try to touch it sebab kau takkan faham.

I have my own passion as well. Itu jiwa aku. Itulah yang buatkan hati aku, dan hari-hari aku ada warna. Itu jugalah yang menjadi kekuatan aku untuk terus bertahan sampai hari ini. Everybody have their own passion, belief me!!! In one side, you might look professional with your title and designation, but in the other side, you may want to do something that make you happy.

Aku pernah tanya pada beberapa orang yang rapat dengan aku. Do I ask for any sympathy from any of you? Many people answered it with “NEVER, tak pernah. Tapi aku yang risau sebab kau behave macam kau tak sakit apa-apa.” Full stop. Terima kasih. Aku sejujurnya tak memerlukan simpati sesiapa. Aku cuma harapkan sedikit pengertian. Tak perlu simpati. Simpati dan pengertian itu jauh bezanya. Boleh check kamus dewan kalau tak percaya.

Aku tetap berterima kasih pada insan-insan yang sentiasa mengerti dan memahami apa yang aku mahukan dalam hidup. Pada insan-insan yang percaya yang aku masih boleh berfungsi seperti biasa. Pada insan-insan yang sentiasa memberikan bantuan tanpa henti sampai aku terpaksa kata, enough, cukup. Pada insan-insan istimewa yang sentiasa berkeras mahu menasihati aku, yang tahu aku sememangnya degil sejak azali, yang tahu, di mana kelemahan aku, yang tak putus-putus bersabar kerana ada pengertian dalam diri kamu, dan kamu-kamu.. yang percaya, sekeras mana pun hati aku, kalau kena tempatnya, mengalir juga air mata aku, mengalah juga aku.


Aku percaya, apapun yang Dia tentukan untuk kita, it’s come with a reason. Aku cuma manusia yang punya khilafnya. Siapa pun kita, kita hanya manusia yang punya sejarah sendiri. Masa lalu yang kita tahu telah lama kita tinggalkan untuk menjadi lebih baik. Masa lalu yang kita ambil semangatnya, untuk berdiri teguh mewarnai hari depan. Walau sebaik manapun masa silam seorang manusia, dia tetap ingin menjadi lebih baik dari hari semalam. Jadi oleh itu, jangan persoalkan. Itu bukan kerja kita. Itu hak Yang Maha Esa.





No comments: