Saturday, August 22, 2009

KENANGAN BERPUASA DI MOZAC

Hati saya amat tersentuh tatkala bulan puasa tiba. 5 tahun saya di atas bukit Muzaffar nyata terlalu banyak kenangan yang bersemadi dalam memori saya. Fuh!!! Kenangan ketika berpuasa di MOZAC adalah satu kenangan yang saban tahun tak pernah terlepas dari bermain di ingatan saya.

5 tahun di MOZAC, walaupun jadualnya sama setiap hari, namun ia membawa maksud yang tersendiri. Sungguh, kawan2 seperkolahan pastinya akan setuju dengan saya. seawal 4 pagi kami akan mendengar bunyi bising di dewan makan, bunyi periuk kawah diangkat , bunyi senduk2 yang berlaga... dan yang paling penting, bunyi jeritan suara 'makcik MONA' (makcik dewan makan) yang akan terjerit2 mengejutkankan kami dari tidur.

lepas makan sahur, ada yang menyambung tidur, ada yang terus berjaga hingga ke subuh, lalu terus ke prep pagi. Sambung terus masuk kelas selepas perhimpunan. Selepas prep petang, kami beramai-ramai bertadarus sebelum berbuka puasa di dewan makan. dan malamnya, sembahyang tarawikh di dewan besar.

apa yang saya rindukan bila tiba ramadhan? setiap kali ramadhan tiba, saya pastinya mencari kastard jagung... saban tahun saya mencari, tetapi semuanya tak sama seperti yang saya makan buatan KAK BEDAH, isteri Ustaz Adnan sewaktu di MOZAC dulu. Setiap hari selepas habis waktu tadarus, Kak Bedah akan datang ke asrama puteri membawa kuih-muih jualannya. Berebut-rebut kami pergi membeli. Selalunya, 'port' Kak Bedah di depan Dorm A atau Dorm B...

Waktu sembahyang tarawikh... Cikgu Jaafar!!!! Semua orang takut dengan Cikgu Jaafar. Dengan sekali jerit, asrama terus kosong. Berbondong-bondong kami berkejaran ke dewan besar...

hari ini, kenangan itu datang lagi. dan esok, saya akan mencari kastard jagung lagi sehingga berjumpa dengan rasa yang seenak buatan Kak Bedah!!!

3 comments:

mohad said...

selamat berpuasa...

Naddy said...

kat mozac saya belajar makan buah tembikai. rindu nak makan ayam masak merah juga dan lagi rindu dan makan beradab beramai-ramai.

Unknown said...

ooo
kak bedah tak jual pun kastard jagung kat 'budak2 putera', yg dia jual nasik lemak & bihun goreng kat budak2 lelaki ni. berebut2 budak2 ni beli, mcm tak cukup makan je masa berbuka :))