Sunday, May 11, 2008

Anugerah Harta Intelek Negara 2008

Adalah dimaklumkan bahawa En. Azimin Samsul Mohd Tazilan, Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan telah dianugerahkan SEBAGAI PEMENANG KEDUA KATEGORI REKA BENTUK PERINDUSTRIAN dalam ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2008 bersempena dengan Hari Harta Intelek Negara 2008 yang berlangsung di KLCC pada 24 hingga 27 April 2008. Beliau telah memenangi hadiah berbentuk Plak, Sijil Penganugerahan dan cek bernilai RM 4,000. Penganugerahan ini telah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna pada 24 April 2008 di KLCC.

Warga Universiti berbangga dengan pencapaian ini dan mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan beliau.

(ewarga/bul/bil.25042008-97)

http://ewarga.ukm.my/ewarga/buletin/buletin_2008.html#bul_25042008-97

No comments: