Wednesday, July 9, 2014

Rayuan Keluarga Muhammad Afif Izzat

Text yang saya terima melalui Whatsapp malam semalam buatkan saya termenung agak lama. Puas berfikir cuba mengingati. Saya tanya-tanya beberapa ex-staff saya untuk kepastian dan jawapan yang saya terima ada YA, BENAR.

Muhammad Afif Izzat, bekas pelajar Diploma in Pharmacy (Cohort 2) sewaktu zaman saya masih di KPJ College dan selepas tamat pengajian, dia berkhidmat dengan KPJ Ampang Puteri. Saya tidak mahu mengulas betul atau sebaliknya kisah yang terpapar, yang anda semua akan baca di attachment photo di bawah. Saya tidak mengenali pelajar perempuan yang dimaksudkan, tapi dari beberapa komen ex-staff saya, ya mereka memang bercinta.

Anggaplah luahan hati seorang bapa ini, dan luluhnya hati seorang ibu apabila anaknya hilang tanpa khabar berita sebagai dugaan yang diberikan Ilahi pada mereka, dan seisi keluarga masih bergantung harap untuk anaknya pulang ke pangkuan keluarga. Mereka tiada niat membuka pekung di dada, apatah lagi memburukkan insan lain. Mereka cuma berusaha terdaya yang mampu demi seorang anak.

Pada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Izzat mahupun Vee, silalah hubungi ahli keluarganya. Nombor untuk dihubungi ada di bawah. 




No comments: