Wednesday, July 16, 2014

Jangan Jadikan Emosi Kita Tontotan Umum

Kecoh seantero Malaya pasal pemilik Peugeot CDM 25 yang bersikap tidak manis terhadap uncle yang sudah berumur, baya ayah-ayah kita tu. Cemuhan, hinaan dari perempuan Melayu bertudung di waktu bulan Ramadhan Al-Mubarak ini sememangnya menjadikan dia popular dengan cara mudah. 

Gagah jugak dia siap hayun hentak steering lock kat kereta uncle tu. Emosi & rasa marah menguasai diri masa tu kan… May be jugak dia first time kena langgar, nak-nak pulak agaknya kereta baru lepas keluar kilang. Tu yang emosi sungguh tu…

Ramai sebenarnya antara kita yang pernah terlibat dalam kemalangan, tinggal cara kita handle the situation tu je yang lain. Nak-nak perempuan, kalau tiba-tiba accident, seorang-seorang pula masa tu, mesti ada sedikit rasa cuak. Tambah pula, kaki-kaki tow truck pula yang suka push-push itu ini, suruh sign itu ini.

Persediaan diri kita yang penting sebenarnya. Accident berlaku bukan boleh kita jangka bila. Kadang-kadang, dalam berhati-hati, kena juga. I was driving through out Semenanjung Malaysia ke hulu ke hilir, berulang dari Enstek ke Subang, ke KL tengah-tengah Jalan Raja Laut – Jalan TAR tetiap hari dulu, Alhamdulillah tak pernah accident. Tapi tup tup, tengah dalam kereta panaskan enjin, dalam kotak parking kat Nilai, berdegang orang langgar. Tu kira first experience la. Walaupun bukan salah sendiri, tapi nervous jugak. Nak-nak kereta lakiku… The next accident, masa dekat traffic light Nilai (lampu merah lagi). Datang satu van McD KLIA dari belakang, laju langgar. Yang nie, kita pergi buat report polis.

Accident seterusnya, dekat traffic light Pekan Salak which airport limo dengan jayanya menghentam dari belakang. Tapi dan-dan tu terus driver limo tu bawak pegi workshop, and dia tanggung semua repairnya. Masa tu cuak giller sebab ada 4-5 limo datang sama, semuanya bangsa India. Tapi driver tu baik, mintak tolong jangan report polis. Kawan-kawan dia yang datang sama tu semua chip-in duit untuk bayarkan repair kereta aku.

Sejarah membuktikan, selalunya aku akan accident:
1. Masa kereta tidak bergerak (time parking, traffic light etc)
2. Masa kejadian, semuanya di waktu Azimin out-station

2012, accident yang paling teruk untuk aku. Masih sama dekan traffic light (kali nie dekat area LBJ – Sban 2) tinggal masa nie, aku baru nak tekan minyak sebab traffic light baru bertukar kaler hijau. Tiba-tiba entah dari mana muncul motor and terus berdesup masuk bawah bumper kereta aku. Memang kereta tak boleh gerak langsung. Aku terus keluar, perkara pertama yang aku buat, carik rider motor tu. Kot-kot tersangkut bawah kereta aku. Rupanya dia dah tertengkot-tengkot pergi tepi jalan.

Dia nampak aku terus cakap, “Sorry kak, sorry sangat-sangat. Saya nak cepat sebenarnya. Dah lambat nak masuk syif.”

Aku tengok budak tu pun kesian… Walaupun sebenarnya, kesian lagi tengok kereta aku tu… Tapi nak marah pun dah tak guna. Bukan boleh reverse balik pun. May be sebab dah banyak kali kena benda-benda macam nie, masa tu memang aku cool sangat walaupun aku seorang-seorang. Aku tunggu la ayah aku datang tolong apa yang patut sebab as usual, suamiku sedang out-station. And sah-sah aku kena buat semua decisions.

Call tow-truck, mintak orang yang kerumun-kerumun semua tu tolak kereta pegi tepi, melayan orang-orang tow truck yang approach kiri kanan mencuba nasib… fuh!!! Sementara tunggu tow-truck aku & polis sampai, aku suruh budak motor tu pergi klinik. Kot-kot patah riuk anak orang nie. Kawan-kawan dia ada 2 kereta datang. Ada la 2-3 orang yang konon-konon buat muka garang sambil tanya,:

“Sape yang langgar kau? Mana dia?”

Tapi budak motor tu rileks je jawab, “Aku yang langgar. Tu kereta putih tu.”

Tengok kereta putih tu, terus diam tutup mulut kawan-kawan dia.

Yalah, kot aku mintak bayar, jenuh…

Aku tak kata aku terror, aku cool sebab aku boleh buat rileks lepas kena langgar. Budak motor tu pun, sampai balai, memang dia terus mengaku salah dia. Tinggal may be sebab aku dah biasa kena hentam time kereta tak bergerak and tu yang buat aku rasa… mencabar sungguh!!! Syukur Alhamdulillah aku tak luka parah, patah riok. Setakat terhentak kepala kena steering, sakit-sakit badan, lepas tu demam tu, adat la. Kereta je la yang sakit...

The photos below were from the last accident. Aku pernah post kat FB tapi privatekan and hanya boleh dilihat oleh beberapa orang yang tahu aku accident waktu tu. Baru tadi aku dah allowed my friendlist boleh view.  Senang cerita, aku malas nak kecoh-kecoh masa tu. NIe dah dekat 2 tahun, korang nak cakap apa pun, cakap la. Wa tak de hal…


Accident happened on 10 Oct 2012, near LBJ, on the way to Seremban 2. Now dah selamat keluar dari workshop. The repair cost exceed 5 figure and we have to top up almost 5k to cover some expenses yang tak dicover by insurans; lampu, etc


So lepas nie, kalau nak mengamuk in public, hati-hati. Ada yang glamer kat Youtube pulak nanti.











No comments: