Awak semua tahu, kerja saya bukan setakat Stay At Home Mum. Selain
tukang masak, tukang cuci, driver dan yang lain-lainnya di rumah, saya ada
tanggungjawab lain yang sangat berat. Warung Seni Galvanize Lab, elkiranna’s
Passion, kerja conteng-conteng saya mencarik ilham, banyak lagi. Itu belum
masuk freelance consultancy yang lain-lain.
Oh ya, saya perlu minta maaf pada beberapa kawan, insan-insan serta
institusi yang terpaksa saya tolak tawaran mereka untuk beberapa projek
tertentu, dan juga jadi tukang bagi lecture.. Schedule saya sampai bulan June,
silap-silap Julai, terlalu ketat. Taka pa, sekurang-kurangnya, saya memberi
rezeki itu pada orang lain. Tapi kata Azimin, dalam sibuk-sibuk, nak jugak
pergi joinmenjual kat bazaar..Itu hiburan saya, jangan halang-halang…
Balik dari sama-sama dengan @ehehbazaar sepanjang dua hari, saya mula
rasa sakit itu sakit ini. Jari saya sudah memang sedia sakit sejak 2 minggu
lepas. Hari ini, tambah penyakit baru; kaki pulak sakit. Lama sedikit, sambil
tengok tv, saya gatal-gatal bukak laptop, tengok FB WSGL and tiba-tiba…
Aaaaawwwww!!!! Leher sakit!!!
Azimin urut-urut sambil kata, dah tahu sakit, cuba rest. Ini buat
macam-macam. ‘Muscle stress dekat jari sudah, nanti kalau kena dekat kaki &
leher, nak cakap apa lagi? It’s a sign Eleen, please rest.’ Ya, ya, ya… Saya on
air-cond & tv dalam bilik, angkat coffee, angkat laptop… Eh, laptop nak
buat apa? Orang suruh REST!!!... Tak, just nak window shopping je…
Up to now, belum sempat window shopping sebab dok menaip nie.. Ok la,
meh la I sambung window shopping. Window la, kan tengah bulan nie….
The medicines; ada for Saraf & 'Releks Otot'?? Stess sungguh nampaknya... |
No comments:
Post a Comment