Monday, January 31, 2011

IMPIAN SEORANG PEREMPUAN


ANDA ADA 60 SAAT!!!

Rancangan hiburan baru di Astro yang memberi peluang peserta memenangi wang tunai mengikut kemampuan mereka. Apa yang perlu dilakukan oleh peserta, melakukan aksi-aksi yang ditetapkan dalam masa 60 saat...

Mengapa Anda Ada 60 Saat? Ada apa dengan Anda Ada 60 Saat?

Saya hanyalah penonton sekali-sekala tatkala anak saya berada di depan tv menyaksikannya. Saya hanya sempat melihat sekali imbas sewaktu si rumah ibu saya. Tetapi, satu episod telah membuatkan saya berfikir panjang tentangnya. Tentang apa?

Dalam satu episod, salah seorang pesertanya adalah seorg suri rumah sepenuh masa. Dalam erti kata lain, she is the home-maker. Jangan pandang rendah kemampuan dia, kerana seorang suri rumah kadang-kala lebih hebat dari pegawai bank. Kerana apa? Anda perlu laluinya sendiri, pasti anda akan mengerti apa yang saya maksudkan... (Kerana saya telah melaluinya dan sedang menghadapinya... kerana kini saya tiada secretary atau PA yang boleh saya minta buat itu ini, kerana saya kini tiada staff2 yang sedia berkhidmat walau apa juga yang saya pinta... kerana sekarang ini, nak minum kopi pun kena buat sendiri, tiada tea lady...)

Saya masih ingat lagi, sewaktu pengacara rancangan tersebut; Nabil bertanyakan suami perserta: “Awak tahu apa impian isteri awak sekiranya dia memenangi wang tunai RM 500,000.00?” Dan anda semua tahu apa jawapan sang suami tercinta?

“Beli gelang emas sampai sini.” Jawab sang suami sambil menunjukkan lengannya sambil tersengih-sengih...

Saya terus menyelar, “apa punya laki, kalau ye pun itu impian isterinya, tak perlulah beritahu di depan tv sambil ketawa terkekek-kekek pulak.”

Suami saya tersenyum, lalu dia menyambung, “pendek akal sungguh.”

Tafsiran saya cuma satu; adakah kerana isterinya hanya seorang suri rumah, lalu angan-angannya perlu di’lawakkan’ suaminya? Sudahlah berkata begitu, boleh gelak-gelak lagi pula... Kalau sayalah diperlakukan begitu, ‘JANGAN HARAP KAU NAK SRAHE HADIAH YANG AKU MEMANG NANTI!!!’

Bertuahlah lelaki itu kerana isterinya tidak seperti saya...

Saya sempat melihat pengacara rancangan tersebut; Nabil terpinga-pinga mendengar jawapan sang suami. Untuk me’nueteral’kan keadaan, Nabil berkata; “Bukan, itu bukan impiannya. Nampaknya anda belum mengenali hati isteri anda sepenuhnya. Impiannya tiada kena-mengena dengan gelang emas sampai lengan, impiannya bukan untuk dirinya.”

Sedangkan Nabil yang belum beristeri (walaupun sudah banyak gf) pun boleh berfikir begitu, apakan lagi jutaan penonton yang menonton di kaca tv?

Selepas berehat dengan iklan2, Nabil menjelaskan apa sebenarnya impian sang isteri. Impiannya adalah untuk membawa suami serta anaknya untuk bercuti ke Paris... Sang suami sekadar tersenyum bila Nabil mengulang berkali-kali, “Impian isteri anda adalah untuk anda sekeluarga, bukan untuk dirinya semata-mata”

Mengapa lelaki ini perlu berfikiran sebegitu. Saya pastinya akan malu kiranya saya berada ditempatnya. Tidak kiralah walau isterinya pernah menyuarakan untuk memiliki gelang emas hingga ke lengan sekali pun tapi dia sebagai suami perlu menjaga mertabat isterinya, bukan mentertawakannya di kaca tv disaksikan jutaan penonton.

Kata Azimin, “Kalau I jadi husband perempuan tu, I malu. Wife sampai masuk program ni sebab nak beli gelang emas, kalau orang tanya kenapa, mesti ada yang jawab sebab husband tak mampu nak belikan.”

Ada juga benarnya kan? Lainlah kalau suaminya yang menjadi peserta dan dia berkata, “Kalau saya dapat RM 500 000.00 nie, saya mahu belikan isteri saya gelang emas sampai penuh lengan.” Tafsirannya amat berbeza. Dan sang isteri pastinya bangga dengan suaminya, rakyat yang menonton juga pasti akan berkata, “baik sungguh lelaki nie, dapat hadiah nak dihadiahkan pada isterinya.”

Lelaki itu hanyalah seorang dari segelintir lelaki yang pada saya GAGAL sama sekali mentafsir dan mengenali hati perempuan terutama sekali isterinya. Mungkin dia tidak pernah sekali pun cuba untuk menyelami hati seorang isteri. Mungkin dia berpendapat ianya tidak penting langsung untuk diselami. Mungkin kerana dia seorang yang bekerja mencari rezeki, maka dia tidak punya masa untuk bertanya apakah impian isterinya.. Segala-galanya mungkin...

Perempuan dilahirkan dengan sifat semulajadi; sering mahu membahagiakan insan-insan yang disayanginya walaupun dia terpaksa berkorban. Perempuan sering diibaratkan seperti lilin, bersedia menerangi orang lain walaupun diri sendiri terbakar.

Saya amat bertuah kerana mempunyai suami yang sering mahu berkongsi kegembiraannya bersama-sama, malah sering cuba menciptakan kegembiraan buat kami sekeluarga. Dia adalah lelaki yang suka melihat saya tersenyum (kerana katanya saya sering moody!!!) dan gemar membuatkan anak-anaknya ketawa gembira. Dan saya doa'kan ianya akan berterusan begitu ke akhir hayat...

Saya pernah diajukan pertanyaan; “I dekat The Garden, u nak apa ya? Handbag Fossil or Kasut Clark?” Kenapa 2 pilihan ini diberikan pada saya? Kerana 2 kedai ini sering saya kunjungi tiap kali saya ke The Garden & Mid Valley. Saya gemarkan originaliti Fossil dan keselesaan Clark. Saya telah cuba banyak kasut tapi Clark tetap pilihan hati... “Nak beli handbag nanti you tak berkenan design dia, nak beli kasut pulak, nanti size tak kena...” (Kalau anda setia dengan Clark, sizenya mengikut design tersendiri)... Lalu saya kata, “Possible for me to get the cash?” Dan tanpa banyak soal, Azimin terus bersetuju... (Dan hari itu Azimin pulang dengan jam barunya, skate board baru untuk Alam & helmet & safety set untuk Anggun)

Apa yang saya buat dengan duit pemberian Azimin? Malam itu saya belanja dinner, dan saya juga belikan Anggun sesuatu yang dimintanya dari saya sekian lama (Azimin tidak tahu tentang permintaan rahsia Anggun sehinggalah hari saya membelikannya!!!) Selebihnya saya simpan...

Itulah maksud saya, perempuan lebih gemar membuat orang lain bahagia. Perempuan lebih sensitif, yang lebih mahukan sesuatu itu kelihatan sempurna...

Pada saya segelintir lelaki sering mengambil mudah banyak perkara, termasuk perasaan insan yang dekat dengannya. Dan saya amat berharap lebih banyak lelaki yang berusaha mendekati dan memahami isi hati seorang perempuan. Kasih sayang perlu dibaja, kerana ianya bukan bunga plastik. Kalau waktu bercinta dahulu boleh ingat tarikh lahir (kadang2 tarikh bertunang dan berkenalan pun boleh ingat), takkanlah bila sudah berumahtangga, sibuk sangat sehingga terlupa hari penting.

Perkara itu mungkin nampak remeh tapi percayalah, ia akan memberi kesan yang amat mendalam pada seorang perempuan. Kiranya bernasib baik, pihak lelaki akan mengambilnya sebagai satu pengajaran and iktibar agar ianya tidak berulang lagi. Tapi kiranya memang nasib tidak baik, lelaki itu memang tidak kisah langsung dengan kehadiran perkara-perkara yang mengguris hati perempuan, maka bersedialah menanggung ‘kecik hati & hati luka’ anda seumur hidup...

Azimin pernah gagal mengingati tarikh lahir saya sekali. Saya tunggu dari pagi lepas bangun tidur hinggalah melepasi waktu 12 tengah malam. Cukup 12.05 tengah malan, saya berkemas untuk masuk tidur. Sebelum itu, saya singgah di meja kerjanya dan berkata, “I waited the whole day but I not even receive anything, even a wish. I masuk tidur dulu.” Full stop...

Dia terpinga-pinga, selepas itu saya lihat dia mula cari kalender. Saya terus ke bilik dan tidur. Saya sedar dia datang pada saya memohon maaf tetapi hati saya terluka yang amat sangat ketika itu. Anak-anak saya siap menyanyikan lagi Happy Birthday untuk saya tetapi dia terlalu sibuk untuk mengambil kisah.

Dan kerana itu, dia mengambil masa yang agak lama untuk memujuk saya. Berbagai hadiah pun hati saya masih terusik. Sehari, dua hari hingga seminggu. Saya katakan padanya, saya letih untuk mengingatkan, saya letih untuk memberitahu dia bila itu, bila ini, dan sebagainya.

Dek kerana kesilapan yang sekali itu, tahun berikutnya, dia menerima panggilan daripada teman saya yang turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan saya (tapi kami berbeza tahun ya)... Teman saya siap bertanya, “you ingat esok hari apa? Kalau you lupa, I ketuk kepala you.”

Ya, Azimin kembali mengingati hari-hari penting, sama seperti dia perlu mengingati jadualnya. Saya sudah tidak gundah lagi.. Oh ya, pada tahun dia lupa hari lahir saya, saya juga sempat balas dendam padanya. Bila tiba hari lahirnya, saya buat tak tahu sahaja. Hadiah pun hanya saya beli 2 minggu selepas tarikhnya... Sebab... jangan main-main dengan saya!!!

Secara peribadi, pada saya, lelaki harus lebih peka terhadap persekitarannya. Perlu lebih memahami dan tidak memandang rendah pada perempuan. Sebagai manusia, walau siapapun dia, setiap insan punya hak untuk mencipta impian.

Saya juga punya impian, malah saban hari saya meyakinkan anak-anak saya untuk membina impian mereka. Kerana dari impianlah manusia akan bekerja keras untuk mencapainya.

No comments: