Monday, January 31, 2011

IMPIAN SEORANG PEREMPUAN


ANDA ADA 60 SAAT!!!

Rancangan hiburan baru di Astro yang memberi peluang peserta memenangi wang tunai mengikut kemampuan mereka. Apa yang perlu dilakukan oleh peserta, melakukan aksi-aksi yang ditetapkan dalam masa 60 saat...

Mengapa Anda Ada 60 Saat? Ada apa dengan Anda Ada 60 Saat?

Saya hanyalah penonton sekali-sekala tatkala anak saya berada di depan tv menyaksikannya. Saya hanya sempat melihat sekali imbas sewaktu si rumah ibu saya. Tetapi, satu episod telah membuatkan saya berfikir panjang tentangnya. Tentang apa?

Dalam satu episod, salah seorang pesertanya adalah seorg suri rumah sepenuh masa. Dalam erti kata lain, she is the home-maker. Jangan pandang rendah kemampuan dia, kerana seorang suri rumah kadang-kala lebih hebat dari pegawai bank. Kerana apa? Anda perlu laluinya sendiri, pasti anda akan mengerti apa yang saya maksudkan... (Kerana saya telah melaluinya dan sedang menghadapinya... kerana kini saya tiada secretary atau PA yang boleh saya minta buat itu ini, kerana saya kini tiada staff2 yang sedia berkhidmat walau apa juga yang saya pinta... kerana sekarang ini, nak minum kopi pun kena buat sendiri, tiada tea lady...)

Saya masih ingat lagi, sewaktu pengacara rancangan tersebut; Nabil bertanyakan suami perserta: “Awak tahu apa impian isteri awak sekiranya dia memenangi wang tunai RM 500,000.00?” Dan anda semua tahu apa jawapan sang suami tercinta?

“Beli gelang emas sampai sini.” Jawab sang suami sambil menunjukkan lengannya sambil tersengih-sengih...

Saya terus menyelar, “apa punya laki, kalau ye pun itu impian isterinya, tak perlulah beritahu di depan tv sambil ketawa terkekek-kekek pulak.”

Suami saya tersenyum, lalu dia menyambung, “pendek akal sungguh.”

Tafsiran saya cuma satu; adakah kerana isterinya hanya seorang suri rumah, lalu angan-angannya perlu di’lawakkan’ suaminya? Sudahlah berkata begitu, boleh gelak-gelak lagi pula... Kalau sayalah diperlakukan begitu, ‘JANGAN HARAP KAU NAK SRAHE HADIAH YANG AKU MEMANG NANTI!!!’

Bertuahlah lelaki itu kerana isterinya tidak seperti saya...

Saya sempat melihat pengacara rancangan tersebut; Nabil terpinga-pinga mendengar jawapan sang suami. Untuk me’nueteral’kan keadaan, Nabil berkata; “Bukan, itu bukan impiannya. Nampaknya anda belum mengenali hati isteri anda sepenuhnya. Impiannya tiada kena-mengena dengan gelang emas sampai lengan, impiannya bukan untuk dirinya.”

Sedangkan Nabil yang belum beristeri (walaupun sudah banyak gf) pun boleh berfikir begitu, apakan lagi jutaan penonton yang menonton di kaca tv?

Selepas berehat dengan iklan2, Nabil menjelaskan apa sebenarnya impian sang isteri. Impiannya adalah untuk membawa suami serta anaknya untuk bercuti ke Paris... Sang suami sekadar tersenyum bila Nabil mengulang berkali-kali, “Impian isteri anda adalah untuk anda sekeluarga, bukan untuk dirinya semata-mata”

Mengapa lelaki ini perlu berfikiran sebegitu. Saya pastinya akan malu kiranya saya berada ditempatnya. Tidak kiralah walau isterinya pernah menyuarakan untuk memiliki gelang emas hingga ke lengan sekali pun tapi dia sebagai suami perlu menjaga mertabat isterinya, bukan mentertawakannya di kaca tv disaksikan jutaan penonton.

Kata Azimin, “Kalau I jadi husband perempuan tu, I malu. Wife sampai masuk program ni sebab nak beli gelang emas, kalau orang tanya kenapa, mesti ada yang jawab sebab husband tak mampu nak belikan.”

Ada juga benarnya kan? Lainlah kalau suaminya yang menjadi peserta dan dia berkata, “Kalau saya dapat RM 500 000.00 nie, saya mahu belikan isteri saya gelang emas sampai penuh lengan.” Tafsirannya amat berbeza. Dan sang isteri pastinya bangga dengan suaminya, rakyat yang menonton juga pasti akan berkata, “baik sungguh lelaki nie, dapat hadiah nak dihadiahkan pada isterinya.”

Lelaki itu hanyalah seorang dari segelintir lelaki yang pada saya GAGAL sama sekali mentafsir dan mengenali hati perempuan terutama sekali isterinya. Mungkin dia tidak pernah sekali pun cuba untuk menyelami hati seorang isteri. Mungkin dia berpendapat ianya tidak penting langsung untuk diselami. Mungkin kerana dia seorang yang bekerja mencari rezeki, maka dia tidak punya masa untuk bertanya apakah impian isterinya.. Segala-galanya mungkin...

Perempuan dilahirkan dengan sifat semulajadi; sering mahu membahagiakan insan-insan yang disayanginya walaupun dia terpaksa berkorban. Perempuan sering diibaratkan seperti lilin, bersedia menerangi orang lain walaupun diri sendiri terbakar.

Saya amat bertuah kerana mempunyai suami yang sering mahu berkongsi kegembiraannya bersama-sama, malah sering cuba menciptakan kegembiraan buat kami sekeluarga. Dia adalah lelaki yang suka melihat saya tersenyum (kerana katanya saya sering moody!!!) dan gemar membuatkan anak-anaknya ketawa gembira. Dan saya doa'kan ianya akan berterusan begitu ke akhir hayat...

Saya pernah diajukan pertanyaan; “I dekat The Garden, u nak apa ya? Handbag Fossil or Kasut Clark?” Kenapa 2 pilihan ini diberikan pada saya? Kerana 2 kedai ini sering saya kunjungi tiap kali saya ke The Garden & Mid Valley. Saya gemarkan originaliti Fossil dan keselesaan Clark. Saya telah cuba banyak kasut tapi Clark tetap pilihan hati... “Nak beli handbag nanti you tak berkenan design dia, nak beli kasut pulak, nanti size tak kena...” (Kalau anda setia dengan Clark, sizenya mengikut design tersendiri)... Lalu saya kata, “Possible for me to get the cash?” Dan tanpa banyak soal, Azimin terus bersetuju... (Dan hari itu Azimin pulang dengan jam barunya, skate board baru untuk Alam & helmet & safety set untuk Anggun)

Apa yang saya buat dengan duit pemberian Azimin? Malam itu saya belanja dinner, dan saya juga belikan Anggun sesuatu yang dimintanya dari saya sekian lama (Azimin tidak tahu tentang permintaan rahsia Anggun sehinggalah hari saya membelikannya!!!) Selebihnya saya simpan...

Itulah maksud saya, perempuan lebih gemar membuat orang lain bahagia. Perempuan lebih sensitif, yang lebih mahukan sesuatu itu kelihatan sempurna...

Pada saya segelintir lelaki sering mengambil mudah banyak perkara, termasuk perasaan insan yang dekat dengannya. Dan saya amat berharap lebih banyak lelaki yang berusaha mendekati dan memahami isi hati seorang perempuan. Kasih sayang perlu dibaja, kerana ianya bukan bunga plastik. Kalau waktu bercinta dahulu boleh ingat tarikh lahir (kadang2 tarikh bertunang dan berkenalan pun boleh ingat), takkanlah bila sudah berumahtangga, sibuk sangat sehingga terlupa hari penting.

Perkara itu mungkin nampak remeh tapi percayalah, ia akan memberi kesan yang amat mendalam pada seorang perempuan. Kiranya bernasib baik, pihak lelaki akan mengambilnya sebagai satu pengajaran and iktibar agar ianya tidak berulang lagi. Tapi kiranya memang nasib tidak baik, lelaki itu memang tidak kisah langsung dengan kehadiran perkara-perkara yang mengguris hati perempuan, maka bersedialah menanggung ‘kecik hati & hati luka’ anda seumur hidup...

Azimin pernah gagal mengingati tarikh lahir saya sekali. Saya tunggu dari pagi lepas bangun tidur hinggalah melepasi waktu 12 tengah malam. Cukup 12.05 tengah malan, saya berkemas untuk masuk tidur. Sebelum itu, saya singgah di meja kerjanya dan berkata, “I waited the whole day but I not even receive anything, even a wish. I masuk tidur dulu.” Full stop...

Dia terpinga-pinga, selepas itu saya lihat dia mula cari kalender. Saya terus ke bilik dan tidur. Saya sedar dia datang pada saya memohon maaf tetapi hati saya terluka yang amat sangat ketika itu. Anak-anak saya siap menyanyikan lagi Happy Birthday untuk saya tetapi dia terlalu sibuk untuk mengambil kisah.

Dan kerana itu, dia mengambil masa yang agak lama untuk memujuk saya. Berbagai hadiah pun hati saya masih terusik. Sehari, dua hari hingga seminggu. Saya katakan padanya, saya letih untuk mengingatkan, saya letih untuk memberitahu dia bila itu, bila ini, dan sebagainya.

Dek kerana kesilapan yang sekali itu, tahun berikutnya, dia menerima panggilan daripada teman saya yang turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan saya (tapi kami berbeza tahun ya)... Teman saya siap bertanya, “you ingat esok hari apa? Kalau you lupa, I ketuk kepala you.”

Ya, Azimin kembali mengingati hari-hari penting, sama seperti dia perlu mengingati jadualnya. Saya sudah tidak gundah lagi.. Oh ya, pada tahun dia lupa hari lahir saya, saya juga sempat balas dendam padanya. Bila tiba hari lahirnya, saya buat tak tahu sahaja. Hadiah pun hanya saya beli 2 minggu selepas tarikhnya... Sebab... jangan main-main dengan saya!!!

Secara peribadi, pada saya, lelaki harus lebih peka terhadap persekitarannya. Perlu lebih memahami dan tidak memandang rendah pada perempuan. Sebagai manusia, walau siapapun dia, setiap insan punya hak untuk mencipta impian.

Saya juga punya impian, malah saban hari saya meyakinkan anak-anak saya untuk membina impian mereka. Kerana dari impianlah manusia akan bekerja keras untuk mencapainya.

Wednesday, January 26, 2011

INSPIRASI LANGKAWI

Saya baru pulang dari Pulau Helang; Pulau Langkawi. Jadi, kisah kali ini adalah buah tangan saya dari pulau itu. Saya sudah biasa bercerita tentang keindahan di sana, tentang pantai yang cantik, makanan yang sedap2 sehinggakan bisa membuat saya put on weight walau dalam masa beberapa hari (oh! Itu yang menakutkan sebenarnya setiap kali kunjungan saya ke sana!!!) & tentang itu dan ini di Langkawi...

Kali ini saya mahu berkongsi tentag orang-orang yang mengisi Langkawi dengan menjadikan ianya penuh dengan tarikan. Lebih tepat lagi, orang-orang yang menggunakan tulang empat kerat mereka membangunkan Langkawi.

Kekerapan Azimin & saya ke Langkawi memberi peluang pada kami mengenali mereka dengan lebih dekat. Ya, kami mengambil masa yang bukan sekejap untuk duduk semeja sambil bercerita. Hampir 5 tahun berulang-alik ke Langkawi, rasanya saya tidak silap bila meletakkan diri dikenali di pulau itu. Walau berjalan seorang diri sekalipun, saya tidak kisah...

Bak Mahsuri sang lagenda Langkawi, insan-insan yang mendiami Langkawi juga punya kisahnya sendiri. Sebagai usahawan, kebanyakan dari mereka mewarisi perniagaan keluarga & mengembangkan perniagaan keluarga.

Saya mulakan...

Sejak dari di Langkawi lagi saya sudah terpanggil untuk menulis tentangnya. Pada saya, dia adalah seorang insan niaga yang mengkagumkan saya. Saya baru pertama kali bertemu dengannya secara empat mata. Persinggahan saya ke Langkawi sebelum ini, saya hanya sempat melihat gambarnya dari ‘snap’ digital camera. Sungguh, saya kelu tidak terkata.

Namanya Musa. Azimin mengenalinya sewaktu kunjungan kami yang terakhir tahun lepas sewaktu menghadiri majlis kenduri kesyukuran. Makan semeja, kata Azimin. First impression selalunya tidak menggambarkan diri sebenar seseorang, dan saya amat setuju untuk kali ini. Saya masih ingat lagi kata-kata Azimin, “macam tak percaya, dia datang dengan motor kapcai buruk, bunyi pun tersenggut-senggut, selipar buruk aje.”

Berbual-bual dengan Musa membuatkan Azimin merasakan yang ‘he is somebody’ dan Musa kemudiannya mempelawa Azimin ke rumahnya untuk melihat projeknya bila dia mengetahui latar belakang Azimin. Dia mahukan pandangan Azimin. Tanpa banyak soal, Azimin & Wady (master student Azimin + staff + macam2 title boleh bagi pada dia nie), mengikut Musa (yang naik motor kapcai tu) dengan kereta.

And you guess what??? He parked his motorcycle next to Tropical Resort Langkawi (in Pantai Tengah, exact location, next to Alun-Alun Spa). He parked his motorcycle next to Merc SLK (which its belongs to him as well!!!). He is the owner of Tropical Resort Langkawi, and a few shoplot in Pantai Tengah was rented from him.


Jika anda berkesempatan menyusuri Pantai Tengah Langkawi (selepas Pantai Chenang), harta milik Musa ini bermula dari Orange Corner sehinggalah selepas Sun Spa. Deretannya lebih kurang 10 kedai (3 blok) selepas ditolak dengan rumah Musa & entrance Tropical Resort.



Insan yang berkongsi keringat mengusahakan pembangunan Musa adalah isterinya. Jangan pandang dia sebelah mata, isterinya minah salleh ok!!! Rupa pun boleh tahan... Tiap kali isterinya bertanya dalam bahasa Inggeris, dia dengan muka toya menjawab dalam bahasa Melayu...

Dari cerita yang saya dengar dari usahawan2 Langkawi, kalau Musa berhajat mahu membuat pinjaman dengan MARA atau mana-mana badan kerajaan (kerana Musa tidak mahu meminjam dari BANK), orang MARAlah yang akan datang ke rumahnya. Kalau tanya kenapa, jawabnya, ‘walau berapa juta sekalipun yang Musa pinjam, paling lama 6 bulan mesti hutang dia sudah settle’... Fuh!!!

Pertemuan pertama saya bersama beberapa yang lain. Musa bercerita tentang projek terbaru (Orange Corner dan retail shop di blok yang sama tak sampai sebulan beroperasi lagi... kata Musa, dia sendiri yang menanam pokok-pokok untuk landskap di sekitarnya). Dia mengatakan yang kebanyakan konsep ‘homestay’ yang ada sekarang tidak betul kerana ‘homestay’ seharusnya diduduki bersama (pelancong & pemilik rumah), melakukan aktiviti bersama, makan bersama, etc. Perancangan terbarunya adalah untuk mengusahakan kawasan bukit dengan menjadikannya perkampungan pelancong yang mahu menginap / berada di Malaysia dalam jangka masa yang panjang, terutama golongan emas yang sudah pencen. Wow!!! Memang saya tahu yang kerajaan Malaysia ada menyediakan visa untuk tujuan itu, jangkamasanya lebih panjang, dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun, atau mungkin lebih.



Pandangan di Pantai Chenang dan Pantai Tengah nyata berbeza. Pantai Tengah lebih dikenali dengan hotel & resort yang lebih mahal, diduduki oleh pelancong asing yang lebih ber’$$$’, manakala Pantai Chenang lebih kepada ‘bag-packers’. Dari segi perniagaan, Pantai Tengah lebih ‘berkasta tinggi’ (harap-harap bahasa saya tidak melampau)...

Cerita Musa, sebuah kisah benar... Peniaga dari sebuah kedai di Pantai Chenang (A) & peniaga yang mempunyai kedai Pantai Tengah (B) duduk minum bersama..

A: Kedai kau sale macam mana? Macam tak ramai orang masuk aje. Satu malam dapat berapa?

B: Kedai aku macam tu lah.. Memang dari dulu sama...

A: Aku punya sale satu malam boleh dapat sampai RM700. Kau?

B: Aku satu malam dalam RM3000...

Konklusinya kata Musa, kedai si A akan dimasuki oleh pelbagai jenis manusia, mungkin juga ramai yang membeli. Tapi barangannya terdiri dari jenis yang biasa-biasa, harga yang biasa-biasa sahaja. Tapi kedai si B mungkin hanya dimasuki oleh 4-5 orang satu malam, yang membeli mungkin 2-3 orang sahaja. Tapi apa yang dibelinya? Crystal mungkin, yang harganya lebih RM500. Jadi konsep kedai memang berbeza.

Saya akui katanya itu benar. Azimin pernah membeli sebentuk cincin dari kedai di Franggipani Hotel (kedai yang menjual t-shirt Langkawi Geopark kami). Harganya sahaja hampir RM300. Begitu juga t-shirt Langkawi Geopark milik penuh Archiforce Invent. Harga yang dijual oleh Billy di Franggipani Hotel adalah RM40, tidak sama dengan t-shirt2 lain yang datangnya dari Siam yang harganya RM 15 di Pantai Chenang.

Musa berkali-kali menekankan pada student2 Azimin, “kamu semua orang pandai2. Belajar betul2, nanti tak perlu susah-susah macam saya. Saya belajar tak tinggi...”...

Sungguh, saya telah menyaksikan keunggulan kuasa Ilahi. Sebuah ciptaan yang amat saya kagum. Dia adalah ikon yang saya temu di Langkawi, yang sungguh berbeza dengan yang lain. Persepsi pandangan tak langsung menggambarkan kekuatan & kecekalan hatinya...


Banyak lagi yang mahu saya kongsikan. Tentang si Boy, pengusaha jet ski & boat di depan Charlie Motel (Charlie Motel milik ayahnya), tentang Cik Mat, pengusaha kedai makan Jaggus di Pantai Chenang (isterinya kakak si Boy, ibu mertuanya bekas isteri pemilik Charlie Motel), etc... Tapi saya tidak berkesempatan... insyaallah, saya akan usahakan...

Tuesday, January 11, 2011

WANITA & FESYEN


Perempuan dan fesyen adalah sesuatu yang tak mungkin dapat dipisahkan. Saya percaya, semua wanita ingin sekali kelihatan cantik di mata khalayak. Bilamana melihat artis terkenal mahupun orang ternama memakai barangan berjenama dan pakaian yang meletup, pastinya terdetik di hati ingin sekali mencubanya.

Entri kali ini mengambil aura penyanyi Yuna yang tampil begitu anggun sewaktu AJL 25 yang lepas. Walaupun sedikit terkilan Faizal Tahir & Yuna tidak berada dalam senarai 3 terbaik, saya tidak berkelip mata melihat busana yang dikenakan Yuna. Amat classy!!! Nyata dia mempunyai citarasa tinggi bila ke majlis gemilang. Tak semestinya wanita yang kita lihat sering mengenakan jeans dan t-shirt itu tiada taste, ok? Dan tak semestinya kerana kita wanita bertudung (termasuk saya), kita kena bertudung & berpakaian ala-ala makcik jual kuih. Kadang-kadang, makcik jual kuih pun vogue tau!!!

Percaturan Yuna dalam industri fesyen sememangnya tidak sia-sia. Iamjetfuel Shop milik Yuna memang menjadi dan terbaru, kerjasama Yuna dengan Fashion Designer, Hana Tajima, wanita berketurunan Jepun yang memeluk Islam itu nyata menjadi.

Saya adalah wanita yang sukakan fesyen, tidak kiralah samada busana, tas tangan, kasut, tudung, shawl, accessories, apa sahaja... Saya pasti ramai wanita seperti saya. Memulakan kerjaya bersama Mid Valley City Management Sdn Bhd menjadikan saya wanita lasak yang perlu bergaya feminin. Semua staff perlu masuk Grooming Class, belajar make-up dengan Estee Lauder, belajar ‘hair-do’ dengan A Cut Above supaya bila ada function ataupun tetamu istimewa, kami tampil berpesonaliti.

Pengalaman saya bertemu seoarng wanita yang menbuat transformasi mengejut ke atas gayanya membuatkan saya yakin, semua wanita ingin tampil menarik. Dia seorang wanita kelas pertengahan, yang gayanya serdahana. Punya rupa yang boleh tahan tetapi dek kerana tidak pandai bergaya, dia sering menjadi bahan bualan di pejabat. Pakaiannya ‘biasa-biasa’ sahaja, tiada yang menonjol. Warna pastel sering membuat dia kelihatan suram. Dia mengakui, dia jarang membeli-belah apatah lagi membeli pakaian baru dek kerana bodynya tetap maintain. Jadi, mengapa perlu membazir berbelanja, pakai sahaja baju yang ada.

Dia bukan kedekut cuma dia tidak tahu dari mana mahu mula. Dia sering ditertawakan malah menjadi sindiran teman-teman kenara fesyennya amat ‘out-dated’. Malah, kalau dibandingkan dia denagn operator telefon, si operator itu lebih bergaya. Tambah pedih hatinya bila clientnya menyangkakan yang dia makcik tea lady!!!

Kerana tidak tahan diperkatakan, wanita ini nekad. Dia memohon pinjaman peribadi dari bank dan dengan wang itu, dia merubah dirinya dari ‘nobody to somebody’. Bersama seorang teman, dia memberanikan diri menyusuri KLCC, melangkah dari satu butik ke satu butik lagi. Pakaian, kasut, accessories dan tas tangan. Dia melabur juga membeli alat solek berjenama, belajar bersolek serba sedikit dan akhirnya, dia berjaya merubah sebuah mimpi ngeri kepada satu keindahan.

Dia mengakui berasa lebih yakin dengan penampilan baru. Mungkin agak seksi sedikit kerana sebelum itu, dia hanya berbaju kurung dan berseluar panjang tapi kini sudah pandai ber’skirt’. Rambutnya diwarnakan sedikit supaya nampak ‘up-to-date’. Kalau dulu orang sekeliling sibuk mentertawakannya, kini ramai yang sibuk-sibuk bertanya “di mana beli itu, di mana beli ini”... Dan tiba-tiba dia menjadi popular. Tiba-tiba ramai lelaki yang mahu berkenalan sedangkan sebelum ini, tiapkali dia lalu di sebelah pun, orang buat tak tahu.

Saya tidak mahu komen tentang kesanggupan wanita itu membuat pinjaman dari bank untuk berhabis gaya, itu haknya. Kita sendiri pun, tiap kali buat loan, mesti ada sedikit amount yang diperuntukkan untuk perhiasan diri, tak termasuk kad kredit lagi... Apa yang ingin saya tekankan, setiap wanita diberikan satu naluri, ingin kelihatan cantik, ingin dipuji, dan ingin memakai yang cantik-cantik...

Saya adalah wanita yang sangat mementingkan penampilan. Kalau di pejabat, saya mahu kelihatan berkarisma, kalau ke majlis makan malam, saya mahu nampak anggun. Walau berbadan dua, itu bukan halangan untuk saya bergaya ya. Saya cukup rimas memakai gaun mengandung paras lutut, nampak serba tak kena. Macam pakai baju tidur pun ada juga. Bila berjalan atau panjat tangga, ditambah pula bila angin bertiup, menggelembung gaun, nampak kaki...

Tika berbadan dua, saya gemar berseluar. Siapa kata perempuan mengandung tak boleh pakai jeans? Modern Mum kegemaran saya, banyak pants yang up-to-date yang menarik. Banyak yang saya borong dari Modern Mum (walaupun Modern Mum tak pernah beri saya harga borong)...Ada pensyarah yang pernah bertanya (saya menghabiskan masa selama 10 tahun lebih di sekeliling insan2 akademik), "mana beli baju2 & seluar macam nie?" Bila saya beritahu Modern Mum, anda tahu apa jawapannya? "Terasa macam nak pregnant lagi pulak bila tengok baju you."

Saya gemar shopping, atas sedikit sumbangan dari suami, saya mulakan dengan menjamu mata. Saya tidak minta duit suami, kalau dia beri, saya ambil. Kalau berlebih, saya simpan. Saya tidak pernah memaksa suami saya membelikan itu ini untuk saya. Dan bila ibu mertua saya berkias pada suami saya (waktu awal2 perkahwinan dahulu), kenapa belikan seluar pregnant sampai RM 200 sehelai, Azimin laju menjawab, “duit dia, biarlah dia nak beli apa pun,” ... Terus terdiam...

Teringat saya sewaktu kali pertama masuk meeting HOS di KPJIC. Ada mata-mata yang memandang saya, seakan pelik. Mulanya saya tidak dapat menangkap sebabbya. Saya didatangi seorang teman sekerja lelaki dan dia bertanya: “Kenapa awak ‘over’ sangat?”. Saya tercengang, apa yang over nya? Katanya, “rumah awak tak sampai 5 minit dari office, kenapa make-up beria?” What??? Kalau rumah saya sebelah office sekali pun, takkanlah saya hanya berbaju tidur ke pejabat?Make-up beria? Saya cuma biasa-biasa sahaja, pakai compax powder pun tanpa foundation. Cuma eye-shadow, blusher, lipstick,... Yang biasa-biasa saja...

Ada yang bertanya mengapa saya pakai tudung Ariani ke pejabat, mungkin kerana pekerja lain hanya memakai tudung bawal. Kata mereka, mereka panggil itu ‘tudung indon’... Tudung Indon? Ada seorang lelaki memberitahu saya, isterinya pakai ‘tudung mudah’ macam saya. Bila saya tanya kenapa panggil tudung mudah, katanya, ambil tudung, sarungkan. Gaya orang malas.

Menjerit saya bila mendengarnya. “Hello, tudung saya yang beratus-ratus ringgit sepasang ini dipanggil ‘tudung indon’ & tudung orang malas?" Kasihan saya pada mereka. Terasa seperti berdepan dengan manusia yang buta fesyen.

Seorang wanita memberitahu saya, suaminya tidak suka dia mengenakan tudung ala Ekin itu walaupun suaminya peminat Mawi. Katanya, pakai tudung cara sebegitu macam ‘bibik’. Saya hanya tersenyum. Saya beritahu dia, “Siapa suruh pakai tudung macam bibik? Punyalah banyak tudung yang exclusive, Ariani, Ratu, Hajaba, macam-macam lagi. Kenapa nak beli yang macam bibik. Kalau tak mahu kelihatan sama macam bibik, janganlah beli di pasar malam, yang coraknya warnanya, mak oiii... Cuba pergi Ariani, banyak yang cantik-cantik”...

Seorang teman pernah mengadu pada saya, dia risaukan cara isterinya berpakaian. Katanya, isterinya kalau di rumah, kalau tak baju kelawar, kain batik pudar dengan t-shirt lusuh. Sakit mata melihatnya. Kalau ke pejabat, kadang-kadang, warna tudung langsung tak kena dengan warna bajunya. Pernah isterinya ke kedai berdekatan rumah, dengan kain batik biru, t-shirt buruk hijau, kemudian disarungnya tudung oren. Saya terlopong mendengar ceritanya. “Kau boleh bayangkan tak apa perasaan aku bila orang dalam kedai semua pandang bini aku sampai terbeliak biji mata? Gaya lebih teruk dari orang gaji. Bila aku pandang perempuan lain, tahu pula jealous.”

Itu luahan hati seorang suami. Kerana bimbang perkara demikian terjadi pada sayalah, saya amat menjaga pakaian saya sewaktu suami ada di rumah. Saya pastikan pakaian saya bukan dari golongan yang layak dibuat kain buruk. Mungkin kerana itulah, saya rajin membeli. Kita kalau ke pejabat asyik pakai baju yang sama berulang kali juga rasa jemu, inikan suami yang melihat kita. Kalau waktu bercinta dulu boleh cantik-cantik, mengapa tidak selepas berumahtangga?

Bersuamikan seorang designer, saya perlu menjaga penampilan saya supaya nampak ‘masuk’ dimatanya. Pernah dahulu waktu zaman bertunang (kami bekerja di pejabat yang sama), dia menegur pakaian saya sewaktu kami selesai satu meeting; “Your blazer doesn’t suit you. The color make you look so PALE.” Sekali ditegur, saya terus peruk blazer EDMUNDSER yang saya beli dengan harga RM 250 (harga selepas discount 30% - saya tak pernah lupa kejadian ini!!!). Rasa sedih sungguh kerana waktu beli itu nampak cantik. Sudahlah waktu itu gaji saya tak sampai RM 2500. Nasib baik ada teman yang mahu membeli blazer ‘pre-love’ saya itu, sekurang-kurangnya, tidaklah ia duduk lama dalam almari saya.

Kini, saya selalu bertanyakan pada Azimin, “matching tak tudung nie dengan baju I?”... Kalau jawapannya, “OK la,” ataupun “bolehlah,”, saya tak menunggu lama... Terus saya tukar tudung lain. Saya tak mahu orang memandang saya seperti badut...

Saya amat mementingkan kecantikan. Ia amat penting bagi saya kerana saya tidak mahu orang memandang sinis pada suami saya. Tak sanggup saya kalau orang kata, “itu ke wife Dr Azimin? Old-fashion nya...” Tidak!!! Saya perlu seiring dengan Azimin. Azimin sendiri adalah lelaki yang amat mementingkan gaya, sentiasa mahu kelihat segak. Dia punya gaya fesyennya yang tersendiri. Dia adalah lelaki yang ke pejabat dengan seluar jeans (dia org government, ok?)...

Saya teringat kata-kata seorang teman pada saya sewaktu sedang mencari gaya untuk majlis konvokasyen Azimin. Katanya, “kena pasang badan Kak Eleen. Nanti orang kata, itulah wife Dr Azimin.” Walaupun dengan gaya berseloroh di status Facebook saya, saya akui ianya benar. Ia sememangnya terjadi pada hari konvokasyen. Saya perlu bersalam dengan ramai orang, dengan TNC, dengan professor2, dengan Dato’ Ibrahim Komoo & Dato’ Hood Salleh (supervisor Azimin), dan ramai lagi... Terima kasih Sazuan, ops, Dr. Sazuan Nazrah atas nasihat yang amat berguna!!!

Friday, January 7, 2011

Al-Fatihah : Sarah Afni

Saya tidak terlalu rapat dengannya
Tapi saya kenal dia
Dan dia kenal saya
Saya ingat dia
Dia panggil saya "madam"

Kali pertama saya jumpa dia
Kerana surat yang ditulisnya memohon gantian wang yang musnah terbakar dalam satu insiden
Saya siasat hingga ke akar umbi
Jumlahnya
Bagaimana dia yang bertanggungjawab
Siapa yang mempergunakannya
Dan idea siapa yang meletakkan jumlah sehingga ia menjadi tidak rasional

Dia hanya diam
Akhirnya dia bersuara
"Madam betul, saya rasa madam tahu siapa yang suruh saya buat begitu"
Jelas terpancar rasa menyesal
Rasa bersalah

Selepas dia bekerja
Saya dan dia tidak pernah bertemu lagi
Sehingga 2 hari lepas, saya dihubungi seseorang
"Sarah Afni dijemput Ilahi"
Kemalangannya amat teruk
Dia parah, koma dan kemudiannya pergi

Sungguh
Tua atau muda tiada dalam perjanjian ajal
Jika sudah sampai masa kita dijemputNya
Kita tetap pergi jua..

Al-fatihah buat
Sarah Afni, G32
KPJIC