The original title of the article was Cantik, Anggun, Gaya & Hutang? After some editing process, the title now is Gaya & Hutang? You guys can view it (hardcopy) in Eh! magazine, Nov 2007 issue. Cover dia ada gambar - Dynaz (susuk), Suki (OIAM), Yanie (Mentor), Hana Elite, Linda (AF2) Misya Omar (I like her!!!), Nora Danish (Puteri), Emilda Rosmila (Manjalara) & Siti Elizad.
* * * * * * * *
Friends,
My latest article... I believe in "Be Yourself". I dont mind eating maggi mee bila terdesak, bawak bekal roti gardenia bila pokai. I dont see why should I be shamed on it because that is the reality of life. Kita belajar dari pengalaman, kan? And, i believe, kalau kita dah rasa how tough is the LIFE, one day, bila kita jatuh, kita akan cepat bangun and takkan sampai terduduk. So friends, take it as a guidance...
Cantik, anggun, bergaya… Siapa yang tidak mahu diri disaluti pakaian jenama mewah, menyandang tas tangan jenama antarabangsa dan menyarung sepatu buatan Dato’ Jimmy Choo. Kiranya emas permata terpamer di leher dan lengan, itu dikira satu bonus.
Semua itu tidak datang bergolek, apatah lagi percuma. Usaha paling penting. Apa usahanya dan bagaimana bentuknya, itu terserah.
Sewaktu membaca Eh! keluaran lalu tentang ragam manusia yang sanggup berhabisan ribuan RM demi gaya, saya tersenyum sendiri. Bila ada yang sanggup membuat personal loan semata-mata untuk nampak mewah, itu benar-benar melampau.
Teman sepejabat saya ini bukanlah dari golongan senang. Lebih tepat lagi, dia pekerja bawahan saya yang pendapatan bulanannya tidak sampai ¼ dari gaji bulanan saya. Suaminya juga biasa-biasa sahaja. Dengan tiga anak, saya akui bukan mudah untuk survive hidup di bandar.
Melihat isi rumah sewanya, saya bersyukur dengan kurniaan Ilahi pada saya. Dengan usianya yang lima tahun lebih dari saya dan ditambah dengan usia perkahwinannya yang sudah melebihi 10 tahun, pada saya, pada ketika ini mereka sepatutnya hidup stabil.
Hampir menitis air mata saya dan teman-teman lain bila dia membelikan baju raya untuk anak-anak di pasar malam. Kasihankan anak-anaknya, saya dan teman-teman lain tidak kisah dan tidak berkira untuk memberi duit raya lebih pada mereka.
Namun siapalah yang mengetahui isi hatinya. Perempuan, naluri untuk bergaya tetap ada. Kami di pejabat mula perasan yang handphonenya berganti setiap bulan. Harganya bukan murah, semuanya siap berkamera dan lebih seribu ringgit Malaysia. Alasannya, dia teringin mencuba handphone terbaru dan hobi suaminya juga serupa. Justeru itu, saban bulan kami tidak perlu menonton iklan untuk mengetahui handphone terbaru di pasaran.
Tiba-tiba saya melihat dia bertukar gaya. Tiba-tiba berdiet sakan tapi wajahnya nampak lebih cerah. Pada saya, dia memberitahu yang doktor menasihatkannya supaya berdiet. Kolestrol tinggi, banyak toksin dalam badan.
Satu pejabat kasihan padanya. Sedih mendengar kisah perempuan yang kurang kemampuan punya pelbagai penyakit dalam usia yang masih muda. Kerana itu, kami kurangkan aktiviti makan-makan di pejabat. Sambutan harijadi juga dibuat dengan menu yang tidak melampau. Fast food? Lupakan. Semuanya kerana menghormati seorang sahabat.
Al-kisah rahsianya terbongkar. Rupanya dia bukan sakit. Si polan ini sedang menjalani treatment di slimming centre dan kerana itulah dia berdiet sakan. Kosnya pula bukan pakej yang paling murah. “I punya pakej yang lima ribu lebih,” bak katanya tatkala ada yang mendesak. Tercengang kami. “Untuk facial treatment, I dapat free sebab I beli produk facial yang seribu lebih.” Mak datuk!!!
Kami memang marah dan rasa tertipu. Jealous?! Sikit pun tidak. Bayangkan, saya sehingga mengurangkan beban kerjanya kerana tidak mahu dia yang sedang sakit itu bertambah tertekan. Alih-alih, dia buat treatment dekat slimming centre. Sakitnya hati!!!
Kad kredit menjadi pembuka cerita. Sewaktu promosi sebuah bank, dia terpilih untuk mendapat credit card bersama credit limit RM 6000. Padahal, seorang lagi rakannya direject permohonannya. Dalam masa yang sama, suaminya baru mendapat tiga credit card yang tiap satu bernilai RM 3000. Dan dia menghabiskan RM 6000 dalam masa satu hari?
Tidak mahu kalah, dia mula merisik-risik tentang handbag dan kasut saya. untuk melihat sejauh mana langkahnya, kami sepejabat memasang umpan.
Hari Sabtu lepas waktu kerja, kami singgah ke KLCC. Agenda seterusnya, shopping. Dari Isetan ke Parkson, singgah di Ferragamo, lalu di Coach, masuk Renoma. Kami ketawa dalam hati melihat betapa excitednya dia. Deretan kedai Dato’ Farah Khan menjadi tujuan utama saya. Aseana, Milo dan akhirnya saya membeli blouse di Aseana. Tidak mahu kalah, dia masuk sekali lagi ke Milo lalu menyambar sepasang blouse dan terus ke kaunter bayaran.
Mungkin dia lupa periksa harganya. Credit card dihururkan dan zap… zap… “Maaf puan, ada kad kredit lain?” Soal gadis manis di kaunter. Si polan ini menghulurkan sekeping lagi. “Puan, tak approve. Mungkin dah lebih limit.” Wajahnya berubah. “Takkanlah, yang ini enam ribu, yang ini tiga ribu.”
KAmi meninggalkan Milo tanpa belian. Dia masih mencongak-congak kad kreditnya sepanjang jalan.
Sebulan berlalu, dia dating berjumpa saya memberitahu masalah kewangannya. Saya sembur dia cukup-cukup. Belanja tak ingat dunia. Bayangkan, tidak sampai sebulan, jumpah perbelanjaan dia dan suaminya bersama kad-kad kredit mereka mencapai RM15,000.00. Hutang pula tu! Dan gaji mereka suami isteri tak sampai pun RM 3000 sebulan.
Kisah dia tidak habis di situ. Selang dua bulan, kecoh satu pejabat bila keretanya pecah cermin depannya akibat balingan batu yang cukup besar. Di kiri dan kanan pintu penuh dengan calaran. Dia hanya berdiam diri tatkala kami sepejabat mencadangkan agar dia membuat laporan polis.
Selang seminggu, beberapa orang lelaki datang ke pejabat mencari si polan ini. Mereka marah-marah, memekik, menjerit malah mengugut dan dari situ kami tahu, itu adalah orang-orang dari syarikat ‘along’.
Astaga! Pejabat kami habis tunggang-langgang. Pelbagai barangan dicampak mereka kearah si polan ini. Bahagian Human Resources tidak menunggu lama untuk memanggil saya. Kata putus telah dibuat. Si polan ini dinasihatkan agar meletakkan jawatannya dalam masa 24 jam. Tambah pula, kontraknya tinggal dua bulan dan saya sememangnya dari awal lagi tidak mahu menyambungnya.
Menangis tersedu-sedu dia tatkala diberitahu keputusan pihak pentadbir. Melepaskan dia adalah demi keselamatan dan kepentingan syarikat. Saya sendiri tidak sanggup menerima kehadiran ‘along-along’ saban hari. Mahu sakit jiwa dibuatnya.
Dia mengaku terpesona melihat gaya saya. tiap hari, tas tangan dan kasut saya pasti mengikut warna baju. Pakaian saya, jam tangan saya, kasut saya… Terima kasih kerana mengagumi saya, terima kasih kerana menjadikan saya ‘ikon’ dan terima kasih kerana terpesona dengan gaya-gaya saya.
Tapi saya tidak berhutang! Saya membelinya bila duit yang saya kumpul sudah cukup, selepas melangsaikan komitmen-komitmen saya – bil-bil saya saban bulan. Tidak cukup kerja di pejabat, saya berniaga sendiri. Saya punya pelanggan untuk butik andaman pengantin saya sehingga ke bulan April tahun depan. Saya buat itu, saya buat ini untuk memastikan anak-anak saya mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat sebagai anak-anak.
Saya memulakan kerjaya saya seawal usia 20 tahun, sehari selepas saya tiba di tanahair. Saya tidak sempat menunggu graduation ceremony di Kota London. Rezeki saya, saya tidak perlu menganggur lama.
Saya bermula dengan jeans yang entah apa jenamanya. Berdikit-dikit sehingga merasa Levi’s, MNG dan kemudiannya Guess?. Dari membeli handbag di dalam tong sewaktu jualan murah hinggalah saya dapat menjinjing Coach dan CD. Saya perlu bekerja kuat untuk LV.
Saya high maintenance? Teman suami saya pernah menyuarakan rasa gusarnya melihat saya yang ke gym tiga kali seminggu dan ke spa saban bulan. Ibu mertua saya awal-awal dulu juga risau bukan main melihat menantunya ini. Tahu jawapan suami saya? “Aku tak kisah. Satu sen pun dia tak pernah minta duit aku. Kalau aku hulur, dia ambil. Minta, sekali pun tak pernah.”
Mungkin kerana itu, ibu mertua saya boleh tersenyum kembali malah kadang-kala mencadangkan apa yang cantik untuk dibeli. Saya mahu bebas hutang. Saya bekerja keras untuk menutup akaun dua kad kredit saya. Yang tinggal kini, manalah tahu kalau emergency…
No comments:
Post a Comment