Syukur Alhamdulillah...
Tiada apa yang lebih indah dari hikmah yang Dia berikan pada aku atas segala kekusutan yang Dia turunkan sebelum itu. Sungguhnya, Dia Maha Mengetahui laluan apa yang akan diberikanNya pada setiap hamba.
Mungkin ada yang sedia maklum, mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang nampak perkara-perkara yang diluar daripada AKU yang terjadi beberapa ketika kebelakangan ini. Ya, aku hampir tewas, hampir pasrah dan hampir mengalah. Aku hampir memilih laluan yang di luar jangkaan ramai orang. Aku hampir membuat keputusan untuk meninggalkan segalanya dan meneruskan langkah yang lain dari biasa.
Tapi Allah s.w.t Maha Berkuasa, Maha Mengetahui dan Maha Adil. Setiap kekusutan itu ada hikmahnya dan ianya lebih baik dari sebelumnya. Lalu membuatkan aku terfikir kembali, betapa indahnya rasa itu selepas meleraikan segala yang tersimpul kusut. Sesungguhnya, Dia tidak akan memberikan dugaan sehebat ini sekiranya aku tidak cukup kuat untuk mendepaninya. Dia yang mencipta kita, pastinya Dia tahu sekuat mana kita, hambaNya.
Ya Rabbi,
Terima kasih dek dugaan ini. Terima kasih kerana menyedarkan kami, terima kasih memberi laluan sehebat ini. Dan terima kasih Ya Allah kerana masih sayangi aku.
No comments:
Post a Comment