Saya tak boleh bagi exact figure berapa banyak ex-student
saya yang ada dalam friendlist saya. Sungguh.. Payah sangat nak kira. Dari
local students sampailah international students, saya hargai setiap satu kamu
yang masih mengingati saya. Ya, saya sengaja tulis dalam Bahasa Melayu, kot-kot
yang international ex-students masih ingat bahasa ini.
Kalaulah kamu tahu macam mana susahnya saya cuba memahami
setiap satu dari kamu semua satu ketika dulu, kalaulah kamu semua tahu macam
mana geramnya saya bila kamu2 memberontak mahukan itu ini… Dan kalaulah kamu
semua tahu, apa perasaan saya bila saya terpaksa berdepan dengan ibu bapa kamu2,
bilamana saya harus keluarkan patah-patah dari mulut saya, memberitahu mereka
yang kamu digantung pembelajaran, yang kamu dibuang kolej, yang kamu kena leave
program… Oh Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa waktu itu kerana ianya
tidak semudah untuk saya kata, ‘awak dapat straight A semester ini’, atau ‘awak
dapat 1st class’.
Kamu tahu bagaimana saya sanggup bertegang lidah dengan segala bagai 'mat salleh' memperjuangkan result kamu. Kalau saya yakin yang kamu layak untuk dapat 1st class, saya tak akan segan-segan untuk perjuangkan hak kamu. Dan kamu tahu sejauh mana mereka mempercayai saya. Dan di hari kamu naik ke pentas menerima ijazah, di kala kamu, kamu dan kamu diumumkan 'First Class Hons', 'Best Student Award', 'Best Dissertation Award', etc., hati saya bercampur-baur tapi saya pasti, ada satu perasaan yang mengenepikan semua rasa- BANGGA.
Kerana selama ini saya cuba memberikan kamu semua yang
terbaik semampu saya. Saya tak minta sedikitpun balasan daripada kamu-kamu semua,
cukup setakat kamu ingat saya di dalam doa' kamu, tak kira apapun bangsa dan agama kamu, saya ada memberikan ‘sesuatu’ sebagai bekalan untuk
kamu semua teruskan hidup. Bila ada antara kamu yang menegur saya bila
terserempak, walaupun saya memang payah mengingati, percayalah, dalam hati saya
ada rasa syukur & terharu. Bila setiap urusan saya di bank, di hotel, di
hospital, dan banyak lagi menjadi mudah dengan adanya kamu-kamu semua. Terima
kasih..
Lebih 10 tahun, nak masuk 13 tahun sebenarnya, ramai antara
kamu sudah berkahwin dan berkeluarga. Saya percaya, satu hari nanti kamu semua
akan faham mengapa saya bising memarahi, kenapa saya selalu minta penjelasan
yang macam-macam, kenapa saya sanggup korbankan masa tidur saya di rumah untuk
datang ke asrama bila ada antara kamu yang hysteria, kenapa saya sanggup hantar
& tunggu kamu di hospital pada waktu yang orang lain sedang lena, padahal
esoknya seawal pagi saya ada meeting penting, saya ada flight awal pagi yang harus saya kejarkan, saya perlu drive all the way to the North esok paginya. Dan saya percaya kamu semua akan
faham kenapa saya akhirnya ‘melepaskan’ semua tanggungan itu bila saya rasa,
anak-anak saya lebih memerlukan saya.
Ya, saya sudah lama menjaga kamu semua. Saya bukan setakat menjaga kebajikan kamu, pelajaran kamu, bahkan saya berkongsi banyak rasa dengan kamu-kamu semua. 13 tahun saya rasa sudah cukup kuat untuk menjadikan kamu semua insan yang sempurna, yang tahu membezakan elok dan buruknya. Saya percaya dengan pemberian 13 tahun itu, kamu semua mampu berdiri megah memperlihatkan keyakinan pada dunia. Lalu kerana itu, saya ambil keputusan untuk hanya melihat kamu dari jauh.
Terima kasih wahai kamu-kamu dan kamu semua. Terima kasih
kerana berkongsi sebahagian dari hidup kamu dengan saya..