Monday, June 25, 2012

DATANGLAH MARAH, SEMOGA REDA DENDAMMU


Datanglah marah, semoga dendammu reda

Bila kamu datang
Aku buka pintu tanpa ragu rasa
Bila kamu lapar
Aku hidang kudap tanpa harap ihsan
Bila kamu susah
Aku hulur tolong tanpa minta balas
Dan bila kamu mohon untuk lelap
Aku lenakan tanpa sedikit gundah pun

Kamu minta, aku beri
Kamu harap, aku beri
Sedikitpun aku tak minta kamu balas

Aku cuma mahu kamu hormat
Aku cuma harap kamu faham
Aku cuma pinta kamu mengerti
Tapi aku silap
Kamu hilangkan rasa hormat
Kamu sedikitpun tidak mahu faham
Kamu jauh sekali mahu mengerti
Kerana kamu belum rasai
Bagaimana sakitnya hati bila terobek
Amat sakit bila terhiris, berdarah dan luka berparut

Kamu marah bila dia tidak hirau
Kamu cemuh bila dia tidak endah
Kamu marah lagi bila dia tidak perasan dan tiada perasaan
Dan bila marah memuncak
Bila marah bertambah marah
Dendam kamu mula membuak

Datanglah marah, moga dendammu reda
Datanglah marah, moga pengertian itu kembali
Kerana dikala kamu bermain dengan rasa marah
Biarkan aku menari bahagia
Percaya hukum karma: Bumi itu bulat

Eleen Jamaluddin
Bdr Enstek

2.44am

No comments: