Monday, June 25, 2012

DATANGLAH MARAH, SEMOGA REDA DENDAMMU


Datanglah marah, semoga dendammu reda

Bila kamu datang
Aku buka pintu tanpa ragu rasa
Bila kamu lapar
Aku hidang kudap tanpa harap ihsan
Bila kamu susah
Aku hulur tolong tanpa minta balas
Dan bila kamu mohon untuk lelap
Aku lenakan tanpa sedikit gundah pun

Kamu minta, aku beri
Kamu harap, aku beri
Sedikitpun aku tak minta kamu balas

Aku cuma mahu kamu hormat
Aku cuma harap kamu faham
Aku cuma pinta kamu mengerti
Tapi aku silap
Kamu hilangkan rasa hormat
Kamu sedikitpun tidak mahu faham
Kamu jauh sekali mahu mengerti
Kerana kamu belum rasai
Bagaimana sakitnya hati bila terobek
Amat sakit bila terhiris, berdarah dan luka berparut

Kamu marah bila dia tidak hirau
Kamu cemuh bila dia tidak endah
Kamu marah lagi bila dia tidak perasan dan tiada perasaan
Dan bila marah memuncak
Bila marah bertambah marah
Dendam kamu mula membuak

Datanglah marah, moga dendammu reda
Datanglah marah, moga pengertian itu kembali
Kerana dikala kamu bermain dengan rasa marah
Biarkan aku menari bahagia
Percaya hukum karma: Bumi itu bulat

Eleen Jamaluddin
Bdr Enstek

2.44am

Thursday, June 21, 2012

USAH GANGGU!!!

Aku tak mahu banyak cerita
Hati aku memang panas pada mulanya
Tapi bila fikir-fikir balik, tak payah dilayankan 
Memanglah ada rasa sakit
Tambah menyakitkan bila orang tu kita kenal
Kita baik dengan dia
Kita banyak tolong dia
Dari makan, minum, tidur
Semua pernah ditolong

Pesan aku:
Jaga laki sendiri
Tak payah nak sibuk-sibuk berfeeling-feeling
Berbunga bertaman kat status nak refer-refer kat laki orang
And the worst part, you not even trying to DENY it
And lepas tu kau boleh tanya aku SENTAP ke?
Apa jenis manusia kau nie

And please stay away from my family!!!

Friday, June 15, 2012

Wanita Selaut Rasa


 

Dia pernah bertanya
Kenapa perempuan penuh misteri
Bila suka, bila duka, bila marah dan bila kecewanya
Sukar ditafsir dengan satu pandangan
 Padahal ramai lelaki
Jatuh cinta dengan pandangan pertama

Waktu bayinya dia menangis kala lapar
Menangis kala sakit
Menangis kala marah
Dan hanya ketawa kala suka

Waktu gadisnya tambah gundah
Menangis tika sakit
Menangis tika marah
Menangis tika rajuk
Menangis tika duka
Menangis tika rindu
Menangis tika cinta
Dan tidak lagi ketawa tika suka

Menginjak usia menjadi dewasa
Tambah berulit cara bila berbicara
Raut wajah sukar ditafsir
Jadikan dia tambah resah

Wanita menangis bila kecewa
Wanita menangis bila derita
Wanita menangis bila lara jiwanya

Wanita menangis bila bara menyala
Wanita menagis bila ditinggal
Wanita menangis bila dicerca
Wanita menangis bila dihina
Wanita menangis saat jatuh terduduk

Wanita juga tak mampu menahan tangis waktu dipujuk
Wanita tidak malu mengalirkan air mata kala terharu rasa
Wanita masih menangis tika semangat bergelora
Wanita  juga menangis saat berjuang mempertahankan jiwanya
Dan wanita juga menangis bila masa dia berjaya
Menangis juga saat dia bahagia

Jawab aku pada dia
“Wahai sang lelaki, fahamilah kamu

Jiwa seorang wanita amat halus
Dengan hanya satu perkataan
Jutaan rasa tergambar di lautan expressi” 

Herleena Jamaluddin
Jonker Street, Melaka
150612

A Littile Update

Lama tak membebel kat sini kan? Amat busy sangat sebenarnya. Memang la tak de siapa yang nak percaya aku busy. Paling koman, mesti ada yang kata, "ala, bukannya kerja pun, entah apa yang dibusykan."

But kalau siapa yang kenal aku, they will understand yang aku memang tak pernah nak release apa yang aku tengah buat, project apa yang tengah dikerjakan sampailah benda tu betul-betul menjadi. Kan??? Jadi apa yang aku tengah dok sibuk-sibukkan nie, Insyaallah nanti akan aku war-war kan bila sampai masanya ya...

By the way, just nak inform, aku & adik aku akan bukak kiosk kat Jabatan Akauntan Negara, Precint 2 Putrajaya on 27th June nie. Cookies raya dah start jual dah but in a small pack la. And cake in a jar pun ada nanti tau!!!

Gambar ihsan Mr Google