Tuesday, July 31, 2007
HEATHROW - HATFIELD - LONDON
Finally, dreams come true... that's the only things came thru out my mind. semua barang dah siap pack. My flight to Heathrow is supposed to be on 17th July 2007, Tuesday, 11.40pm. But then, it was delayed to 12.20am.
Sedih sangat nak tinggalkan ANGGUN & ALAM. Tambah pulak my husband was not around that time. Azimin went to Langkawi for 3 days. My parents, Wieza, Meir, my parents-in-law and my sister-in-law family tolong hantar gie KLIA. I told them no need to send me. bukan pegi 4-5 tahun, just seminggu jer but then, semua nak hantar.
ANGGUN mula2 sedih coz nak kena tinggal lama. Yelah, selalunya tinggalkan dia just 2-3 hari jer. but lepas pujuk2, then dia ok. ALAM la yang kesian, tak tahu apa2... Lepas check-in, lebih kurang pukul 10pm, we all masuk pergi boarding hall. Flight delayed again until 1.30am. we got a coupon for dinner and we went to Burger King makan dulu... 2.00am, baru masuk dalam kapalterbang but still tak jalan lagi. around 3am, baru flight jalan.
we reached Heathrow on 18th July 2007, 9.00am. 13 hours journey... so tired. from Heathrow, we took a tube until King's Cross, then took a train to Hatfield. From Hatfield, naik cab sampai University of Hertfordshire (UH). We met 2 delegates from Malaysia as well in the train, they're from Institut Perguruan Temenggong Ibrahim.
It was so exhausted but still gagahkan diri pergi pusing2 UH after check-in. they're having a craft fair. then, i was excuseed from the window shopping trip. 3 of them went to The Galleria shopping mall (just 5 minutes walking distance from UH). i was so tired, balik bilik & tido.
malamnya, we had our dinner at Nando's. I just ordered the side dish... hehehehe... makanlah garlic bread, potato chips, salad, corn... dekat sini, kedai & shopping mall semua tutup pukul 6.00pm. some restaurant still open until 10pm sebab dekat dengan cinema. Pukul 10 malam tapi still cerah. sebab tu tak terasa mcm malam.
19th July 2007, Thursday
Breakfast pukul 8am. the 2 delegates from the teacher college tu macam takut2 nak makan sebab diaorg kata takut tak halal. i told them yang i asked UH to prepare HALAL food for me. UH people know what is HALAL food, believe me. they used to come to Malaysia very often. somemore, diaorg masak guna vege oil. makan toast bread, fruits, etc.
Then, got to know a few delegates... total 7 delegates from malaysia. 2 from INTI-UC, 2 from The One Academy, 2 from IPTI and 1 from IPKB.
their lunch was very simple, light lunch with sanwiches. for muslim, they prepare vege & seafood sanwiches...
then, sambung lagi our conference session. after the afternoon session, we a few of us went to Hatfield town. jalan2 sambil beli chocolate dekat ASDA (24 hours punya shopping mall). lebih kurang macam Giant la nie...
pukul 7.00pm, we all dah kena berkumpul sebab nak pergi dinner kat Hatfield House, one of the history place in Hatfield. Hatfield House nie macam Bankers Club la kalau kat KL. Very English style... and malam tu, lagi sekali kena jadi vegetarian... 4 courses of dinner served... yang boleh masuk tekak just yang last sekali... chocolate brownies. itupun, dia punya chocolate, sikit punya rich la....
20th July 2007, Friday
today, the conference session was only for half day. pagi2 lagi, we all dah plan to go jalan-jalan dekat somewhere around st. alban after lunch. 3 of us (mr. cheah, vanee - this girl from the one academy and me)ambik cab after lunch and we started with visited a few historical building and parks. we went to a church yang usianya lebih kurang 700+ tahun. so historical... it was a village earlier and after that they developed that place and yg tinggal just the current building. the best part, semua rumah & bangunan yang diaorg runtuhkan for the development were documented.
after the visit, shopping time!!!there are a lot of shops (most of it designer shops) dekat st. alban. it was a high profile place in Hatfield, lebih kurang macam Hartamas la kalau kat KL nie... So, secara jujurnya, kedai yg mampu untuk dibeli oleh orang2 dari malaysia macam kami nie ialah clarks, marks & spencer, crabtree & evelyn (semua jenis kedai yg ada outlet kat msia). lepas tu, we had our dinner in zizi, one of the italian restaurant. kiri kanan ramai pak arab & minah arab, so belasah la... we all ordered a few dishes and share... pizza, pasta, and something fish apatah, tak ingat nama dia. air, tab water. kat sana, tab water boleh minum tau! and tak macam air paip kat umah kita yg warna kuning tu... orang sini semua minum tab water... and yg paling penting, tap water tu FREE
21st July 2007, Saturday.
Time to check-out. lepas check-out, UH bagi cab untuk hantar us to London. We plan to go for shopping @ Oxford Street. Lepas hantar 2 of the delegates from IPTI to Malaysian Hall, we went to Vanee's hotel. dia check-in and mr. cheah & me buat muka seposen tumpang luggage kat bilik dia.
we took a tube to Oxford Street. lunch mc d dulu konon nanti tak nak lapar masa shopping. dari satu kedai ke satu kedai we all masuk. macam dah expert... then, we split sebab tak nak buang masa. dari mng, next, topshop, m&s, gap, h&m, nike, doorthy perkins... habis semua kedai we all masuk... and kitaorg berkumpul balik depan topshop pukul 5.00pm. lepas tu pergi m&s balik, beli dinner. apalagi dinner yg paling murah... roti, salad, buah.
dengan barang2 shopping yg berat2 tu, pergilah balik tempat vanee. makan kat situ. lepas tu, dalam pukul 8.00pm, terus ambik tube, pergi check-inn kat hotel kitaorg kat juryss inn, heathrow. sebab terlalu penat, lepas mandi, repacking, makan sikit and terus terlelap. sebab tido awal, bangun pun awal. pukul 3.30am dah terjaga and terus tak boleh tido lagi. pukul 6.45am, we all terus pergi breakfast kat hotel and after that, ambik tube, terus gie heathrow airport. flight tak delay this time.
heathrow punya security memang strict. seorg boleh bawak 1 ager hand lugage and ada 3 security check-point. habis kasut pun kena bukak... and another 13 hours of journey.
23rd July 2007, Monday
Reached KLIA @ 9.00am and lepas ambik bag, semua selesai dalam 9.45am. keluar jer, terus nampak mama & ALAM. and ANGGUN, ayah and AZIMIN. Thanks God! I miss you guys so much!!! Finally...
Sampai rumah, ANGGUN terus suruh bukak barang2, tak sabar nak tengok present untuk dia....
Friday, July 13, 2007
Cantik, Anggun, Gaya & HUTANG?
Friends,
My latest article... I believe in "Be Yourself". I dont mind eating maggi mee bila terdesak, bawak bekal roti gardenia bila pokai. I dont see why should I be shamed on it because that is the reality of life. Kita belajar dari pengalaman, kan? And, i believe, kalau kita dah rasa how tough is the LIFE, one day, bila kita jatuh, kita akan cepat bangun and takkan sampai terduduk. So friends, take it as a guidance...
Cantik, anggun, bergaya… Siapa yang tidak mahu diri disaluti pakaian jenama mewah, menyandang tas tangan jenama antarabangsa dan menyarung sepatu buatan Dato’ Jimmy Choo. Kiranya emas permata terpamer di leher dan lengan, itu dikira satu bonus.
Semua itu tidak datang bergolek, apatah lagi percuma. Usaha paling penting. Apa usahanya dan bagaimana bentuknya, itu terserah.
Sewaktu membaca Eh! keluaran lalu tentang ragam manusia yang sanggup berhabisan ribuan RM demi gaya, saya tersenyum sendiri. Bila ada yang sanggup membuat personal loan semata-mata untuk nampak mewah, itu benar-benar melampau.
Teman sepejabat saya ini bukanlah dari golongan senang. Lebih tepat lagi, dia pekerja bawahan saya yang pendapatan bulanannya tidak sampai ¼ dari gaji bulanan saya. Suaminya juga biasa-biasa sahaja. Dengan tiga anak, saya akui bukan mudah untuk survive hidup di bandar.
Melihat isi rumah sewanya, saya bersyukur dengan kurniaan Ilahi pada saya. Dengan usianya yang lima tahun lebih dari saya dan ditambah dengan usia perkahwinannya yang sudah melebihi 10 tahun, pada saya, pada ketika ini mereka sepatutnya hidup stabil.
Hampir menitis air mata saya dan teman-teman lain bila dia membelikan baju raya untuk anak-anak di pasar malam. Kasihankan anak-anaknya, saya dan teman-teman lain tidak kisah dan tidak berkira untuk memberi duit raya lebih pada mereka.
Namun siapalah yang mengetahui isi hatinya. Perempuan, naluri untuk bergaya tetap ada. Kami di pejabat mula perasan yang handphonenya berganti setiap bulan. Harganya bukan murah, semuanya siap berkamera dan lebih seribu ringgit Malaysia. Alasannya, dia teringin mencuba handphone terbaru dan hobi suaminya juga serupa. Justeru itu, saban bulan kami tidak perlu menonton iklan untuk mengetahui handphone terbaru di pasaran.
Tiba-tiba saya melihat dia bertukar gaya. Tiba-tiba berdiet sakan tapi wajahnya nampak lebih cerah. Pada saya, dia memberitahu yang doktor menasihatkannya supaya berdiet. Kolestrol tinggi, banyak toksin dalam badan.
Satu pejabat kasihan padanya. Sedih mendengar kisah perempuan yang kurang kemampuan punya pelbagai penyakit dalam usia yang masih muda. Kerana itu, kami kurangkan aktiviti makan-makan di pejabat. Sambutan harijadi juga dibuat dengan menu yang tidak melampau. Fast food? Lupakan. Semuanya kerana menghormati seorang sahabat.
Al-kisah rahsianya terbongkar. Rupanya dia bukan sakit. Si polan ini sedang menjalani treatment di slimming centre dan kerana itulah dia berdiet sakan. Kosnya pula bukan pakej yang paling murah. “I punya pakej yang lima ribu lebih,” bak katanya tatkala ada yang mendesak. Tercengang kami. “Untuk facial treatment, I dapat free sebab I beli produk facial yang seribu lebih.” Mak datuk!!!
Kami memang marah dan rasa tertipu. Jealous?! Sikit pun tidak. Bayangkan, saya sehingga mengurangkan beban kerjanya kerana tidak mahu dia yang sedang sakit itu bertambah tertekan. Alih-alih, dia buat treatment dekat slimming centre. Sakitnya hati!!!
Kad kredit menjadi pembuka cerita. Sewaktu promosi sebuah bank, dia terpilih untuk mendapat credit card bersama credit limit RM 6000. Padahal, seorang lagi rakannya direject permohonannya. Dalam masa yang sama, suaminya baru mendapat tiga credit card yang tiap satu bernilai RM 3000. Dan dia menghabiskan RM 6000 dalam masa satu hari?
Tidak mahu kalah, dia mula merisik-risik tentang handbag dan kasut saya. untuk melihat sejauh mana langkahnya, kami sepejabat memasang umpan.
Hari Sabtu lepas waktu kerja, kami singgah ke KLCC. Agenda seterusnya, shopping. Dari Isetan ke Parkson, singgah di Ferragamo, lalu di Coach, masuk Renoma. Kami ketawa dalam hati melihat betapa excitednya dia. Deretan kedai Dato’ Farah Khan menjadi tujuan utama saya. Aseana, Milo dan akhirnya saya membeli blouse di Aseana. Tidak mahu kalah, dia masuk sekali lagi ke Milo lalu menyambar sepasang blouse dan terus ke kaunter bayaran.
Mungkin dia lupa periksa harganya. Credit card dihururkan dan zap… zap… “Maaf puan, ada kad kredit lain?” Soal gadis manis di kaunter. Si polan ini menghulurkan sekeping lagi. “Puan, tak approve. Mungkin dah lebih limit.” Wajahnya berubah. “Takkanlah, yang ini enam ribu, yang ini tiga ribu.”
KAmi meninggalkan Milo tanpa belian. Dia masih mencongak-congak kad kreditnya sepanjang jalan.
Sebulan berlalu, dia dating berjumpa saya memberitahu masalah kewangannya. Saya sembur dia cukup-cukup. Belanja tak ingat dunia. Bayangkan, tidak sampai sebulan, jumpah perbelanjaan dia dan suaminya bersama kad-kad kredit mereka mencapai RM15,000.00. Hutang pula tu! Dan gaji mereka suami isteri tak sampai pun RM 3000 sebulan.
Kisah dia tidak habis di situ. Selang dua bulan, kecoh satu pejabat bila keretanya pecah cermin depannya akibat balingan batu yang cukup besar. Di kiri dan kanan pintu penuh dengan calaran. Dia hanya berdiam diri tatkala kami sepejabat mencadangkan agar dia membuat laporan polis.
Selang seminggu, beberapa orang lelaki datang ke pejabat mencari si polan ini. Mereka marah-marah, memekik, menjerit malah mengugut dan dari situ kami tahu, itu adalah orang-orang dari syarikat ‘along’.
Astaga! Pejabat kami habis tunggang-langgang. Pelbagai barangan dicampak mereka kearah si polan ini. Bahagian Human Resources tidak menunggu lama untuk memanggil saya. Kata putus telah dibuat. Si polan ini dinasihatkan agar meletakkan jawatannya dalam masa 24 jam. Tambah pula, kontraknya tinggal dua bulan dan saya sememangnya dari awal lagi tidak mahu menyambungnya.
Menangis tersedu-sedu dia tatkala diberitahu keputusan pihak pentadbir. Melepaskan dia adalah demi keselamatan dan kepentingan syarikat. Saya sendiri tidak sanggup menerima kehadiran ‘along-along’ saban hari. Mahu sakit jiwa dibuatnya.
Dia mengaku terpesona melihat gaya saya. tiap hari, tas tangan dan kasut saya pasti mengikut warna baju. Pakaian saya, jam tangan saya, kasut saya… Terima kasih kerana mengagumi saya, terima kasih kerana menjadikan saya ‘ikon’ dan terima kasih kerana terpesona dengan gaya-gaya saya.
Tapi saya tidak berhutang! Saya membelinya bila duit yang saya kumpul sudah cukup, selepas melangsaikan komitmen-komitmen saya – bil-bil saya saban bulan. Tidak cukup kerja di pejabat, saya berniaga sendiri. Saya punya pelanggan untuk butik andaman pengantin saya sehingga ke bulan April tahun depan. Saya buat itu, saya buat ini untuk memastikan anak-anak saya mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat sebagai anak-anak.
Saya memulakan kerjaya saya seawal usia 20 tahun, sehari selepas saya tiba di tanahair. Saya tidak sempat menunggu graduation ceremony di Kota London. Rezeki saya, saya tidak perlu menganggur lama.
Saya bermula dengan jeans yang entah apa jenamanya. Berdikit-dikit sehingga merasa Levi’s, MNG dan kemudiannya Guess?. Dari membeli handbag di dalam tong sewaktu jualan murah hinggalah saya dapat menjinjing Coach dan CD. Saya perlu bekerja kuat untuk LV.
Saya high maintenance? Teman suami saya pernah menyuarakan rasa gusarnya melihat saya yang ke gym tiga kali seminggu dan ke spa saban bulan. Ibu mertua saya awal-awal dulu juga risau bukan main melihat menantunya ini. Tahu jawapan suami saya? “Aku tak kisah. Satu sen pun dia tak pernah minta duit aku. Kalau aku hulur, dia ambil. Minta, sekali pun tak pernah.”
Mungkin kerana itu, ibu mertua saya boleh tersenyum kembali malah kadang-kala mencadangkan apa yang cantik untuk dibeli. Saya mahu bebas hutang. Saya bekerja keras untuk menutup akaun dua kad kredit saya. Yang tinggal kini, manalah tahu kalau emergency…

Tuesday, July 3, 2007
Happy Birthday to ME!!! Ha! I'm 29?!
Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthdy to ELEEN
Happy birthday to me...
Oh God, i'm 29 today. thanks for giving me all these valuable gifts. AZIMIN, ANGGUN & ALAM... and thanks a lot for making my 29th as a day that i will remember till the end... how should i start? i can say, this year is the tough year...
my family - we got a new member of Azimin's family. of course my ALAM FIRDAUS FARHIN. everything getting better and happier. alhamdulillah...
my job - this august is my 3rd year with INTI-UC and my 4th year with INTI Universal Holding. rasanya, apa yg selama nie aku usahakan dah mula nampakkan hasil. thanks to my bosses for the trust, the confidence and everything... my work can be done without you guys but then, you guys having a tough time when i'm not around. hehhehehe. thanks lau ck, cheah, lawrence and sin huei.
my dream - started with anggun maya, its quite a hard time for me. the money, the time and some other things that i sacrified. it's not an easy things... thanks ayang for your patience, thanks anggun for the understanding esp when our weekend become our WORKING day. thanks mama, thanks ayah for all the support, tenaga, idea & RM... then, gaia arts and gifts. i can say that this is my baby. a lot of things need to be done. and the latest project; cookies hamper for this coming raya. archiforce invent is a collaboration among azimin, my sister (wieza) and myself. this archiforce invent memang agresif... this is a combination of 2 creative people (of course not me). i'm more on the planning, manage, organise, legal, operation & counting how much the RM coming-in and going-out...
my bday presents - ayang give me a watch... TITUS. very nice. anggun make a card by her own with her creative mind. really, my husband talent is in her. a dinner with kasey, a friend of mine on 2nd july 07. we are sharing the same birth date actually (not the same year!) the dean of my faculty send my name for a conference. conference? apa yg special? it just a conference what? yes, its a conference but in LONDON. thanks boss!!! really appreaciate it. the flight will be on 17th july and will arrive KLIA on 22nd July. what i can say is... this is the first time (as far as i know) they sending non-chinese for the international occasion. yes, its my time and i deserve it. that's what they told me. now you guys understand why i really comfortable to work with this group of chinese? they are flexible, they have some attitude that we call it 'gives and takes' and the main thing is they appreaciate me. of course it takes time to make them to TRUST me. hey, i'm not that bad... i know every single thing in the education industry, operation, academically, welfare etc. pusing sana, pusing sini, semua in my fingertips. but, 1 sweet day, i still have to fulfill my dream.
it already 7 years for me in the education line. i love it so much. this is my soul... going to teach? that's not me. to have azimin in the teaching line is good enough. he is doing his phd now... i'm 'behind the screne' people. hehehehe.
i would like to dedicated my special sincere thanks to the people who always be with me in every single situation, people who spent their characters in every chapter of each pages of my life... thanks a lot...
@ ayang, thanks for being a nice friend, good lover and understandig husband. thanks for all the support, the spirit and the trust that you have on me. from the first day we met, i know you are the one...
@ anggun & alam, thanks for being good kids esp when your mummy is stuck with all the office work and the things from anggun maya, gaia arts and archiforce. thanks for willing to have maggi mee bila terpaksa...
@ mama & ayah, thanks for being there when we really need it. thanks for the willingness to take care of the 2 A when we are not around, esp when we are with facing the maid problem
@ yan & khairi, my neighbour next door. why? they are also my sister-in-law and biras aku. thanks for the weekend food (she really rajin to cook and azimin & me rajin to tumpang makan), for the time that both of you spent to tolong jaga my 2A esp masa emergency. and abid, thank for being a good cousin to anggun & alam.
@ mak & abah, terima kasih for all the support for all the moment esp when we are in taiping. hehehe.. durian timne coming soon. guys, my parents-in-law ada dusun durian kat batu kurau. sejak kawin, aku tak pernah buang duit beli durian kat tepi jalan. sorry, not my taste!!! sekali musim durian, aku angkut semua family aku balik taiping...
@ mozac friends, kyled, obe, swella, jze2, jackop, asnor etc. thanks for always being there esp masa aku buat open house. emmy, aku rindu cheese cake kau... thanks for the longlasting friendship.
@ firuz, thanks a lot for all the guidance in limkokwing esp @ cira. you tought me a lot of good things & useful tactics and believe, i really appreaciate it. kalau tak sebab tunjuk ajar you, i tak akan jadi macam hari nie...

Subscribe to:
Posts (Atom)