Thursday, August 15, 2013

Al-fatihah



Al-fatihah. Tuan Haji Yusuf bin Ismail.

Aku baru lepas kehilangan seseorang yang pernah mencorak perjalanan hidup aku.
Walaupun ‘jodoh’ aku dengan dia tak panjang mana, tapi rasa amat terkesan dengan satu ‘kehilangan’.
Sungguh bukan mudah, sebab sepanjang kepergian aku, aku selalu bertanya dalam diri, ‘is it me?’ atau ‘memang dia yang begitu?’

Bila aku mulakan langkah di KPJ College, aku duduk di kerusi yang sudah 2 tahun tidak berpenghuni.
Department yang sudah 2 tahun tiada nakhoda.
Tahu betapa susahnya nak aku uruskan & letak semua atas bahu dan jalan seperti biasa.
Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Susah. Sukar. Amat susah. Amat sukar.
Tapi aku gagahkan diri.
Terus berjalan tanpa sedikitpun mengeluh.
Tidak sekalipun menoleh ke belakang semula.

Bila aku rasa payah, dia cuba untuk mudahkan.
Dia tak pernah menolak satu pun idea aku.
Tak pernah.
Walaupun apa yang aku ubah itu 360 darjah berbeza.
Kalau sebelum ini orang beli pen harga seringgit, aku minta pen yang harga sepuluh ringgit.
Kalau sebelum ini orang buat makan-makan guna khidmat kantin yang masak, aku minta buat dinner di hotel.
Bezanya banyak, bukan sikit-sikit.
Kalau selama ini orang pergi Johor, Kuantan drive sendiri, aku minta tiket flight.

Setiap satu yang aku minta tak pernah dia kata TAK BOLEH.
Bertahun-tahun, tak ada siapa yang pernah terfikir untuk keluarkan duit dari akaun bank Student Body, aku terus request 5 angka untuk 2 functions.
Dia tak tanya banyak pun.
Dia sign sahaja.

Tak ada orang yang dengki? Ada.
Tak ada orang yang sakit hati? Ada.
Sebab siapa yang duduk di kerusi yang aku duduk itu, adalah orang yang akan mendapat pengaruh paling besar.
Department paling besar.
Staff paling ramai.
Selain kerja yang paling banyak.

Aku tahu dia memang letakkan harapan.
Dia banyak bagi semangat.
Tapi aku juga punya impian sendiri waktu itu.

Aku tender my resignation letter waktu dia sakit di hospital.
Dia tak diberitahu sebab tak mahu fikirannya terganggu.
Selepas keluar hospital, dia terus menunaikan umrah.
Dan waktu hari terakhir aku di KPJ College, dia masih di Tanah Suci.
Dan bila dia pulang, aku sudah tiada lagi di situ.

Aku tahu dia terasa.
Aku tahu dia marah.
Aku tahu dia rasa, apa yang dia beri pada aku selama ini semua sia-sia.
Tapi aku ada impian sendiri.
Yang aku perlu capai.
Yang aku perlu genggam.

Aku pernah terserempak beberapa kali dengan dia selepas meninggalkan semua itu.
Tapi dia hanya buat tak tahu.
Dia buat macam dia tak pernah kenal aku.
Walaupun orang lain semua bertanya khabar.
Memang aku terasa, tapi tak apalah.
Apa aku rasa pun dah tak penting.
Aku pun bukan orang penting.

Bila aku dengar dia sakit di hospital lagi, aku mahu pergi melawat.
Tapi dikhabarkan, ‘tak boleh melawat’.
Tak apalah.
Aku tak ambil hati juga.

Rupanya bukan aku seorang terima nasib begitu.
Ada juga yang lain.
Masing-masing meluahkan rasa.
Tapi kami buat-buat mengerti.
Buat-buat tidak terasa.

Isnin lalu, raya ke 5.
Aku diberitahu dia sakit lagi.
Koma tak sedarkan diri.
ICU.
Aku rasa tak sedap hati.
Lebih-lebih lagi bila ex-students dah mula kirimkan gambar-gambar menunjukkan keadaan dia.
Aku terkesima.
Hati aku terasa getar.
Bukan aku seorang, ramai lagi.

Semalam Rabu, raya ke 8.
Aku gagahkan kaki masuk ke ICU.
Melihat tubuh terbujur kaku, penuh dengan wayar dan mesin.
Aku sayu.
Amat sayu.
Breathing support yang sepatutnya dihentikan pukul 5 petang tetap diteruskan.
Mereka kata dia ada memberi respon sewaktu tatkala aku berada di situ.
Mungkin bukan sebab aku.
Tapi mungkin juga kerana aku.
Dalam diam aku melepaskan segala ‘keterasaan’ aku.
Pergilah, jangan datang lagi.

Aku pulang, dia didatangi orang lain.
Orang yang dia percaya dan harapkan selepas aku.
Orang yang aku didik, aku bentuk.
Dan orang itu juga telah meninggalkan lapangannya.
Dan orang itu juga menerima ‘rasa’ yang sama seperti yang aku terima.
Orang itu datang berziarah, membisikkan surah Yassin.
Dan selepas habis, dia pergi buat selamanya.
Dengan wajah tenang.
Dengan hati senang.

Mungkin dia punya niat untuk bertemu ‘kami’ diakhir waktunya.
Itu kata orang.
Aku angguk sahaja.

Tempoh aku dan dia tidak lama.
Tapi dia memberikan sepenuh rasa percaya.
Walaupun aku baru, walaupun aku perempuan.

Moga rohnya dicucuri rahmat.
Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Al-fatihah.

**Aku gunakan ganti diri ‘dia’ bukan kerana rasa tidak hormat. Kerana aku rasa, itu lahir dari hati aku. Kerana aku rasa, dia memang dekat dengan aku.


No comments: