Monday, September 12, 2011

Dijemput Saat Syawal Dirai...


Syawal datang lagi.. Syawal kali ini sekali lagi saya diterjah dengan berita pemergian kaum kerabat saya. Kiranya tahun lepas, tok chik saya dijemput Ilahi sebelum semua muslimin bergerak menunaikan solat sunat Aidilfitri, tahun ini, nenek saudara saya dijemput Ilahi tika Syawal ke 13.

Beberapa tahun lepas, Pak Ngah saya juga pergi tatkala bulan Syawal. Kebanyakkan keluarga dari belah Ayah menjadi tetamuNya di alam sana sewaktu Syawal. Dan, jika dikira dalam kalender , arwah nenek saya (emak Ayah) kembali ke rahmatullah sewaktu Mama baru sahaja melahirkan adik bongsu saya, pada bulan September, 16 tahun lalu..

Waktu arwah Tok Chik menghadap Ilahi, mujur waktu itu giliran saya beraya dengan keluarga saya. Sebaik sahaja selesai sembahyang raya, semua bergegas ke Puchong. Rumah Tok Chik yang setiap Syawal menjadi tempat berkumpul saudara mara tetap dikunjungi seluruh saudara mara seperti biasa, malah lebih ramai dari kebiasaannya.

Pagi Syawal, Tok Chik adalah orang yang paling sibuk memasak (dulu2 dia yang memasak, tapi beberapa tahun kebelakangan sebelum dia pergi, dia hanya menjadi mandur di dapur). Selalunya Tok Chik menyediakan Nasi Beriani waktu Hari Raya Pertama. Lepas selesai kerja di dapur, Tok Chik mandi sebelum ke masjid untuk solat hari raya.

Anak Tok Chik mula panggil dia apabila Tok Chik tak keluar-keluar dari bilik air. Then, anak Tok Chik perasan yang ada air melimpah sampai keluar dari pintu bilik air. And, bila pintu dipecahkan, Tok Chik dah terduduk tak bernyawa.

11 September 2011 sekali lagi mengumpulkan semua saudara mara di belah ayah. Tahun ini, giliran raya kat Taiping, jadi kami balik ke sini lepas seminggu di Taiping. Hujung minggu 10 & 11 Sept tu barulah kami mula beraya. Lepas sehari suntuk beraya (tapi saya still tak berkesempatan beraya di Puchong, sbb memenuhi open house saudara mara), saya terima call dari Mama. Mama sampaikan berita pemergian Nek Enan.

Nek Enan; nenek saudara saya. Mak cik ayah saya. Adik-beradik arwah nenek saya. Untuk pengetahuan semua, arwah nenek saya (emak ayah saya) berketurunan Cina; (jangan tanya kenapa ayah saya tak nampak macam Cina ya; ayah ikut kulit atuk saya, tapi beberapa adik-beradik ayah ada yang berkulit cerah).. Arwah nenek saya, arwah Nek Enan & Nek Chik berketurunan Cina & diambik sebagai anak angkat oleh keluarga Melayu. Dan keluarga besar inilah yang menghuni di Batu 6, Jalan Puchong. Suatu ketika dahulu, kawasan itu gah dengan rumah keluarga dari segenap adik-beradik, saudara-mara tapi kini, ramai yang telah berpindah tapi masih di sekitar kawasan Puchong; Taman Tenaga, Bandar Kinrara, etc.. Rumah besar arwah Atuk dah dirobohkan dek tiada siapa yang mampu menjaga; ditambah pula dengan keadaan jalan besar yang mengambil hampir ½ kawasan tanah. Kini, tapak rumah Arwah atuk kami sewakan pada syarikat used car.

Arwah Nek Enan pergi dengan cara yang amat mudah. Arwah sedang melihat menantunya membetulkan jam di dapur & duduk di tangga. Waktu itu, arwah sempat berbual-bual denagn menantunya. Tiba-tiba, menantu arwah rasa pelik sebab arwah tak menjawab soalannya. Bila dia pusing, arwah sudah terjelepuk & sudah tiada.

Kata Ayah, waktu Hari Raya pertama tu, arwah nampak sihat. Dalam usia 80an, arwah masih ingat pada semua anak saudara & cucu saudara, malah cicit saudaranya, seperti saya yang datang beraya 2 tahun sekali...

Semoga, rohnya ditempatkan di kalangan insan-insan yang beriman... Al-fatihah...

No comments: