Sunday, April 3, 2011

MURID 7 THN MATI DIPUKUL CIKGU AGAMA???


Apalah yang nak jadi dengan dunia hari ini? Rasa macam dah tak selamat lagi. Kalau insan yang berstatus mulia (semua GURU layak memegang status MULIA ok!) pun sampai hilang pertimbangan, apatah lagi orang-orang di luar sana... Sedih sungguh, sudahlah guru agama...

RM 7 penyebab anak kecil ini dipukul hingga maut? OMG!!! Saya rasa banyak lagi cara lain untuk menyelesaikan masalah ini, tak perlulah sampai bermati-matian memukul...

Saya pernah menangkap pelajar yang mencuri RM 1800.00, dia mengaku dengan muka selamba. Dia perempuan, bukan lelaki. Saya panggil kedua ibu bapanya sewaktu mesyuarat lembaga disiplin, ibu bapanya menangis mengharap sesuatu yang miracle sewaktu dikhabarkan yang keputusan akan dibuat sewaktu EXCO Meeting. Malah, saya amat hargai kesudian ibu bapanya membayar semula wang yang telah diambil anaknya itu... Tapi keputusan tidak memihak pada anaknya, hukumannya, TERMINATED...

Saya harap, pihak berwajib yang sepatutnya, Kementerian Pelajaran, pihak polis, etc mengambil pendekatan sewajarnya. Nyawa seorang anak lebih berharga dari RM 7.. Mungkin Kementerian Kesihatan juga wajar masuk campur, kerana sejak kebelakangan ini, kita semua sedia maklum yang ramai rakyat Malaysia mengidap penyakit mental, kemurungan, etc... Tidak salah mengambil langkah berjaga-jaga. Saya sendiri pernah berdepan dengan pelajar yang tidak sihat mentalnya sedangkan sewaktu pengambilan, dia nampak sihat2 sahaja... Rasanya pemeriksaan kesihatan 'dalaman' (jgn salah faham maksud saya ya!!!) adalah wajar supaya modal insan yang dididik oleh mereka tidak menerima nasib yang sama seperti Saiful Syazani Saiful Sopfidee...

Berita selanjutnya boleh dibaca di sini...