Friday, April 15, 2011

KENAPA HINA SURI???


Sebenarnya saya malas mahu memanjangkan isu ini tapi saya rasa, saya punya tanggungjawab untuk memaparkan pada umum tentangnya.

Luahan seorang teman di sebuah laman forum telah menjadikan saya ‘active forumer’ di situ. Tajuknya, ‘Mengapa Masyarakat Malaysia Memandang Hina Pada SURI?’

Kebanyakan teman forumer mempunyai pengalaman yang hampir serupa, pernah berkerjaya (malah bukan calang-calang kerjayanya) dan kemudian mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian pada keluarga.

Zaman serba moden, kalau ditanya berapa ramai yang bergelar SURI itu adalah lulusan universiti, percayalah, ianya menjangkau 90%. Yang berkerjaya cemerlang sebelum menyerahkan takhta di pejabat untuk terjun sebagai SURI, ianya lebih 75%.

Saya sendiri mengambil keputusan senekad ini setelah kecewa melayari politik pendidikan bangsa, ditambah rasa sakit jiwa melayan kerenah bibik indon yang bermacam perangai, selain rasa bersalah bila terpaksa out-station saban minggu, meninggalkan anak-anak dan kekasih hati bersama bibik. Rasa bersalah kian bertambah tatkala saya sering terlepas hari-hari penting bagi seorang anak di sekolah.

Hari pendaftaran pelajar di kolej manapun saya bekerja memerluka saya untuk berada di sana sehari suntuk. Dan, waktu itu jugalah hari pendaftaran murid sekolah, baik tadika mahupun sekolah rendah. 2 tahun di tadika, 1 tahun di Tahun 1, saya tidak dapat bersama Anggun menghantarnya ke hari pertama ke sekolah.

Tahun pertama Anggun ke tadika, saya mengamuk besar di pejabat bila permohonan cuti tidak diluluskan. Kata boss saya ketika itu (waktu itu saya belum jadi boss lagi), “You have to arrange it with your family.”... Dan paling menyakitkan hati, dia boleh pula cuti untuk hantar anaknya yang Tahun 4 ke sekolah pada hari pertama...

Dan selepas-selepas itu, saya tahu sendiri. Berada di dalam bidang saya ini, saya perlu menjaga anak-anak orang lain, bermakna saya akan terus ketinggalan saat-saat bersama anak-anak saya saban tahun. Admission and Records, Academic Services & Registry, Student Affairs Services, ianya memerlukan saya di situ selagi itu jalan yang saya pilih.

Saya mengambil masa lebih 3 tahun untuk benar-benar bersedia, mental dan fizikal untuk benar-benar menjadi SURI. Banyak yang perlu saya siapkan selain memenuhkan saving account saya untuk kegunaan waktu kecemasan.

Hey, saya bukan SURI yang kosong otaknya ya! Saya pernah menyempurnakan pembinaan kolej, berada di antara orang-orang paling atas. Gaji saya dahulukala, bukan ciput-ciput ya...

Bohong kalau saya kata tiada orang yang mencemuh bila tahu yang saya tidak bekerja. Saya tidak pernah menghabiskan duit ringgit suami ya! Dia beri, saya ambil. Meminta, tidak sekali...Syukur dia tahu tanggungjawabnya.

Tapi kalau yang mencemuh hina itu pun kerja sekadar gaji RM 2000, hentikanlah... Kalau saya bersuara nanti, ada yang termalu sendiri. Kalau dapat gaji, lepas tolak EPF, etc, tinggal seribu lebih, bayar hutang kereta, gaji bibik, loan itu, loan ini, lepas 2-3 hari gaji, duit dalam akaun tinggal RM200 – RM 300, bawak-bawaklah pandang diri sendiri... Bak kata kakak yang sering datang ke rumah mengurut saya saban bulan, “silap-silap, income aku yang mengurut nie lagi banyak dari gaji diaorang...”

Saya tidak bekerja full-time, sekadar freelance dan business kecil-kecilan, tapi setiap bulan saya tetap lepas untuk bayar loan kereta, study loan, 2 personal loans, 3 credit cards, insurans saya dan anak-anak... Lepas bayar semua, balance dalam akaun saya harus dipastikan masih 4 angka. Elaun yang suami beri saya simpan untuk saving separuh, dan separuh buat belanja. Kadang-kadang di Ariani, MPH (compulsory!!!), kadang-kadang di The Gardens atau Mid Valley... Kalau kerja berhabis keringat, keluar rumah pagi dan balik malam, tapi masih beli tudung pasar malam, tak perlu la nak menjuih-juih pada saya... (ops!!! Saya tidak kata anda tidak boleh beli tudung pasar malam ya, asalkan anda tidak mencemuh org lain...)

Aktiviti harian saya bukan tengok TV dan mesyuarat tingkap (hello!!! Saya sudah banyak kali chaired meeting-meeting besar ya!!!). Awal pagi kemas rumah, sidai baju, masak, siapkan anak-anak, hantar ke sekolah, kemudian baru mula bekerja untuk saya sendiri. Menulis, mengemudi blogshop dan sekali-sekala berforum sambil bertukar-tukar pendapat.

Bila terasa mahu berlibur, saya pergi lunch date dengan kawan-kawan, kadang-kadang hi-tea atau dinner. Sekali-sekali menjengok X-bites di Taman Suria UKM (itu hasil usaha Azimin). Bawa anak-anak ke library, kalau ada masa lebih, boleh tengok wayang.

Saya tidak terikat, jadi bila Azimin perlu out-station, saya yang mengemudi keluarga. Kalau tempat out-stationnya jauh ke pendalaman, saya tidak ikut. Kalau menarik, ke Singapore, Kuching, Langkawi, mana pun saya ikut, bukan saya perlu minta cuti!!! Kalau waktu sekolah, saya minta mama & ayah tolong jagakan Anggun & Alam...

Hidup saya jadi lebih mudah. Tak perlu pening kepala memikir masalah orang lain, masalah kerja yang tak pernah selesai. Sejak bergelar SURI, lama sungguh tidak berjumpa doktor, al-maklumlah, sudah kurang rasa sakit kepala dan sakit jiwa.

Di luar megara, UK & USA, masyarakat menghormati golongan SURI. Kerana bukan mudah mengemudi keluarga dan membesarkan anak-anak. Masyarakat Malaysia perlu lebih peka terhadap persekitaran dan keperluan keluarga. Memilih untuk menjadi SURI dan mengorbankan karier yang tinggi takhtanya harus datang dengan kerelaan hati dan keikhlasan jiwa, dan perlu dipupuk dengan rasa kasih dan sayang dari keluarga. Ianya satu pengorbanan yang amat mulia.

Alhamdulillah, bila telah bergelar SURI, dengan rasa ikhlas jiwa raga, biar dihambat dengan tawaran gaji 5 angka berkali-kali, saya masih memilih untuk membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri. Kata-kata seorang teman tetap kuat di telinga saya, wang ringgit bukan segalanya. Itulah nekad seorang ibu dan isteri yang anaknya terkorban dek kecuaian pembantu rumah!!!

WANITA DISEBALIK KEJAYAAN LELAKI???

Bila aku baca status one of my friend kat FB (she was one of my husband’s students and we still keep in touch), aku terfikir ada jugak benarnya...

Its here in FB :

Alyaa Najwa
'Disebalik' kejayaan seorang lelaki,pasti ada seorang wanita...yeah rite, 'sebalik' which means 'tersembunyi', which means 'belakang', which means watak tambahan, which means sebagai pelengkap/pembantu/penolong, BUKAN sebagai penggerak utama yang amat diperlukan...screw that first sentence cos my thought will be like dis, "SEORANG LELAKI TAK AKAN BERJAYA TANPA WANITA". AN
March 17 at 2:36am · ·

  • You and 9 others like this.
    • Burhan Saja ok
      March 17 at 2:39am ·
    • Zulkifli Arif same jer...
      March 17 at 2:40am ·
    • Alyaa Najwa tak sama langsung
      March 17 at 2:41am ·
    • Zulkifli Arif dsebalik'' tu ayat kiasan jer....
      makne dia lebih luas dr tu...
      March 17 at 2:46am ·
    • Alyaa Najwa women dont like kiasan...
      March 17 at 3:00am · · 2 peopleLoading...
    • Burhan Saja we have the ships and the men
      March 17 at 3:02am ·
    • Alyaa Najwa in that case, just marry ur men la burhan....wagagagagaga
      March 17 at 3:04am ·
    • Alyaa Najwa if nak berkias, talk to a samad said
      March 17 at 3:05am ·
    • Jorge Efirul WANITA AKAN BERJAYA DENGAN LELAKI... : P
      March 17 at 6:27am ·
    • Ee Pei Ping u r so rite!!! so so rite!! totally 110% correct!
      March 17 at 8:35am · · 1 personLoading...
    • Herleena Jamaluddin agreed dear!!!
      March 17 at 11:13am · · 1 personLoading...
    • Alyaa Najwa stokin : man n woman saling memerlukan
      March 17 at 3:00pm ·
    • Alyaa Najwa pei ping : =)
      March 17 at 3:01pm ·
    • Alyaa Najwa k leen : k leen tunggak utama Dr Azimin! yeah!
      March 17 at 3:01pm ·
    • Herleena Jamaluddin hahahha... klu x tak dpt la rosmah pakai solar vest!!!
      March 17 at 6:01pm · · 1 person

Aku setuju... Amat setuju. Mengapa perlu dikata sebagai ‘sebalik’ padahal aku percaya, banyak wanita yang menjadi tunggak & penggerak utama kejayaan seoarng lelaki. Kenapa kita perlu ‘menyelindungkan’ wanita ini padahal wanita-wanita ini lah yang bersusah-payah untuk menjayakan misi seoarng lelaki...

Jadi anda-anda semua, wanita bukan setakat watak tambahan bak kata Alyaa, wanita juga tidak suka hanya digelar ‘mak pacak’ dalam hidup seorang lelaki, ok.. Jadi, kita perlu ubah ‘frasa’ itu?