Tuesday, August 24, 2010

JATUH CINTA???

Membaca karya terbaru Wani Ardi membuatkan saya tersenyum sendiri. saya juga sempat mencoret komen di sana... Wani berbicara tentang jatuh cinta pada insan yang tak sepatutnya, dan saya akui saya pernah mengalaminya. itukan pengalaman? dan pengalaman itulah yang menjadikan saya lebih dewasa dan lebih berhati-hati dalam memilih cinta seterusnya...

saya ingat lagi waktu Azimin sering mengheret sepupu2nya yang masih bersekolah rendah waktu itu, ada suara2 sumbang bertanya dan dia dengan selamba menjawab, "anak"... sudah!! betulkan anaknya? waktu itu Tuhan sahaja yang tahu macam mana berkocaknya perasaan saya... hahahah...

Berapa kali anda pernah jatuh cinta? sekali? jangan tipu!!! saya jatuh cinta berkali-kali... banyak kali... dari zaman cinta monyet, hinggalah cinta serigala... saya selalu jatuh cinta, selalu kecewa... mengecewakan orang, mungkin juga tapi tak banyak... sebab kalau tak suka, saya awal2 dah bolayan!!!

saya pernah berceita tentang kisah cinta saya yang tak menjadi dek kerana saya waktu itu 'budak bodoh', tidak pandai seperti 'dia'. bertahun-tahun saya makan hati, walau selepas itu saya dapat cinta lain. dalam hati saya masih ada 'dia' kerana 'dia' jejaka idaman malaya waktu itu, satu sekolah gilakan wajah kacaknya waktu itu. 'dia' tinggalkan saya kerana mahu mengayam kasih bersama gadis yang 'setaraf' akalnya denagn'dia'.

Kuasa Tuhan, kami bertemu kembali selepas tamat sekolah, 'dia' sedang mempersiapkan diri untuk ke luar negara. sudah tentu result SPMnya gempak gila, sedangkan saya sedang bertungkus lumus menapak untuk diploma. Tuhan Maha Kuasa, saya selesai menyempurnakan ijazah saya terlebih dahulu berbanding 'dia' yang ter'kantoi' dek gagal beberapa subjek.

Bertemu kembali semasa alam bekerja, saya budah menjadi tunangan orang, bersiap-siap untuk menyambut hari bahagia. 'dia' baru pulang dari luar negara, baru mahu membina tapak kerjaya sedangkan saya sudah bertahun di situ...

Saya bukan mahu bercerita tentang dia... BUKAN!!! Saya mahu bercerita tentang cinta saya selepas 'dia'. saya jarang2 bercerita siapa insan selepas 'dia', dan selepas-selepas 'dia'...

selepas 'dia', saya rapat dengan S, nama pangkalnya sama dengan 'dia'. saya sendiri kurang pasti apa sebab dan bagaimana saya boleh rapat dengan S. dia pelajar nakal (well, di SBP kalau selalu ponteng prep malam pun dah dikira nakal, ok!).. seingat saya, seorang rakan sekelas datang bertemu saya, menyampaikan salam. saya sambut salam yang saya sendiri tidak tahu siapa itu..

S tergolong dalam golongan 'muka target', yang selalu 'buat hal', yang selalu 'kena marah' dengan cikgu, yang selalu kena panggil dgn warden, kena sebat depan perhimpunna... tapi dia juga selalu naik pentas sewaktu hari penyampaian hadiah..

relationship kami banyak krisis, sikap S yang tak menentu, kejap hilang, kejap timbul, kejap kena gantung sekolah... saya jadi amat pening. saya juga kadang2 dicari cikgu dek kerananya. masuk Form 4, kami sekelas. kalau orang kata 'lagi best sekelas' tapi saya rasa tidak. sekelas menjadikan saya & S kurang bercakap, dan setiap kali S 'melesapkan diri' sewaktu sekolah, saya pula yang jiwa kacau.

Akhirnya, saya angkat bendera putih. S dibuang sekolah, saya pasti 'dia' (kisah cinta pertama saya di sekolah menengah) bertepuk tangan, walaupun waktu itu, dia tidak terikat dengan siapa2 pun.

saya kemudiannya bertemu I, yang setahun lebih muda daripada saya. Teman2 sekolah pastinya boleh menangkap siapa I, kerana kisah kami hangat diperkata di sekolah. I mulanya sekadar 'adik angkat', kerana I juga bukan jenis yang 'layan perempuan'. waktu dulu, dia antara top list student yang 'anti-perempuan', tapi mukanya not bad!!

dari adik angkat & kakak angkat, lama-kelamaan kami rapat, sangat rapat. kalau cuti sekolah, ayah pastinya bising sebab bil telefon tinggi. waktu cuti, kalau saya tidak ke Melaka, I akan datang KL. cinta budak sekolah, hebat jugalah dikirakan masa tu...

Dari main-main, perasaan kami jadi serius, saya benar2 suka dia. I dan saya selalu berjumpa, borak2 tapi AJK Agama waktu itu tak boleh buat apa2, warden juga sama sebab 'adik angkat & kakak angkat'...

Beberapa bulan I dan saya bermain tarik tali dengan perasaan sendiri, akhirnya beberapa bulan sebelum SPM, I bertanya saya satu soalan serius. saya tergamam kerana itu kali pertama saya disoal sebegitu rupa. rupanya, saya tidak syok sendiri...

Waktu peperiksaan SPM, I rajin menjengok saya di asrama, semua orang tahu itu... tiada rahsia. cikgu2, warden, semua tahu hubungan kami... saya rasa, mesti ada warden yang menyumpah, "menyesal aku biarkan dia berdating dulu, ingatkan setakat adik angkat"...

saya melepasi SPM, I form 5, saya tiada lagi di sekolah. I masih seperti dulu, rajin menelefon. Melalui seorg temannya, saya dapat tahu I melalui saat2 sukar di sekolah dek kerana ketiadaan saya.

Saya disekat dari menghubungi I. I pelajar kesayangan seorg cikgu dan cikgu itu melihat hubungan kami seolah menjejaskan I. semua surat saya pada I memang tak lepas, hantar guna poslaju, register hatta telegram sekalipun tidak dapat menembusi kekebalan cikgu itu. akhirnya, saya terpaksa melalui seorang teman. Ikutkan hati, geram juga dengan cikgu tu.

jarak benar2 memisahkan kami dan ujian yang saya lalui begitu getir. akhirnya hubungan itu terlerai dengan sendirinya, tanpa perlu diucap oleh sesiapa. biarlah saya & I sahaja yang tahu sebabnya (saya pasti ada teman2 yang masih ingat, malah menyaksikan drama tragis itu, dan Azimin tahu apa yang terjadi)...

antara saya & I, tidak pernah terucap PUTUS, jadi selepas I tamat SPM dan menyambung A-Level, kami berpeluang memperbaiki hubungan itu. ianya lebih kepada on off, on off.. dan selepas I, hati saya amat tertutup... benar, hati saya jadi kering, saya sejuk. saya berkawan dengan sesiapa sehaja, tak kisah la macam mana rupanya... mungkin juga kerana I dan saya masih on off, on off... jadi ramai yang tak mahu mengganggu. dan kalau saya nak reject orang, saya katalah yang saya masih ON dengan I.. hahaha, jahat kan saya?

5 tahun ianya tergantung. bila di luar negara, makin menyukarkan keadaan. sungguh, saya amat phobia dengan long distance relationship kerana para lelaki ini semua ada satu sifat, seolah2 sifat semulajadi... MALAS untuk menghubungi... malas untuk email, malas untuk SMS, malas untuk call, apa lagi kalau tulis surat, jangan harap!!

jadi, selepas 5 tahun berharap, saya tak mahu terus berharap. walaupun ibunya masih bertanya2 saya, apa kesudahan hubungan kami... walaupun ibunya kerap merisik-risik, "I ada cakap apa2 ke?" TIADA...

akhirnya, saya mula bukakan hati saya, sedikit demi sedikit... mencari2 siapa yang berhak untuk membina semuala takhta di hati saya. waktu itu ada beberapa calon, Azimin salah seorangnya. Sungguh, waktu bertemu Azimin, saya rapat dengan beberapa teman. Sama seperti Azimin, hubungan kami lebih terbuka, tiada sorok2.

Saya dan Azimin kemudiannya rapat, mencari keserasian. bila sudah rapat, saya sering tertanya2... lunch, dinner, dia hantar saya balik kerja, dari Kelana Jaya ke Kajang, jauh tu,... kemudian dia balik ke Taman Desa... hanya kawan?

bila ada teman2 pejabat yang sudah mula perasan keakraban kami, Azimin jadi tegang. kami kemudiannya memberi ruang untuk diri sendiri. Seminggu, dua minggu... 3 minggu.. dan akhirnya kami mengakui.. we need each other... every second is so different without one of us.

itulah mulanya cinta saya & Azimin
antara saya dan Azimin tak pernah ada rahsia.
saya beritahu dia siapa bekas-bekas lelaki yang pernah ada di hati saya...
'dia', S & I... dah siapa2 lagi.. semuanya saya ceritakan... tiada sedikitpun yang terselindung. Azimin juga begitu, saya kenal perempuan2 yang pernah berada di hati dia..

kalau anda mahu tahu, saya jugalah yang membuang semua gambar2 lama dia dan perempuan2 sebelum saya.. hahahahaha...

sewaktu I datang berhari raya di rumah saya, saya dengan tenang mengenalkannya pada Azimin, "my ex-bf"...

dan, sewaktu I datang bertemu saya & Azimin meminta bantuan untuk perkahwinannya, saya menghulurkan bantuan bersama Azimin tanpa banyak soal...

anda2 semua, sayalah orangnya yang membawa I & isterinya dari pintu masuk dewan sehingga ke atas pelamin... tanpa sekelumit pun rasa nak tunjal kepala I.. dan, ibu I menangis sambil memeluk saya di depan Azimin, agaknya melihat bukan saya yang menjadi menantu dia... saya hanya mampu jawab, "dah bukan jodoh kami aunty..."

jatuh cinta, kecewa, berpisah, bertemu semua dan kemudiannya menjadi sahabat bukan satu kesalahan. ada antara kita yang takut untuk bersahabat dgn bekas kekasih, takut kalau2 timbul perasaan lama. bohong kalau saya katakan yang saya tak pernah teringat kisah lama, tapi, kita kena jujur dgn diri sendiri. kalau Azimin boleh menerima I sebagai sahabat tanpa rasa curiga (saya tidak pasti isteri I bagaimana), kenapa saya perlu mengusutkan fikiran sendiri??? kerana pada saya, orang yang mencintai saya, seharusnya menerima saya seadanya...

5 comments:

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

salam perkenalan Herleen (tak sure kak or what hehehe)
baru je jadi 'pembaca senyap kat u'r blog, but this time jari takleh tahan nak komen :P.
tang jadi sahabat dgn ex-bf tu, pd saya bukan tak boleh. tp ape reaksi kita setiap kali online di fb (sy x bg no hp takut diganggu), mesej2 yg dia tulis tu semua nak mengimbau kisah lalu, siap2 rindu2 kat kita apa kes kan? so pada sy baik tak berkawan terus, cukup kat fb je. dia mintak no hp sy x bagi. oh dia pun dah kawin ye, ade anak sorang baru.

yin said...

kak leen..suka ayat kak leen..sapa2 yg jadi pasangan kita..dia mestilah menerima dr kita seadanya...itu lebih bermakna...bukan paras rupa, kekayaan, akal n sbgnya...n paling penting adalah saling memerlukan ant satu sama len...

atom28 said...

1. "jatuh cinta, kecewa, berpisah, bertemu semua dan kemudiannya menjadi sahabat bukan satu kesalahan."

saya sokong juga kenyataan ni. menjadi sahabat itu yang terbaik.kalau kedua-dua belah pihak dapat terima seadanya, mmg sgt bagus. tp kalo hanya sebelah pihak je bley berkawan sebelah pihak lagi tidak, susah juga.

2. setuju gak ngan kak leen, sapa2 yg jadi pasangan kita perlu terima kita seadanya. sgt sokong. :D

May Allah bless you and family always. Amiin.

Herleen said...

UmmiNor - memang menakutkan kalau ex-bf sebegitu rupa, tambahan pula bila dah berkeluarga. saya juga awalnya takut perasaan 'terover' dari yg sepatutnya tapi saya didik hati saya awal2 lagi untuk menjadikannya NEUTRAL supaya dunia aman damai... Bohong kalau saya katakan tak pernah sekalipun terbayang kenangan manis masa bercinta, tapi selepas itu saya cepat2 tersedar & faham, itu kisah masa silam..

Herleen said...

Yin & Iman -
benar, siapa yang sedia menerima kita, perlu bersedia menerima masa silam kita... semua itu kan fitrah manusia...