Itulah ucapan yang sejujurnya lahir dari hati saya. Amat jujur kerana saya tidak pernah merasa setenang ini. Banyak yang terjadi sepanjang April 2010 dan setiap satu kejadian, saya lalui dengan rasa syukur yang tak terhingga ke hadratNya, ALHAMDULILLAH...
Permulaan yang amat sibuk untuk bukan ke empat tahun ini. My one and only sister tie a knot on 10th April dengan lelaki kesayangannya yang telah berjaya membuka pintu hatinya setelah sekian lama menyendiri. Dan paling mengejutkan, lelaki ini bukanlah orang yang dikenalinya dalam setahun dua kebelakangan ini. Lelaki ini adalah teman sekelas sewaktu sama2 di MMU. Sungguh, kuasa dan perancangan Yang Maha Esa tak mungkin dapat diduga oleh manusia...
Dalam sibuk2 dengan persiapan Weeza (adik saya), lelaki kesayangan saya ini pula sedang berhempas-pulas menyiapkan thesis untuk submissionnya... "I MUST PRESENT IT BEFORE WEEZA'S WEDDING"... Itu janji Azimin dan itulah yang dikotakannya... Dan alhamdulillah, Senat UKM telah menganugerahkan beliau DR di pangkal namanya... Bertambah panjanglah namanya... CONGRATULATION DR. IDR. AZIMIN SAMSUL MOHD TAZILAN... dengan ucapan, "bila nak makan besar? bila tanya asyik diet jer?"
April ini juga anak perempuan kesayangan saya meningkat usianya ke 7 tahun. HAPPY BIRTHDAY ANGGUN!!! Dan saya adalah orang yang sangat bersyukur dengan kurniaan itu... Dan kerana itu, saya telah bersetuju untuk menghadiahkan something special & meaningful to my beloved kids...
Akhirnya, selepas lebih 10 tahun, saya mengundurkan diri secara terhormat dari dunia yang amat saya kasihi. Saya rasa itu PATUT sekali kerana saya tidak TERGAMAK untuk terus membiarkan ANGGUN & ALAM dalam keadaan kecelaruan dengan bahasa2 indonesia yang melampau... hehehe... Saya mengundurkan diri... kerana kata2 hikmat dari seorang teman membuatkan saya tersentak, dan di waktu itu adalah ketika saya meninggalkan rumah dek kerana urusan tugas selama seminggu...
"Why should u really take care of others' kids and let other people take care of your kids?"
Waktu itu terasa laju air mata saya mengalir, lalu perasaan ketidak-celaruan terus menghimpit saya... dan ketika itulah saya berfikir, membuat timbang kira, agar ianya rata... waktu itu saya masih was-was...
kepulangan saya ke rumah disambut dengan a very warmest greeting from ALAM FIRDAUS FARHIN.. dengan satu ayat, saya terus sebak... "MUMMY, ALAM RINDU BANYAK!!!"
Saya tahu amat payah untuk saya berdiskusi dengan Azimin untuk kesekiankalinya kerana dia telah mengutarakan persoalan ini bukan baru sekali dua, bukan sebulan dua, malah bukan setahun dua... Kerana Azimin adalah insan yang sentiasa mahu saya bebes dari MAKAN GAJI... dan, Azimin adalah satu-satunya insan yang percaya pada kebolehan saya, kekuatan saya yang boleh berdiri di atas kali sendiri.
Mungkin beberapa kali di beberapa tahun sebelum ini saya tidak begitu yakin, saya bimbang sekiranya saya tidak mampu... tapi kini saya amat yakin sekali, percaturan saya tidak salah. Kerana setelah hampir setahun menghayun langkah bersama KIRANNA SHOP, saya yakin ianya telah stabil dan mampu berdiri di atas kaki sendiri... Tambah bangga, saya mengusahakannya sendiri, dengan titik peluh saya sendiri...
Dan, GAIA ARTS & GIFTS juga mula bangkit kembali, sedikit demi sedikit setelah berehat lama sejak saya mulakan tugas yang begitu berat di syarikat orang lain. Saya amat bersyukur, sambutan sewaktu kembali ke arena ini dipermudahkan laluannya...
ARCHIFRCE INVENT adalah usaha saya bersama Azimin & Weeza (adik saya) sejak 4 tahun yang lalu. Kesibukan saya membataskan segala-galanya. Dek mengejar pangkat & gaji lumayan di tempat orang, akhirnya saya hanya sekadar memberikan tandatangan saya setiap kali cek mahu dikeluarkan, ataupun sewaktu urusan bank... projects masih masuk seperti biasa, mujur masih ada Azimin yang monitor...
X-SITE INVENT adalah hasil kreatif yang mahu diketengahkan Azimin di samping usaha meng'develop' anak2 didiknya untuk berfikiran terbuka. Di situlah wujudnya insan2 yang datangnya dari bidang 'Architecture' yang diketengahkan ke alam 'Business', hasil gabungan Azimin & Herleena. Lalu, X-SITE adalah usaha mengkomersialkan setiap prototype ciptaan Azimin, yang pastinya setiap satu mempunya sejarah yang tersendiri...
Dari Breathing Dorr, Eco Tiolet (sudahpun dikomersialkan di Angkasa, Langkawi dan saya amat sukakan nya)Escube, Expose...maaf, banyak yg saya lupa namanya tapi yg saya tahu, semuanya telah dipatentkan, dan sewaktu April ini juga, Mypo telah menyampaikan khabar bahawa semua patent itu telahpun mendapat Registered (sebelum ini sekadar TM - Trade Mark)
Dan hadiah saya untuk Anggun & Alam, janji saya untuk tidak terlalu sibuk... Saya akan cuba membahagikan masa untuk bersama Anggun & Alam sebaik mungkin, dan dalam masa yg sama, tidak mengabaikan Kiranna Shop, Gaia Arts & Gifts, Archiforce Invent and X-Site Invent... Lepas nie kena selalu pergi jengok Escube kat UKM... Sampai terlupa apa menu yang still available...
No comments:
Post a Comment