Monday, March 17, 2008

PM umum senarai Kabinet hari ini

PUTRAJAYA: Barisan anggota Kabinet baru dijangka diumumkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dan majlis mengangkat sumpah pelantikan jawatan, taat setia serta menyimpan rahsia Jemaah Menteri akan diadakan di Istana Negara, esok.

Perdana Menteri dikatakan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, pagi ini sebelum mengadakan sidang media khas di Bangunan Perdana Putra, kira-kira jam 12 tengah hari bagi mengumumkan senarai Jemaah Menteri. Sidang akhbar itu akan disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3.

Majlis mengangkat sumpah pelantikan jawatan, taat setia dan menyimpan rahsia Jemaah Menteri pula dijadual diadakan di Istana Negara pada jam 11 pagi esok dan disusuli mesyuarat Kabinet pertama di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Istiadat mengangkat sumpah anggota Kabinet baru itu akan diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Minggu lalu, Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Sultan Mizan, dua hari selepas BN memenangi 140 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Kelmarin, Bernama melaporkan Abdullah dijadual mengumumkan Kabinet baru yang dijangka lebih kecil dengan dibarisi ramai muka baru yang menang pada pilihan raya umum lalu.

Petunjuk awal membayangkan barisan Kabinet itu mungkin mengandungi antara 26 hingga 28 menteri berbanding 31 sebelum ini, kerana sesetengah kementerian akan digabungkan bagi mengelak pertindihan bidang kuasa.

Sejak beberapa hari lalu, Perdana Menteri mengadakan beberapa mesyuarat dengan ketua parti komponen BN berhubung pelantikan anggota Kabinet sebelum beliau membuat keputusan yang diyakini dapat memenuhi konsep perkongsian kuasa. Sementara itu, Berita Harian difahamkan, dalam Kabinet baru itu Perdana Menteri akan turut memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah manakala timbalannya, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Datuk Seri Syed Hamid Albar dijangka dilantik Menteri Pertahanan; Datuk Seri Rafidah Aziz ditukarkan ke Kementerian Luar; tempatnya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri diserah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan akan digugurkan dan dilantik Setiausaha Agung Umno. Datuk Seri Jamaludin Jarjis dijangka mengetuai Kementerian Kerjaraya, Air dan Tenaga; Pertanian (Datuk Mohd Shafie Apdal); Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Zulhasnan Rafique); Kewangan (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop).

Ketua Wanita MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen (Kesihatan), Pengangkutan (Datuk Ong Ka Chuan), Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi yang digabungkan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein).

Pengumuman Perdana Menteri sebelum ini bahawa menteri yang tewas pada pilihan raya umum lalu tidak akan dilantik semula, memberikan gambaran mungkin tiada pelantikan sebagai senator untuk kemasukan dalam Kabinet.

Barisan baru Kabinet juga dijangka menyaksikan pelantikan beberapa muka baru di kalangan wakil rakyat wanita, termasuk Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Shadique dan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad

Monday, March 3, 2008

Things Come and Go...






A lot of changes happened in our life recently. New things come, old things go and most of it we still keep it for ‘kenangan’. It started with a dream. Azimin and me has a lot of dreams and I believe we work very hard to achieve it. Azimin always told me, “be a practical dreamer”...

One of the big changes in our life is... the changes from WIRA CE to WISH XS is the biggest scenario.

WHY change?

I dont know why... Azimin tetiba bayar duit booking senyap-senyap without my knowledge. And I believe, he did that because dia memang suka kereta tu. And, of course I like it too...

WHEN change?

It started somewhere @ January 2008. Yang aku realised, satu hari nie (Sunday) Azimin kata dia nak keluar pergi photostate. But then, after more than 2.5 hours, Azimin not even reached home. He promised to buy the lunch as well tapi tak nampak batang hidung. After dia balik, of course la aku dah tarik muka. But, he still buat bodoh.

That night, I asked him for some money and he asked me to take it from his wallet. Tengah bukak wallet, suddenly he cakap, “JANGAN BUKAK. BAGI SINI WALLET I, I AMBIK SENDIRI.” Hah!!! Something wrong somewhere... Malam tu, after he went into the room, aku pun start la selak2 wallet dia. And I saw a receipt of SYARIKAT RAHMAN BROTHERS. Aku senyum jer la...

I still keep it as a secret. Nobody know that I knew about it. Till one fine day, we were on the way from taking Anggun to clinic, I received a phone call from a bank, mentioned that “suami cik ada buat car loan untuk kerete......”... Pecah rahsia...

WHO’s idea?

Azimin of course.

WHERE we bought?

Started from the day that the bank called me, I became the committee of this project. Yang penting, RAHSIA. Both of us started to berulang-alik to Senawang (Rahman Brothers) and after almost a month, the salesman gave us a call bagitahu ada kereta masuk from Japan and askeed us to come and have a look...

HOW all this things happened?

Azimin’s idea. Semuanya kena rahsia. Sama macam masa we bought my Kenari. Tak boleh bising-bising sebab kalau kereta tak sampai / tak de stock, parah...

And what a co-incident, loan dah more than a week approved, kereta tak masuk2 lagi. Bila masuk, colour pearl white pulak. We requested black tapi, at last agreed with the pearl white. Buat setakat nie, this is the only pic yang ada dalam simpanan.


To my beloved WIRA CE, may be this is the best time to change. WIRA tu dah berkhidmat dengan kitaorang lama jugak... almost 5 years. Nasib baik masa tolak dekat orang tu, they willing to pay the price. So, tolak hutang bank jer la...