Tuesday, August 18, 2015

Jam Jasad: Sebuah Fitrah Manusia

Kalaulah Mesin Cahaya Masa naskah dari Wani Ardy ini datang pada aku dua tahun dahulu, mungkin aku akan cuba faham, atau paling tidakpun akan aku beringat-ingat supaya tidak melanggar ‘Jam Jasad’ yang Allah fitrahkan buat kita.

Tapi sudah ketentuan Yang Maha Esa menetapkan aku dikurniakan rasa dan tenaga kerja dan rajin, lalu aku menerjah dan menggunakan semua itu sekuat mungkin. Hingga melawan jam jasad yang Allah kuncikan pada tubuh kita. Kerana aku lupa, tubuh manusia bukan hanya milik jiwa dan rasa ingin kaya dan berjaya. Tubuh kita berkongsi hidupnya dengan elemen-elemen lain; nafas, saraf, darah, oksigen dan sebagainya.

Walau tenaga masih boleh dikerah, walau penat masih boleh untuk kita tidak endah, tapi hakikatnya saraf, nafas, darah mahupun oksigen sudah lelah. Mereka perlu masa untuk berehat.

Wani, tersentak sungguh malah tersentap bila bait-bait dibaca. Rasa macam tertampar pipi sendiri. Sebarkanlah, jangan kita sesekali melanggar hukum alam yang satu ini. Kerana rasa 'binasanya' terlalu pedih


Aku sudah merasainya.












Friday, July 10, 2015

Selagi Kita Namanya Khalifah

Sedang viral video ucapan luahan hati seorang anak muda bernama Zahra. Penuh terkesan walaupun nadanya lembut. Jujurnya saya simpati. Anak gadis itu kelihatan naif.

Kisah dongeng graduan lepasan universiti akan mendapat gaji besar dan pekerjaan yang bagus seharusnya kita lupuskan dari dulu. Saya faham, itu adalah slogan yang sering digunakan ibu bapa untuk menaikkan semangat anak-anak untuk gigih belajar hingga mendapat kejayaan di menara gading. Tapi hakikat yang tidak diberitahu adalah, selepas tamat pengajian, kemungkinan untuk para graduan menganggur adalah amat besar.

Realitinya, selepas bergelar graduan, banyak onak duri yang perlu dilalui. Turun naik tangga memanjat bangunan untuk interview yang rata-ratanya mahukan pengalaman. Bila sudah dapat, gajinya pula tidak seberapa. Job scopenya pula tiada yang sama dengan apa yang dipelajari ketika di universiti. Tambah menyeksa, politik pejabat, dan kerja-kerja yang diarahkan tidak mencabar minda dan pemikiran anak muda yang semangat juangnya sedang membara.

Jujurnya, kita perlu lakukan apa sahaja untuk survive. Ia bukan mudah dan tiada jalan mudah untuk senang kecuali kita datangnya dari keluarga keturunan berharta, yang sudah mempunyai legasi perniagaan. Jadi kita boleh menumpang senang.

Waktu saya tamatkan pengajian diploma, kerja pertama saya waktu itu adalah 'Telemarkerter'; mempromosikan loyalty card sebuah hotel bertaraf 5 bintang. Interviewnya tidak susah walhal iklannya mencari pekerja juga nampak menarik. Dalam satu bilik, berhimpit lebih 50 orang dan setiap seorang diberikan satu telefon. Ya, gajinya satu loyalty membership yang disign approved, dapatlah dalam RM200 tak silap. Kerja itu saya tahan seminggu. Lepas tu tak datang lagi dah. Saya tidak cukup kuat rasanya untuk bercakap tanpa henti mempromosi, tambah pula ayat saya tiada langsung yang manis menggoda.

Saya kemudiannya menyambung pengajian. Mungkin itu jalan terbaik memandangkan saya belum bersedia untuk berjuang di alam pekerjaan. Lantas saya memutuskan untuk mengutip sebanyak mana pengalaman dengan sebanyak mana manusia yang saya jumpa. Saya juga memberanikan diri berada di kolej yang rata-ratanya dari bangsa lain walaupun saya boleh memilih untuk berada di comfort zone universiti tempatan.

Dengan first degree, sekali lagi saya harus berjuang di dunia luar di zaman  kegawatan ekonomi. Degree seakan tiada nilainya. Tengok iklan di suratkhabar dan internet, yang paling layak memohon hanyalah bidang 'customer services', 'telemarketing', 'promoter'. Tulislah indah bagaimana pun nama positionnya, akhirnya kerja hakikinya masih promote itu ini. Yang 'up' sedikit, dapat rezeki dalam banking industry. Tapi masih lagi menjual dan mempromotekan credit card. Berharap pada komisyen.

Rezeki saya bersama Mid Valley Services & Management sebagai Customer Care Officer, bahasa senangnya, jaga information counter. Bekerja shift, off day BUKAN hari Sabtu, Ahad & public holiday bukan senang. Nasib baiklah kerja di shopping mall, ada sale, ada kawan-kawan yang boleh simpankan barang yang kita hajati sampai hari kita dapat  gaji. Itulah hiburan.

Waktu itu saya tinggal bersama keluarga di Kajang. Boleh bayangkan waktu itu dari Kajang ke Mid Valley, saya ambil bas dari main road depan rumah hingga ke Kajang. Samada selepas itu naik bas terus ke KL ataupun naik komuter hingga ke KL (waktu itu belum ada perhentian komuter Mid Valley), seterusnya naik bas Intrakota ke Mid Valley. Kalau kena shift malam, habis kerja pukul 10.30pm, ayah saya akan tolong ambil.

Itu rutin saya sepanjang setahun sehinggalah kemudiannya saya beralih arah ke Limkokwing Institute yang waktu itu berkampus di Kelana Jaya. Nasib saya agak baik waktu itu kerana ayah saya berkerja di Subang, lalu saya tumpang ayah.

Gaji? Fresh grad salary saya hanyalah RM1550, berulang-alik dari Kajang ke Mid Valley 6 hari seminggu, ditambah dengan belanja makan (di Mid Valley tiada warung berdekatan; food court tempat utama, sampai tengah - hujung bulan, kami beli makanan di Carefour dan makan di office) amatlah sukar. Waktu di Limkokwing juga, gaji Executive masih tidak menjadikan saya mampu membeli kereta. Saya tumpang ayah, atau selebihnya saya naik LRT. Cuma mungkin rezeki jodoh saya ada di situ, lalu saya dapat menumpang senang seorang lelaki yang sanggup mengharung jammed hingga ke Kajang tiap kali kami dating secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kawan-kawan lain selepas waktu pejabat.

Rezeki saya murah selepas berkahwin. Lepas satu, satu. Jujurnya saya tidak memilih untuk berkahwin dengan lelaki kaya walaupun pilihan itu ada. Saya hanya percaya pada kuasa Illahi dan rezeki yang ditentukan buat saya.

Komplikasi waktu mengandungkan anak pertama membuatkan saya berhenti kerja. Banyak pengorbanan yang harus kami berdua redah. Hutang bank study loan saya RM500 setiap bulan. Saya dan suami pernah hidup berbekalkan roti Gardenia besar. Itulah yang kami buat berbuka puasa dan sahur.

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Adil. Dengan puteri Anggun yang masih kecil, saya mendapat kerja dengan cara yang dipermudahkan. Dan saya semakin tahu arah tuju dan membina karier yang saya mahukan walaupun ianya sungguh tidak sama dengan apa yang saya kejarkan sewaktu di universiti.

Belasan tahun berjuang, saya melihat ramai insan-insan yang berjaya menggenggam sijil, diploma dan ijazah. Dan pada mereka saya sering katakan, jangan sangka kehidupan selepas melangkah keluar dari alam pelajar adalah mudah. Jangan berangan akan terus pakai kereta besar berjenama, bergaji besar seperti yang selalu tonton dalam drama atau filem melainkan mereka anak orang kaya yang harta keluarga setinggi gunung.

Saya sering gunakan contoh teman saya yang bernama Norlin. Dia mulakan kerjaya selepas tamat belajar di Toy'r'Us selama dua tahun. Kira stok dalam setor, mop lantai, lap habuk, balut hadiah semua dia buat sebelum saya bertemu dia di Mid Valley yang waktu itu hanya Leasing Executive. Sedikitpun tidak mengeluh, sedikitpun tidak bermegah walaupun hakikatnya, pakciknya adalah Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Dia masih boleh duduk makan bersama saya, kadang-kadang membantu di dalam info counter. Perjalanan dia amat panjang, selepas Mid Valley dia ke beberapa lagi shopping mall lain, naik setingkat demi setingkat sehinggalah akhirnya dia mengambil alih perniagaan keluarganya. Hampir 10 tahun menimba pengalaman.

Tanya pada diri sendiri, sanggupkah kita yang ber'ijazah' ini memohon kerja di Toy'r'Us dan bertahan hingga dua tahun? Pada kita, kerja sebegitu untuk budak-budak lepasan SPM sementara menunggu keputusan keluar. Tapi tidak pada Norlin.

Saya akui, zaman sekarang serba mencabar. Untuk terus hidup, kita perlu terus berjuang. Zaman sekarang kita perlu mencari sesuatu yang 'value added skills' untuk terus bertahan. Kalau dulu, kita rasa bila dah gah di pejabat, cukuplah. Tapi zaman ini, yang tahu masak, yang ada baking skill, pandai menjahit, hasilnya lumayan. Yang petah bercakap, boleh jadi emcee. Yang ada event management skills, boleh organise macam-macam event. Itulah hakikatnya.

Jadi adik-adik, buangkan angan-angan lepas habis belajar akan dapat kerja bagus, gaji besar, rumah besar, hidup mewah semua itu dari senarai angan-angan kamu semua. Berpijak di bumi nyata. Percayalah, makcik jual goreng pisang adakalanya lebih kaya dari yang kerja dalam aircond, ber'suit' bagai. Rezeki kita ditentukan Allah tapi Dia mahukan kita berusaha. Bumi Allah itu luas. Saya selalu berkata itu pada kawan-kawan yang ditarik rezekinya, diberhentikan kerja etc. Kita perlu kuat dan terus berjuang sebagai khalifah bumi. InsyaAllah.








Monday, July 6, 2015

Terima Kasih Cinta

Terima kasih wahai cinta
Kerna masih tetap terus bersama
Walau kita makin dimamah usia
Moga hari-hari kita terus direstu & diberkati.

The 37th Celebration

Precious moment being together. I love you people.
Hadiah yang paling berharga adalah bila kegembiraan kami dapat dikongsi & kenikmatan itu kami rasai. Terima kasih wahai kesayangan hamba.
P/s: tapi hadiah lain tetap mahu ya @azimintazilan

Bila dah namanya hampir-hampir masuk 4 series, the best moment pada kita adalah bila bersama insan-insan tersayang. Kita dah tak kisah dah samada kawan itu, kawan sana, itu ini yang lain yang tak ingat hari lahir kita, sebab yang utama, cinta hati kita sentiasa ada bersama.


Wednesday, May 27, 2015

13 Years of Love Journey

Tahun-tahun Kita

Kita tidak pernah merangka
Mana yang ulu mana yang hujungnya
Kerna tika kita mula ditimpa rasa
Kita masih tertanya
Apa sinambungannya, bila sudahnya
Malah siapakah orangnya
Isyarat merisik suara hati
Dan kita lalui sejujurnya
Kerna janji kita
Biar pedih, biar sukar
Biar tersungkur ribuan kali
Kita harus tetap menerus langkah
Biar tempang
Biar bertongkat
Biar berpapah
Kita harus tabah melukis indah
Menambah tiap tahun mencipta sejarah
-eleen.jamaluddin-
24th May 2015
**h.a.p.p.y.1.3.t.h.a.n.n.i.v.e.r.s.a.r.y.L.U.V.**
@azimintazilan








Monday, May 25, 2015

Sunday, May 24, 2015

13th Years of Love Journey

Thank you for putting up with my imperfections for the past 13 years. Till you see the perfect me in syurga. I would try to be at least the best women and wife you could ever have in dunia.

Happy 13th Anniversary to my beloved husband
Moga kasih sayang kita kekal hingga ke jannah

Love, 
-eleen.jamaluddin-






Thursday, April 9, 2015

Inilah Dunia

Selalu orang kata pada aku, hati-hati dengan orang itu, 'baik-baik' dengan orang ini. Sebab aku adalah jenis kalau orang yang baik dengan aku minta tolong, aku akan tolong. Biar kederat aku kurang tapi aku akan pastikan aku tetap membantu biarpun sedikit. 

Ada orang pernah cakap pada aku, kenapa perlu jadi terlalu baik sampai orang-orang yang tak berapa baik dengan aku pun, bila mahukan pertolongan laju saja menghala ke arah aku. 

Biarlah. Pada aku itu lumrah manusia. Biar sekeras konkrit khalayak memandang aku tapi dalam hati aku ada sekelumit rasa yang cepat tersentuh melihat kekalutan orang lain. 

Jujurnya, aku sayangkan ramai orang sekeliling aku. Kawan-kawan yang aku angkat menjadi sahabat, bukan satu dua. Atas nama sahabat, biarpun dia berbuat salah, biar berkoyan dia dikata dikutuk, aku akan tetap berada di sebelah. Tidak perlu dihukum seumur hidup. Bukan sedikitpun tempias yang terhumban pada aku. Tapi, apa guna mengaku kita faham makna sahabat tapi kita tak pernah mahu cuba menyelaminya.

Kita pun namanya manusia, tidak sempurna. Dan selagi bernama manusia, kita berhak mendapat kemaafan.

Aku pernah rasa bagaimana sakitnya dicaci. Pernah rasa macammana pedihnya dihina, bila orang sekeliling melayan aku seperti orang asing yang terasing. Dikatakan bodoh. Aku pernah melalui satu zaman yang memang aku tidak mahu mengulanginya. Aku pernah merasai bagaimana kecewanya bila aku terpaksa menyendiri kerana tiada siapa mahu berpihak pada aku. Mungkin kerana itu, aku tidak mahu orang-orang yang dekat dengan aku merasainya walaupun itu adalah kenapa aku menjadi kuat sekeras batu.

Ini dunia. Bukan semua orang sanggup susah kerana kita. Bukan semua orang sanggup terluka kerana kita. Biarpun waktu dia susah kecewa, kitalah tempat dia bercerita meluah rasa. Kitalah tempat dia berkongsi meminta bantu. Tapi kerana ini dunia, kita tidak boleh mengharap orang yang kita tolong kala susahnya akan sanggup bersusah seperti yang kita lakukan untuknya.

Kerana ini dunialah, sebagai manusia aku pernah mengharap orang yang pernah menghiba diratap aku, ada rasa menghargai, ada rasa percaya. Tapi kerana dunialah, aku tahu, ini masanya untuk aku persetankan manusia berperasaan seperti kamu.









Tuesday, March 24, 2015

De Meises Dengarlah Bintang Hatiku~lirik~





I believed you sang it for me LUV. I dengar banyak kali :) hehehehe




Tuesday, February 10, 2015

"My dad's story": Dream for My Child | MetLife





Pengorbanan seorang ayah yang sentiasa mahukan anaknya gembira, melewati zaman kanak-kanak seperti kanak-kanak lain.



Sayang Ayah.

Thursday, February 5, 2015

Keep Moving Eleen!!!

2015 is a tough year for me. Beside the continuation of CTS & De’Quervain physio, acupuncture, taking supplements, etc banyak lagi dugaan yang tersedia untuk dirasa. Yang terbaru, Plantar Fasciitis. Ada orang yang pernah beritahu aku, ada insan-insan yang tanya:

-          ‘teruk sangat ke sakitnya?
-          ‘sakit macam kanser ke yang ada stage berapa?’
-          ‘payah sangat ke kena sakit macam tu?’

Kenapa? Sebab kata-kata orang, kalau tak teruk macam Kanser, taklah teruk maknanya. Habis, kenapa asyik cari alasan bila mintak tolong itu ini, bila diberi kerja itu ini? Bila tanya asyik kata sakit.

Beginilah senang.

CTS & DQ, and yang terbaru PF ialah antara sakit-sakit yang tidaklah seteruk Kanser kalau awak-awak semua nak tahu. Cuma mereka bertiga ini adalah antara sakit yang tiada ubat-ubatan medical. Yang ada hanyalah physiotherapy yang secara psychologynya membantu kita untuk menjadi tenang. Yang mana bila waktu physio session itu, kita akan dapat melihat orang lain yang tangan & kakinya lebih teruk dari kita. Secara jujurnya, aku pernah rasa amat down bila tangan yang selama ini menjadi asset mencari rezeki tiba-tiba tidak boleh diteruskan lagi. Tapi sepanjang physio session selama hampir setahun ini, aku disedarkan yang ada lagi insan-insan yang lebih malang dari aku.

1.       Aku pernah berbual dengan seorang perempuan muda, belum berkahwin yang tangan kanannya sudah 4 kali undergo operations. Tangan kanan + 4 jarinya terbakar, 1 jari luka teruk akibat terkena api dari kuali masa goreng keropok.  Bukan melecur terkena minyak tapi DISAMBAR API. Kesian sangat aku dengan dia. Rupa cantik, sweet sangat. Katanya, boy-friend pun dah lari tinggalkan dia.

2.       Ada sekali nie, aku ditegur seorang perempuan tomboy. She’s wearing a hospital patient uniform. Katanya dah 3 minggu di hospital. Separuh muka & kedua tangan pun terbakar. Tapi dia amat cool, siap offer aku Cadbudy lagi. Aku tanya kenapa? Katanya ada kawan lelaki dia (lelaki nie minat dia, dah ada gf dan dia tak layan) simbah dia dengan minyak petrol yang dalamnya dah dicampur dengan macam-macam. Panas & rasa macam terbakar. Ada api naik jugak tapi tak lama. Tapi kulit dia lungkas sebab panas & melecur.

3.       Baru tadi, patient sebelah aku masa physio; seorang aunty India ni. Masa buat celup tangan dalam wax panas, aku tak perasan lagi tapi lepas bukak wax, aku nampak tangan dia mcm senget and lekuk-lekuk. Orang sebelah kiri dia tanya kenapa? Dia kata, “husband saya parangkan tangan saya. Nasib baik dapat sambung balik.” Full stop. Aku yang dengar dan lihat rasa macam nak mengalir air mata. Tambah lagi bila tengok aunty nie mengaduh tahan sakit masa exercise. Kata aunty tu, ini tahun ke 5 dia berulang-alik buat physio.

Ya, aku tak seteruk itu. Bayangkanlah keperitan mereka bertiga lalui tanpa sokongan dan rasa cinta. Aku harus bersyukur kerana selepas lebih setahun berjuang, sang suami masih di sisi memberi sokongan selain mengambil alih banyak tugasan yang sebelumnya aku pikul. Aku juga tak tergamak untuk bertanya berapa jumlah wang yang telah terlebur untuk segala macam jenis rawatan, ubatan dan supplements yang dia sediakan.

Jika dilihat dari jangkamasa pemulihan sakit-sakit ini, paling awal untuk beransur pulih adalah 2 tahun. Ya, ada yang suggest untuk operation tapi itu bukan pilihan aku. For a year of physiotherapy sessions, I met many people yang dah merelakan diri di’operate’. Ada yang pulih seperti sebelum sakit. Ada yang masih kebas dan tidak merasa apa-apa. Ada yang makin sakit. Jujurnya, nerve setiap manusia tidak sama dan terlalu kecil. Jadi untuk itu, aku memilih untuk tidak di’operate’.

Few friends suggested me for an acupuncture which it works to them. And Alhamdulillah, it works on me too. Ingat lagi, waktu meluahkan rasa down pada Dato’ Mazlan (the spacewomen) sewaktu pertama kali berjumpa dengan beliau selepas 7-8 tahun beliau berkhidmat di Vienna, katanya “I pun kena dulu. Waktu di Vienna and it takes me 1 year and the half before I decided to go for an operation.” Jadi aku baru setahun kan?

CTS & DQ bukanlah setakat sakit tangan lenguh-lenguh biasa yang boleh baik bila disapu Yoko Yoko. Tidak. Ia juga bukanlah kebas yang akan hilang bila kita urut-urut biasa. Ia adalah satu rasa yang tak dapat ditafsir bila pegang barang terlepas, pegang stereng nak drive kereta tak rasa apa & hilang control – yang boleh sebabkan accident, makan pegang sudu pun tak larat etc. As for me, I used my hands to write, bake, all the housework and office-work, driving up and down Melaka –KL etc. So, masa mula-mula tangan tak boleh gerak, tak de rasa apa-apa, sakit semua, definitely aku down yang amat sangat. I can’t bake! I can’t even hold a pen! I have to wait for people to feed me if I wanted to eat or drink. Untuk orang yang selalu kerja 48 hours straight macam aku, aku rasa aku punya sebab yang amat bagus untuk rasa teramat down bila 3 jari dari tangan kanan + 3 jari dari tangan kiri tak boleh gerak. Tangan ok!!


But aku harus berterima kasih pada insan-insan yang amat memahami hati jiwa raga ini. Yang tak ambil hati bila aku mengamuk sambil menangis bila rasa down, yang selalu bagi kata-kata semangat & support, yang selalu menyabarkan aku yang kurang sabar nie dan yang paling penting, pada insan-insan yang tanpa berkira (walaupun ada yang berkira jugak) mengambil alih segala tugasan rumah (hehehhe) dan pejabat, termasuk Warung Seni, dan yang lain-lain. Terima kasih semua. Bak kata orang, ‘Yoou will never know how pain is it until you have to feel it with your own blood. Peace!!





Monday, January 26, 2015

Selamanya Pada Hati

Biarpun masa berlalu
Biar waktu kian berubah
Biar semangat terlekuk kikis 
Namun hati dan perasaan masih tetap 
Serupa

-Eleen Jamaluddin-
260115




Saturday, January 3, 2015

Happy New Year 2015

Happy New Year
Selamat Tahun Baru
Welcome 2015

Azam baru? Mestilah ada. Tiap-tiap hari pun ada azam baru. 

Moga 2015 ini lebih diberkati, lebih dilindungi dan lebih bersemarak setiap semangat yang kita junjungi.

Nanti kita cerita lagi ya. Rindu nak celoteh-celoteh