Thursday, August 14, 2014

Terima Kasih Kekasih

Banyak perkara yang menerjah kami, banyak kekusutan yang ditimbulkan oleh pihak lain. Ia bukan sekadar sakit, kadang-kala luka parah. Kadang-kala ada hari yang tercalarm ada naluri yang terluka, ada jiwa yang hilang menjauh.

Tapi semangat dia sungguh luar biasa. Dia tetap berdiri teguh, tetap menyalakan semangat yang sudah pudar di pihak aku. Melenyapkan setiap peringkat ego lelaki, menghulur tangannya, memimpin aku untuk bangun kembali. Lelaki ini gigih berusaha membuat aku kembali tersenyum.

Ya, beberapa hari kebelakangan ini aku disakiti oleh orang yang kononnya baik mendekati kami tapi penuh agenda tersembunyi. Aku masih ingat, penghijrahan dari universiti korporat ternama kepada universiti awam adalah semata kerana mahu membantu anak bangsa. Tapi adakalanya, anak-anak bangsa ini ada terselit spesis yang tidak berhati perut, tidak sedar diri mungkin juga sesuai. Pandainya jauh sekali, penuh bermasalah baik pelajaran apatah lagi peribadi. Tapi akalnya bijak menyogok masalah peribadi, bermain emosi.

Love Bravely. Bila kita cintakan dia, harusnya kita berani bersamanya biar apapun dugaannya, selagi tidak memudaratkan.

Terima kasih Cinta.







Monday, August 11, 2014

Pencarian Ini

Pencarian Ini

Aku sedang mencari
Ceruk mana duduknya ranting hati yang patah
Ke mana hilangnya cebisan jiwa yang terobek
Yang kau tinggalkan lewat purnama lalu

Berikan aku masa wahai Cinta
Hingga aku ketemu hati dan jiwa semula

-eleen.jamaluddin-


Bukan kerja senang, membina semangat yang sudah abu jadinya. Kerma ia lebih sukar dari melakar impian di dada awan. Lalu aku mohon, berikan aku sedikit masa. Jangan kau biar aku lemas dibawa ombak. Hulurkan sebelah tanganmu, agar aku bisa dipimpin ke akhir usia.

Wahai Cinta, ini bukan pengakhir cinta