Sunday, March 25, 2012
Kerana Aku Ini Manusia
Lama pena tidak menari
Lama jiwa tidak membelai
Lama rasa tidak didatangi
Aku masih di sini
Masih di tempat yang sama
Masih pada hati & jiwa yang sama
Mungkin kesempatan itu amat terhad
Terlalu terhad
Nama pun aku manusia
Yang serba kekurangan
Yang serba keterbatasan
Lalu kerana itulah aku selalu kurang kesempatan
Aku manusia
Pernah kecewa pernah terluka
Pernah terjatuh juga tersungkur
Pernah hitam pernah berceloreng
Namun hidup ini satu anugerah
Hidup ini satu percubaan
Hidup ini satu perjudian
Lalu kerana itu
Hidup mesti diteruskan
Kerana aku ini manusia
Aku rawat dari kecewa dari luka
Aku bangun dari jatuh dari luka
Aku sisip hitam juga celoreng
Kerana aku ini manusia
Aku hargai setiap anugerah
Aku gagahi setiap percubaan
Aku menangi setiap perjudian
Kerana hidup mesti diteruskan
Kerana aku ini manusia
Aku lari mengejar bintang
Aku bangkit dari sungkuran
Aku warnai kembali kanvas kehidupan
Kerana aku ini manusia
Tidak mahu dikata kalah
Kerana aku ini manusia
Lalu aku pantang menyerah
eleen
bdr enstek
march 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)