Wednesday, October 12, 2011

7C Sebab Suami Benci Isteri - Dato' Dr Fadzilah Kamsah



Taken from Facebook; Dato' Dr Fadzilah Kamsah explaining about 7C Sebab Suami Benci Isteri

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!" Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...

NEVER MENTIONED THIS!!! Yg ingat, aku pernah cakap, "If you have that in mind, please be ready coz I will forward a long list for you on MY REQUEST".. Ye la, kalau mampu mengadakan semua yg aku mintak, baru aku fikir2kan... Calarkan keta baru tahu!!!


C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


Err, rasanya aku masih amat sopan bila dengan laki aku... hehehe

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

Setakat terlepas cakap "AKU" tu byk la.. Dia? Aku blajar dari dia la!!!

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


Yg nie aku punya speciality.. Dok rumah sah2 aku bercantik2, kekdg siap berlipstick lagi... Baju dok rumah tak main ya baju gelobos besar macam zaman masa skolah dulu (bak kata BUBBLES kat twitternya, #Saya generasi pakai baju besar2, lagi besar lagi stylo!!!.. BUBBLES, meh kita cuba keluarkan gambau masa dolu2, nak?), gaya seksi2 sket mesti ada ya... ingat lagi entry NIE

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

Gila la kalau aku tak pernah cemburu kan, but may be sbb both of us went thru banyak benda sesama, aku kenal school-mates dia, college-mates dia, office-mates dia, students dia, aku jugaklah yg handle all all his events yg bukan under ukm, aku yg buat PR work dia, aku jugaklah tempat member2 dia, org office dia, students dia mengadu bila tak dapat reach him by phone, etc.. jadi most of the people know tentang KEWUJUDAN aku. Sape tak tahu, meh aku bagitau.. Ngada2 buat tak tahu? Sepak nak?
Azimin cemburu? Aku lupa bila last time dia cemburukan aku. B4 kawen kot, ada sekali aku ajak dia pegi member aku kahwin, dia bagi byk alasan, then sehari seblm majlis, aku bgtau dia aku pegi dgn "K" (bukan nama sebenar), yg dia tahu as my-ex (aku still keep in touch dgn most of my-ex ya, aku jer, Azimin tak.. hahaha), tetiba jer dia kata dia available nak pegi... Lepas kawen? Dia tolong aku buat preparation utk wedding one of my ex-bf (bukan K ya!!), boleh bersenda gurau dgn dia, so, aku tak rasa dia jealous... Aku cakap ada mamat bagi aku air & chocolate kat petrol station pun dia gelak.. Dia kata, "kalau buatnya dia manderem u ke, masuk ubat tido ker then bawak lagi keta, i will miss my wish then" (keta dia yg dia risau!!)


C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


Oh, aku amat flexible. bawak la makan kat mana pun. Tapi masalahnya Azimin selalu tanya aku, "cepat decide nak makan mana?".. and jawapan aku, "dalam wallet ada berapa RM?" Tapi, dia pun cerewet jugak, err... kalau time shopping, kitaorg akan split. Aku dah siap beli, siap bayar semua, bila pegi kat dia, dia still tgh belek2 barang lagik? Lagi satu, korang pernah dengar tak yang ada orang sanggup meredah jammed kat Bukit Bintang sebab semata-mata nak beli stokin kat LOT 10? Yang pasti orang tu bukan aku!!!


C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


Bukan mak yang nie ya!!! Sapu rumah, kemas rumah, iron baju, kitchen cleaning, toilet, semua lagi berkilat dari time aku ada MAID tau!! Arrangement rumah, aku kena serahkan pada yang pakar, aku kemas jer.. Masak? Aku masak style celebrity chef kat dalam tv ya, siap prepare bahan2 dulu.. Kalau mak mertua korang mintak korang punya resepi masak2 tu, apa maksudnya ya? hehehehe

7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu.

Wednesday, October 5, 2011

adaJALAN - Solo Art Exhibition by Azimin Tazilan : The Launching





THE NIGHT OF THE OFFICIAL LAUNCHING...
PART 8
(The event night...)

THE FOODS
Sal yang order semua; sekali-sekala lain dari yang lain... & semua sedap2... Aku sempat makan sekali jer, tu pun sebab suapkan Alam.. Bila dah sibuk layan-layan orang, my mum take over suap Alam..


American brownies

Sungguh tak ku tau apa namanya, tapi yummies!!!


XL Curry puff

Tak tau la apa namanya.. makan jer la


Yang nie mcm popia, tapi dalam dia ada inti ayam sekali

PROFESSIONALISM & KEHIDUPAN PERIBADI - 2 PERKARA YG BERBEZA

PROFESSIONALISM & KEHIDUPAN PERIBADI - 2 PERKARA YG BERBEZA

2 perkara yang amat tidak boleh dicampur adukkan dalam kehidupan harian kita; PROFESSIONALISM & KEHIDUPAN PERIBADI. Ia 2 perkara yang berkait rapat, yang saling kait-mengait, yang saling mempengaruhi setiap satu keputusan yang kita ambil setiap saat selagi bernafas.

Sebenarnya aku baru dapat 1 komen for 1 of my old entries, yang aku dah tulis dalam 2009 dulu. Masa tu aku tulis pasal 1 of my boss. Aku ada tulis yang dia adalah antara boss yang aku hormat sebab dia tak pernah tinggi suara pada aku. Bila dia bercakap dengan aku, dia tak pernah maki-maki aku, tak pernah mencarut depan staff, etc.

Apa yang aku tulis tu adalah pandangan aku as a staff, yang diberi kepercayaan menjaga 1 department yang besar, yang banyak cabangnya. So, aku amat menghargai sikap toleransi dia pada aku. Aku bercakap (tulis sebenarnya) tentang cabang 'career', bukan hal-hal yang entah aku tak tahu & tak faham...

Senang cerita, komen yang aku dapat tu amat kebudak-budakkan. Banyak sumpah seranah yang mencarut, yang kata aku dibayar untuk tulis semua tu. Well, aku tak pernah la pulak dibayar untuk tulis yang baik-baik kan (kalau ada yg nak bayar, sila contact aku ya!!)

Komen tu banyak berunsur rasa tak puas hati sebab management kolej. Well, aku rasa benda-benda tu tak de kena-mengena langsung dengan apa yang aku tulis. Aku tak tulis pasal management system, procedure, etc. Aku tulis just pasal a boss yang amat menghormati keputusan & pendirian aku. Komen tu lebih kepada emosi. Aku memang confirm sangatlah yang komen pasal tu student-student nie..

Adik-adik semua, meh akak nak bagitahu... (Nasib baik korang tau, kalau aku still kat sana, sah-sah aku carik & korang memang sah kena mengadap aku, masa tu baru la korang nak ber'madam'-'madam' dengan aku!! Nie sebab aku dah tak keje situ, bukan main lagi kau ber aku engkau ya!!!) Mula-mula baca komen kau, akak nak gelak dik oii... sebab akak tulis pasal lain, kau dok kona cerita pasal kolej tak bagus la, lecturer dia macam nie la, bas macam tu la... Paling akak tak tahan, kau dok balik-balik ulang pasal DUIT PTPTN...

Adik-adik semua, duit PTPTN tu gunanya untuk membayar yuran korang. Jadi, bila korang dah terpakai dulu, lepas tu bila dah short, tetiba baru tahu yang duit tu sebenarnya untuk byr fees belajar korang, mulalah korang nak panik kan? kalau tak bayar fees, tak boleh masuk exam..

Ok, lets me give some view of PTPTN loan nie. Setahu aku, sepanjang aku berurusan dengan PTPTN nie, awal-awal dulu, the money go thru the college account. Then college siap2 deduct fees and balance tu baru masuk account student. Tinggal tahun lepas kot tak silap aku, PTPTN start to transfer the money to the student account and student sendiri yang kena uruskan pembayaran fees kat college. Masalahnya aku rasa;

*Kalau student receive the balance of the amount lepas tolak fees, diaorang akan bising, kata college makan duit student. Tapi bila duit tu terus masuk account student, dah diaorang rasa macam durian runtuh la pulak kan.. Siap la beli itu ini, tup tup tup, rupanya baru tahu, duit yuran belum bayar!!!

For most of diploma courses, loan yang dapat RM 18,000.00 in TOTAL. Kalau loan tu semua boleh cover duit hostel & fees, itu dah AMAT Alhamdulillah. Kalau kat college yang feesnya just for FEES only, pandai-pandai la nak hidup mcm mana...

My professional opinion, semua benda yang kita beli, yang kita sign, or apa ajer, mesti ada TERMS & CONDITIONS kan? PTPTN loan tu just a loan for students to pay their fees; titik. Jadi kalau ada yang FAIL subjects, RESIT paper, REPEAT paper, itu semua tak kira ok!! Itu semua korang kena bayar sendiri...
Eg. Kalau FAIL 1st time, kena RESIT; so kena la bayar untuk RESIT balik paper tu kan? Ikut college la, paling murah RM50. Ada some college, even RESIT pun charge almost RM200.
Kalau RESIT paper tu korang FAIL lagi, so, sah-sah kena REPEAT subject tu. REPEAT means kena masuk kelas, kena buat assignment, kena buat test, kena buat presentation, kena gagahkan hati & tahan telinga dengar lecturer tu bagi lecture 1 sem lagi even korang dah ambik subject tu sem lepas. Dan, kena la jugak korang tahan kalau junior2 kat kelas tu tak nak segroup dgn korang untuk buat assignment or others. So, REPEAT subject, kena byr harga 1 subject la kan, 4 credit hours ker, 5 credit hours ker... yg tu semua PTPTN tak tanggung ya adik-adik...

Ada college yang tulis masa advertisement, dapat laptop la, dapat ipad la, etc... kalau tengok kat bawah mesti ada tulis, "TERMS & CONDITIONS APPLY" or "TERTAKHLUK PADA TERMA & SYARAT".. Sepanjang yang aku tahu, boleh kira dengan jari orang nak tanya, "APA TERMA & SYARATNYA?". Mintak maaf la yer, tapi itulah hakikatnya sebab masing-masing dah dok syok dengan hadiah laptop, ipad, etc...

Antara TERMA & SYARATnya adalah, yang nie yang selalu diguna pakai oleh kebanyakan college: student will receive the promotion items if they achieve certain GPA; eg. GPA 2.5 for the first semester, or may be 2 semester berturut-turut... Sebab tu la, ada yang dapat, ada yang tak dapat.

Nie nak cerita pasal 1 kes yang sempat aku nampak terjadi masa time aku kerja lagi. Ada 1 student nie, Melayu la (what so sad la kan).. datang office jumpa 1 staff nie marah-marah. Dia complaint sebab duit PTPTN tak dapat, laptop tak dapat, lepas tu dapat invoice kena bayar lagi. Dia punya mencarut dekat staff tu (staff tu dah ada cucu ok!!!) Tuhan jer yang tahu. Tu siap dengan maki-maik management, owner, etc tak kira lagi. So, we did some checking, sebab dia kata dia dah 5 sem kat situ tapi PTPTN tak dapat duit lagi, laptop jauh sekali...

Yes!!! Kau memang dah 5 sem kat college tu dik, tapi kau still ambik subjects 2nd sem, still under 1st year. Asyik dok FAIL, NOT COMPLETE, ABSENT for Final Exam, pastu, sok REPEAT a few subjects yang orang dok ambik kat Sem 1 & Sem 2, walhal member2 kau dah masuk 2nd year dah nie!!! Laptop?? Bukan ker kau FAIL tak sudah, CGPA kau masa tu 0.58, kau gila apa? Kalau kau kat local university, dah lama kau kena hambat keluar!!! PTPTN??? ada ker PTPTN nak approved loan kau dgn CGPA byk nie? Aku rasa, staff yang nak applykan utk kau tu pun, takut nak hantar form kau kat PTPTN. Silap2 dia nanti balik kena maki dgn org sana...

Tapi biasa la kan, bila print profile dia, terlihat la segala REPEAT, X, NC semua, tergugup-gugup la nak cakap. Tadi awal berapi-api cakap, tetiba tergagap-gagap..

Tu antara contoh la yer... sebab aku rasa, dah banyak kali sangat kes-kes mogok students nie jadi. And most of the reasons are the loan $$. Zaman aku dulu, semua kena buat sendiri. Ada member aku, turun naik company nak carik sponsor.

Ok, balik pasal BOSS balik. Bila aku tulis pasal orang nie, boss tu, boss nie, it must be a reason, kan. Kalau Boss A nie baik dgn aku, aku akan tulis dia baik dengan aku. Kalau Boss B nie suka maki-maki aku, aku akan tulis jugak. Kita manusia, mesti ada orang yang kita suka, yang kita tak berapa suka. Sama la macam BOSS jugak, mesti ada staff yang dia happy with, boleh buat kerja, and definately dia akan bagi reward, kan? Yang mana malas & selalu mengular tu, tunggu la nasib kau masa annual review.. hahaha... Sama la jugak macam staff, mesti ada mengutuk BOSS diaorg... Jangan tipu la kata tak pernah kutuk Boss, aku pun pernah buat gak. Sebab tu, aku tak expect semua staff akan puji-puji aku, mesti ada yang kutuk aku kan? Mesti ramai yang masa aku tak datang office, kena out station, happy bukan main, kan?

Tapi to be sincered, staff selalu call aku bila aku on leave or out station. sebab, pantang aku tak de jer, ada la insan-insan prihatin nak kacau dept aku, suruh staff aku buat itu ini.. jadi, nama cuti ke, mc ke, kat hospital ke, aku tetap dihubungi... hahaha...

Aku dah pernah bekerja dgn macam2 jenis BOSS. This time aku nak cerita pasal 1 of my boss; F.

Aku masa study dulu, my interest of study more on International Marketing, but then, bila aku start kerja, aku punya field more to Event Management. After leaving a retail industry, aku join education. Actually, it supposed to be under their advertising agency, tapi tah mcm mana, termasuk faculty. The boss of the faculty, baru dapat promotion to be a Director and start-up a new department. So, F offer aku, ajak aku join dia to set-up new dept. F punya new portfolio selain dari the new dept is Event. Sebab dia tahu aku pernah buat event, so, dia memang boleh harapkan aku.

Im not talking about event yang mcm signing MOU/MOA, visit from prof & govn bodies, etc tau. Im talking about event yang memang happening, which yang paling innocent to me is Orientation Night. This college mmg kalau buat event, VVIP dia bukan calang2 orang, tempat dia bukan sebarangan, tu yang nampak dgn mata kasar, dgn mata halus, jangan serita la..

F is a person yg amat pro-active. She called herself CILI PADI, mulut mmg power, kalau kau kena jerit dengan dia, sah2 satu bangunan dengar. F dgn aku memang selalu cakap mcm nak gaduh, tapi we have a mutual understanding. F jenis lepas lahar orang, marah orang, after 5 minutes, dia tetiba akan cakap; "u nak pergi makan tak? jom?" So, bukan semua orang boleh tahan kerja dgn F nie.

Selain dari tu, F nie jenis yang suka say YES to the BIGG BOSS dgn harapan, orang akan pandang kerja dia, walaupun memang sah-sah bukan dia yang buat. Aku la yg kena buat kan? Sampailah 1 masa nie, aku memang bertekak dgn F sebab dia dengan rendah diri, menyerah diri untuk buat kerja2 MQA documentation, MARA, etc, which its suppose to be department lain punya kerja. Director yang sepatutnya tu bengang sebab staff dia buat tak heran, banyak salah, tak siap, then MC lama, last2 Director tu pun hilang. So, F bawak balik beban tu hempuk kat aku.

Aku punya mulut masa tu tok sah cerita la kan, tapi nak tak nak, kena la aku buat. Masa tu aku terkial-kial nak buat MQA doc, tension giller. Kutuk si F nie tok sah cerita la... Masa tus emua staff aku mmg tension giller...

Tapi hari nie, kalau orang tanya aku, aku kata aku amat berterima kasih kat F. Walaupun masa dulu aku menyampah kat dia, tapi dia nie jenis pandai ambik hati aku.. (Korang tak payah pikir yang bukan-bukan, F nie pompuan. Hadiah anniversary utk laki dia pun aku temankan dia pegi beli tau!!)

Lepas aku kahwin, aku start thinking apa solutionnya aku punya career. Yes, Azimin dgn aku same office (now korang yang kenal aku boleh teka la kan time nie aku kerja kat mana) tapi bila aku start pakai tudung, macam tak sesuai la kan aku buat events nie. Ye la, aku bukan buat event2 ala2 orang kawen, kan ker jenuh kalau aku nak kena keluar masuk tempat2 yang amat tidak sesuai untuk orang pakai tudung, order & buat food testing kat pub? Gila ka?

So, bila aku beralih arah, aku gunakan experiences aku yang pernah F bagi kat aku. Slowly, aku build back my expertise. And finally, itulah aku. MQA, MOHE, MARA, PTPTN, semua..

Aku melihat F dari perspective yang berbeza; as a boss & as a friend. Kalau korang tanya Azimin, memang dia nyampah la kat F nie sebab dia kerja dengan F as a boss and masa tu Azimin lecturer. But, dengan aku, F bukan setakat boss, bukan setakat tergamak letak increament RM1000 untuk aku, tapi dia jugak ada menyumbang kepada siapa aku. Aku pernah jumpa F lepas aku resign. She was in UM, now dia kat US ikut husband dia further study, aku tak sure either dia study sekali ke tak... But masa aku jumpa dia dulu, masa tu ada dinner apa tah, Azimin has become an inventor and received 2 awards masa dinner tu. Dia macam segan-segan jumpa aku, but aku masa tu sempat update dia aku kerja kat mana and as what..

Ok, pada adik-adik yang still belajar lagi, kat local university or private college, satu jer pesan akak nie ha.. Apa sekali pun masalahnya, cuba la bawak berbincang, cari penyelesaian bersama. Kalau rasa-rasa permintaan korang tu dipandang sepi, mintaklah tolong mak ayah jumpa pihak management untuk berbincang. Beremosi & berdemo, bermogok-mogok nie semua tak ke mana nya... Buat malu korang jugak nanti. Mungkin korang tak rasa semua tu sekarang but bila nanti korang dah habis belajar, pergi interview, mintak kerja, bila cakap belajar kat mana, korang tergamak ker dengar interviewer mention; "oh! u ada ker masa mogok dulu?".. I knew it because I did asked it to one of the candidate yang datang interview tu. Dan, aku tak ambik pun dia kerja, sebab kang tak pasal-pasal, dok mengajak orang berdemo bermogok lak kat office..

Ada a few comments yang aku baca lepas tengok video demo mogok kat youtube.. Antaranya; "berkumpul berdemo macam tu, bila management cakap ajak discuss kat hall, seoarng pun tak pergi. lepas tu gelak2.. Itulah bakal penganggur.."

Mengupload benda-benda macam tu sebenarnya menjadikan graduans makin tak laku. Nak-nak lagi kalau muka korang dah sah-sah terpampang kat dalam video tu, angkat sepanduk, cakap maki-maki.. Pernah sekali ada President MPP datang jumpa aku; "Madam, ada students tak puas hati pasal itu ini semua la, diaorang nak buat mogok.." Jawapan aku, "its your duty as MPP president; either to let them mogok or to advise them what a proper chanel nak salurkan ketidakpuasan hati tu... But kalau diaorg mogok jugak, I will call the media, reporter semua. Malam nie keluar berita, esok keluar paper. Sah2 muka korang ada, nanti kalau tak de siapa nak ambik kerja, pandai-pandai la ya.." Next? Sampai pukul 6 petang, aku tunggu-tunggu bila la orang nak cakap kat aku ada mogok, tak ada jugak yang datang!!!

Kesimpulannya, semua institusi pengajian, tak kita local university or private college ada kelemahannya. Mengendali sistem pendidikan bukan perkara mudah, sebab ianya adalah melibatkan MANUSIA, INSAN, HUMAN yang ada akal fikiran, hati perasaan. Jadi, kita pun kenalah bertindak mengikut akal fikiran dan dalam masa yang sama, mengambil kira hati & perasaan. Ye ker local university tak de kelemahan? Perfect semuanya? Tidak!! Local university jugak banyak isunya, kelemahan pentadbirannya.. tapi bak kata orang, sebab kat sana yurannya tak mahal, so, tak la terasa. Tak mahal sebab dapat subsidi adik-adik... Cuba pergi tanya International Student kat UIA, UKM dan yang seangkatan dengannya, yang tak dapat subsidi, yang tak de sponsor... Sah-sah diaorang anak orang kaya-kaya, ada yang anak menteri sebab yurannya BUKAN MURAH ok!!! Itu yang kerajaan tanggun, yang kerajaan monitor. Yang private college nie? Fees student tu la yang dijadikan rolling capital nak bayar bill letrik, bill air, beli machine, gaji staff... Jadi, kalau semua nak dok free, jenuh la kan? Sebab tu, kena la berkorban, kena la fokus pada tujuan asal, kenapa kita masuk institusi pengajian tinggi? Kalau mak bapak kita kaya, sah-sah tak payah apply loan, bayar jer... tetiap sem nak REPEAT paper pun, tak de saper marah.. Mesti management suka sebab lagi lama kat situ, banyak investment yang mak bapak korang buat... Kalau kaya la kan, kalau dok mengharap PTPTN, PTPTN pun tak nak ngaku kenal korang!!!


Monday, October 3, 2011

adaJALAN - Solo Art Exhibition by Azimin Tazilan : The Launching

THE NIGHT OF THE OFFICIAL LAUNCHING...
PART 7
(The event night...)



Diana, Azimin, Lin Lin, Baizura & Redzuan



Me, Azimin, Redzuan & Diana



Azimin's ex-students back in LUCT: Eling, Boon Kai & Clarissa



Boon Kai & Eling; they brought Azimin's artwork that they bought in 2003 (agaknya la kan..)



The proud collector; Azimin ex-students & now running their own ID company; Young Blood while all their lecturers still MAKAN GAJI!!!


adaJALAN - Solo Art Exhibition by Azimin Tazilan : The Launching




THE NIGHT OF THE OFFICIAL LAUNCHING...
PART 6
(The event night...)







My FIL with my parents



adaJALAN - Solo Art Exhibition by Azimin Tazilan : The Launching

THE NIGHT OF THE OFFICIAL LAUNCHING...
PART 5
(The event night...)


With Diana. She was Azimin's course-mate & we were ex-LUCT

With Gune (Cosmopolitan). She was my ex-staff back in LUCT

My lovely daughter; Anggun Elisa Ashikin binti Azimin Samsul

My kids; Anggun & Alam with my sis; Wee & my brother; Ezuan

Anggun & Wee with Thea Ayra (Wee's daughter)

adaJALAN - Solo Art Exhibition by Azimin Tazilan : The Launching

THE NIGHT OF THE OFFICIAL LAUNCHING...
PART 4
(The event night...)


Sal with my FIL (Azimin's father of course!!) & Prof Tajuddin's wife

Ainoon (our IP lawyer) & her husband

Baizura & Diana; our ex-LUCT mate



Dato' Dr. Ken Yeang's son

adaJALAN - Solo Art Exhibition by Azimin Tazilan : The Launching

THE NIGHT OF THE OFFICIAL LAUNCHING...
PART 3
(The event night...)


The emcee yang amat sempoi, btw its NOT a formal event.. Korang harap orang Art pakai slack, tie, or baju batik???

Dato' Dr Ken Yeang giving his speech; he called Azimin; The Malaysian Piccaso


Dato' Dr Ken Yeang signed & launched adaJALAN 2011 by Azimin Samsul


A token of appreciation for Dato' Dr Ken Yeang




adaJALAN - Solo Art Exhibition by Azimin Tazilan : The Launching

THE NIGHT OF THE OFFICIAL LAUNCHING...
PART 2
(The event night...)


The saxophone - entrance

The saxophone - inside



The crowd

The early arrival of VIP

adaJALAN - Solo Art Exhibition by Azimin Tazilan : The Launching

THE NIGHT OF THE OFFICIAL LAUNCHING...
PART 1
(An hour b4 the official launching..)


The wall

The food



Briefing

Testing