2. Ada shopping mall & hypermarket la... Ada Village Mall, sebelah dia ada Tesco... Tak la jauh benar, semua tu area dlm 2km from hospital jer...
3. Jumaat tu (11th March 2011) seblm checked-out dr hotel (mintak checked-out lambat sikit utk bilik MIL aku...), aku baru sedar yg aku tak bawak jeans langsung... ye la, masa datang tu dah malam, aku pakai seluar yang buat dok umah jer... weiii... seluar dok umah pun beli kat Singapore tau, $25, convert duit kita adalah dlm RM60... Tak caya tanya biras aku, dia kata seluar tu cun siot!!! Jadi, aku telah berjaya memujuk suami tercinta ajak gie beli jeans satu. Dapat jeans cikai tak de brand pun jadi la. Nasib baik bawak seluar tights (swimming) kaler hitam... Apa la motif aku bawak seluar swimming nie, ingatkan nak dok hotel Swiss Garden kot!! We all pun buat la visit ke Village Mall... Fuh... Ada Starbuck, ada Secret Recipe, Pizza Hut, Chicken Rice Shop... Kedai Jeans ada la Levi’s satu, tapi tak de sale... Giller tengah-tengah bulan nak hentam Levi’s?? Jadi aku gagahkan diri gie kedai2 baju yang nama dia pun aku tak ingat... Rembat la satu jeans, nasib baik muat2, tak yah nak fikir-fikir pasal nak alter pun... Tapi aku suka jeans tu, muat-muat la sebab kan ker kaki aku nie jenis-jenis yang betis kecik, peha lak ... (tak yah la aku habiskan ayat tu ye...) So far yang aku comfortable, Jeep ...
4. Pemergian aku ke Village Mall tu ternyata tak sia-sia... Bila sampai sana, aku tengok dekat atrium tu penuh dgn banner ABPBH and masa tu Along (Raja Lawak, husband Zila AF4) tu tgh melayan orang-orang Sg Petani... Rupanya esok (Sabtu, 12th March) ada Konsert ABPBH. Ye la, kan ker Kedah nie Jumaat & Sabtu yang cuti, Ahad kerja... And yang paling buat aku happy tu... Faizal Tahir ada!!! Jadi bermulalah sessi pujuk-memujuk sang suami untuk membawa aku berjumpa dengan pujaan hati... hahaha..
5. Yup, Sabtunya lepas visiting hour kat hospital, aku & Azimin (siap bawak Anggun & Alam) memeriahkan diri kat Village Mall... Parking jangan cerita la yer, memang penuh. Kitaorg parking pun jauh kat deret kedai2 seberang jalan. Mana-mana & apa-apa konsert pun, Faizal Tahir punya turn memang tang closing. So, we all pun makan la dulu kat Chicken Rice Shop. Happynya Alam sebab tu memang fav restaurant dia. Lepas makan, siap aku carik tempat kosong, jangan berangan la nak dok dekat depan stage yer, sampai pun masa tu Alyah tgh nanyi.. Tkt 2 jumpa space kecik di tengah-tengah orang yang bersidai kat tembok tu. Aku pun turut serta menggunakan badan kecik Anggun utk menyelitkan diri. Ada budak lelaki (student kot) siap duduk bersila bagi space kat Anggun, padahal yang over nya mummy Anggun. Azimin siap bawak Alam pergi main game lagi.. Yup, kitaorg tunggu sampai habis, sampai Faizal Tahir... Dia mmg closing performance dan masa tu, Village Mall punya la bergema dek sokongan supporters dia. Aku paling tak leh tahan bila tengok ada pakcik seorg nie punya la layan nanyi lagi Hanyut... 6. Ahad (13th march) we all sefamily (kecuali BIL aku punya wife & FIL aku) bertolak gie Pendang. Husband adik ipar aku (yg sebelah umah tu) punya pakcik ada buat kenduri kawin anak dia. Kitaorg pun tak segan-segan la nak pegi tolong makan w/pun semua tak bawak baju kurung... Hehehe... Ye la, masa tu rasanya keadaan BIL aku dah ok sikit dah, dah boleh makan tu kira dah ok la kan... Pendek kata, my 1st visit to Sg Petani tu tak mengecewakan. Sama macam Faizal Tahir, dia pun kata tu 1st visit dia to Sg Petani...
Before aku lupa, pagi Ahad tu before heading to Pendang, Azimin was looking for kedai tayar, nak check tayar katanya. Pusing punya pusing (banyak kali pusing sbb Garmin gagal menjalankan tugasnya dengan baik... fuh, dah la kau mahal wahai Garmin!!!), terjumpa Kolej Insaniah & Kolej Murni. Aku tahu Koleh Murni ada kat area Sg Petani sebab berlambak-lambak practical nursing student dia kat Hospital Sg Petani tu ha...
Nampak jer Kolej Insaniah tu, Azimin terus jerit.. “you... Kolej Insaniah la.. Kat sini rupanya... Saper ada kat sini ye?”
Oleh kerana memori aku lebih kuat dari Azimin, sebab tu la aku boleh jawab terus tanpa berfikir panjang.. “Akif & Fuad...” Akif & Fuad tu member-member kitaorang masa di Limkokwing, back in years 2002. Aku pernah ber’collaboration’ dengan Akif untuk Issey Miyaki projects. Both of them orang fine art... Tapi Akif nie jenis smart la, Fuad nie jenis sempoi. Akif pernah jaga Limkokwing London, balik dr sana dia terus resign & now he is the CEO of Kolej Insaniah, and develop Faculty of Media Arts kat sana. Dia memang bawak orang-orang dia dari Limkokwing. Akif nie, pernah beli kereta Alfa Romeo cash dengan duit jual art work dia... Hehehe... saper kata jadi pelukis tak leh hidup? Kalau satu art work jual rm100,000.00, apa yang tak leh hidup? Fuad nie mmg more to abstract, dia pernah buat cover album M Nassir...
Jadi, bertambah lagi la insan-insan yang boleh aku contact di private education line nie kan? Dan insan-insan ini tetap memujuk aku... huhuhu... Kenapa FT tak penah pujuk aku???