Saya terkesima... TUHAN bayar CASH!!!
Anda tahu kenapa? Kerana saya rasa, doa saya dan insan2 lain yang teraniaya telah dimakbulkan...
Slot Aduan Rakyat dalam Buletin Utama TV3 terpapar berita ‘Kolej Tipu Pelajar’... Seperti biasa, pastinya ada aksi student yang marah-marah, parents tak puas hati & PIHAK PENGURUSAN KOLEJ yang tak mahu ditemubual. Dalam slot itu, hanya ada Agent Student yang merecruit pelajar2 untuk mendaftar sahaja...
Bila saya risik2 daripada staf2 lama, kenapa sampai jadi begitu, jawapan mereka ialah:
“Biasa la kak, agent ambik student banyak2 sampai terlebih kuota, kolej masukkan studnet kursus lain. Kolej nak harapkan duit elaun student.”
Ianya program di bawah tajaan Kementerian belia & Sukan (KBS), 2 program yang saya bersusah-payah turun naik tangga HRDF & KBS di Putrajaya saban minggu. Program ini mempunyai kuota sendiri, tidak boleh lebih kerana setiap pelajar dibayar elaun.. Pada awalnya (2 tahun lepas), program ini adalah atas belas ehsan satu universiti kolej, usaha mereka meyakinkan pihak KBS yang program ini perlu dijalankan oleh East West College untuk ‘cost saving’ & memberi peluang pelajar dari luar bandar menikmati kelebihan yang diberikan pihak kerajaan.
Tapi manusia selalu ada sikap TAMAK, tidak pernah bersyukur apatah lagi berterima kasih. Bila hati berpaksikan $$$, manusia sanggup buat apa sahaja...
Salah satu entry saya suatu ketika dahulu pernah menyentuh soal ini, ada yang menyokong isu ini, ada juga yang mengatakan saya tidak patut membuka pekung tempat yang saya pernah diberi gaji. Tapi hari ini, satu Malaysia sudah tahu, berjuta-juta orang yang menonton Buletin Utama. Saya tidak gerun!!!
Ya, waktu entry itu saya paparkan di blog saya, saya menerima satu email & SMS berbaur ugutan. Bunyinya; “Jangan tunjuk bagus! Satu hari nanti kau akan jatuh, sampai bankrup, tinggal seluar dalam. Sampai laki kau pun tak inginkan kau.”
Untuk entry dulu, sila klik sini
Alhamdulillah, sampai ke hari ini, saya masih teguh, saya masih laku di arena ini, saya masih belum bankrup, seluar dalam pun bertambah-tambah... Dan yang paling penting, suami kesayangan saya masih teguh berdiri di sisi saya...
Saya bersama East West College tidak lama, dalam 6 bulan. Saya di’hire’ed oleh mereka. Saya ditawarkan position idaman saya selama ini, saya amat gembira, amat sekali. Bekerja di bawah satu nama besar walaupun diletakkan untuk menyelia kolej ‘bumiputera’.
Satu nama besar berada di belakang EWC, sekaligus sebagai ‘menteri kewangan’. Saya sukakan environment di EWC walaupun saya amat terkejut kerana hanya department saya yang mempunyai staff berpengalaman dari kolej swasta selain pensyarah. Tugas berat yang harus saya pikul kerana CEO juga bukan dari education field.
Tambah menyentak perasaan, pemiliknya pula Dato’ yang MUFLIS, yang amat tidak mahu mengakui hakikat itu. Yang punya mulut yang TIADA insurans langsung. Yang sering menganggap dirinya umpama Tuhan. Saya tidak tipu anda semua. Kalau anda tidak percaya, saya boleh berikan contact insan2 lain, yang saya tahu mereka tak akan menafikannya...
Saya amat tidak suka pada ketua yang suka menghaburkan maki-makian pada staff2 saya. Amat saya benci!!! Mereka juga manusia. Kalau saban hari kata2 kesat dihamburkan pada orang, suasana indah pasti berkocak. Saya menggemparkan suasana bila saya raised isu2 dalam kain pada yang pihak yang sepatutnya. Mereka patut tahu kerana saya diberi amanah untuk menggubal polisi. Mereka patut tahu yang satu staff saya telah dikidnap oleh insan berhati busuk ini, diletakkan di depan biliknya sebagai penyeri kononnya dan kerana itu, kerja2 saya tergendala. Saya pula yang kena buat kerja Eksekutif!!! Hello, saya di hired as Registrar!!! Bila saya bersuara, bila ianya di’minit’kan di dalam meeting, orang tua itu mula main kasar dengan saya. Dia kata saya boleh guna staff saya bila diperlukan. Dan bila saya memberi kerja, fuh!!! Saya kena menahan telinga mendengar maki-hamun dia, kata2 lucah yang buat saya jijik memandangnya. Konon berstatus Dato’ (walaupun dah MUFLIS!!!), tapi mulut, mak oii!!! Pernah sekali, saya dibaling dengan buku-buku tebal dan entah apa2 lagi barang yang ada di atas meja dia kerana saya beri kerja pada staff kesayangannya...
Dato' Murad - the owner of East West College Seremban, with the blue shirt
Ya, saya tidak tahan melayan kerenahnya tapi itu bukan sebab utama mengapa saya pergi. Saya amat tidak bersetuju bila pengambilan & kemasukan pelajar diawalkan walhal ianya masih dalam status menanti kelulusan dari MOHE. Saya berusaha sehabis kudrat untuk mendapatkan kelulusan tapi yalah, bila buka mata & tutup mata hanya nampak $$$, apalah yang boleh saya katakan... 3 bulan bukanlah jangkamasa yang lama untuk program mendapat kelulusan daripada MQA. Ada yang terpaksa menunggu sehingga setahun ok!!! Saya sudah menggunakan segala contact yang ada untuk itu, ya, kerana saya dibayar kerana itu!!!
Pertama, program dijalankan lebih awal dari kelulusan yang diberi. Itu akan memberi impak besar pada student. Lainlah kalau di kolej2 yang rata2 studentnya bayar sendiri, MBF (Mak Bapak Finance).. jadi tak perlu risau sebab tiada siapa yang akan minta salinan surat kelulusan MOHE & MQA untuk pembayaran yuran melalui EPF, dan apa2 sahajalah. Dan kerana itu, PTPTN pun jauh sekalilah mahu dapat kan!!!
Kedua, surat tawaran kepada pelajar SAYA yang signed ok!!! Saya tidak mahu ianya menimbulkan kesan yang amat tidak baik pada nama saya. Orang lain bolehlah bercakap itu ini, tapi kalau offer letter tu dibawa ke hulu ke hilir, saya yang kena menjawab.
Ketiga, bila program KBS kali pertama berjaya, kali kedua sedang dijalankan, EWC berkira2 untuk batch ke 3 tetapi belum mendapat apa2 details dari KBS. Tapi banyak agents telah dilantik untuk mencari students. Agent2 ini perlu sesuatu untuk meyakinkan pelajar & keluarga, tambahan pula mahu masuk ke kampung2, mesti kena ada sesuatu untuk meyakinkan orang, kan? Dihambatnya saya untuk keluarkan surat tawaran program KBS!!! Hello!!! Saya tiada kuasa sebegitu ok??? Surat tawaran KBS hanya daripada KBS, bukan dari kolej. Bila saya tidak mahu, macam2 lah yang jadi.
Saya merujuk hal ini pada kenalan2 saya di MOHE, MQA dan pihak yang sepatutnya. Teman saya di MOHE naik angin dan minta saya keluar dari kolej itu secepat mungkin. Saya juga tidak fikir panjang, saya kumpulkan segala bukti untuk menyelamatkan nama baik saya. Waktu kekusutan itu berlaku, banyak lamaran yang saya terima. Saya amat terharu. Namun saya tidak mahu terlalu jauh walaupun $$$ yang ditawarkan, adalah yang TERAMAT BAIK setakat hari ini. TERLALU BAIK, ok, tapi saya memikirkan keluarga saya. Azimin hampir siap thesisnya dan itu bermakna, masa saya untuk berkejar-kejar dari Enstek ke KL / PJ hampir tamat tempoh.
Huh... kalau CEO pun tidak tahan, kalau CEO pun cabut, apa lagi yang boleh saya kata? Hampir semua staff yang bermula dari awal pergi meninggalkan EWC. Sebenarnya, ramai yang diberi notice 24 jam apabila pihak yang lebih berkuasa memutuskan untuk menghentikan fundingnya. Jadi, ramai staff yang cabut & pergi secara terhormat...
Itulah hati saya. Saya amat tidak suka bila diminta melanggar prinsip saya. I am a policy maker, and jangan suruh saya buat perkara2 yang tidak betul ok?
Kini segalanya terbukti. East West College sudah masuk berita, bak kata bapa pada pelajar yang ditemuramah itu, “Ingatkan nak tolong melayu, masuk kolej melayu, rupanya melayu tipu melayu.” ... Ya pakcik, saya juga TERTIPU.. Saya beralih dari kolej besar ternama, membawa akal yang sarat pengalaman, untuk berbakti pada bangsa sendiri. Mahu tolong anak Melayu, sebab itu saya memilih untuk bersama kolej2 Melayu, KLMU, EWC & kemudianya KPJIC.. Kerana saya mahu tolong Melayu. Tapi, saya kecewa kerana niat murni saya itu tidak dihargai, malah disuruh buat benda2 mengarut...
Tapi, saya masih kagum dengan Dato’ Idrus Satha (Presiden KLMU)... Anda tahu, dia amat berhemah dengan staffnya, tak kiralah siapa, walau sekadar receiptionist... Dan, saya rasa amat dihargai bilamana beliau sudi menziarah saya di bilik saya waktu sedang sibuk hari pendaftaran. Saya menguruskan pendaftaran beribu2 pelajar yg waktu itu secara manual, ok? Jadi, bila big boss datang bawa Starbuck ice-blended kegemaran saya, saya sungguh HAPPY. Sebab itu juga, saya akan belanja staff2 saya dinner tiap kali kami kena bekerja FULL DAY, 9am – 9pm... Kalau dapat big boss baik, kita pun boleh baik dengan staff kan? Saya meninggalkan KLMU bukan kerana kecewa, saya tinggalkan KLMU kerana saya ditawarkan sesuatu yang lebih baik dari Taylors... Itu yang perlu semua orang tahu... Dan, saya meninggalkan TERUS arena ini kerana saya tidak sanggup terus melayan kerenah $$$ yang bertopengkan orang MELAYU!!! Saya JEMU!!!
5 comments:
masih ada lagi pelajar yang di tipu melalui lain ejen(ALNOR RESOURCES)yg dikelolai oleh (5)penama.iaitu PUAN NUR(019-3455010),ENCIK SHAH(010-7904211),ENCIK TAJ(010-5391229),ENCIK NAS(017-2731191),ENCIK RAHIM(013-3049230).Jumlah pelajar lebeh kurang 20 ke 30 orang.kesemua mereka ditempatkan dirumah-rumah teres sekitar Bandar Seremban yang kononnya disewakan oleh pihak East West College tetapi ditanggung oleh pelajar.Bermula dari tarikh pendaftaran pd 29/10/2010 hingga kini segala kursus yg ditawarkan belum dijalankan.Kena tipu lagi...! MELAYU TIPU MELAYU..SEDIH! SEDIH! NAYA BUDAK-BUDAK..
johari... sedih bila mengenangkan kejadian mcm nie terjadi dlm industri pendidikan.. pdhal, kita beria-ia nak membangunkan modal insan utk masa depan negara...
saya adalah bekas pelajar dari EWC. seperti mana yang anda semua tahu kolej ini telah menipu ramai pelajar dengan membuta kan mata mereka menggunakan tawaran belajar yang singkat tempohnya. Saya menyesal atas apa yang terjadi dan turut merasa kecewa terhadap kolej tersebut, hal ini kerana pihak kolej menawarkan tawaran bagi program SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) tahap 1 & 2, program yang dikawal setia oleh JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) yang dibiayai oleh PERBADANAN SUMBER BERHAD (PSMB) dibawah kementerian sumber manusia. Saya selaku bekas pelajar EWC yang turut ditipu oleh agent agent yang berkenaan mengharap wang kami dikembalikan semula, dimana segenlintir lagi pelajar masih belum mendapat wangnya kembali.
amezy shafie,amat menyedihkan bila institusi pengajoan yang sepatutnya jadi tempat mendidik menyalahgunakan peranan mereka. Jujurnya, sewaktu batch pertama & kedua (yang dikawal sepenuhnya oleh sebuah universiti swasta) SKM (KBS), students hanya perlu membayar RM 100 yuran pendaftaran. Dan setiap bulan menerima elaun dari KBS selama 3 bulan. harap ianya telah dilaporkan pada pihak berkuasa
akak saya pelajar dari kolej east west ni. mmg betul apa yang akak cakap saya tak dapat duit ptptn yang dah dijanjikan. mana pergi duit yang saya buat pinjaman tu?
Post a Comment