Sunday, March 20, 2011

Dugaan Buat Kita

Lama jugak rasanya tak update kat sini. Agak busy dengan schedule yang agak tight, esp preparation for school holidays and school holidays...

As usual, sebelum school holidays mestilah ada exam, kan? Kat mana-mana pun sama, dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah sampailah ke univ... So, Anggun was preparing for her exam and secara tak langsung, sayalah cikgu di rumah... Even it just standard 2 subjects, mencabar iman juga la kiranya...

9th March 2011 early in the morning, around 4am, we got to know that my BIL accident. Mulanya agak confused and tak la sangka dia parah sebab cerita yang berangkai-rangkai tu macam blur jugak. Rupanya, my BIL tu dilanggar kereta sendiri... Macam mana? Confesed tak?

Macam nie ceritanya...

My BIL tu baru beli pick-up truck (Mazda, lebih kurang mcm Toyota Hilux jugak la sizenya), second hand lepas dia tolak Myvi lama dia. Myvi baru dia still pakai lagi. Malam tu dia nak main badminton dekat hall (btw, his location is in Felda Kuala Ketil, near Sg Petani and his wife tak duduk sekali since wife dia still mengajar kat Sg Bayour, Perak). So, lepas parking, bila dah dalam hall, suddenly member-member dia kata kereta dia bergerak. Kebetulan, tempat dia parking tu agak curam. My BIL and another 4 of his friends berkejar lari nak tahan kereta tu. Sampai satu tahap, semua dah tak tahan dah and pakat nak lepas and lari. Entah macam mana, my BIL terjatuh and dia digelek dek keretanya sendiri on 8th March 2011...

Kawan-kawan dia bawak my BIL to nearby clinic and clinic hantar dia to Hospital Sg Petani. We all bertolak to Sg Petani on 10th March, lepas event Azimin selesai kat UKM... Yelah, kan ke lelaki kesayangan hamba tu was one of the spotlight for Permata Pintar launching... Acara penyerahan SOLAR VEST nya to Datin Paduka Rosmah Mansor (itulah nama yang tulis kat vest tu ya)..

We departed ENSTEK after Maghrib and arrived Sg Petani Hospital around 1.30am. Azimin sempat naik and visit his brother, then lepas tu, we all carik hotel yang dekat-dekat area hospital tu. We checked in kat Casa Lagenda, dekat Lagenda Heights... Kebetulan, my in-laws pun checked-in kat situ. Sebab emergency, bedal jer la... Kalau nama nak stay for pleasure, idak la kot... Sebab the next day tu, FELDA dah sewakan 2 storeys homestay kat area situ gak untuk we all sefamily...

My BIL’s conditions parah sebenarnya. He is facing 3 phases of ‘parah’. 1- Paru-parunya internal bleeding... 2 – Kecederaan buah pinggang and 3 – Tulang rusuk & tulang kat tangan kiri & bahu patah... Kesia aku tengok condition dia. Amat kesian...

Dan as a person yang pernah bergaul-mesra dengan insan-insan hospital, aku tahu la serba sedikit on the medical terms kan? Panas jugak aku melihat keadaan & layanan yang amat ALA KADAR tu, padahal orang nie parah bukan main. Paling aku tak tahan, ada ke troli bahan buangan ubat, etc tu boleh selamba rock jer park kat sebelah katil BIL aku. Itu bahan buangan merbahaya, main letak-letak suka hati lak. Dah la masa tu waktu melawat. Ramai orang kat keliling and Alam & his cousins pun ada cuba-cuba main-main troli tu. Tapi bila kena sergah dengan aku, tak de saper berani usik... Bila doktor pelatih (kat situ memang meriah dengan doktor pelatih, nurse pelatih, etc...) datang kat katil BIL aku, boleh lak dia cakap kat Alam, “Jangan main troli nie dik, bahaya.”... Itu adalah ayat-ayat pembuka tirai nak kena sembur dengan aku la tu... Aku yang memang dah panas, sound la, “Kenapa troli nie letak kat sini ye? Sebab selalunya troli nie kena letak kat bilik khas, tak boleh main tinggal-tinggal sesuka hati. Bahaya.” Tercengang doktor practical tu dengar suara merdu aku... Nasib la kau, kau yang mula bersuara... Terus dia capai troli tu and bawak pergi.. Nasib kau baik tau, kalau la jadi kat hospital tanah jajahan aku dulu, sah-sah aku call GM hospital terus..

Lagi satu yang amat buat aku rasa GERAM jerr tu... Dah sah-sah BIL aku tu pakai oksigen for breathing, mulut tu nak bukak pun tak boleh.. Kat menu slip tu dah tulis dah: SOFT FOOD... Korang tahu apa makanan untuk dinner yang dihantarnya kat BIL aku tu? Nasi putih sejuk (masa dia letak nasi tu may be la panas, tapi journey dari G Floor sampai ke 4th Floor tu jauh la gak kan), lauk labu (correct me if im wrong, bukan labu tu angin ker?) and ikan goreng yang keras (sebab aku try kutil dengan tangan, jenuh jugak la)... Boleh bayangkan macam mana BIL aku yang nak bukak mulut pun payah tu makan tak? Bila wife dia ngadu kat aku, aku suruh FIL aku inform kat doctor. Ye la, kalau aku or Azimin yang pegi cakap, mahu riuh satu ward kan...

Dan you all tahu apa jawapan doktor? “Staff catering dah turun, kalau dia tak nak makan food nie, pak cik boleh beli kat luar,” ... mak oii... berhemahnya... Betul la kata orang, orang sakit masuk hospital, boleh jadi bertambah sakit... FELDA memang dari awal dah proposed to transfer BIL aku ke provate hospital tapi memandangkan my BIL dah start admitted kat situ and record & case dia tgh diaorg study, so we agree to stay there. Bila dia dah stable bolehlah transfer balik Taiping...

Aku and Azimin siap meredah Sg Petani carik Mc D nak belikan bubur untuk BIL aku. Dia memang lapar, yelah, a day before that suruh puasa sebab nak buat endoskopik (betul ke spelling aku nie?.. ala, yang masukkan kamera dalam perut tu). Dari malam puasa, sampai la ke petang pukul 4pm... Doktor haram tak datang. Bila SIL aku berang, tanya nurse, nurse kata “Doktor tak jadi datang...” Apalagi, SIL aku yang sesopan-sopan insan tu pun boleh mengamuk, korang bayangkan la kalau aku yang ada kat situ...


No comments: