Tuesday, February 22, 2011

TERIMA KASIH KERANA MASIH PERCAYA




TERIMA KASIH KERANA MASIH PERCAYA

TERIMA KASIH KERANA MASIH SUDI PERCAYA

Terima kasih kerana apa? Bukan kerana saya mendapat kerja baru ya (kerja yang berlambak yang sedia ada ini pun tak larat nak dipukul lagi). Kerana sejak lebih 10 tahun saya berada di arena education management ini, ramai yang datang meminta pendapat. Pendapat tentang itu, tentang ini, tentang kerja, tentang kolej, tentang program & subjects, etc... Terima kasih kerana masih menghargai saya...

Permulaan tahun 2011, banyak teman-teman yang memulakan langkah baru. Mencipta impian baru untuk bersama organisasi baru. Jesteru itu, namanya REZEKI TAHUN BARU... Dari awal tahun hingga ke hari ini, lebih 20 orang teman menghubungi saya untuk bertanyakan pendapat tentang tawaran kerja yang mereka terima...

Pelbagai pendapat yang saya beri, dalam segenap segi... Pelbagai soalan juga yang saya terima, antaranya:

- "ok ker kerja kat situ?" (ini yang paling banyak saya terima)
- "kolej tu ada problem tak dengan MQA?"
- "job scoop dia macam mana?"
- "kolej tu auta ker tak?"

Banyak lagi sebenarnya, yang saya kongsikan hanyalah yang 'general' sahaja.. takkan nak publish semua, kan? jadi jawapan saya juga amat berpada-pada, apa yang saya rasa patut diberitahu, saya beritahu sebagai langkah bersedia...

Ada antara jawapan saya pada seorang teman:

"My personal advise, jangan resign dulu. Just take an unpaid leave, may be for 2 weeks - 1 month. Kalau rasa serasi, suka & seronok kat situ, then baru resign from your current company. Kalau rasa2 masuk kerja seminggu lepas tu tak seindah khabar dari rupa, you still got your job right?"

Itu adalah sebagai langkah bersedia untuk seorang teman yang sedang berkira-kira tentang tawaran yang diterimanya. Mengapa saya sanggup berkata begitu? Kerana saya punya ramai insan yang seangkatan yang akan menyokong saya sekiranya saya mention nama company itu... No, no... Jangan pujuk saya untuk mempublishkannya di sini... Tidak elok, ok...

Pada teman-teman yang masih mempercayai bidang saya, saya amat menghargainya...

No comments: