Thursday, February 10, 2011

ANGKARA FACEBOOK KAH?





Tajuk ini sudah lama bertapa dalam kepala otak saya, Cuma untuk memulakan penyakit malas itu selalu menerpa. Tapi kali ini saya kuatkan hati, entry kali ini, mesti tentang FACEBOOK.

Dari Wikipedia;

Facebook (stylized facebook) is a social network service and website launched in February 2004 that is operated and privately owned by Facebook, Inc.[1] As of January 2011[update], Facebook has more than 600 million active users.[5][6] Users may create a personal profile, add other users as friends and exchange messages, including automatic notifications when they update their profile. Additionally, users may join common interest user groups, organized by workplace, school, or college, or other characteristics. The name of the service stems from the colloquial name for the book given to students at the start of the academic year by university administrations in the US with the intention of helping students to get to know each other better. Facebook allows anyone who declares themselves to be at least 13 years old to become a registered user of the website.

Facebook was founded by Mark Zuckerberg with his college roommates and fellow computer science students Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz and Chris Hughes.[7] The website's membership was initially limited by the founders to Harvard students, but was expanded to other colleges in the Boston area, the Ivy League, and Stanford University. It gradually added support for students at various other universities before opening to high school students, and, finally, to anyone aged 13 and over.

A January 2009 Compete.com study ranked Facebook as the most used social network service by worldwide monthly active users, followed by MySpace.[8] Entertainment Weekly put it on its end-of-the-decade "best-of" list, saying, "How on earth did we stalk our exes, remember our co-workers' birthdays, bug our friends, and play a rousing game of Scrabulous before Facebook?"[9] Quantcast estimates Facebook has 135.1 million monthly unique U.S. visitors in October 2010.[10] According to Social Media Today as of April 2010, it is estimated that 41.6% of the U.S. population has a Facebook account.


Isu Facebook ini telah lama timbul, dibangkitkan beberapa kali oleh media sudah semestinya. Malah, sering menjadi ‘front page news’...


Isu ini saya bangkitkan apabila mengenangkan nasib seorang teman, yang saya anggap bak adik sendiri. Kerana saya telah lama memimpin dia dalam mencorak kerjayanya. Saya mengenali dia dari zaman dia masih anak dara hinggalah kini sudah punya anak satu.


Kisahnya, sang suami ter’jejak kasih’ dengan bekas kekasih di Facebook. Bermula dengan ‘accept friend request’, kemudiannya berbalas-balas message di inbox, disambung pula dengan bertukar-tukar nombor telefon. Selepas itu, ber’sms’, kemudian ber’hello’ di telefon, hinggalah berjanji temu.


Bekas kekasih suaminya itu sudah pun bertunang. Daripada cerita teman saya, hubungan mereka mula renggang apabila tunangannya berjejak kasih kembali dengan suaminya. Suaminya? Lelaki itu umpama lupa diri, hidupnya hanya dengan handphone semata-mata, selain berjanji –temu dengan bekas kekasihnya.


Suaminya mula alpa dengan dunia baru. Isteri dan anak rasa amat terasing dan nyaris disingkir terus. Bila teman saya bersuara, ajak berbincang sama, sang suami menolak. Katanya, tiada apa yang mahu dibincangkan, semuanya masih sama seperti dulu. Kononnya, hanya si isteri yang berperasaan begitu.


Kisah ini mula terbongkar apabila teman saya menghubungi saya meluahkan isi hatinya, meminta pendapat dan laluan fikiran. Katanya dia mahu bersemuka dengan bekas kekasih suaminya itu tapi dihalang. Tambah menyakitkan, bila dia bertanya apa-apa, suaminya hanya buat sambil lewa tetapi bila bercakap dengan bekas kekasihnya di talian, bukan main sungguh.


Jangan bersangka buruk dengan teman saya. Dia meluahkan rasa gundahnya pada saya kerana sudah tidak tahu ke mana mahu dia tuju. Ya, perkahwinan mereka kurang mendapat restu dari keluarga teman saya. Tentangan itu kerana selain kurang rupa, sang suami itu juga kerjanya kerani biasa sahaja.


Teman saya sudah berkira-kira mahu dilepaskan, malas mahu memanjangkan kisah. Katanya, ingatkan bila suami kurang rupa (ini bahasa terhormat saya ya, bahasa yang disampaikan pada saya lebih teruk!!) tiadalah perempuan datang mengendeng...


Puas memujuk, sabarkan dia, minta dia berfikir baik-baik. Saya minta dia ingatkan anaknya, kasihan, masih kecil lagi. Harap-harap, dia termakan pujuk saya...


Paparan di akhbar sering menjadikan Facebook sebagai penyebab segala kucar-kacir yang berlaku. Pendapat peribadi saya, Facebook adalah penyumbang kecil atas segala kejadian yang ‘buruk-buruk’ kerana yang lebih berpengaruh ketika membuat keputusan adalah nawaitu kita, hati dan fikiran kita.


Suami saya pernah bertanya (bila kisah teman saya ini diketahuinya).. “You pun asyik berfacebook, you pernah terfikir nak buat macam tu tak?”... Alamak lelaki ini... Kenapalah bertanya soalan-soalan begini... Mungkin kerana hampir kesemua ‘ex-bf’ saya terdiri daripada ‘friendlist’ saya. Kami rapat, sering bertanya khabar tapi alhamdulillah, hingga ke hari ini, saya tidak pernah terlintas untuk memusnahkan kepercayaan yang diberi... Lalu jawapan saya; “I ber’facebook’ tiap hari as Kiranna Shop, tak payah la nak berjealous-jealous nie..”


Saya amat berterima kasih pada Facebook. Selain menemukan saya dengan teman-teman yang telah lama terpisah hubungan, Facebook juga adalah sumber pendapatan saya. Kiranna Shop antara Facebook Shop yang terawal.

Dengan Facebook, saya bertemu dengan kawan-kawan saya sewaktu sekolah rendah. Kawan-kawan SKK yang kini masing-masing telah membawa langkah sendiri, kebanyakannya telah berkeluarga, bertemu di Facebook. Teman-teman MOZAC saya juga, kami kembali rapat kerana adanya Facebook.


Jadi, kenapa kita perlu menyalahkan Facebook? Ia hanya sebuah medium pengantara, kitalah pengguna, kita manusia. Manusia adalah kejadian terbaik Yang Maha Pencipta kerana kita dilengkapkan dengan akal fikiran. Jadi, gunakanlah ia sebaik mungkin...

3 comments:

bubbles said...

totally agree with you that we should never blame it on facebook when social problems happens.

kalau hati kita ni tak menggatal nak pursue sesuatu affair tu, benda tu takkan menjadik. cuma facebook ni menjadi satu medium yg selalu disalahguna. itu lah masalahnya...

bubbles said...

anyway, it's me.. win. :)

Herleen said...

hi win... thanks for dropping by. eh, tgk yr pic pun aku kenal la dear. tapi teroverlooked the comments..

mmg pun, kenapa la dok salahkan facebook pdhal org ramai gunakan for good sake. kalau x de facebook, tak de nyer kita still keep in touch kan? paling koman pun, hantar sms ms nak raya, mintak maap jer...

but with facebook, we keep in touch with each other everyday. sekali letak status, seantero dunia boleh komen...