Tuesday, February 22, 2011

FRONTIER JAPAN

Dalam entry terdahulu, saya ada berkisah tentang Frontier Japan yang masih berhutang dengan saya. Berkat kesabaran saya (mungkin juga ada staffnya yang membaca blog saya, mana lah tahu kan?), saya dihubungi Rebecca, insan yang berurusan dengan saya.

Rebecca memberitahu saya yang dia kini telah pulang ke Jepun dan selepas berurusan dengan Account Department, dia menyatakan transaksi pembayaran agak sukar dek kerana jumlahnya kurang dari USD 300 (selalunya mereka membayar cash uutk jumlah kurang dr USD 300).

Saya tiada Paypal (saya akan register selepas ini!!!), lalu jalan terbaik adalah Western Union. Western Union yang terdekat adalah di Tokyo!!! Mak oii... boleh tahan international juga hasil kerja saya ya!!!

Frontier Japan telah memohon maaf secara rasmi pada saya dan saya juga telah memaafkannya... Jadi, isu lalu telah ditutup!!!

No comments: