Wednesday, February 16, 2011

TIPAH TERTIPU!!!


Saya tertipu!!! Huhuhuhu, tapi masih di tahap boleh bersabar lagi. Harap-harap, kesabaran saya ini tidak meletup!!! Bukan sekali, tapi dua kali oleh 2 agensi berbeza...

Akhir December lalu, saya telah menyiapkan satu assignment untuk sebuah syarikat pengiklanan. Nama pun freelancer, jadi, bayaran saya mengikut assignment yang diberi. Saya dihubungi oleh seorang wanita mat salleh (dia berkerja di Malaysia ya, officenya di KL saja). Oleh kerana dia memerlukan khidmat ‘kecemasan’ saya, dalam masa 24 jam (dia perlukan untuk presentationnya sebaik sahaja Tahun Baru), jadi New Year Eve saya hanyalah didepan laptop menyiapkan assignmentnya.

Malam itu juga saya sudahkan dan terus emailkan kepadanya kerana pastinya dia memerlukan masa untuk mengubah beberapa perkara pada presentationnya. Sessi reply-meng’reply email berlangsung juga pada cuti New Year 2011 itu, banyak yang ditanya dan minta dijelaskan lebih-lebih lagi tentang budaya & keagamaan Malaysia.

Selesai presentationnya, dia meminta invoice dari saya dan seperti biasa, saya terus hantarkan. Harga saya berpatutan ya, walaupun saya seharusnya mengambil kira ‘emergency request’ dan ‘public holiday’ itu.

Katanya dia sudah menghantarnya kepada bahagian Akaun. Saya tidak mahulah pula setiap hari bertanya, nampak macam desprate pula nanti. Lepas seminggu, masih tiada khabar berita, dan bila ditanya, katanya masih dalam proses.

Dan sehinggalah hari ini, satu sen bayangnya saya masih tidak nampak. Bayaran saya seharusnya dibank-in kan ke dalam akaun saya. Saya tahu ianya belum menjelma, saya gunakan akaun saya itu untuk transaksi Kiranna Shop juga, kerana itu saya monitor keluar masuk duitnya. Jadi saya tahu ianya belum masuk.

Geram juga saya dengan Frontier Japan ini, padahal packaging KOKO KRUNCH yang baru dah selamat digunapakai oleh Nestlee. Bukan salah Nestlee, kerana saya di’hire’ oleh Frontier Japan. Saya memang sengaja menyimpan manuskripnya, kalau susah sangat, saya jual pada syarikat lain!!!


Itu kisah Frontier Japan, agensi iklan yang memeningkan kepala saya. Ini pula kisah agensi insurans yang sememangnya amat DESPRATE mahukan sales. Saya tahu anda sekadar mencari rezeki tapi caranya perlu betul ok?

Saya sememangnya mempunyai akaun bersama Etiqa Takaful, dan saya punya agent yang saya lantik khas untuk menguruskan segala hal insurans saya sekeluarga. Tak kisahlah apa jenis insuransnya, dialah orangnya.

Saya terima panggilan telefon sewaktu saya sedang sibuk menyiapkan Anggun untuk ke sekolah. Bila si pemanggil memperkenalkan diri:

“Saya Suraya (INI NAMA SEBENAR YA!!!), dari Etiqa Takaful.”

Apa yang ada dalam kepala otak saya ketika itu adalah, SURAYA ini adalah dari Etiqa Takaful Headquaters kerana Rozita dan staff-staffnya (TN Niaga di SS15, Subang Jaya) ada passwordnya sendiri untuk memperkenalkan diri. Dan mereka tidak sekali-kali mengaku yang mereka dari Etiqa Takaful...

Saya ditawarkan Personal Accident Insurans yang berharga RM 300 (hanya sekali bayaran). Oleh kerana saya sedang sibuk menguruskan Anggun hendak ke sekolah (ya, ia silap saya kerana saya sepatutnya menyuruh mereka memanggil semula, jangan ganggu saya yang sedang sibuk!!!). Jadi kerana mahu menamatkan perbualan, saya hanya ‘YA’ sahaja. Dan untuk pembayaran, insan yang bernama SURAYA itu bertanya, mahu gunakan kad kredit yang mana satu?

Etiqa Takaful kini di bawah Maybank, jadi pada firasat saya, kemungkinan besar mereka mempunyai rekod kad kredit saya. Siap semuanya...

Dua hari berikutnya, saya mendapat panggilan sekali lagi dari Etiqa Takaful, menawarkan perkara yang sama. Saya katakan: “BUKAN YOU ALL DAH CALL I KE 2 HARI LEPAS?”... Dengan ucapan maaf, ianya selesai. Pada saya, ianya kesilapan kecil.

Dua hari berikutnya, sekali lagi saya mendapat panggilan yang menawarkan saya perkara yang sama. Waktu itu saya sedang meredah kesesakan di Sg Chua Kajang (jalan yang sesak sejak azali) dan sekaligus menaikkan api kemarahan saya.

“BERAPA KALI YOU ALL NAK CALL NIE? DAH 3 KALI CALL PASAL BENDA YANG SAMA. YOU ALL TAK ADA RECORD KE?”

Itu yang membuatkan saya berasa something ‘fishy’... Rozita dan staffnya tidak pernah begini. Takkan Etiqa HQ sebegini teruk? Lalu saya hubungi Rozita. Saya beritahu dia apa yang terjadi dan pembayaran yang telah saya lakukan melalui kad kredit. Menjerit Rozita, mana tidaknya, selama 8 tahun kami berurusan, sekali pun tidak pernah dia bertanya berapa banyak kad kredit yang saya miliki walaupun dia adalah full time staff di Etiqa Takaful Bangsar. Transaksi kami hanya melalui transfer debit.

Saya cuba menelefon kembali SURAYA yang konon-kononnya dari Etiqa Takaful itu. Sampai di operator, bila minta disambungkan, berpuluh kali tidak berjaya. Akhirnya saya tanya si operator, “APA NAMA COMPANY NIE?” Nama company EXCEL BUSINESS. Bila saya tanyakan, extension 105 itu kepunyaan department mana, dan jawapannya adalah... TELE-MARKETING..

Siapa yang kenal saya, mereka tahu yangs aya tidak akan melepaskan & membiarkan perkara itu terjadi dengan amat mudah. Habis satu office itu saya telefon untuk mencari SURAYA. Akhirnya, si SURAYA ini mengreply panggilan saya. Berbakul-bakul sumpah seranah saya. Saya tanya apa nama company you, jawapannya ETIQA TAKAFUL...

Saya: Nama company you EXCEL BUSINESS la, bukan ETIQA TAKAFUL!!!

SURAYA: Yelah, tapi kami agen Etiqa

Saya: Then, cakaplah yang you all nie insurans agent, kan senang!!!

Selepas berbalah, akhirnya saya meminta dia menyuruh bossnya menelefon saya, jika tidak, saya akan laporkan pada Etiqa Takaful. Tak sampai beberapa minit, bossnya pula menelefon saya.

“YOU SHOULD TELL YOUR STAFF FOR NOT USING ‘KAMI DARI ETIQA TAKAFUL’ MASA CALL ORANG, YOU GUYS SHOULD USE YOUR COMOANY NAME”

Itu sebenarnya penipuan, kerana mereka membuatkan orang beranggapan yang mereka sememangnya dari ETIQA. Padahal, mereka hanyalah agen insurans. Mereka memang desprate, amat desprate tapi perlukah sehingga menipu sebegitu. Secara peribadi, saya dapat rasakan bahawa ayat2 itu sememangnya sudah diatur, bukan kerana tidak sengaja. 3 orang menelefon saya, ayat mereka juga sama.

Sewaktu mereka menefon saya untuk menyemak alamat penghantaran polici, waktu itulah saya sembur mereka lagi... “CREDIT CARD SAYA BERAPA BANYAK PUN AWAK TAHU, TAKKAN ALAMAT SAYA AWAK TAK TAHU?” Kalau difikir balik, ada betulnya kan?

Saya diberitahu daripada orang bank sendiri yang informasi itu dijual oleh ‘orang dalam’ sendiri kepada agensi insurans dan tak ketinggalan juga agensi pelancongan... Jadi anda semua, berhati-hatilah...

4 comments:

Nidza Ahmed said...

saya pun selalu kena mcm ni...saya duk dgr jer...lps tu cakap "maaf...saya tak berminat". terus letak...hahahaha

Anonymous said...

saya pernah kena jugak. call sampai dua tiga kali guna private number. kan pelik? last sekali saya kata "saya dah ada insurans. buat apa nak banyak-banyak insuran?" terus agen tu mintak maaf and letak telefon..

Blinks said...

uhukkss.....pity u my fren...mmg x guna org2 tuh...itu tricks diorg, nk dpt customer. aku cukup alert menda neh sb pernah terkena gaks....kalu dl glamour betol ngan privilej kad...skang insuren plk..cm2 hal diorg ni.....life so desperado beb...they will do anything, asalkan masyuk.....they all r so annoyed...hish..$^%*&^%*^$&^%$*^&

Herleen said...

Memang tak salah nak mencarik rezeki tapi janganlah sampai nak mengambil kesempatan pada org lain kan? Jenis orang2 macam nie lah yang merosakkan periuk nasi the whole industry...