Sunday, March 30, 2014

Inspirasi Jiwa

Sedang gigih mencari inspirasi, menimbulkan rasa agar pena boleh bermain kata lagi. Tapi puas dikerah, tiada apa yang menyapa. Jadi, kita layankan bait-bait Percaya Pada Ku, dengan harapan, dapat bayang-bayang zarah inspirasi pun jadilah...Siapa suka lagu nie, angkat tangan!!!

Percaya Pada Ku by Ungu

Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu


Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku


Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku 'tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku


Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu







Thursday, March 27, 2014

Jeritan Batin Seorang Wanita

Jeritan Batin Seorang Wanita

Andai bisa aku menjerit
Mahu ku khabarkan pada dunia
Yang jiwa ini terlalu lelah
Penat lagi sakit
Seakan aku tidak lagi mampu
Menggalas beban yang tak tertanggung
Aku bukan ‘superhero’
Malah tiada kuasa ‘bionic’
Yang aku ada
Hanya satu jiwa yang besar
Yang seboleh mahu bernyawa
Tapi aku ini manusia
Sampai masa terkulai jua


Eleen Jamaluddin
28 March 2014
Enstek






Sunday, March 23, 2014

Its A Sign To Take A Break

Awak semua tahu, kerja saya bukan setakat Stay At Home Mum. Selain tukang masak, tukang cuci, driver dan yang lain-lainnya di rumah, saya ada tanggungjawab lain yang sangat berat. Warung Seni Galvanize Lab, elkiranna’s Passion, kerja conteng-conteng saya mencarik ilham, banyak lagi. Itu belum masuk freelance consultancy yang lain-lain.

Oh ya, saya perlu minta maaf pada beberapa kawan, insan-insan serta institusi yang terpaksa saya tolak tawaran mereka untuk beberapa projek tertentu, dan juga jadi tukang bagi lecture.. Schedule saya sampai bulan June, silap-silap Julai, terlalu ketat. Taka pa, sekurang-kurangnya, saya memberi rezeki itu pada orang lain. Tapi kata Azimin, dalam sibuk-sibuk, nak jugak pergi joinmenjual kat bazaar..Itu hiburan saya, jangan halang-halang…

Balik dari sama-sama dengan @ehehbazaar sepanjang dua hari, saya mula rasa sakit itu sakit ini. Jari saya sudah memang sedia sakit sejak 2 minggu lepas. Hari ini, tambah penyakit baru; kaki pulak sakit. Lama sedikit, sambil tengok tv, saya gatal-gatal bukak laptop, tengok FB WSGL and tiba-tiba… Aaaaawwwww!!!! Leher sakit!!!

Azimin urut-urut sambil kata, dah tahu sakit, cuba rest. Ini buat macam-macam. ‘Muscle stress dekat jari sudah, nanti kalau kena dekat kaki & leher, nak cakap apa lagi? It’s a sign Eleen, please rest.’ Ya, ya, ya… Saya on air-cond & tv dalam bilik, angkat coffee, angkat laptop… Eh, laptop nak buat apa? Orang suruh REST!!!... Tak, just nak window shopping je…


Up to now, belum sempat window shopping sebab dok menaip nie.. Ok la, meh la I sambung window shopping. Window la, kan tengah bulan nie….


Doc bagitahu, setakat yang dia boleh cakap adalah Muscle Stress. Katanya, you better go for a full check up with specialist. Your husband UKM kan? Better pergi HUKM Specialist... Pergi hospital??? Memang tidak la aku bagitahu Azimin... huhuhuhu

The medicines; ada for Saraf & 'Releks Otot'?? Stess sungguh nampaknya...

Sorry, I'm not involved!!!

When my fb status mengenai kawan lama yang buat hidup aku rimas tu keluar, ramai member-member ysng close dengan aku  tahu siapa. Sebab, dah a week or two aku dah discussed with a few of them. Surprisingly, 'the person' commented my status with something like.. 'Unfriend je orang tu'.. Aku memang tak reply the comments and sampailah ada member yang tahu siapa yang aku maksudkan put up his comment. Dari his comment la yang 'the person' dapat tangkap yang sebenarnya that status was referring to her. Ok, now you know its 'her'...

She then provoked me in her status. Not once but rasanya dalam sehari ada la 20 kali. But aku sekali pun tak reply. And it's continued for a few days before she decided to unfriend me. Me? I didn't bother & don't bother to play the game pun. Kau nak meroyan sendiri, silakan. Aku banyak kerja lain nak buat. Full stop.

Few of my friends told me,  'lepas unfriend her, you will realise your fb wall will be much more healthy.' Yeah, I have to agree with it 👍👍

Thursday, March 20, 2014

A Short Touch After A While

Lama tak update blog. Berhabuk dah rupanya 😊. As usual, the schedules are so so so terrible!! Maafkanlah daku..

Through out the journey, macam-macam yang jadi sebenarnya. Ada yang buat aku senyum bila ingatkannya, ada yang buat aku rasa macam nak hempuk kepala pun ada. But it's life..

I belief ramai yang skodeng my fb status & blog especially bila a controversies of my contract & a fb status of mine yang 'berkata-kata' pasal seorang kawan lama. Tapi sampai hari nie, aku tak pernah put it in details pun. 

I've ended up my contract with a private college. Yeah, just take it as my contract dah expired 2 weeks baru aku sedar. Serious aku tak perasan pun. And bila aku sedar, i was open for discussion sebenarnya. Aku siap bagi option lagi since I was teaching that semester. 

But, sometimes orang nie, bila kita sergah kata their 'effectiveness & efficiency' silap.. Mula la emo tak tentu pasal. People who know me they will understand yang aku prefer 'black & white', a statement on paper. Bukan pok pak pok pak tapi tak de benda. That was the reason I put in on paper, siap quotes all the terms. Sebab emo, nampak surat dalam envelope je terus menggelabah. Terus sign.

A few conversations that actually made me wrap up my things immediately. Benda senang, kalau dah salah, tak kira la system salah ke, salah key-in ke, salah taip surat ke, just apologies!!! Tak payah kot nak pusing sana sini since you were not dealing with a fresh grad staff. 

Yes I've consulted a few legal & HR specialist for that. So, I know I was in the right track. Ego., just ego. So tak nak banyak cerita, I ended it on the day itself and telling the students, "my contract ended 2 weeks ago and nobody realised it."

Betul la tu. Aku pun tak sedar. 

Haha


Sunday, December 15, 2013

From ZERO to Miami - The best ever memory

I still remember the first day I started to help Azimin Tazilan on his artwork. He started to work on his artwork a few months before our wedding and yes, he completed it with a guide from Akif, Khairina & a few more people from School of Design & Art of Limkokwing. He then used our last room @ our small apartment as his art studio. Things work on well and he did paint ‘me + my 7th months of pregnancy’ on canvas. I do love the artwork but then I decided not to display it with my own reasons J..

At my end of 8th month of pregnancy, Azimin won the 1st prize of Dupont International Art Competition. Memang rezeki baby masa tu… And in the same time, he was one of the Bakat Muda Sezaman finalist, and the only finalist without fine art formal education background.

And one of his artworks (seriously aku tak ingat apa nama title nya, tapi ada bunyi macam ‘The Anggun + dragonfly’, which lama lepas tu baru aku sedar, nama Anggun tu memang dah lama ada in his mind. Even in the artwork, ada six-screen gambar scanning Anggun masa my 1st pregnancy scanning) was exhibited by Pelita Hati Art Gallery, Bangsar. Pak Samad yang masa tu datang untuk rasmikan the exhibition was so impressed tengok the artwork and finally, Pelita Hati bought the artwork as their personal collections.

After that I decided to help him on his art field. So, aku banyak buat PR work, introduce Azimins’ artwork, jaja nama dia dari satu gallery to another bukan kerja senang. Gallery kat KL & Selangor je dah cukup buat aku lelah. But its work!!! A few galleries were interested and its exhibited in the galleries. Muse Gallery of Star Hills was one of the high prestigious galleries yang exhibited Azimins’ artwork. Thank you very much Phillip!!!

 Throughout the journey, banyak dugaan & rintangan of course. I am nobody in the art industry and Azimin Tazilan name was very new. Amat baru. And kondisi art di Malaysia,masih lagi suka yang berbunga-bunga, berkerawang-kerawang. Azimin’s artwork more on abstract, bulldozer, steel, installation on the canvas, etc. More on the current issues based on his research. This is one of the ways for him to serve the community.

After his PhD, Azimin told me yang dia mahu adakan solo exhibition. Ingatkan dia main-main. Rupanya betul-betul. Wady and me working like crazy to put his dream into a reality. Looking for curator, venue booking, event planning, invitation, printing materials and the artworks itself!! Last but not least, the MONEY… Using our own saving, I am really hoping something miracle will happen.

Thank you Salmah for willingly to give her full support & guide to us. Yes, we are not able to pay her at her price but we made the deal works!!! Salmah is a A++ curator, yang selalu manage top artists esp in international exhibition. But for his ex-student (Azimin was 1 of her ex-students back in ITM long time ago and now they are colleague in UKM), she did it and siap share her contact lagi. I have to thank to many people who gave us a hand during the ADAjalan by Azimin Tazilan Solo Art Exhibition in Annexe Gallery, KL. Seriously it works!!!!

ADAjalan II was happened a few months after that at Rill’s Jalan Tun HS Lee. The owner of the Rill’s Fine Dine & Gallery; Tengku Rill approached us during the ADAjalan exhibition. And slowly, Allah tunjukkan jalan yang dari mulanya hanya ada SATU simpang kepada BANYAK simpang yang boleh aku pilih.

Kemudian sampai kepada idea gila, mahukan gallery sendiri. Itu bukan gila bagi aku sebab perkara itu dah lama ada dalam otak aku. Dari awal-awal our marriage lagi. Tinggal masa, keadaan & $$$ saja yang belum mengizinkan.

Warung Seni Galvanize Lab adalah lambang kekuatan jiwa & semangat aku. Ia juga jiwa & semangat kami semua yang sama-sama menubuh, membentuk, membangun dan mengerjakan Warung Seni Galvanize Lab dari 0 hinggalah ke hari ini

Sending few artists’ artworks for Arts KL-Miami with a hope, ‘at least 1 kena pun jadilah’.. Hahaha…  On the day I received a call from Nik from Image Connection telling me ‘We has chosen 3 of the artworks from Galvanize Lab to be exhibited in Miami’.. ‘All 3 belongs to Azimin Tazilan.’

Mak aii, tergamam, tercengang, semua ter ada. Thanks God, Syukur Alhamdulillah.. Liaising all the necessary requirements, getting ready the artworks, dan banyak lagi bukan perkara mudah. Ini kisah nak prepare artworks untuk bawak ke Miami, bukan kisah nak bawak ke KL. Jadi kerjanya pun memang banyak. Documentations, agreement, etc

Dan akhirnya aku diapproach Art KL-Miami, CEO of The Connector Group in Miami, Norsham Blasko. Perkenalan singkat membuatkan banyak benda yang tak jelas jadi makin terang sekaligus buat aku rasa macam Miami tu tak la jauh sangat.. Cewah.. Macamlah kau boleh jalan kaki pegi Miami tu jumpa Haritio Caine Eleen oii… The artworks yang sepatutnya hanya 3, dah jadi 10 dibawak ke Miami. What should I say?? And now we are preparing more artworks for Miami lagi.

Terima kasih Ya Allah, akhirnya ada jalan yang diarahkan pada aku. Its not an easy way but the hard work paid by the best memories ever. Membawa satu nama insan yang bukan calang-calang dari design & education industry, tapi orang tak pernah kenal dalam art industry bukan perkara senang. All the PR & communication by people around us do help a lot. Dari tiada siapa yang kenal, masterpiece Azimin Tazilan dah berada dengan beberapa collectors di Australia, Germany, etc dan akan berada di Miami nanti.


Bringing a name from ZERO to Miami bukan mudah. Jangan tanya berapa banyak hati yang terkorban, berapa banyak duit yang dah terlebur.. Apa nak buat, redha sajalah. Dengan harapan, segala yang terkorban, masa, harta, hati & rasa akan mendapat hikmah yang amat berbaloi…









Thursday, November 21, 2013

A Note To My Beloved Students: Thank You For Still Being YOU

Saya tak boleh bagi exact figure berapa banyak ex-student saya yang ada dalam friendlist saya. Sungguh.. Payah sangat nak kira. Dari local students sampailah international students, saya hargai setiap satu kamu yang masih mengingati saya. Ya, saya sengaja tulis dalam Bahasa Melayu, kot-kot yang international ex-students masih ingat bahasa ini.

Kalaulah kamu tahu macam mana susahnya saya cuba memahami setiap satu dari kamu semua satu ketika dulu, kalaulah kamu semua tahu macam mana geramnya saya bila kamu2 memberontak mahukan itu ini… Dan kalaulah kamu semua tahu, apa perasaan saya bila saya terpaksa berdepan dengan ibu bapa kamu2, bilamana saya harus keluarkan patah-patah dari mulut saya, memberitahu mereka yang kamu digantung pembelajaran, yang kamu dibuang kolej, yang kamu kena leave program… Oh Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa waktu itu kerana ianya tidak semudah untuk saya kata, ‘awak dapat straight A semester ini’, atau ‘awak dapat 1st class’.

Kamu tahu bagaimana saya sanggup bertegang lidah dengan segala bagai 'mat salleh' memperjuangkan result kamu. Kalau saya yakin yang kamu layak untuk dapat 1st class, saya tak akan segan-segan untuk perjuangkan hak kamu. Dan kamu tahu sejauh mana mereka mempercayai saya. Dan di hari kamu naik ke pentas menerima ijazah, di kala kamu, kamu dan kamu diumumkan 'First Class Hons', 'Best Student Award', 'Best Dissertation Award', etc., hati saya bercampur-baur tapi saya pasti, ada satu perasaan yang mengenepikan semua rasa- BANGGA.

Kerana selama ini saya cuba memberikan kamu semua yang terbaik semampu saya. Saya tak minta sedikitpun balasan daripada kamu-kamu semua, cukup setakat kamu ingat saya di dalam doa' kamu, tak kira apapun bangsa dan agama kamu, saya ada memberikan ‘sesuatu’ sebagai bekalan untuk kamu semua teruskan hidup. Bila ada antara kamu yang menegur saya bila terserempak, walaupun saya memang payah mengingati, percayalah, dalam hati saya ada rasa syukur & terharu. Bila setiap urusan saya di bank, di hotel, di hospital, dan banyak lagi menjadi mudah dengan adanya kamu-kamu semua. Terima kasih..

Lebih 10 tahun, nak masuk 13 tahun sebenarnya, ramai antara kamu sudah berkahwin dan berkeluarga. Saya percaya, satu hari nanti kamu semua akan faham mengapa saya bising memarahi, kenapa saya selalu minta penjelasan yang macam-macam, kenapa saya sanggup korbankan masa tidur saya di rumah untuk datang ke asrama bila ada antara kamu yang hysteria, kenapa saya sanggup hantar & tunggu kamu di hospital pada waktu yang orang lain sedang lena, padahal esoknya seawal pagi saya ada meeting penting, saya ada flight awal pagi yang harus saya kejarkan, saya perlu drive all the way to the North esok paginya. Dan saya percaya kamu semua akan faham kenapa saya akhirnya ‘melepaskan’ semua tanggungan itu bila saya rasa, anak-anak saya lebih memerlukan saya.

Ya, saya sudah lama menjaga kamu semua. Saya bukan setakat menjaga kebajikan kamu, pelajaran kamu, bahkan saya berkongsi banyak rasa dengan kamu-kamu semua. 13 tahun saya rasa sudah cukup kuat untuk menjadikan kamu semua insan yang sempurna, yang tahu membezakan elok dan buruknya. Saya percaya dengan pemberian 13 tahun itu, kamu semua mampu berdiri megah memperlihatkan keyakinan pada dunia. Lalu kerana itu, saya ambil keputusan untuk hanya melihat kamu dari jauh.


Terima kasih wahai kamu-kamu dan kamu semua. Terima kasih kerana berkongsi sebahagian dari hidup kamu dengan saya..

Layankan saja.. Mode: Dah nak cuti sekolah, banyak sangat dapat jemputan kahwin dari ex-students. And paling syahdu, baru jumpa & terima pemberian dari 1 of my fav int ex-students. Dia datang Malaysia dan cari saya untuk ucap terima kasih, katanya dia pernah datang 4-5 kali tapi tak dapat jejak saya. Ya, ayahnya perdana menteri di satu negara tapi dia tetap down to earth