Showing posts with label POET. Show all posts
Showing posts with label POET. Show all posts

Monday, July 6, 2015

Terima Kasih Cinta

Terima kasih wahai cinta
Kerna masih tetap terus bersama
Walau kita makin dimamah usia
Moga hari-hari kita terus direstu & diberkati.

Monday, August 11, 2014

Pencarian Ini

Pencarian Ini

Aku sedang mencari
Ceruk mana duduknya ranting hati yang patah
Ke mana hilangnya cebisan jiwa yang terobek
Yang kau tinggalkan lewat purnama lalu

Berikan aku masa wahai Cinta
Hingga aku ketemu hati dan jiwa semula

-eleen.jamaluddin-


Bukan kerja senang, membina semangat yang sudah abu jadinya. Kerma ia lebih sukar dari melakar impian di dada awan. Lalu aku mohon, berikan aku sedikit masa. Jangan kau biar aku lemas dibawa ombak. Hulurkan sebelah tanganmu, agar aku bisa dipimpin ke akhir usia.

Wahai Cinta, ini bukan pengakhir cinta





Thursday, May 22, 2014

Satu Menuju Dua

Satu Menuju Dua adalah sebuah versi hati saya yang agak lama tertangguh. Berbeza dengan Kasih Cinta Nyawa yang merupakan kompilasi sedia ada, Satu Menuju Dua sememangnya didedikasikan dari hati dengan setulus-tulusnya. 

Satu Menuju Dua lahir dari kisah duka amarah, impian yang tercapai tapi masih tidak tergapai juga rindu yang tertangguh. Kesemua ini cuba direalisasikan dan diekspresikan dari hati ke hati melalui hati.

Anda-anda semua, terimalah ekspressi manuskrip ini seterbuka mungkin. Arjuna Dewi masih dalam situasi 'struggle' dek idea yang datang dan sembunyi.


Sunday, April 6, 2014

Laskar Pelangi

Aku masih cuba mencipta impian
Dan masih aku cuba melakar pelangi
Mewarna mimpi-minpi 
Untuk bekalan dihari depan
Andainya esok masih setia bersamaku
Hulurkan tanganmu
Genggami jariku
Peluklah jiwaku
Kerna aku mahu melewati
Masa-masa bahagia bersama

*                    *                    *                    *                    *

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya

Selamanya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu






Thursday, April 3, 2014

The Way We Appreciate

After all, I just wish you to say

"You have done good enough"

and

"THANK YOU"


Eleen Jamaluddin
010414



Thursday, March 27, 2014

Jeritan Batin Seorang Wanita

Jeritan Batin Seorang Wanita

Andai bisa aku menjerit
Mahu ku khabarkan pada dunia
Yang jiwa ini terlalu lelah
Penat lagi sakit
Seakan aku tidak lagi mampu
Menggalas beban yang tak tertanggung
Aku bukan ‘superhero’
Malah tiada kuasa ‘bionic’
Yang aku ada
Hanya satu jiwa yang besar
Yang seboleh mahu bernyawa
Tapi aku ini manusia
Sampai masa terkulai jua


Eleen Jamaluddin
28 March 2014
Enstek






Monday, September 9, 2013

Kasih Cinta Nyawa

Hadir dengan sendiri tanpa perlu ada paksa
Luhur dari hati di saat aku menghitung kasih
Menimbang hati mengira cinta
Ah, bukan mudah sebenarnya
Untuk katakan pada dunia
Aku bersyukur dengan kurniaan-Nya

............................................................................................................

Ya Kasih
Berikan aku ruang merawat pilu
Agar dapat ku anyam kembali harapan semalam
Menjadi sinar cahaya hari esok

Ya Cinta
Jangan kau pergi berlalu sepi
Jangan kau rentap hatinya
Tinggalkan aku sedikit rasa
Untuk ku semai kembali hambar jadi tawa

Ya Nyawa
Usah kau bunuh kasih dan cinta
Jangan kau usir semangat asmara
Berikan hatimu terima kembali jiwaku
Kerana kita tahu
Kita masih mahu bersatu

Ya Dia
Terima kasih memberi rasa
Terima kasih menyemai bahagia
Terima kasih menabur cinta
Namun hakikatnya kita tahu
Ianya tak mungkin jadi satu
Lalu ku mohon
Lepaskan rasa itu dengan RELA
Biarkan rasa itu menjadi JUJUR
Ikhlaskan rasa itu dengan LUHUR
Kerana aku tahu
Kau dan aku insan terpilih
Manusia hebat diduga Yang Maha Kuasa
Kasih terduga
Rasa tercipta
Satu cheritera
Kuasa Yang Maha Esa tiada siapa mampu menduga

Ya Allah Yang Maha Berkuasa
Sesungguhnya aku redha
Bila Kau menguji hatiku
Bila Kau menduga kasih kekasihku
Bila Kau mencabar cinta sang cintaku
Lalu ku buka lembaran baru
Menginsafi khilafku
Mengingati kasih si cintaku
Mentafsir rasa si kasihku
Dan aku tahu
Ini ingatan yang Kau laungkan padaku
Agar aku ingat akan bahagia-Mu
Untuk aku tidak lupa cinta-Nya
Moga aku tahu kasih Dia

Wahai cintaku
Duhai kasihku
Maafkan khilafku

NHJ 
Sept 2013






Sunday, September 8, 2013

PRINSIP HATI KITA

Apa pun yg kita ingin capai 
cuba capai
akan capai
telah capai.. 

Apa pun yg kita ingin miliki
cuba miliki
akan miliki
telah miliki.. 

Ada SATU perkara yg kita perlu ambil kira
timbang tara;
PRINSIP HATI kita

......................................................................................

Itulah yang aku rasa, yang aku buat. Kadang-kadang dalam kita sedang cuba dan sedia untuk menggapai suka, tawa, bahagia & angan, kita selalu leka dan terlupa. Lupa tentang adanya duka, tangis, derita dan hampa.

Kita insan biasa, banyak lalai leka, apatah lagi khilaf manusia

Sifat kita, kita hanya mula menghargai apabila kita kehilangan
Bila hilang, baru mahu sedar
Bila pergi, baru mahu nangis
Bila terbang, baru mahu kejar
Bila tenggelam, baru mahu berenang




Saturday, September 7, 2013

Sekarang Aku Tahu...

Memujuk bukan senang
Mahu meyakinkan juga susah
Apalagi mahu orang lain faham apa yang kita maksudkan
Bukan senanag
Bukan mudah
........................................... 



Wednesday, August 21, 2013

Tuesday, August 6, 2013

Bagaimana by Fynn Jamal

Fynn Jamal 
Dia idola aku. Bahasa dia, gaya dia, memang superb! Mari ambil sedikit aura dia supaya aku rajin sikit untuk menulis... Inilah BAGAIMANA


Bagaimana
Untuk aku padamkan rasa yang aku ada
Bila sentiasa kau ada di situ
Untuk melukis setiapnya semula

Bagaimana
Untuk aku pejamkanhendak yang sedang sunyi
Bila sentiasa kau ada setia
Untuk mencelik setiapnya kembali

Bagaimana
Kerana aku sudah terlalu kebas
Dikejam rasa dan hendak yang ada sunyi

Bagaimana
Kerana aku sudah berjanji
Untuk tidak lagi mahunya lagi


JIWA HATI NYAWA

Kuatkan jiwa
Agar aku mampu menahan
Segala sakit perit dunia ini
Kerana aku masih mahu di sini
Dan aku memilih untuk terus di sini
Selagi aku mampu di sini

Wahai hati
Tabahlah dikau harungi derita
Cekallah dikau renangi sensara
Selagi kau mampu, bertahanlah
Selagi kau ada daya, bersabarlah

Kecil sungguh jiwa ini padamu
Rendah sungguh mertabat ini padamu
Kotor sungguh hati ini padamu
Sedangkan pada khalayak
Jiwa ini laksana BESI
Hati ini bagaikan CAHAYA
Roh ini terbanding tiada

Tiap langkah daku mengundang puji
Tiap gerak daku berbalas senyum
Tiap tutur daku terpalit tawa

Tapi apalah gunanya nyawa jika tiada yang bangga
Apalah hebatnya jiwa jika tiada yang rasa
Dan apa sangatkah sukanya hati
Jika nyawa dan rasa itu tak pernah didekati

Pasrahlah wahai jiwa...

NHJ
06 Aug 2013





Thursday, May 30, 2013

Bebaskan Jiwa II



Terguris
Terluka
Tercarik
Berdarah

Rasa-rasa yang amat menyeksa
Amat terseksa
Membuat jiwa raga meronta
Mencari arah mana perlu dihala

Wahai daratan
Gagahkan lara jiwaku
Tutupi darah seksa nestapa
Agar langkah atur tersusun
Biarkan luka ini kering sendiri

Duhai lautan
Hanyutkan hati yang tercarik calar
Kindungkan gurisan air mata
Biarkan ia renang ke tengah
Biarkan ia lemas diasak nafas

Marilah awan nan biru
Panggilkan helang bawa ku terbang
Bawa jiwa yang hatinya diguris dicincang
Terbangkanlah ia
Biar hati ini rasa bebasnya
Biar jiwa ini terbuang deritanya

Hati & jiwa
Lama sudah cariknya
Lama sudah sakitnya
Lama sudah seksanya

Larikan aku
Hanyutkan aku
Terbangkan aku
Dari segala seksa derita kamu

NHJ
27th May 2013

BEBASKAN JIWA


Monday, June 25, 2012

DATANGLAH MARAH, SEMOGA REDA DENDAMMU


Datanglah marah, semoga dendammu reda

Bila kamu datang
Aku buka pintu tanpa ragu rasa
Bila kamu lapar
Aku hidang kudap tanpa harap ihsan
Bila kamu susah
Aku hulur tolong tanpa minta balas
Dan bila kamu mohon untuk lelap
Aku lenakan tanpa sedikit gundah pun

Kamu minta, aku beri
Kamu harap, aku beri
Sedikitpun aku tak minta kamu balas

Aku cuma mahu kamu hormat
Aku cuma harap kamu faham
Aku cuma pinta kamu mengerti
Tapi aku silap
Kamu hilangkan rasa hormat
Kamu sedikitpun tidak mahu faham
Kamu jauh sekali mahu mengerti
Kerana kamu belum rasai
Bagaimana sakitnya hati bila terobek
Amat sakit bila terhiris, berdarah dan luka berparut

Kamu marah bila dia tidak hirau
Kamu cemuh bila dia tidak endah
Kamu marah lagi bila dia tidak perasan dan tiada perasaan
Dan bila marah memuncak
Bila marah bertambah marah
Dendam kamu mula membuak

Datanglah marah, moga dendammu reda
Datanglah marah, moga pengertian itu kembali
Kerana dikala kamu bermain dengan rasa marah
Biarkan aku menari bahagia
Percaya hukum karma: Bumi itu bulat

Eleen Jamaluddin
Bdr Enstek

2.44am

Friday, June 15, 2012

Wanita Selaut Rasa


 

Dia pernah bertanya
Kenapa perempuan penuh misteri
Bila suka, bila duka, bila marah dan bila kecewanya
Sukar ditafsir dengan satu pandangan
 Padahal ramai lelaki
Jatuh cinta dengan pandangan pertama

Waktu bayinya dia menangis kala lapar
Menangis kala sakit
Menangis kala marah
Dan hanya ketawa kala suka

Waktu gadisnya tambah gundah
Menangis tika sakit
Menangis tika marah
Menangis tika rajuk
Menangis tika duka
Menangis tika rindu
Menangis tika cinta
Dan tidak lagi ketawa tika suka

Menginjak usia menjadi dewasa
Tambah berulit cara bila berbicara
Raut wajah sukar ditafsir
Jadikan dia tambah resah

Wanita menangis bila kecewa
Wanita menangis bila derita
Wanita menangis bila lara jiwanya

Wanita menangis bila bara menyala
Wanita menagis bila ditinggal
Wanita menangis bila dicerca
Wanita menangis bila dihina
Wanita menangis saat jatuh terduduk

Wanita juga tak mampu menahan tangis waktu dipujuk
Wanita tidak malu mengalirkan air mata kala terharu rasa
Wanita masih menangis tika semangat bergelora
Wanita  juga menangis saat berjuang mempertahankan jiwanya
Dan wanita juga menangis bila masa dia berjaya
Menangis juga saat dia bahagia

Jawab aku pada dia
“Wahai sang lelaki, fahamilah kamu

Jiwa seorang wanita amat halus
Dengan hanya satu perkataan
Jutaan rasa tergambar di lautan expressi” 

Herleena Jamaluddin
Jonker Street, Melaka
150612

Sunday, March 25, 2012

Kerana Aku Ini Manusia


Lama pena tidak menari
Lama jiwa tidak membelai
Lama rasa tidak didatangi
Aku masih di sini
Masih di tempat yang sama
Masih pada hati & jiwa yang sama

Mungkin kesempatan itu amat terhad
Terlalu terhad
Nama pun aku manusia
Yang serba kekurangan
Yang serba keterbatasan
Lalu kerana itulah aku selalu kurang kesempatan

Aku manusia
Pernah kecewa pernah terluka
Pernah terjatuh juga tersungkur
Pernah hitam pernah berceloreng
Namun hidup ini satu anugerah
Hidup ini satu percubaan
Hidup ini satu perjudian
Lalu kerana itu
Hidup mesti diteruskan

Kerana aku ini manusia
Aku rawat dari kecewa dari luka
Aku bangun dari jatuh dari luka
Aku sisip hitam juga celoreng

Kerana aku ini manusia
Aku hargai setiap anugerah
Aku gagahi setiap percubaan
Aku menangi setiap perjudian
Kerana hidup mesti diteruskan

Kerana aku ini manusia
Aku lari mengejar bintang
Aku bangkit dari sungkuran
Aku warnai kembali kanvas kehidupan
Kerana aku ini manusia
Tidak mahu dikata kalah
Kerana aku ini manusia
Lalu aku pantang menyerah

eleen
bdr enstek
march 2012