Showing posts with label throwback. Show all posts
Showing posts with label throwback. Show all posts

Wednesday, March 2, 2016

My Anggun

Alhamdulillah syukur dengan kurniaan rezeki Allah swt, dengan berkat keizinanNya, princess kesayangan saya ini tercapai impiannya sekaligus memenuhi impian kami; 5A.

Terima kasih cikgu-cikgu SKKKLIA terutamanya Cikgu Kamsiah yang banyak memberi tunjuk ajar & sabar mendidik anak-anak ini. 

Anggun Elisa, We love you. Never stop fighting.






My Alam

Throwback 1

My little hero was so happy when his teacher called me to inform on his result. Congratulation to my #cintahati #alamfirdausfarhin . I love you very much Alam






Thursday, March 20, 2014

A Short Touch After A While

Lama tak update blog. Berhabuk dah rupanya 😊. As usual, the schedules are so so so terrible!! Maafkanlah daku..

Through out the journey, macam-macam yang jadi sebenarnya. Ada yang buat aku senyum bila ingatkannya, ada yang buat aku rasa macam nak hempuk kepala pun ada. But it's life..

I belief ramai yang skodeng my fb status & blog especially bila a controversies of my contract & a fb status of mine yang 'berkata-kata' pasal seorang kawan lama. Tapi sampai hari nie, aku tak pernah put it in details pun. 

I've ended up my contract with a private college. Yeah, just take it as my contract dah expired 2 weeks baru aku sedar. Serious aku tak perasan pun. And bila aku sedar, i was open for discussion sebenarnya. Aku siap bagi option lagi since I was teaching that semester. 

But, sometimes orang nie, bila kita sergah kata their 'effectiveness & efficiency' silap.. Mula la emo tak tentu pasal. People who know me they will understand yang aku prefer 'black & white', a statement on paper. Bukan pok pak pok pak tapi tak de benda. That was the reason I put in on paper, siap quotes all the terms. Sebab emo, nampak surat dalam envelope je terus menggelabah. Terus sign.

A few conversations that actually made me wrap up my things immediately. Benda senang, kalau dah salah, tak kira la system salah ke, salah key-in ke, salah taip surat ke, just apologies!!! Tak payah kot nak pusing sana sini since you were not dealing with a fresh grad staff. 

Yes I've consulted a few legal & HR specialist for that. So, I know I was in the right track. Ego., just ego. So tak nak banyak cerita, I ended it on the day itself and telling the students, "my contract ended 2 weeks ago and nobody realised it."

Betul la tu. Aku pun tak sedar. 

Haha


Thursday, November 21, 2013

A Note To My Beloved Students: Thank You For Still Being YOU

Saya tak boleh bagi exact figure berapa banyak ex-student saya yang ada dalam friendlist saya. Sungguh.. Payah sangat nak kira. Dari local students sampailah international students, saya hargai setiap satu kamu yang masih mengingati saya. Ya, saya sengaja tulis dalam Bahasa Melayu, kot-kot yang international ex-students masih ingat bahasa ini.

Kalaulah kamu tahu macam mana susahnya saya cuba memahami setiap satu dari kamu semua satu ketika dulu, kalaulah kamu semua tahu macam mana geramnya saya bila kamu2 memberontak mahukan itu ini… Dan kalaulah kamu semua tahu, apa perasaan saya bila saya terpaksa berdepan dengan ibu bapa kamu2, bilamana saya harus keluarkan patah-patah dari mulut saya, memberitahu mereka yang kamu digantung pembelajaran, yang kamu dibuang kolej, yang kamu kena leave program… Oh Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa waktu itu kerana ianya tidak semudah untuk saya kata, ‘awak dapat straight A semester ini’, atau ‘awak dapat 1st class’.

Kamu tahu bagaimana saya sanggup bertegang lidah dengan segala bagai 'mat salleh' memperjuangkan result kamu. Kalau saya yakin yang kamu layak untuk dapat 1st class, saya tak akan segan-segan untuk perjuangkan hak kamu. Dan kamu tahu sejauh mana mereka mempercayai saya. Dan di hari kamu naik ke pentas menerima ijazah, di kala kamu, kamu dan kamu diumumkan 'First Class Hons', 'Best Student Award', 'Best Dissertation Award', etc., hati saya bercampur-baur tapi saya pasti, ada satu perasaan yang mengenepikan semua rasa- BANGGA.

Kerana selama ini saya cuba memberikan kamu semua yang terbaik semampu saya. Saya tak minta sedikitpun balasan daripada kamu-kamu semua, cukup setakat kamu ingat saya di dalam doa' kamu, tak kira apapun bangsa dan agama kamu, saya ada memberikan ‘sesuatu’ sebagai bekalan untuk kamu semua teruskan hidup. Bila ada antara kamu yang menegur saya bila terserempak, walaupun saya memang payah mengingati, percayalah, dalam hati saya ada rasa syukur & terharu. Bila setiap urusan saya di bank, di hotel, di hospital, dan banyak lagi menjadi mudah dengan adanya kamu-kamu semua. Terima kasih..

Lebih 10 tahun, nak masuk 13 tahun sebenarnya, ramai antara kamu sudah berkahwin dan berkeluarga. Saya percaya, satu hari nanti kamu semua akan faham mengapa saya bising memarahi, kenapa saya selalu minta penjelasan yang macam-macam, kenapa saya sanggup korbankan masa tidur saya di rumah untuk datang ke asrama bila ada antara kamu yang hysteria, kenapa saya sanggup hantar & tunggu kamu di hospital pada waktu yang orang lain sedang lena, padahal esoknya seawal pagi saya ada meeting penting, saya ada flight awal pagi yang harus saya kejarkan, saya perlu drive all the way to the North esok paginya. Dan saya percaya kamu semua akan faham kenapa saya akhirnya ‘melepaskan’ semua tanggungan itu bila saya rasa, anak-anak saya lebih memerlukan saya.

Ya, saya sudah lama menjaga kamu semua. Saya bukan setakat menjaga kebajikan kamu, pelajaran kamu, bahkan saya berkongsi banyak rasa dengan kamu-kamu semua. 13 tahun saya rasa sudah cukup kuat untuk menjadikan kamu semua insan yang sempurna, yang tahu membezakan elok dan buruknya. Saya percaya dengan pemberian 13 tahun itu, kamu semua mampu berdiri megah memperlihatkan keyakinan pada dunia. Lalu kerana itu, saya ambil keputusan untuk hanya melihat kamu dari jauh.


Terima kasih wahai kamu-kamu dan kamu semua. Terima kasih kerana berkongsi sebahagian dari hidup kamu dengan saya..

Layankan saja.. Mode: Dah nak cuti sekolah, banyak sangat dapat jemputan kahwin dari ex-students. And paling syahdu, baru jumpa & terima pemberian dari 1 of my fav int ex-students. Dia datang Malaysia dan cari saya untuk ucap terima kasih, katanya dia pernah datang 4-5 kali tapi tak dapat jejak saya. Ya, ayahnya perdana menteri di satu negara tapi dia tetap down to earth