Sedang viral video ucapan luahan hati seorang anak muda bernama Zahra. Penuh terkesan walaupun nadanya lembut. Jujurnya saya simpati. Anak gadis itu kelihatan naif.
Kisah dongeng graduan lepasan universiti akan mendapat gaji besar dan pekerjaan yang bagus seharusnya kita lupuskan dari dulu. Saya faham, itu adalah slogan yang sering digunakan ibu bapa untuk menaikkan semangat anak-anak untuk gigih belajar hingga mendapat kejayaan di menara gading. Tapi hakikat yang tidak diberitahu adalah, selepas tamat pengajian, kemungkinan untuk para graduan menganggur adalah amat besar.
Realitinya, selepas bergelar graduan, banyak onak duri yang perlu dilalui. Turun naik tangga memanjat bangunan untuk interview yang rata-ratanya mahukan pengalaman. Bila sudah dapat, gajinya pula tidak seberapa. Job scopenya pula tiada yang sama dengan apa yang dipelajari ketika di universiti. Tambah menyeksa, politik pejabat, dan kerja-kerja yang diarahkan tidak mencabar minda dan pemikiran anak muda yang semangat juangnya sedang membara.
Jujurnya, kita perlu lakukan apa sahaja untuk survive. Ia bukan mudah dan tiada jalan mudah untuk senang kecuali kita datangnya dari keluarga keturunan berharta, yang sudah mempunyai legasi perniagaan. Jadi kita boleh menumpang senang.
Waktu saya tamatkan pengajian diploma, kerja pertama saya waktu itu adalah 'Telemarkerter'; mempromosikan loyalty card sebuah hotel bertaraf 5 bintang. Interviewnya tidak susah walhal iklannya mencari pekerja juga nampak menarik. Dalam satu bilik, berhimpit lebih 50 orang dan setiap seorang diberikan satu telefon. Ya, gajinya satu loyalty membership yang disign approved, dapatlah dalam RM200 tak silap. Kerja itu saya tahan seminggu. Lepas tu tak datang lagi dah. Saya tidak cukup kuat rasanya untuk bercakap tanpa henti mempromosi, tambah pula ayat saya tiada langsung yang manis menggoda.
Saya kemudiannya menyambung pengajian. Mungkin itu jalan terbaik memandangkan saya belum bersedia untuk berjuang di alam pekerjaan. Lantas saya memutuskan untuk mengutip sebanyak mana pengalaman dengan sebanyak mana manusia yang saya jumpa. Saya juga memberanikan diri berada di kolej yang rata-ratanya dari bangsa lain walaupun saya boleh memilih untuk berada di comfort zone universiti tempatan.
Dengan first degree, sekali lagi saya harus berjuang di dunia luar di zaman kegawatan ekonomi. Degree seakan tiada nilainya. Tengok iklan di suratkhabar dan internet, yang paling layak memohon hanyalah bidang 'customer services', 'telemarketing', 'promoter'. Tulislah indah bagaimana pun nama positionnya, akhirnya kerja hakikinya masih promote itu ini. Yang 'up' sedikit, dapat rezeki dalam banking industry. Tapi masih lagi menjual dan mempromotekan credit card. Berharap pada komisyen.
Rezeki saya bersama Mid Valley Services & Management sebagai Customer Care Officer, bahasa senangnya, jaga information counter. Bekerja shift, off day BUKAN hari Sabtu, Ahad & public holiday bukan senang. Nasib baiklah kerja di shopping mall, ada sale, ada kawan-kawan yang boleh simpankan barang yang kita hajati sampai hari kita dapat gaji. Itulah hiburan.
Waktu itu saya tinggal bersama keluarga di Kajang. Boleh bayangkan waktu itu dari Kajang ke Mid Valley, saya ambil bas dari main road depan rumah hingga ke Kajang. Samada selepas itu naik bas terus ke KL ataupun naik komuter hingga ke KL (waktu itu belum ada perhentian komuter Mid Valley), seterusnya naik bas Intrakota ke Mid Valley. Kalau kena shift malam, habis kerja pukul 10.30pm, ayah saya akan tolong ambil.
Itu rutin saya sepanjang setahun sehinggalah kemudiannya saya beralih arah ke Limkokwing Institute yang waktu itu berkampus di Kelana Jaya. Nasib saya agak baik waktu itu kerana ayah saya berkerja di Subang, lalu saya tumpang ayah.
Gaji? Fresh grad salary saya hanyalah RM1550, berulang-alik dari Kajang ke Mid Valley 6 hari seminggu, ditambah dengan belanja makan (di Mid Valley tiada warung berdekatan; food court tempat utama, sampai tengah - hujung bulan, kami beli makanan di Carefour dan makan di office) amatlah sukar. Waktu di Limkokwing juga, gaji Executive masih tidak menjadikan saya mampu membeli kereta. Saya tumpang ayah, atau selebihnya saya naik LRT. Cuma mungkin rezeki jodoh saya ada di situ, lalu saya dapat menumpang senang seorang lelaki yang sanggup mengharung jammed hingga ke Kajang tiap kali kami dating secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kawan-kawan lain selepas waktu pejabat.
Rezeki saya murah selepas berkahwin. Lepas satu, satu. Jujurnya saya tidak memilih untuk berkahwin dengan lelaki kaya walaupun pilihan itu ada. Saya hanya percaya pada kuasa Illahi dan rezeki yang ditentukan buat saya.
Komplikasi waktu mengandungkan anak pertama membuatkan saya berhenti kerja. Banyak pengorbanan yang harus kami berdua redah. Hutang bank study loan saya RM500 setiap bulan. Saya dan suami pernah hidup berbekalkan roti Gardenia besar. Itulah yang kami buat berbuka puasa dan sahur.
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Adil. Dengan puteri Anggun yang masih kecil, saya mendapat kerja dengan cara yang dipermudahkan. Dan saya semakin tahu arah tuju dan membina karier yang saya mahukan walaupun ianya sungguh tidak sama dengan apa yang saya kejarkan sewaktu di universiti.
Belasan tahun berjuang, saya melihat ramai insan-insan yang berjaya menggenggam sijil, diploma dan ijazah. Dan pada mereka saya sering katakan, jangan sangka kehidupan selepas melangkah keluar dari alam pelajar adalah mudah. Jangan berangan akan terus pakai kereta besar berjenama, bergaji besar seperti yang selalu tonton dalam drama atau filem melainkan mereka anak orang kaya yang harta keluarga setinggi gunung.
Saya sering gunakan contoh teman saya yang bernama Norlin. Dia mulakan kerjaya selepas tamat belajar di Toy'r'Us selama dua tahun. Kira stok dalam setor, mop lantai, lap habuk, balut hadiah semua dia buat sebelum saya bertemu dia di Mid Valley yang waktu itu hanya Leasing Executive. Sedikitpun tidak mengeluh, sedikitpun tidak bermegah walaupun hakikatnya, pakciknya adalah Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Dia masih boleh duduk makan bersama saya, kadang-kadang membantu di dalam info counter. Perjalanan dia amat panjang, selepas Mid Valley dia ke beberapa lagi shopping mall lain, naik setingkat demi setingkat sehinggalah akhirnya dia mengambil alih perniagaan keluarganya. Hampir 10 tahun menimba pengalaman.
Tanya pada diri sendiri, sanggupkah kita yang ber'ijazah' ini memohon kerja di Toy'r'Us dan bertahan hingga dua tahun? Pada kita, kerja sebegitu untuk budak-budak lepasan SPM sementara menunggu keputusan keluar. Tapi tidak pada Norlin.
Saya akui, zaman sekarang serba mencabar. Untuk terus hidup, kita perlu terus berjuang. Zaman sekarang kita perlu mencari sesuatu yang 'value added skills' untuk terus bertahan. Kalau dulu, kita rasa bila dah gah di pejabat, cukuplah. Tapi zaman ini, yang tahu masak, yang ada baking skill, pandai menjahit, hasilnya lumayan. Yang petah bercakap, boleh jadi emcee. Yang ada event management skills, boleh organise macam-macam event. Itulah hakikatnya.
Jadi adik-adik, buangkan angan-angan lepas habis belajar akan dapat kerja bagus, gaji besar, rumah besar, hidup mewah semua itu dari senarai angan-angan kamu semua. Berpijak di bumi nyata. Percayalah, makcik jual goreng pisang adakalanya lebih kaya dari yang kerja dalam aircond, ber'suit' bagai. Rezeki kita ditentukan Allah tapi Dia mahukan kita berusaha. Bumi Allah itu luas. Saya selalu berkata itu pada kawan-kawan yang ditarik rezekinya, diberhentikan kerja etc. Kita perlu kuat dan terus berjuang sebagai khalifah bumi. InsyaAllah.
Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts
Friday, July 10, 2015
Wednesday, May 27, 2015
13 Years of Love Journey
Tahun-tahun Kita
Kita tidak pernah merangka
Mana yang ulu mana yang hujungnya
Kerna tika kita mula ditimpa rasa
Kita masih tertanya
Apa sinambungannya, bila sudahnya
Malah siapakah orangnya
Mana yang ulu mana yang hujungnya
Kerna tika kita mula ditimpa rasa
Kita masih tertanya
Apa sinambungannya, bila sudahnya
Malah siapakah orangnya
Isyarat merisik suara hati
Dan kita lalui sejujurnya
Kerna janji kita
Biar pedih, biar sukar
Biar tersungkur ribuan kali
Kita harus tetap menerus langkah
Biar tempang
Biar bertongkat
Biar berpapah
Dan kita lalui sejujurnya
Kerna janji kita
Biar pedih, biar sukar
Biar tersungkur ribuan kali
Kita harus tetap menerus langkah
Biar tempang
Biar bertongkat
Biar berpapah
Kita harus tabah melukis indah
Menambah tiap tahun mencipta sejarah
Menambah tiap tahun mencipta sejarah
-eleen.jamaluddin-
24th May 2015
24th May 2015
**h.a.p.p.y.1.3.t.h.a.n.n.i.v.e.r.s.a.r.y.L.U.V.**
@azimintazilan
@azimintazilan
Monday, May 25, 2015
Sunday, May 24, 2015
13th Years of Love Journey
Thank you for putting up
with my imperfections for the past 13 years. Till you see the perfect me in
syurga. I would try to be at least the best women and wife you could ever have
in dunia.
Happy 13th Anniversary to my beloved husband
Moga kasih sayang kita kekal hingga ke jannah
Happy 13th Anniversary to my beloved husband
Moga kasih sayang kita kekal hingga ke jannah
Love,
-eleen.jamaluddin-
Monday, January 26, 2015
Selamanya Pada Hati
Biarpun masa berlalu
Biar waktu kian berubah
Biar semangat terlekuk kikis
Namun hati dan perasaan masih tetap
Serupa
-Eleen Jamaluddin-
260115
Biar waktu kian berubah
Biar semangat terlekuk kikis
Namun hati dan perasaan masih tetap
Serupa
-Eleen Jamaluddin-
260115
Wednesday, July 16, 2014
Jangan Jadikan Emosi Kita Tontotan Umum
Kecoh seantero Malaya pasal pemilik Peugeot CDM 25 yang bersikap tidak
manis terhadap uncle yang sudah berumur, baya ayah-ayah kita tu. Cemuhan,
hinaan dari perempuan Melayu bertudung di waktu bulan Ramadhan Al-Mubarak ini
sememangnya menjadikan dia popular dengan cara mudah.
Gagah jugak dia siap hayun hentak steering lock kat kereta uncle tu.
Emosi & rasa marah menguasai diri masa tu kan… May be jugak dia first time
kena langgar, nak-nak pulak agaknya kereta baru lepas keluar kilang. Tu yang
emosi sungguh tu…
Ramai sebenarnya antara kita yang pernah terlibat dalam kemalangan,
tinggal cara kita handle the situation tu je yang lain. Nak-nak perempuan,
kalau tiba-tiba accident, seorang-seorang pula masa tu, mesti ada sedikit rasa
cuak. Tambah pula, kaki-kaki tow truck pula yang suka push-push itu ini, suruh
sign itu ini.
Persediaan diri kita yang penting sebenarnya. Accident berlaku bukan
boleh kita jangka bila. Kadang-kadang, dalam berhati-hati, kena juga. I was
driving through out Semenanjung Malaysia ke hulu ke hilir, berulang dari Enstek
ke Subang, ke KL tengah-tengah Jalan Raja Laut – Jalan TAR tetiap hari dulu,
Alhamdulillah tak pernah accident. Tapi tup tup, tengah dalam kereta panaskan
enjin, dalam kotak parking kat Nilai, berdegang orang langgar. Tu kira first
experience la. Walaupun bukan salah sendiri, tapi nervous jugak. Nak-nak kereta
lakiku… The next accident, masa dekat traffic light Nilai (lampu merah lagi).
Datang satu van McD KLIA dari belakang, laju langgar. Yang nie, kita pergi buat
report polis.
Accident seterusnya, dekat traffic light Pekan Salak which airport limo
dengan jayanya menghentam dari belakang. Tapi dan-dan tu terus driver limo tu
bawak pegi workshop, and dia tanggung semua repairnya. Masa tu cuak giller
sebab ada 4-5 limo datang sama, semuanya bangsa India. Tapi driver tu baik,
mintak tolong jangan report polis. Kawan-kawan dia yang datang sama tu semua
chip-in duit untuk bayarkan repair kereta aku.
Sejarah membuktikan, selalunya aku akan accident:
1. Masa kereta tidak bergerak (time parking,
traffic light etc)
2. Masa kejadian, semuanya di waktu Azimin
out-station
2012, accident yang paling teruk untuk aku. Masih sama dekan traffic
light (kali nie dekat area LBJ – Sban 2) tinggal masa nie, aku baru nak tekan
minyak sebab traffic light baru bertukar kaler hijau. Tiba-tiba entah dari mana
muncul motor and terus berdesup masuk bawah bumper kereta aku. Memang kereta
tak boleh gerak langsung. Aku terus keluar, perkara pertama yang aku buat,
carik rider motor tu. Kot-kot tersangkut bawah kereta aku. Rupanya dia dah
tertengkot-tengkot pergi tepi jalan.
Dia nampak aku terus cakap, “Sorry kak, sorry sangat-sangat. Saya nak
cepat sebenarnya. Dah lambat nak masuk syif.”
Aku tengok budak tu pun kesian… Walaupun sebenarnya, kesian lagi tengok
kereta aku tu… Tapi nak marah pun dah tak guna. Bukan boleh reverse balik pun.
May be sebab dah banyak kali kena benda-benda macam nie, masa tu memang aku
cool sangat walaupun aku seorang-seorang. Aku tunggu la ayah aku datang tolong
apa yang patut sebab as usual, suamiku sedang out-station. And sah-sah aku kena
buat semua decisions.
Call tow-truck, mintak orang yang kerumun-kerumun semua tu tolak kereta
pegi tepi, melayan orang-orang tow truck yang approach kiri kanan mencuba
nasib… fuh!!! Sementara tunggu tow-truck aku & polis sampai, aku suruh
budak motor tu pergi klinik. Kot-kot patah riuk anak orang nie. Kawan-kawan dia
ada 2 kereta datang. Ada la 2-3 orang yang konon-konon buat muka garang sambil
tanya,:
“Sape yang langgar kau? Mana dia?”
Tapi budak motor tu rileks je jawab, “Aku yang langgar. Tu kereta putih
tu.”
Tengok kereta putih tu, terus diam tutup mulut kawan-kawan dia.
Yalah, kot aku mintak bayar, jenuh…
Aku tak kata aku terror, aku cool sebab aku boleh buat rileks lepas
kena langgar. Budak motor tu pun, sampai balai, memang dia terus mengaku salah
dia. Tinggal may be sebab aku dah biasa kena hentam time kereta tak bergerak
and tu yang buat aku rasa… mencabar sungguh!!! Syukur Alhamdulillah aku tak
luka parah, patah riok. Setakat terhentak kepala kena steering, sakit-sakit
badan, lepas tu demam tu, adat la. Kereta je la yang sakit...
The photos below were from the last accident. Aku pernah post kat FB
tapi privatekan and hanya boleh dilihat oleh beberapa orang yang tahu aku
accident waktu tu. Baru tadi aku dah allowed my friendlist boleh view. Senang cerita, aku malas nak kecoh-kecoh masa
tu. NIe dah dekat 2 tahun, korang nak cakap apa pun, cakap la. Wa tak de hal…
‘Accident happened on 10 Oct 2012, near LBJ, on
the way to Seremban 2. Now dah selamat keluar dari workshop. The repair cost
exceed 5 figure and we have to top up almost 5k to cover some expenses yang tak
dicover by insurans; lampu, etc’
So lepas nie, kalau nak mengamuk in public, hati-hati. Ada yang glamer
kat Youtube pulak nanti.
Friday, May 30, 2014
Broken Heart & Heart-broken
The most beautiful masterpieces come from the most broken heart.
Itu ayat yang aku pegang and itulah yang pernah dikatakan seseorang pada aku.
Aku perlu setuju.
Aku pernah berkata juga pada seorang kawan yang bukan dari bidang yang sama. Katanya "Ya, tapi hasilnya juga lebih ke arah depression."
Really?
Pada aku, bila kita menulis di saat kita heart-broken, kita akan lebih memahami, akan lebih berhati-hati. Bila menggambarkan kesedihan, ianya lebih terasa dalam dan pedih. Bila menzahirkan kemarahan, sekali tafsir sudah boleh rasa percikan amarahnya.
Untuk menceritakan suka gembira pun tidak susah kerana dalaman yang kecewa, masih boleh berinteraksi tentang gembira tapi dalam nada yang amat berhati-hati.
Kerana expressi ketika kita sedang happy akan nampak sedikit sombong, arrogant. Tak percaya, cubalah. Sedangkan dalam conversation yang biasa-biasa seharian pun, bila kita terlalu gembira, kita akan membuat ada orang lain rasa menyampah. Inikan pula dalam tulisan.
Siapa kata bila kita dalam keadaan 'heart-broken' kita hanya menulis tentang kesedihan? Kecewa? Depression? Banyak sebenarnya hasil yang tergambar demi kegembiraan. Semua kawalan di pihak kita. We are the one controlling ourselves, our mind.
Jujurnya, situasi 'heart-broken' lebih banyak mendatangkan ilham. Waktu 'heart-broken' adalah waktu kita memuhasabah diri. Duduk sendirian, berfikir apa tentang masa silam dan hari depan, mentafsir apa yang hati kita mahu, menanam impian baru. Ia juga tentang semangat kita untuk bangun dari kekecewaan.
'Heart-broken' mengajar kita untuk menjadi lebih matang. Perlu bersedia membuat pilihan. Bukan setakat depression dan menangis sahaja. Bezanya, bila diedit, ianya jadi lebih mudah.
Wednesday, April 2, 2014
Gembira Dia Bahagia Kita
Kadang-kadang, bila saya dapat sms dari orang yang kita tak ingat, saya dapat rasa ada satu keikasan di situ. Tambah pula, dari mula dia ucapkan terima kasih.
Saya tak pernah menyangka saya membawa kegembiraan pada orang lain. Tidak semena-mena, saya juga gembira.
Ya, saya ingat bilamana seorang ibu yang berharap untuk menggembirakan anaknya beberapa tahun dulu. Roller blade Barbie milik Anggun itu saya jual waktu buat garage sale. Waktu beli harganya boleh tahan mahal. Pakai pun just for a few times tapi sebab dia begitu berhajat, saya jual dengan tak sampai 1/4 dari harga yang saya niat untuk jual. Tak apalah, simpan pun Anggun dah tak muat.
Pagi ini tiba-tiba saya dapat sms. Mulanya saya ingat dia salah nombor tapi tidak. Kerana dia ingat setiap butir apa yang terjadi.
Sunday, March 30, 2014
Inspirasi Jiwa
Sedang gigih mencari inspirasi, menimbulkan rasa agar pena boleh bermain kata lagi. Tapi puas dikerah, tiada apa yang menyapa. Jadi, kita layankan bait-bait Percaya Pada Ku, dengan harapan, dapat bayang-bayang zarah inspirasi pun jadilah...Siapa suka lagu nie, angkat tangan!!!
Percaya Pada Ku by Ungu
Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku 'tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Izinkan aku 'tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku
Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu
Thursday, November 21, 2013
A Note To My Beloved Students: Thank You For Still Being YOU
Saya tak boleh bagi exact figure berapa banyak ex-student
saya yang ada dalam friendlist saya. Sungguh.. Payah sangat nak kira. Dari
local students sampailah international students, saya hargai setiap satu kamu
yang masih mengingati saya. Ya, saya sengaja tulis dalam Bahasa Melayu, kot-kot
yang international ex-students masih ingat bahasa ini.
Kalaulah kamu tahu macam mana susahnya saya cuba memahami
setiap satu dari kamu semua satu ketika dulu, kalaulah kamu semua tahu macam
mana geramnya saya bila kamu2 memberontak mahukan itu ini… Dan kalaulah kamu
semua tahu, apa perasaan saya bila saya terpaksa berdepan dengan ibu bapa kamu2,
bilamana saya harus keluarkan patah-patah dari mulut saya, memberitahu mereka
yang kamu digantung pembelajaran, yang kamu dibuang kolej, yang kamu kena leave
program… Oh Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa waktu itu kerana ianya
tidak semudah untuk saya kata, ‘awak dapat straight A semester ini’, atau ‘awak
dapat 1st class’.
Kamu tahu bagaimana saya sanggup bertegang lidah dengan segala bagai 'mat salleh' memperjuangkan result kamu. Kalau saya yakin yang kamu layak untuk dapat 1st class, saya tak akan segan-segan untuk perjuangkan hak kamu. Dan kamu tahu sejauh mana mereka mempercayai saya. Dan di hari kamu naik ke pentas menerima ijazah, di kala kamu, kamu dan kamu diumumkan 'First Class Hons', 'Best Student Award', 'Best Dissertation Award', etc., hati saya bercampur-baur tapi saya pasti, ada satu perasaan yang mengenepikan semua rasa- BANGGA.
Kerana selama ini saya cuba memberikan kamu semua yang
terbaik semampu saya. Saya tak minta sedikitpun balasan daripada kamu-kamu semua,
cukup setakat kamu ingat saya di dalam doa' kamu, tak kira apapun bangsa dan agama kamu, saya ada memberikan ‘sesuatu’ sebagai bekalan untuk
kamu semua teruskan hidup. Bila ada antara kamu yang menegur saya bila
terserempak, walaupun saya memang payah mengingati, percayalah, dalam hati saya
ada rasa syukur & terharu. Bila setiap urusan saya di bank, di hotel, di
hospital, dan banyak lagi menjadi mudah dengan adanya kamu-kamu semua. Terima
kasih..
Lebih 10 tahun, nak masuk 13 tahun sebenarnya, ramai antara
kamu sudah berkahwin dan berkeluarga. Saya percaya, satu hari nanti kamu semua
akan faham mengapa saya bising memarahi, kenapa saya selalu minta penjelasan
yang macam-macam, kenapa saya sanggup korbankan masa tidur saya di rumah untuk
datang ke asrama bila ada antara kamu yang hysteria, kenapa saya sanggup hantar
& tunggu kamu di hospital pada waktu yang orang lain sedang lena, padahal
esoknya seawal pagi saya ada meeting penting, saya ada flight awal pagi yang harus saya kejarkan, saya perlu drive all the way to the North esok paginya. Dan saya percaya kamu semua akan
faham kenapa saya akhirnya ‘melepaskan’ semua tanggungan itu bila saya rasa,
anak-anak saya lebih memerlukan saya.
Ya, saya sudah lama menjaga kamu semua. Saya bukan setakat menjaga kebajikan kamu, pelajaran kamu, bahkan saya berkongsi banyak rasa dengan kamu-kamu semua. 13 tahun saya rasa sudah cukup kuat untuk menjadikan kamu semua insan yang sempurna, yang tahu membezakan elok dan buruknya. Saya percaya dengan pemberian 13 tahun itu, kamu semua mampu berdiri megah memperlihatkan keyakinan pada dunia. Lalu kerana itu, saya ambil keputusan untuk hanya melihat kamu dari jauh.
Terima kasih wahai kamu-kamu dan kamu semua. Terima kasih
kerana berkongsi sebahagian dari hidup kamu dengan saya..
Subscribe to:
Posts (Atom)



























.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)