Sunday, December 15, 2013

From ZERO to Miami - The best ever memory

I still remember the first day I started to help Azimin Tazilan on his artwork. He started to work on his artwork a few months before our wedding and yes, he completed it with a guide from Akif, Khairina & a few more people from School of Design & Art of Limkokwing. He then used our last room @ our small apartment as his art studio. Things work on well and he did paint ‘me + my 7th months of pregnancy’ on canvas. I do love the artwork but then I decided not to display it with my own reasons J..

At my end of 8th month of pregnancy, Azimin won the 1st prize of Dupont International Art Competition. Memang rezeki baby masa tu… And in the same time, he was one of the Bakat Muda Sezaman finalist, and the only finalist without fine art formal education background.

And one of his artworks (seriously aku tak ingat apa nama title nya, tapi ada bunyi macam ‘The Anggun + dragonfly’, which lama lepas tu baru aku sedar, nama Anggun tu memang dah lama ada in his mind. Even in the artwork, ada six-screen gambar scanning Anggun masa my 1st pregnancy scanning) was exhibited by Pelita Hati Art Gallery, Bangsar. Pak Samad yang masa tu datang untuk rasmikan the exhibition was so impressed tengok the artwork and finally, Pelita Hati bought the artwork as their personal collections.

After that I decided to help him on his art field. So, aku banyak buat PR work, introduce Azimins’ artwork, jaja nama dia dari satu gallery to another bukan kerja senang. Gallery kat KL & Selangor je dah cukup buat aku lelah. But its work!!! A few galleries were interested and its exhibited in the galleries. Muse Gallery of Star Hills was one of the high prestigious galleries yang exhibited Azimins’ artwork. Thank you very much Phillip!!!

 Throughout the journey, banyak dugaan & rintangan of course. I am nobody in the art industry and Azimin Tazilan name was very new. Amat baru. And kondisi art di Malaysia,masih lagi suka yang berbunga-bunga, berkerawang-kerawang. Azimin’s artwork more on abstract, bulldozer, steel, installation on the canvas, etc. More on the current issues based on his research. This is one of the ways for him to serve the community.

After his PhD, Azimin told me yang dia mahu adakan solo exhibition. Ingatkan dia main-main. Rupanya betul-betul. Wady and me working like crazy to put his dream into a reality. Looking for curator, venue booking, event planning, invitation, printing materials and the artworks itself!! Last but not least, the MONEY… Using our own saving, I am really hoping something miracle will happen.

Thank you Salmah for willingly to give her full support & guide to us. Yes, we are not able to pay her at her price but we made the deal works!!! Salmah is a A++ curator, yang selalu manage top artists esp in international exhibition. But for his ex-student (Azimin was 1 of her ex-students back in ITM long time ago and now they are colleague in UKM), she did it and siap share her contact lagi. I have to thank to many people who gave us a hand during the ADAjalan by Azimin Tazilan Solo Art Exhibition in Annexe Gallery, KL. Seriously it works!!!!

ADAjalan II was happened a few months after that at Rill’s Jalan Tun HS Lee. The owner of the Rill’s Fine Dine & Gallery; Tengku Rill approached us during the ADAjalan exhibition. And slowly, Allah tunjukkan jalan yang dari mulanya hanya ada SATU simpang kepada BANYAK simpang yang boleh aku pilih.

Kemudian sampai kepada idea gila, mahukan gallery sendiri. Itu bukan gila bagi aku sebab perkara itu dah lama ada dalam otak aku. Dari awal-awal our marriage lagi. Tinggal masa, keadaan & $$$ saja yang belum mengizinkan.

Warung Seni Galvanize Lab adalah lambang kekuatan jiwa & semangat aku. Ia juga jiwa & semangat kami semua yang sama-sama menubuh, membentuk, membangun dan mengerjakan Warung Seni Galvanize Lab dari 0 hinggalah ke hari ini

Sending few artists’ artworks for Arts KL-Miami with a hope, ‘at least 1 kena pun jadilah’.. Hahaha…  On the day I received a call from Nik from Image Connection telling me ‘We has chosen 3 of the artworks from Galvanize Lab to be exhibited in Miami’.. ‘All 3 belongs to Azimin Tazilan.’

Mak aii, tergamam, tercengang, semua ter ada. Thanks God, Syukur Alhamdulillah.. Liaising all the necessary requirements, getting ready the artworks, dan banyak lagi bukan perkara mudah. Ini kisah nak prepare artworks untuk bawak ke Miami, bukan kisah nak bawak ke KL. Jadi kerjanya pun memang banyak. Documentations, agreement, etc

Dan akhirnya aku diapproach Art KL-Miami, CEO of The Connector Group in Miami, Norsham Blasko. Perkenalan singkat membuatkan banyak benda yang tak jelas jadi makin terang sekaligus buat aku rasa macam Miami tu tak la jauh sangat.. Cewah.. Macamlah kau boleh jalan kaki pegi Miami tu jumpa Haritio Caine Eleen oii… The artworks yang sepatutnya hanya 3, dah jadi 10 dibawak ke Miami. What should I say?? And now we are preparing more artworks for Miami lagi.

Terima kasih Ya Allah, akhirnya ada jalan yang diarahkan pada aku. Its not an easy way but the hard work paid by the best memories ever. Membawa satu nama insan yang bukan calang-calang dari design & education industry, tapi orang tak pernah kenal dalam art industry bukan perkara senang. All the PR & communication by people around us do help a lot. Dari tiada siapa yang kenal, masterpiece Azimin Tazilan dah berada dengan beberapa collectors di Australia, Germany, etc dan akan berada di Miami nanti.


Bringing a name from ZERO to Miami bukan mudah. Jangan tanya berapa banyak hati yang terkorban, berapa banyak duit yang dah terlebur.. Apa nak buat, redha sajalah. Dengan harapan, segala yang terkorban, masa, harta, hati & rasa akan mendapat hikmah yang amat berbaloi…









Thursday, November 21, 2013

A Note To My Beloved Students: Thank You For Still Being YOU

Saya tak boleh bagi exact figure berapa banyak ex-student saya yang ada dalam friendlist saya. Sungguh.. Payah sangat nak kira. Dari local students sampailah international students, saya hargai setiap satu kamu yang masih mengingati saya. Ya, saya sengaja tulis dalam Bahasa Melayu, kot-kot yang international ex-students masih ingat bahasa ini.

Kalaulah kamu tahu macam mana susahnya saya cuba memahami setiap satu dari kamu semua satu ketika dulu, kalaulah kamu semua tahu macam mana geramnya saya bila kamu2 memberontak mahukan itu ini… Dan kalaulah kamu semua tahu, apa perasaan saya bila saya terpaksa berdepan dengan ibu bapa kamu2, bilamana saya harus keluarkan patah-patah dari mulut saya, memberitahu mereka yang kamu digantung pembelajaran, yang kamu dibuang kolej, yang kamu kena leave program… Oh Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa waktu itu kerana ianya tidak semudah untuk saya kata, ‘awak dapat straight A semester ini’, atau ‘awak dapat 1st class’.

Kamu tahu bagaimana saya sanggup bertegang lidah dengan segala bagai 'mat salleh' memperjuangkan result kamu. Kalau saya yakin yang kamu layak untuk dapat 1st class, saya tak akan segan-segan untuk perjuangkan hak kamu. Dan kamu tahu sejauh mana mereka mempercayai saya. Dan di hari kamu naik ke pentas menerima ijazah, di kala kamu, kamu dan kamu diumumkan 'First Class Hons', 'Best Student Award', 'Best Dissertation Award', etc., hati saya bercampur-baur tapi saya pasti, ada satu perasaan yang mengenepikan semua rasa- BANGGA.

Kerana selama ini saya cuba memberikan kamu semua yang terbaik semampu saya. Saya tak minta sedikitpun balasan daripada kamu-kamu semua, cukup setakat kamu ingat saya di dalam doa' kamu, tak kira apapun bangsa dan agama kamu, saya ada memberikan ‘sesuatu’ sebagai bekalan untuk kamu semua teruskan hidup. Bila ada antara kamu yang menegur saya bila terserempak, walaupun saya memang payah mengingati, percayalah, dalam hati saya ada rasa syukur & terharu. Bila setiap urusan saya di bank, di hotel, di hospital, dan banyak lagi menjadi mudah dengan adanya kamu-kamu semua. Terima kasih..

Lebih 10 tahun, nak masuk 13 tahun sebenarnya, ramai antara kamu sudah berkahwin dan berkeluarga. Saya percaya, satu hari nanti kamu semua akan faham mengapa saya bising memarahi, kenapa saya selalu minta penjelasan yang macam-macam, kenapa saya sanggup korbankan masa tidur saya di rumah untuk datang ke asrama bila ada antara kamu yang hysteria, kenapa saya sanggup hantar & tunggu kamu di hospital pada waktu yang orang lain sedang lena, padahal esoknya seawal pagi saya ada meeting penting, saya ada flight awal pagi yang harus saya kejarkan, saya perlu drive all the way to the North esok paginya. Dan saya percaya kamu semua akan faham kenapa saya akhirnya ‘melepaskan’ semua tanggungan itu bila saya rasa, anak-anak saya lebih memerlukan saya.

Ya, saya sudah lama menjaga kamu semua. Saya bukan setakat menjaga kebajikan kamu, pelajaran kamu, bahkan saya berkongsi banyak rasa dengan kamu-kamu semua. 13 tahun saya rasa sudah cukup kuat untuk menjadikan kamu semua insan yang sempurna, yang tahu membezakan elok dan buruknya. Saya percaya dengan pemberian 13 tahun itu, kamu semua mampu berdiri megah memperlihatkan keyakinan pada dunia. Lalu kerana itu, saya ambil keputusan untuk hanya melihat kamu dari jauh.


Terima kasih wahai kamu-kamu dan kamu semua. Terima kasih kerana berkongsi sebahagian dari hidup kamu dengan saya..

Layankan saja.. Mode: Dah nak cuti sekolah, banyak sangat dapat jemputan kahwin dari ex-students. And paling syahdu, baru jumpa & terima pemberian dari 1 of my fav int ex-students. Dia datang Malaysia dan cari saya untuk ucap terima kasih, katanya dia pernah datang 4-5 kali tapi tak dapat jejak saya. Ya, ayahnya perdana menteri di satu negara tapi dia tetap down to earth 

                                      

Friday, November 15, 2013

KASIH CINTA NYAWA

Demi rasa KASIH, rasa sayang dan CINTA, lalu lahirnya NYAWA saya ini. A small little token pada yang selama ini menyokong hasil usaha saya. Saya masih belum berkesempatan untuk menyempurnakan sebuah buku penuh. Saya sibuk menyiapkan buku orang, sibuk membawa nama orang-orang lain.. Akhirnya, saya lahirkan dulu zine ini.

Kalau nama penyanyi, zine nie kira macam single la kononnya. hahaha.. Saya tak sangka sebenarnya ianya berhasil. Tapi syukur alhamdulillah...

KASIH CINTA NYAWA ini terhasil dari kompilasi setiap isi luahan coretan rasa saya. Jujur dari hati.



Setiap rasa yang lahir terkesan dari jiwa yang tulus. Tiada sedikitpun rasa dusta yang dibuat-buat. Saya percaya, setiap insan ada roda kehidupannya tersendiri, yang telah ditetapkan Ilahi bila masanya kita berada di tabur rasa bangga, bila waktunya kita dipijak dek caci hina. Itu karma. Itu janji.

Itulah juga namanya kehidupan.



-eleen.jamaluddin-










Thursday, November 14, 2013

Terima Kasih Atas Segala Kekusutan Lalu

Syukur Alhamdulillah...

Tiada apa yang lebih indah dari hikmah yang Dia berikan pada aku atas segala kekusutan yang Dia turunkan sebelum itu. Sungguhnya, Dia Maha Mengetahui laluan apa yang akan diberikanNya pada setiap hamba.

Mungkin ada yang sedia maklum, mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang nampak perkara-perkara yang diluar daripada AKU yang terjadi beberapa ketika kebelakangan ini. Ya, aku hampir tewas, hampir pasrah dan hampir mengalah. Aku hampir memilih laluan yang di luar jangkaan ramai orang. Aku hampir membuat keputusan untuk meninggalkan segalanya dan meneruskan langkah yang lain dari biasa.

Tapi Allah s.w.t Maha Berkuasa, Maha Mengetahui dan Maha Adil. Setiap kekusutan itu ada hikmahnya dan ianya lebih baik dari sebelumnya. Lalu membuatkan aku terfikir kembali, betapa indahnya rasa itu selepas meleraikan segala yang tersimpul kusut. Sesungguhnya, Dia tidak akan memberikan dugaan sehebat ini sekiranya aku tidak cukup kuat untuk mendepaninya. Dia yang mencipta kita, pastinya Dia tahu sekuat mana kita, hambaNya. 

Ya Rabbi,
Terima kasih dek dugaan ini. Terima kasih kerana menyedarkan kami, terima kasih memberi laluan sehebat ini. Dan terima kasih Ya Allah kerana masih sayangi aku.




Monday, September 16, 2013

Sometimes People Just Fall Out of LOVE - Fynn Jamal

Fynn Jamal adalah inspirasi aku. Cara dia begitu dekat dengan aku. Facebook & Instagram merapatkan kami pastinya. Yeah, bak kata dia, 'Sometimes People Just Fall OUT of LOVE'...









Walau apapun kejadian yang ditetapkan oleh-Nya, kita tahu hakikatnya, kita adalah pemain. Ada aturan yang perlu kita ikut. Bila kita bermain dan bertanding, ada si pemenang, ada yang kalah. Yang penting, kita telah mencuba sehabis baik, mencuba dari setiap sudut dan arah, serta cara. Selebihnya, kita tawakal dan redha... 


Monday, September 9, 2013

Kasih Cinta Nyawa

Hadir dengan sendiri tanpa perlu ada paksa
Luhur dari hati di saat aku menghitung kasih
Menimbang hati mengira cinta
Ah, bukan mudah sebenarnya
Untuk katakan pada dunia
Aku bersyukur dengan kurniaan-Nya

............................................................................................................

Ya Kasih
Berikan aku ruang merawat pilu
Agar dapat ku anyam kembali harapan semalam
Menjadi sinar cahaya hari esok

Ya Cinta
Jangan kau pergi berlalu sepi
Jangan kau rentap hatinya
Tinggalkan aku sedikit rasa
Untuk ku semai kembali hambar jadi tawa

Ya Nyawa
Usah kau bunuh kasih dan cinta
Jangan kau usir semangat asmara
Berikan hatimu terima kembali jiwaku
Kerana kita tahu
Kita masih mahu bersatu

Ya Dia
Terima kasih memberi rasa
Terima kasih menyemai bahagia
Terima kasih menabur cinta
Namun hakikatnya kita tahu
Ianya tak mungkin jadi satu
Lalu ku mohon
Lepaskan rasa itu dengan RELA
Biarkan rasa itu menjadi JUJUR
Ikhlaskan rasa itu dengan LUHUR
Kerana aku tahu
Kau dan aku insan terpilih
Manusia hebat diduga Yang Maha Kuasa
Kasih terduga
Rasa tercipta
Satu cheritera
Kuasa Yang Maha Esa tiada siapa mampu menduga

Ya Allah Yang Maha Berkuasa
Sesungguhnya aku redha
Bila Kau menguji hatiku
Bila Kau menduga kasih kekasihku
Bila Kau mencabar cinta sang cintaku
Lalu ku buka lembaran baru
Menginsafi khilafku
Mengingati kasih si cintaku
Mentafsir rasa si kasihku
Dan aku tahu
Ini ingatan yang Kau laungkan padaku
Agar aku ingat akan bahagia-Mu
Untuk aku tidak lupa cinta-Nya
Moga aku tahu kasih Dia

Wahai cintaku
Duhai kasihku
Maafkan khilafku

NHJ 
Sept 2013






Sunday, September 8, 2013

PRINSIP HATI KITA

Apa pun yg kita ingin capai 
cuba capai
akan capai
telah capai.. 

Apa pun yg kita ingin miliki
cuba miliki
akan miliki
telah miliki.. 

Ada SATU perkara yg kita perlu ambil kira
timbang tara;
PRINSIP HATI kita

......................................................................................

Itulah yang aku rasa, yang aku buat. Kadang-kadang dalam kita sedang cuba dan sedia untuk menggapai suka, tawa, bahagia & angan, kita selalu leka dan terlupa. Lupa tentang adanya duka, tangis, derita dan hampa.

Kita insan biasa, banyak lalai leka, apatah lagi khilaf manusia

Sifat kita, kita hanya mula menghargai apabila kita kehilangan
Bila hilang, baru mahu sedar
Bila pergi, baru mahu nangis
Bila terbang, baru mahu kejar
Bila tenggelam, baru mahu berenang




Saturday, September 7, 2013

Sekarang Aku Tahu...

Memujuk bukan senang
Mahu meyakinkan juga susah
Apalagi mahu orang lain faham apa yang kita maksudkan
Bukan senanag
Bukan mudah
........................................... 



Friday, September 6, 2013

Penakut



Banyak perkara yang terjadi
Ya, aku sedang cuba jadi kuat
Kuat untuk mengumpul kekuatan 
Kumpul semangat
Lalu menerjah payah untuk bangun kembali
Bukan mudah untuk jadi kuat bila kita dijatuhkan
Bukan senang untuk berlari semula bila hati kita dilumatkan
Tapi aku mesti, aku harus
Untuk jadi kuat semua
Biarpun angin berlalu
Biarpun pelangi pudar
Biar nafas kering sekalipun
Aku harus bangkit

NHJ
07092013

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan
Ulang Chorus
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku


Friday, August 23, 2013

A Beautiful Remarks by Warung Seni Galvanize Lab Customer!!!

Hi semua...

I would like to share a beautiful remarks by one of our customer who spent her night at Warung Seni Galvanize Lab, Melaka.

Yafieda Jamil shared her soul view on our art gallery cafe.
Let's have a look people!!! 











Wednesday, August 21, 2013

Thursday, August 15, 2013

Al-fatihah



Al-fatihah. Tuan Haji Yusuf bin Ismail.

Aku baru lepas kehilangan seseorang yang pernah mencorak perjalanan hidup aku.
Walaupun ‘jodoh’ aku dengan dia tak panjang mana, tapi rasa amat terkesan dengan satu ‘kehilangan’.
Sungguh bukan mudah, sebab sepanjang kepergian aku, aku selalu bertanya dalam diri, ‘is it me?’ atau ‘memang dia yang begitu?’

Bila aku mulakan langkah di KPJ College, aku duduk di kerusi yang sudah 2 tahun tidak berpenghuni.
Department yang sudah 2 tahun tiada nakhoda.
Tahu betapa susahnya nak aku uruskan & letak semua atas bahu dan jalan seperti biasa.
Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Susah. Sukar. Amat susah. Amat sukar.
Tapi aku gagahkan diri.
Terus berjalan tanpa sedikitpun mengeluh.
Tidak sekalipun menoleh ke belakang semula.

Bila aku rasa payah, dia cuba untuk mudahkan.
Dia tak pernah menolak satu pun idea aku.
Tak pernah.
Walaupun apa yang aku ubah itu 360 darjah berbeza.
Kalau sebelum ini orang beli pen harga seringgit, aku minta pen yang harga sepuluh ringgit.
Kalau sebelum ini orang buat makan-makan guna khidmat kantin yang masak, aku minta buat dinner di hotel.
Bezanya banyak, bukan sikit-sikit.
Kalau selama ini orang pergi Johor, Kuantan drive sendiri, aku minta tiket flight.

Setiap satu yang aku minta tak pernah dia kata TAK BOLEH.
Bertahun-tahun, tak ada siapa yang pernah terfikir untuk keluarkan duit dari akaun bank Student Body, aku terus request 5 angka untuk 2 functions.
Dia tak tanya banyak pun.
Dia sign sahaja.

Tak ada orang yang dengki? Ada.
Tak ada orang yang sakit hati? Ada.
Sebab siapa yang duduk di kerusi yang aku duduk itu, adalah orang yang akan mendapat pengaruh paling besar.
Department paling besar.
Staff paling ramai.
Selain kerja yang paling banyak.

Aku tahu dia memang letakkan harapan.
Dia banyak bagi semangat.
Tapi aku juga punya impian sendiri waktu itu.

Aku tender my resignation letter waktu dia sakit di hospital.
Dia tak diberitahu sebab tak mahu fikirannya terganggu.
Selepas keluar hospital, dia terus menunaikan umrah.
Dan waktu hari terakhir aku di KPJ College, dia masih di Tanah Suci.
Dan bila dia pulang, aku sudah tiada lagi di situ.

Aku tahu dia terasa.
Aku tahu dia marah.
Aku tahu dia rasa, apa yang dia beri pada aku selama ini semua sia-sia.
Tapi aku ada impian sendiri.
Yang aku perlu capai.
Yang aku perlu genggam.

Aku pernah terserempak beberapa kali dengan dia selepas meninggalkan semua itu.
Tapi dia hanya buat tak tahu.
Dia buat macam dia tak pernah kenal aku.
Walaupun orang lain semua bertanya khabar.
Memang aku terasa, tapi tak apalah.
Apa aku rasa pun dah tak penting.
Aku pun bukan orang penting.

Bila aku dengar dia sakit di hospital lagi, aku mahu pergi melawat.
Tapi dikhabarkan, ‘tak boleh melawat’.
Tak apalah.
Aku tak ambil hati juga.

Rupanya bukan aku seorang terima nasib begitu.
Ada juga yang lain.
Masing-masing meluahkan rasa.
Tapi kami buat-buat mengerti.
Buat-buat tidak terasa.

Isnin lalu, raya ke 5.
Aku diberitahu dia sakit lagi.
Koma tak sedarkan diri.
ICU.
Aku rasa tak sedap hati.
Lebih-lebih lagi bila ex-students dah mula kirimkan gambar-gambar menunjukkan keadaan dia.
Aku terkesima.
Hati aku terasa getar.
Bukan aku seorang, ramai lagi.

Semalam Rabu, raya ke 8.
Aku gagahkan kaki masuk ke ICU.
Melihat tubuh terbujur kaku, penuh dengan wayar dan mesin.
Aku sayu.
Amat sayu.
Breathing support yang sepatutnya dihentikan pukul 5 petang tetap diteruskan.
Mereka kata dia ada memberi respon sewaktu tatkala aku berada di situ.
Mungkin bukan sebab aku.
Tapi mungkin juga kerana aku.
Dalam diam aku melepaskan segala ‘keterasaan’ aku.
Pergilah, jangan datang lagi.

Aku pulang, dia didatangi orang lain.
Orang yang dia percaya dan harapkan selepas aku.
Orang yang aku didik, aku bentuk.
Dan orang itu juga telah meninggalkan lapangannya.
Dan orang itu juga menerima ‘rasa’ yang sama seperti yang aku terima.
Orang itu datang berziarah, membisikkan surah Yassin.
Dan selepas habis, dia pergi buat selamanya.
Dengan wajah tenang.
Dengan hati senang.

Mungkin dia punya niat untuk bertemu ‘kami’ diakhir waktunya.
Itu kata orang.
Aku angguk sahaja.

Tempoh aku dan dia tidak lama.
Tapi dia memberikan sepenuh rasa percaya.
Walaupun aku baru, walaupun aku perempuan.

Moga rohnya dicucuri rahmat.
Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Al-fatihah.

**Aku gunakan ganti diri ‘dia’ bukan kerana rasa tidak hormat. Kerana aku rasa, itu lahir dari hati aku. Kerana aku rasa, dia memang dekat dengan aku.